Archive for June, 2010



09
Jun

1Malaysia-One Israel, CEO Apco Beri Keterangan, Anwar Tidak Berganjak

Dari Malaysiakini

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.

“Saya belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonan supaya saya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu,” katanya.

“Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian…tetapi apabila saya meninmggalkan bilik mesyuarat, beliau tidak dibenarkan langsung untuk masuk,” kata Anwar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide, Brad Staples hadir di mesyuarat itu hari ini sebagai saksi.

Apco Worldwide – adalah firma perunding pergubungan media antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan, yang didakwa oleh Anwar mempunyai hubungan dengan Israel.

Selain Apco, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipanggil menghadap jawatankuasa itu. Continue reading ’1Malaysia-One Israel, CEO Apco Beri Keterangan, Anwar Tidak Berganjak’

09
Jun

‘Yahudi & Judi’: Empat Pemimpin PAS Ditahan

Dari Malaysiakini
Oleh Salhan K Ahmad

Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Hasbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan ‘Yahudi dan Judi’ anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu. Continue reading ‘‘Yahudi & Judi’: Empat Pemimpin PAS Ditahan’

09
Jun

Ceramah Di Stadium Selayang


09
Jun

Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Tidak Membenarkan

09
Jun

Ahli Parlimen Tidak Dibenarkan Masuk Ketika Prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

08
Jun

Kecam Zionis: Jangan Lihat Najib Sebagai Juara

Dari Harakah

Di dalam keghairahan rakyat negara ini membantah kekejaman rejim zionis Israel dan kehebatan 12 orang sukarelawan negara dalam misi kemanusiaan Gaza yang ditahan oleh tentera negara itu, jangan pula Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai juara.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, sikap mengambil kesempatan dengan peristiwa besar itu, jangan pula rakyat lupa bahawa negara sedang berhadapan dengan kemelut lesen perjudian yang akan menghancurkan moral masyarakat.

Katanya, sikap pemimpin Umno BN yang seolah-olah memekakkan telinga dengan bantahan pelbagai pihak, nampaknya tidak banyak berbeza dengan sikap Israel yang memekakkan telinga dengan bantahan di seluruh dunia terhadap kekejamannya.

“Apakah ini kaedah yang dinasihati oleh APCO kepada pihak kerajaan?” tanya beliau. Continue reading ‘Kecam Zionis: Jangan Lihat Najib Sebagai Juara’

08
Jun

JK Hak, Kebebasan Mula Bermesyuarat : Demokrasi ala UMNO

Dari malaysiakini
Oleh S Pathmawathy

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen memulakan mesyuaratnya bagi menentukan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan tindakan kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Anwar tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu.

Ini kerana jawatankuasa yang bersidang belum membuat keputusan berhubung permintaannya supaya perbicaraan diadakan secara terbuka dan dia dibenarkan diwakili oleh peguam.

Beberapa ahli parlimen – Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) cuba memasuki bilik mesyaurat sebagai pemerhati tetapi juga diarahkan keluar.

“Ia adalah jelas. Menurut peraturan, hanya ahli parlimen dibenarkan masuk, tetapi apabila kita membuat bantahan, mereka sedang mempertimbangkannya,” kata Gobind. Continue reading ‘JK Hak, Kebebasan Mula Bermesyuarat : Demokrasi ala UMNO’

08
Jun

Isu Blok L Dan M

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Parlimen Malaysia, 7hb Jun 2010

Kita dukacita dengan jawapan kerajaan berkenaan isu Blok L dan M. Jawapan Menteri Luar kepada soalan yang dibangkitkan saya beserta ahli parlimen lainnya, baik pembangkang mahupun dari pihak kerajaan gagal menjawab beberapa persoalan. Kita sedar rundingan antara kedua-dua negara sedang berjalan. Namun yang pasti Blok L dan M bukan lagi milik kita. Tambah mengejutkan Menteri Luar Kedua Brunei ketika itu Datuk Seri Lim Jock Seng menyatakan bahawa Brunei tidak penah menggugurkan tuntutan terhadap Limbang. Kenyataan ini dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 19 Mac 2009.

Kita mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia kerana menyerahkan wilayah perairan negara yang melibatkan medan minyak Blok L dan Blok M kepada kerajaan Brunei. Penyerahan itu dilakukan melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 ketika lawatan rasmi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku PM ketika itu ke Brunei Darussalam. Kita juga kesal kerana sebarang keputusan yang dibuat tidak mengambil kira pandangan serta kepentingan rakyat, terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak.

Maklumat penyerahan wilayah negara itu mula diketahui umum hanyalah selepas Murphy Oil Corporation, sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan media pada 21 April 2010 bagi mengumumkan pembatalan kontrak perkongsian pengeluaran Blok L dan M di Malaysia.

Murphy Oil Corporation mengumumkan bahawa ia telah dimaklumkan oleh Petronas bahawa berikutan perlaksanaan Surat Pertukaran antara Malaysia dan Kesultanan Brunei pada 16 Mac 2009, kawasan carigali luarpantai yang dikenali sebagai Blok L dan Blok M adalah tidak lagi sebahagian dari Malaysia. Akibatnya, kontrak perkongsian pengeluaran melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan pada 2003 kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy ditamatkan melalui surat bertarikh 7 April 2010. Potensi penyertaaan Murphy dalam kontrak perkongsian pengeluaran gantian yang membabitkan kawasan tersebut masih dalam perbincangan.

