Dari TV Selangor
Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor hari ini.
Usul untuk melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.
Di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.
Ketika membentangkan usul tersebut, Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata inisiatif yang diambil kerajaan negeri itu menunjukkan komitmennya dalam menegakkan prinsip-prinsip kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan.
Beliau menyifatkannya sebagai satu saat bersejarah apabila kerajaan negeri bersedia membuka jalan untuk semak dan imbang.
Rodziah kata pelantikan Shamsudin, jika diluluskan oleh Dewan, akan mempromosikan budaya politik yang sihat dalam pentadbiran.
Pengalaman Shamsudin dalam bidang audit dan semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah, menjadikannya sebagai calon yang sesuai untuk menerajui PAC, tambahnya.
Ini, tegas Rodziah, menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan negeri Selangor untuk berdepan dengan banyak isu-isu seperti pelombongan (haram) pasir.









Mereka tidak pernah dan akan pernah berterima kasih dan menghargai usaha murni yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Apabila diberi jawatan tersebut mereka akan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai/memiliki mereka yang berkelayakkan/berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut,
KALAU TAK BERI mereka akan kata tidak diberi peluang dan semuanya Pakatan Rakyat nak bolot.
Terdapat perbezaan dalam tindakkan dan pemikiran seseorang yang berkhidmat untuk rakyat terbanyak dengan berkhidmat untuk kepentingan sendiri.
Reply
Hmm … PR Selangor dah jual!
Berani ke BN beli?
Reply
harap2 pr dpt tgk sendiri keje wakil dr bn ni…br demokrasi namenye kan?bn ble lg nak ikut politik bersih dan seimbang mcm pr ni??????????u all takut ke??
Reply
Hati-hati dengan tektik BN yang pakar didalam perang saraf….Pakatan Rakyat seharusnya jangan terlalu mempercayai pada tipu muslihat BN….Bekas-bekas ahli Parlimen BN yang menyertai Pakatan Rakyat mungkin juga adalah ibarat bom jangka yang bertindak dari dalam Parti….untuk memusnah organisasi….kalau boleh carilah yang baru-baru daripada yang menjadi bekas-bekas BN….atau kroni BN…..
Reply
ziad Reply:
July 19th, 2010 at 10:19 am
Betul tu cakap hang jangan percaya sangat bekas2 ahli BN nak masuk PR ni.Mereka tu semua talam banyak muka serupa sial aje?
Reply
UMNO adalah badan pengubah sejarah!! maka pastinya UMNO enggan mencipta sejarah!! sejarah adalah musuh ketat pada UMNO kalau tidak takkan penjara pudu dimusnahkan yang PR nak tunjuk alim dengan UMNO buat apa!!?? jika UMNO berjaya cipta sejarah sekali pun bukan di rekod didalam Guinness book tertapi Guinness stout.
Reply
Salam
Tahniah dan syabas atas sikap keterbukaan ini. Perkara seperti ini hanya boleh berlaku apabila kiata tiada apa yang nak diselindungkan dari pengetahuan dan kepentingan rakyat.
Reply
berani kerana benar
takut kerana salah
…apa lagi bn nak tunggu, toyol dah jadi toyol dah.
Reply
Untuk mengelakkan kumpulan underworld UMNO bertindak, kerajaan PR di Selangor harus lebih jauh ke hadapan dari mereka dan melakukannya dalam keadaan terang supaya boleh di lihat oleh semua lawan dan kawan. Cadangan FOI adalah satu langkah yang baik. Demokarasi peralihan di Selangor yang sedang giat dijalankan, jika kita meletakan pada paras rakyat masih aneh bagi mereka. Rakyat di Malaysia tidak pernah menikmati proses participative democracy. Dengan itu presepsi rakayat terdedah kepada manupulasi dari kumpulan underworld UMNO. Kalau rakyat meludah ke arah PR, jangan salahkan UMNO. Oleh itu sebarang pembaruan di dalam pentadbiran terlebih dahulu mesti dihebohkan kepada rakyat melalui media yang mudah dan dalam masa yang tidak melampau. Teringat filem P.Ramli “Nujum Pak Belalang”, meraka menggunakan gendang untuk mengumpul rakyat bagi mengistiharkan satu pertandingan juara nujum.
Reply
Bukannya apa PR Selangor nak lihat boleh ke ADUN/UBN yang dilantik buat kerja jangan asyik menyalak dalam dewan sahaja taunya dapat rm500,000 1tahun duit entah kemana?
Reply