Archive for June, 2010



07
Jun

Ceramah Perdana – “Judi dan Yahudi”

8 Jun 2010 – Selasa

Masa: 9.00 – 12.00 malam

Tempat – Kompleks Muhibah, Taman Bolton, Seri Gombak

Penceramah:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang

3) YB Lim Kit Siang

4) YB Dato’ Mahfuz Omar

5) YBhg Mustafa Mansur (Mangsa Israel atas Freedom Flotilla)

6) YBhg Jamulidin Ilias (Mangsa Israel atas Freedom Flotilla)

07
Jun

Anwar : Tolak Penghapusan Subsidi

Dari TVSelangor

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang nasib rakyat Malaysia, ekoran masalah ekonomi negara dan sistem pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak adil.

Beliau tidak bersetuju sama sekali rancangan kerajaan pusat untuk menghapuskan subsidi yang diberikan kepada rakyat, kononnya untuk menyelamatkan negara daripada muflis.

Tegas beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya, meliputi sumber hasil seperti minyak petrol, gas dan kelapa sawit, bagaimanapun tergugat dengan gejala rasuah yang semakin berleluasa di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia mempunyai minyak dan gas, eksport kelapa sawit, kilang-kilang dan sebagainya. Tetapi Malaysia rosak kerana rasuah dan pengurusan ekonomi yang sangat lemah. Oleh itu kita harus melakukan perubahan,” tegas Anwar. Continue reading ‘Anwar : Tolak Penghapusan Subsidi’

05
Jun

Ribuan Berarak Membantah Kezaliman Israel

05
Jun

Protest Against Israeli Deadly Raid:Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang & Nasaruddin Mat Isa

04
Jun

Hari Daftar Undi June 5 – 6

There are about 3.5 million unregistered voter in Malaysia. If you are one of them, register as voter NOW to make your voice counts! Hurry! Don’t miss the boat for the next General Election. Be part of Change Agents for this country! Together we can change the country for better!

Pls FWD this email or put these info on your FB and blog! TQ

Date: June 5 – 6 (Saturday and Sunday)

Time: 10.30am-8.30pm
Venue: QueensBay Mall (near CoffeeBean)
Contact Person: Martin 016- 474 1283

04
Jun

Program Ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang dan Kedah

6 Jun 2010 (Ahad) 

1) 7.00 – 8.30 Malam – Solat Maghrib dan Tazkirah di Masjid Bayan Baru

2) 7.30 – 11.00 Malam – Jamuan Makan Malam

Tempat – Dewan Market, Batu Lancang, Jelutong, Pulau Pinang

Penceramah-

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YAB Lim Guan Eng
YB Nasaruddin Mat Isa
YB Mansor Othman dan lain-lain tetamu kehormat
Continue reading ‘Program Ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang dan Kedah’

04
Jun

Anwar: Memo ke Washington minggu depan

Malaysiakini | 4 Jun 2010

Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.

Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.

Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.

Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.

Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut.

Berikut kronologi perhimpunan tersebut:

2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.

Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat dan hanya menarik 200 penyokong. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh]

Continue reading ‘Anwar: Memo ke Washington minggu depan’

04
Jun

Anwar: Saya Jadi Sasaran Apco

Dari Malaysiakini
Oleh S Pathmawathy

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau kini
menjadi sasaran serangan lobi antarabangsa yang diketuai oleh rejim Zionis yang berkaitan dengan firma komunikasi Apco Worldwide.

“Mereka berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang
saya dibuat) di Parlimen,” kata Anwar dalam satu forum di Kelab Sultan
Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Forum itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk membincangkan serangan maut tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mengorbankan 10 aktivis.

Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam
terhadap pendedahannya di Parlimen – bahawa khidmat firma itu pernah
digunakan oleh kerajaan pimpinan Ehud Barak dan mengilhamkan inisiatif ‘One Israel’.

Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu “mempengaruhi”
kumpulan pro-Israel tertua B’nai B’rith untuk “menyerang” beliau.

“Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka,” katanya.

Saya cuba lindungi negara Continue reading ‘Anwar: Saya Jadi Sasaran Apco’

04
Jun

Dr Wells: Tugas Terhalang Tanpa Dokumen Dipohon

Dari Malaysiakini

Pihak pembela kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat permohonan untuk memperolehi semua nota klinikal, laporan, bahan, spesimen dan nota lain yang disiapkan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mereka juga mahu mendapatkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dilihat Anwar, yang dikompilasi sepanjang pemeriksaan dijalankan ke atasnya di hospital berkenaan.

Selain itu, pihak peguambela mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan standard serangan seksual dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan tersebut.

Pihak pembela juga ingin mengetahui kelayakan dan pengalaman tiga doktor yang memerika Saiful – Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Ini ekoran tindakan Ketua Pembangkang itu memfailkan permohonan pagi ini bagi memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Alasan yang dikemukakan ialah pakar forensik Australia Dr David Wells (kanan) mengadu beliau tidak akan dapat memberi nasihat kepada pasukan pembela, kecuali beliau memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Dalam afidavit menyokong permohonan tersebut, Dr Wells yang juga profesor di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata, kemampuannya untuk menasihati pihak pembela amat terhalang kerana ketiadaan dokumen-dokumen berkenaan.

04
Jun

200 sertai demo BN di Masjid Negara

Malaysiakini | 4 Jun 2010

Kira-kira 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.

Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

03
Jun

Fitnah 2: Anwar Dakwa Keterangan Doktor Bercanggah

Dari Harakah Daily

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa sekali lagi berlaku percanggahan besar dalam keterangan saksi berhubung perbicaraan liwat yang membabitkan dirinya yang berlangsung hari ini.

Percanggahan yang dimaksudkan adalah berkaitan laporan perubatan pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dengan keterangannya hari ini.

Razali, saksi kedua yang dipanggil hari ini memberi keterangan bahawa setelah merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, beliau merumuskan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Anwar, dalam laporan perubatan sebelum ini, Razali menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.

“Kita akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan laporan tidak ada tembusan, sekarang bawa kajian makmal (merumuskan ada penembusan).

“Percanggahan besar berlaku,” katanya kepada media di luar mahkamah hari ini. Continue reading ‘Fitnah 2: Anwar Dakwa Keterangan Doktor Bercanggah’

03
Jun

Perhimpunan Meja Bulat dan Perarakan Anti Zionis

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

3 Jun 2010

Perhimpunan Meja Bulat dan Perarakan Anti Zionis

Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam askar komando Israel ke atas kapal Turki Mavi Marmara di Flotilla. Keganasan Zionis yang menindas hak kemanusiaan serta mengancam keamanan di Gaza, Palestine perlu dihentikan segera.

Pelbagai protes dan demontrasi telah diadakan di Malaysia khasnya di Kedutaan Amerika Syarikat sejak serangan komando Israel. Semalam Pemuda Pakatan Rakyat juga menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik dan bantuan yang berkaitan dengan regim Israel dan Zionis.

Selain itu, satu Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat), 10.30am di Kelab Sulaiman, Kampung Baru. Maklumat yang berkenaan adalah yang berikut:-

10.30am Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis, Kelab Sulaiman, Kampung Baru

1.00pm Solat Jumaat di Masjid Kampung Baru

2.30pm Perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru kepada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama, komuniti dan masyarakat umum untuk menyertai secara beramai-ramai ke Perhimpunan Meja Bulat Anti-Zionis serta perarakan tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat turut akan menyertai perhimpunan meja bulat dan perarakan tersebut.

Semua aktivis serta peserta yang prihatin terhadap isu Palestine dijemput untuk memakai baju berwarna HITAM untuk tanda protes terhadap Zionis-Israel.

Shamsul Iskandar Mohd Akin,

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia