Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa’i mashkur dan amalan solehah.
Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.
Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulakan satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahut-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.
Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato’ Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang ‘Connect The World’ merupakan keputusan penerbit program tersebut.
Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.
ANWAR IBRAHIM









Apakah mereka berfikir cara permikiran rakyat seperti zaman permulaan permerintaan Tun M?
Terkini, cara dan penyebaran maklumat fitnah ini,mempunyai persamaan seperti zaman Tun m.
mereka masih berfikir rakyat boleh di kotak katikkan dan di perbodohkan oleh media, khususnya media arus perdana.kebanyakan orang tersenyum sinis bila melihat tajuk yang bagi mereka yang melapurkan merasakan amat sensasi iaitu,Anwar ejen CIA,selepas isu CNN.Bagi kebanyakan rakyat yang sudah matang dengan permaianan media hampas ini,mereka menjadikan isu tersebut sebagai sebagai lawak kuno terkini dan kebodohan ketara yang tidak ingin di pelajari oleh mereka yang menyajikan isu tersebut.Mungkin kerana terlalu terdesak hingga mereka terlupa, permikiran rakyat kini di angka 2010 bkn di tahun 1980 seperti zaman Tun M.Jadi fikir fikirkan dulu sebelum menpamerkan sebarang isu kerana itu semua memperlihatkan ketelusan dan kebenaran.
Reply
kuda kepang STC Reply:
July 15th, 2010 at 3:34 pm
Utusan adalah lombong fithah!!!! TV3 adalah pasirnya!! RTM lori fitnah dan UMNO adalah tontonya!!!!!!!
Reply
Datuk Seri, Semoga mendapat umrah mabrur dan diberikan barakah dalam perjuangan.
Memang lucu tatkala DSAI di Makkah, di tanahair ditabur fitnah terhadap DSAI. Ternyata mereka ini hatinya sudah tertutup dari petunjuk. Gambar ini dipadankan Headline Utusan dgn tweet DSAI. http://tweetphoto.com/32214936
Reply
umeNO.. dari dulu, kini dan selama2nya.. cerita2 ni dah jemula, xde bende lain.. kami dah bosan dan tak kisah.. apela org umeNO ni.. xde kerja lain..
DSAI : we all support you.. shhhh…..
Reply
teruk betullah kaki fitnah……LOVE FOR ALL
Reply
salam dato seri mereka ni tak takut dgn tuham saya percaya dan yakin akir nya rakyat yg cerdik akan menghukum mereka ni umno bn dalam pru ke 13 nanti …
Reply
salam dato seri, sya sememang nya tidak percaya lg dgn akhbar utusan sejak sekian lama.. fitnah ini semakin buruk dan meloyakan. saya mendoakan dato sekeluarga tabah menghadapi fitnah golongan bermuka-muka yang melalak memperjuangkan agama, bangsa dan negara, tetapi bersubahat dgn agen israel. Tabah Dato’ seri, kerana saudara akan dikenang sebagai pejuang malaysia alaf baru, dan cerita perjuangan saudara akan saya ceritakan kepada anak-anak saya nnti. Saudara seorang pemimpin dalam sejarah malaysia yg kental dan tabah. semoga Allah melindungi dato dan kak wan dan semua ahli keluarga. Reformasi!!!!
Reply
Sebenarnya Pemimpin UBN yang dah jadi DAJJAL sekarang ni mana mereka takut siksaan ALLAH setelah mereka mampos oleh tu masa hidup buat dan taburlah fitnah sebanyak mungkin untuk kelangsungan politik BiNatang?
Reply
Tabah dan berdoa pada ALLAH saja Dato Seri tentang yang lain2 tu anggap sebagai tak wujud dan perkara remeh biarkan walau terasa marah yang penting sabar…Mereka tu semua DAJJAL yang nyata?
Reply
Assalamualaikum YB Dato’ Seri dan Datin – selamat menjalani ibadah umrah. Semoga Dato’ Seri dan Datin sehat hendaknya. Banyakkan doa terutama di Makan Rasulullah, Raudhah dan di hadapan Kaabah. Mudah-mudahan YB Dato’ Seri dan Datin dilindungi dari segala musibah, keburukan, fitnah dan penganiyaan. AMIN…………………………
Reply
zamy Reply:
July 14th, 2010 at 2:40 pm
Sesungguhnye doa2 datu sri di Makkah telah dimakbulkan…..musuh2 sekarang sedang haru-biru tak keruan…itulah fadilah berdoa diMakkah……doa2 terlalu makbul….dan ibadatnye beribu2 kali pahalanye……lebih2 lagi di bulan Ramadhan……ttp mengapekah menteri BN ade merancang nak jadikan bulan Ramadan utk pesta bg menarik org timur tengah……org UMNO tak terangkan kpd geng2 dia dlm BN ke……betapa besarnye pahala beribadat dibulan ramadan lebih2 lagi di Makkah….mengapa ustaz UMNO tak terangkan…jgn asyik memikirkan keuntungan duniawi saje…….ramadan adalah latihan kita merasakan kesusahan spt org susah……bknnye bulan nak memuaskan hawa nafsu…..
Reply
salam semua,
alhamdullillah, semoga perjalanan mengerjakan umrah/mengadap baitullah sentiasa diberkahi. saya terpanggil untuk menulis adalah semata2 memikirkan adakah masanya sudah tiba? masa yg dimaksudkan tentang perpaduan orang kita…kita telah terpisah dengan ideologi politik yg mana telah memakan bangsa/agama kita sendiri….rasanya kita semua mesti bersatu..bersatu sebagai orang melayu baru, TIDAK kepada unsur negatif(fitnah/rasuah/judi) tetapi lebih kepada unsur memajukan diri…dalam Islam telah ditegaskan bahawa apabila kita memfitnah saudara kita, maka akibatnya yg tersedia di ‘sana’ adalah daging busuk, maka itulah ganjaran bagi org2 yg suka memfitnah..saya rasa inilah masanya kita bersama2 mencorak politik untuk masa depan anak cucu cicit kita…dan saya berpendapat, pentadbiran sekarang sudah tidak relevan lagi, jadi soalnya katakan dan biarkan kita berjuang atas dasar sendiri, baru kita lihat, perpaduan melayu lebih besar/kuat kembali..insyaalllah…apa pula pendapat pembaca sekalian?
Reply
Salam semua sahabat…
Tiap2 hari makin hebat BERITA sensasi MEMBURUKKAN Pembangkan di UTUSAN.
Agaknya, Utusan dan sewaktu dengannya…lidah rasmi UMNO/BN sedang MERACAU…
agak2nya nak habis hayat lah tu… Buat2lah Tobat….Kesian tengok muka2 utusan
dah tak seri langsung. Henti2lah buat fitnah…untung sini rugi sana…tak guna.
Reply
assalmualaikum semuga abang dan kakak di berkati perjalanan dari
ALLAH
Reply
alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Semoga DSAI dan Datin Seri dapat melaksanakan ibadah dengan tenang dan didoakan agar semua usaha dan ibadah tersebut diterima oleh Allah.
tentang fitnah tu jangan DSAI khuatir, kebanyakkan rakyat dah faham sangat cerpen-cerpen. lagi banyak serangan yang dibuat keatas DSAI dan Pakatan Rakyat lagi ramai rakyat akan membenci “organisasi penulis cerpen”.
Malam tadi saya dengar lagi seorang penulis cerpen dari johor minta PAS bekerjasama dengan UMNO.
PAS dah nyatakan pendirian. Tapi agak pelik juga, kenapa di tak ajak PKR dan DAP sekali bekerjasama dengan UMNO. macam ada udang di balik batu sahaja..
semua rakyat mesti bersatu pada pru 13..tegakkan Pakatan Rakyat
reformasi..reformasi…reformasi
Reply
Kenyataan Utusan memang tak berasas.
Reply
Utusan Malaysia ni kalau kat Luar Negeri dah lama bungkus kena saman selalu, hidup dgn membuat fitnah shj, fitnah pembangkang, dosa besar UMNO didiamkan shj, sorok dr rakyat. Dia ingat rakyat malaysia bodoh mcm dia org.
Reply