Surat Pertukaran 2009 sekadar menyebut bahawa perjanjian yang dimeterai membuka ruang penyelesaian kepada pertikaian tuntutan bertindih wilayah maritim antara Malaysia dan Brunei, persempadanan maritim kedua-dua negara dan usaha pembangunan bersama. Penyerahan hakmilik Blok L dan M tidak dihebahkan. Butiran dan implikasi perjanjian juga tidak diketahui umum.

Walaupun terdapat persetujuan usaha pembangunan bersama dalam kawasan tersebut, mengapa perlu dilepaskan hakmilik negara kepada Brunei?

Penyerahan medan minyak Blok L dan M kepada Brunei mengakibatkan perubahan kepada sempadan negara yang mempunyai implikasi perundangan menurut Perlembagaan Persekutuan. Pengubahan sempadan tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 2(b) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh dengan undang-undang mengubah sempadan mana-mana Negeri; tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan dengan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.

Pengubahan sempadan berikutan penyerahan Blok L dan M ini tidak pernah dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang berkaitan khasnya Negeri Sabah. Adakah ianya mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja?

Justeru, keabsahan penyerahan Blok L dan Blok M kepada Brunei Darussalam oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pertukaran Surat 16 Mac 2009 amat dipertikaikan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

08
Jun

Anwar: Why Leave it To The Turks?

08
Jun

‘Jelaskan Penyerahan Blok L Dan M’

Dari Malaysiakini
Oleh S Pathmawathy

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyerahan dua zon yang kaya dengan minyak di luar pantai Laut China Selatan kepada Brunei tahun lalu.

Kementerian Luar sebelum ini telah mengakui dalam satu kenyataan bahawa blok minyak L dan M di luar pantai Sabah kini milik Brunei.

Beliau mendesak perdana menteri menyatakan secara jelas di Parlimen mengenai keputusan kerajaan persekutuan menyerahkan wilayah negara, khususnya Blok L dan M, kepada Brunei.

Katanya, penyerahan tersebut selesai pada 16 Mac 2009, hanya 17 hari sebelum ahli parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi, melepaskan jawatan perdana menteri pada 3 April 2009.

Kontroversi mengenai Blok L dan M tercetus selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Abdullah ‘menyerah’ dua blok minyak itu bagi menyelesaikan pertikaian sempadan Limbang di Sarawak.

Dalam blognya April lalu, Dr Mahathir mendakwa bahawa tindakan penggantinya itu telah mengakibatkan negara kehilangan sekurang-kurangnya AS$100 bilion atau sekitar RM320 bilion pendapat dari minyak.

Abdullah, bagaimanapun, dalam satu kenyataan akhbar, menafikan dakwaan tersebut dengan berkata langkah itu dibuat ‘tanpa merugikan Malaysia’ dan Malaysia akan dibenarkan menyertai pembangunan bersama secara komersil di dua blok tersebut selama 40 tahun.

Menurutnya lagi, perjanjian itu dilakukan dengan persetujuan kabinet sebelum ianya ditandatangani dengan Brunei pada 2009 dan sebelum beliau melepaskan jawatan perdana menteri kepada Najib.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata pendedahan mengenai penyerahan dua blok tersebut ‘mengejutkan’ kerana ia melibatkan kedaulatan negara serta kepentingan maritim dan ekonomi negara.

Katanya sewaktu pembentang undang-undang sempadan maritim 2006, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata Malaysia telah menyatakan sempadannya melalui pengumuman Peta Baru Malaysia sejak 21 Disember 1979. Continue reading ‘‘Jelaskan Penyerahan Blok L Dan M’’

07
Jun

Anwar Terus Dedah Agenda Jahat Umno BN

Dari Harakah Daily
Oleh Ali Hashim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah setiap kampung dan daerah bagi menjelaskan kepada rakyat agenda jahat dan keburukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, esok.

Menurutnya, segala kejahatan dan keburukan yang sekian lama menjadi amalan kepimpinan Umno dan BN harus terus dirobek dan dimaklumkan kepada rakyat supaya mereka mendapat penjelasan yang sebenar mengenai tindak-tanduk pemimpin negara.

“Banyak perkara yang tidak direlakan oleh rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan yang ada sekarang. Arak dan judi semua ini membawa kesan negatif yang merosakkan akhlak dan kesejahteraan hidup rakyat, mereka tidak pedulikan walaupun ada bantahan dan bangkangan.

“Yang lebih teruk ialah sikap mereka yang tidak mempedulikan kritikan dan pembongkaran yang telah dibuat dalam Parlimen bahawa mereka mempunyai hubungan dengan negara Israel.

“Jika perkara ini tidak benar maka saya dengan ini mencabar Perdana Menteri untuk menafikan segala dakwaan tersebut dalam Parlimen,” katanya pada majlis ceramah di sini, malam tadi. Continue reading ‘Anwar Terus Dedah Agenda Jahat Umno BN’

07
Jun

Anwar Hadapi JK Hak & Kebebasan, Esok

Dari Malaysiakini

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada jam 11.30 pagi esok, seperti yang dirancang.

Menurut setiausaha akhbarnya, Eekmal Ahmad, ini kerana ucapannya berhubung kontroversi penyerahan dua kawasan yang kaya dengan minyak yang dikenali sebagai blok L & M kepada Brunei telah ditunda ke jam 4.30 petang esok.

Anwar akan dikehendaki menjelaskan kenyataanya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel kepada jawatankuasa itu yang dianggotai sebahagian besarnya oleh MP dari BN. Continue reading ‘Anwar Hadapi JK Hak & Kebebasan, Esok’