YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak telah melancarkan Rancangan Malaysia ke 10 pada 10hb Jun 2010 dengan harapan melonjakkan prestasi ekonomi dan sosial negara kepada tahap yang lebih tinggi serta meyakinkan. Rancangan Malaysia ke 10 ini diwar warkan sebagai satu strategi ampuh yang mampu memacu negara untuk mencapai cita-cita wawasan 2020 serta mengembalikannya ke landasan yang tepat dan memulihkan ekonomi negara yang hampir satu dasarwasa berada dalam keadaan lesu dan laih.
Maka tatkala ghairah menyambut kebijakan tersebut, perlu disingkap dua Rancangan Malaysia sebelumnya. Perbandingan harus dibuat agar penilaian yang jujur mampu diungkapkan. Apa ertinya segala pengumuman yang muluk muluk serta pembentangan kebijakan di Dewan ini sekiranya hasrat serta sasaran Rancangan Malaysia sebelumnya pun belum lagi tertunai.
Tatkala membentangkan belanjawan 1994, pada bulan Oktober 1993, saya mengungkapkan kepentingan buat kita merenung serta menginsafi peringatan Allah SWT dalam Surah Yusuf, agar tujuh tahun subur menjadi persedian buat kita menghadapi sebarang kemungkinan pada tahun berikutnya. Saya mengingatkan bahawa putaran kemakmuran dan kemelesetan kerap datang silih berganti, namun ianya bukanlah tidak dapat dielakkan. Bahkan kerapkali kemakmuran boleh bertukar menjadi kegersangan ekonomi kerana kita alpa, boros dan berfikiran singkat dalam perencanaan.
Kita sedar keadaan ekonomi sejagat pastinya memberi kesan kepada kedudukan ekonomi negara. Krisis kewangan mutakhir ini telah memaksa kita untuk keluar dari kerangka lama dan cerdas merangka kebijakan baru yang berupaya memacu kembali ekonomi negara. Ahli ekonomi terkemuka seperti Paul Krugman, Nouriel Roubini dan pemikir serta ahli sejarah terkemuka seumpama Tony Judt, menggesa kerajaan untuk tidak dogmatik dan masih berpaut kepada kaedah usang, apatah lagi jika terbukti walau diulang-ulang tidak mampu memulihkan keadaan.
Roubini misalnya dalam karya terbarunya berjudul Crisis Economics menghimbau surat yang dikirim John Maynard Keynes kepada George Bernard Shaw sekitar Januari 1935 apabila beliau selesai menulis The General Theory of Employment, Interest and Money,”… you have to know that I believe myself to be writing a book on economic theory which will largely revolutionize – not, I suppose, at once but in the course of the next ten years – the way the world thinks about economic problems.”
Roubini sengaja menghimbau kandungan surat itu untuk memperlihatkan kepada kita bukan sahaja cita-cita Keynes untuk menulis sebuah adikarya, akan tetapi gesaan yang ada pada ahli ekonomi masyhur itu untuk menawarkan satu kaedah yang baru dan tentunya radikal bagi memulihkan dunia dari malang The Great Depression.
Sebab itu, apabila kita berbicara mengenai anjakan ekonomi negara, kita perlu kembali kepada perintah Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7
….supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”
Matlamat kebijakan ekonomi yang baik adalah untuk membela yang tertindas dan menjamin keadilan; maka sewajibnya RMK10 dinilai bukan sahaja dari aspek keupayaan memulihkan kembali ekonomi negara yang lesu; tetapi juga keikhlasan memartabatkan kebajikan rakyat terbanyak.
Dari segi pendekatan dan pemikiran RMK 10 ternyata tidak berbeda berbanding Rancangan Malaysia yang sebelumnya, sedangkan ekonomi negara kini berada di persimpangan.
RMK10 diwar warkan sebagai satu perancangan yang berteraskan Model Ekonomi Baru. Kebijakan ini digambarkan mampu menggembeling ekonomi Malaysia keluar dari kelesuan yang dialami lebih dari satu dekad.
Di atas nama penswastaan, kroni diutamakan dan didahulukan sementara rakyat bakal berdepan dengan beban kos saraan awam yang meningkat.
Tidaklah menghairankan apabila salah satu dari ukuran yang boleh diambil kira adalah reaksi pasaran terhadap pembentangan RMK 10. Sejurus selepas pembentangan, Indeks Komposit di Bursa Malaysia hanya menokok sebanyak 1.23 mata apabila pasaran ditutup pada 10 Jun, iaitu kurang dari 0.1% sedangkan rancangan ini dipersembahkan sebagai nadi baru ekonomi negara. Continue reading ‘Transkrip Perbahasan RMK 10 Oleh Dato Seri Anwar Ibrahim Di Parlimen’
Recent Comments