Archive for July 15th, 2010

15 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor hari ini.

Usul untuk melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.

Di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian. (more…)

15 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemerosotan rezab tunai Felda.

Laporan tersebut dibuat oleh pengerusi ANAK, Mazlan Aliman. Hadir sama ialah kira-kira 10 ali jawatankuasa ANAK dan wakil peneroka Felda dari negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Beliau dan rombongannya tiba di ibupejabat SPRM pada jam 11 pagi dan masuk kira-kira 15 minit selepas itu.

Turut masuk bersamanya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, dan seorang wakil peneroka, Tamingin Paiman.

Kira-kira 15 wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan masuk dan mereka menunggu di luar pejabat suruhanjaya itu.

Sementara itu, Mazlan yang keluar daripada pejabat tersebut pada jam 11.45 pagi memberitahu pemberita, beliau membuat laporan kepada SPRM bersama dokumen tambahan bagi mendesak siasatan menyeluruh terhadap Felda berhubung isu-isu yang dibangkitkan. (more…)

15 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysiakini
By Hafiz Yatim

Controversial private eye P Balasubramaniam said that he was quizzed for three hours on Monday by French prosecutor M Ryckewaert at the Centrale de la Police Judiciare in Paris.

This was followed by a two-hour meeting the day after with a team of French lawyers led by Joseph Breham, who were hired by human rights group Suaram to bring up the case in the French courts.

According to Balasubramaniam, he told the French what he knew regarding the alleged Paris meeting between Mongolian woman Altantuya Shaariibuu, Prime Minister Najib Abdul Razak and political analyst Abdul Razak Baginda – who had hired the private investigator to keep an eye on Altantuya before she was murdered in 2006.

He was also asked on the payments made by Razak Baginda to Altantuya and the purchase of an apartment in Mongolia by the political analyst for his ex-lover.

Balasubramaniam also explained the role played by Najib’s wife, Rosmah Mansor, his brother, Nazim Abdul Razak and businessman Deepak Jaikishan in getting him to change his statutory declaration, which led to his self-imposed exile in India.

The private investigator also gave information on the two Special Action Forces personnel – chief inspector Azilah Hadri and corporal Sirul Azhar Umar – who last year were convicted of killing Altantuya. (more…)

15 July 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Mohd Sabri Said

Suasana sekarang bolehlah diibaratkan pembangkang diikat tangan dan kaki serta mulut ditutup sedangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno melakukan tumbukan bertubu-tubi ke perut, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man (gambar).

Baginya, situasi itu menggambarkan Umno dan BN bacul kerana tidak berani berhadapan dengan pembangkang yang tidak menyambung permit penerbitan akhbar milik PAS, PKR dan DAP.

“Adakah patut pembangkang diikat tangan, kaki dan mulut ditutup, Umno dan BN pula melakukan tumbukan bertubi-tubi. Cara ini penakut dan dayus, bukan cara berani beradu tenaga di medan demokrasi,” ujarnya ketika dihubungi.

Kata beliau, Umno dan BN sepatutnya tidak gusar berhadapan dengan pembangkang yang bergabung atas nama Pakatan Rakyat melalui media atau penerbitan mereka tetapi harus bertemu bagi menentukan siapa yang kuat dan diterima rakyat. (more…)