Archive for June, 2010



17
Jun

Pengganas: Kerajaan Cuba Alih Tumpuan Rakyat

Dari Malaysiakini

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

“Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang,” kata Anwar.

“Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?” soalnya.

17
Jun

Enjin Jet F5-E:Bapa Buat Laporan Polis Dakwa Tharmendran Diseksa

Dari Mstar

Keluarga kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N. Tharmendran, yang didakwa mencuri dua enjin jet F5-E melakukan laporan di Balai Polis Brickfields atas dakwaan Tharmendran diseksa ketika dalam tahanan dan dijadikan kambing hitam.

“Kami akan mengenal pasti pihak yang berbuat demikian terhadapnya dalam laporan ini,” kata bapa Tharmendran, N. Nagarajah sebelum membuat laporan polis dengan ditemani peguam N. Surendran; Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manoharan dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam. Continue reading ‘Enjin Jet F5-E:Bapa Buat Laporan Polis Dakwa Tharmendran Diseksa’

16
Jun

Diskin: Removing Blockade Dangerous

By BY REBECCA ANNA STOIL AND AP
16/06/2010

Shin Bet Chief: There is no humanitarian crisis in the Gaza Strip.

Shin Bet Chief Yuval Diskin warned Tuesday of the danger of giving in to world demands to lift the naval blockade of Gaza, dismissing international checks of ships’ cargoes as a possible solution to the problem.

Speaking to the Knesset’s Foreign Affairs and Defense Committee a day before a key security cabinet meeting to discuss the future of the Gaza blockade, Diskin said there was room to further relax the import of products to the Gaza Strip through land crossings. Continue reading ‘Diskin: Removing Blockade Dangerous’

16
Jun

Gadai Pangkalan TUDM Bahayakan Negara

Dari Malaysiakini

Rancangan kerajaan untuk mengadakan projek pembangunan di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi akan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh.

“Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju,” katanya yang dipetik oleh Harakah Daily.

Mahfuz berkata pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat. Continue reading ‘Gadai Pangkalan TUDM Bahayakan Negara’

15
Jun

Dato Seri Anwar Ibrahim Dibenar Pinda Kenyataan Tuntutan Saman

Dari Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenar memasukkan nama Datuk Seri Anifah Aman sebagai defendan atas kedudukannya sebagai Menteri Luar dalam satu saman fitnah RM100 juta terhadap menteri itu.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Nooradura Mohamed Din, membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Peguam Karpal Singh dan SN Nair mewakili Anwar, K Vasanthi mewakili Anifah atas kedudukan peribadinya manakala Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh, mewakili Anifah atas kedudukannya sebagai Menteri Luar serta Kerajaan Malaysia. Continue reading ‘Dato Seri Anwar Ibrahim Dibenar Pinda Kenyataan Tuntutan Saman’

15
Jun

Selepas Dakwa Ditawar RM20 Juta, Keshvinder Keluar DAP

Dari Harakah Daily

Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat. Continue reading ‘Selepas Dakwa Ditawar RM20 Juta, Keshvinder Keluar DAP’

15
Jun

Serah Memorandum Bantah Lesen Judi, GMJ Kesal Kenyataan Dr M

Dari TV Selangor

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menghantar satu memorandum membantah judi sukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekaligus menyatakan pendirian mereka buat kesekian kalinya membantah sekeras-kerasnya pemberian lesen judi tersebut.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid mendesak kerajaan persekutuan supaya menjelaskan status pemberian lessen ini berikutan terdapat kenyataan yang bertentangan dari perdana menteri dan hartawan Tan Sri Vincent Tan berkaitan kelulusan lesen tersebut. Continue reading ‘Serah Memorandum Bantah Lesen Judi, GMJ Kesal Kenyataan Dr M’

15
Jun

Ekonomi Negara Semakin Merudum – Pakar Ekonomi Antarabangsa, Prof Jomo Kwame Sundaram



15
Jun

Dr Mahathir Yang Mula2 Beri Lesen Judi Sukan Pada Vincent Tan Chee Yioun

Dari Malaysia Waves.com

Dr Mahathir dilaporkan berkata menyokong pemberian lesen judi sukan pada Vinsetan. Saya tak terkejut sebab Dr Mahathirlah yang mula-mula sekali memberi lesen judi sukan pada Vinsetan. Dan, antara sebab Dr Mahathir marah dengan Pak Lah adalah kerana Pak Lah membatalkan pemberian judi sukan kepada Vinsetan yang dibuat Mahathir beberapa minggu sebelum Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana pada tahun 2003, beberapa minggu sebelum Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM kepada Pak Lah, antara tindakan terakhir beliau adalah meluluskan lesen judi sukan pada Vinsetan.

Vinsetan, kemudiannya, telah membuat persediaan untuk melancarkan Judi Sukan itu ke seluruh negara. Malahan, Vinsetan sudah pun membayar RM20 juta kepada kerajaan sebagai bayaran untuk lesen itu. Continue reading ‘Dr Mahathir Yang Mula2 Beri Lesen Judi Sukan Pada Vincent Tan Chee Yioun’

15
Jun

Najib ‘Terpaksa’ Lulus Judi Sukan, Rela Berdepan Protes Umno Sendiri

Dari TV Selangor

Kedegilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik kelulusan lesen judi sukan menunjukkan Umno Barisan Nasional dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan politik mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan nekad itu dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yakin Najib tidak akan tunduk pada desakan pelbagai pihak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan itu sekalipun ia datangnya dari parti pimpinannya sendiri.

Rentetan bantahan Pakatan Rakyat terhadap kelulusan judi sukan, Umno Johor pula mengikut langkah sama apabila membuat kenyataan menolak sebarang pertaruhan judi sukan.

Senario itu mengikut telahan Shamsul, menunjukkan bantahan judi sukan yang dipelopori Pakatan Rakyat member keinsafan kepada sebahagian ahli dan pemimpin akar umbi Umno sendiri. Continue reading ‘Najib ‘Terpaksa’ Lulus Judi Sukan, Rela Berdepan Protes Umno Sendiri’

15
Jun

Anwar Paling Layak Jadi Perdana Menteri – Nik Aziz

Dari Sharpshooter.blogspot.com

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam Pakatan Rakyat jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Sebaliknya menteri besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental. Continue reading ‘Anwar Paling Layak Jadi Perdana Menteri – Nik Aziz’

14
Jun

RMK10 Tidak Lebih Dari Satu Retorik

Dari Malaysiakini
Oleh S Pathmawathy

Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tidak lebih daripada satu senarai pengumuman yang berjumlah berbilion ringgit, kata Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ianya tiada beza dengan rancangan Malaysia sebelumnya walaupun ekonomi negara kini sedang berada di persimpangan jalan, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, rancangan ekonomi yang membabitkan perbelanjaan RM260 bilion itu sepatutnya bukan sahaja memulihkan kelembapan ekonomi, tetapi juga sepatutnya mampu menggerakkan ekonomi keluar daripada kebuntuan yang dialami sejak lebih satu dekad. Continue reading ‘RMK10 Tidak Lebih Dari Satu Retorik’