Archive for June, 2010



22
Jun

Sime Darby=Renong II? (MEB Bakal Ulangi Kegagalan Zaman Mahathir)

Dari Merdeka Review
Oleh Neo Chee Hua

Di Malaysia, kos melebihi anggaran adalah sesuatu yang lumrah, terutamanya projek-projek besar yang melibatkan kerajaan. Kontraktor tempatan, terutamanya GLC (syarikat milik kerajaan) sering berdepan dengan keadaan kos berlebihan.

Namun demikian, mungkin Sime Darby telah biasa berurusan dengan kerajaan yang sanggup menanggung kos berlebihan, sehingga terlupa bahawa pelanggan-pelanggan asingnya bukan kerajaan Malaysia. Mereka tidak akan membiayai kos berlebihan ini. Akhirnya, Sime Darby terpaksa menanggung kos berlebihan itu sendiri.

Sime Darby yang mengalami kerugian ini menaruh harapan agar kerajaan akan menanggung kos berlebihan dalam projek Empangan Bakun, supaya tekanan kewangannya akan diringankan. Akhbar The Edge melaporkan bahawa Sime Darby, kontraktor utama projek Empangan Bakun pernah meminta kerajaan membiayai kos berlebihan sebanyak RM700 juta, malah meminta kerajaan supaya mengecualikan segala kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikat tersebut.

Sarawak Hidro Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan merupakan pemilik Empangan Bakun. Disebabkan penangguhan projek, Sarawak Hidro Sdn Bhd berhak meminta ganti rugi dari pihak kontraktor, iaitu Sime Darby yang berjumlah 20% daripada kos modal asal. Selain itu, menurut perjanjian, Sarawak Hidro Sdn Bhd juga berhak meminta Sime Darby membiayai pampasan untuk bahagian elektronik dan kejenteraan.

Sejarah berulang

Jikalau diimbas kembali sejarah Malaysia, Sime Darby bukanlah kes pertama. Penswastaan (privatisation) dan pensyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporated) yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah melahirkan banyak syarikat atau badan korporat milik kerajaan.

Namun, kebanyakan syarikat ini bukan sahaja tidak berupaya untuk mencapai matlamat asal (termasuk meringgankan beban kerajaan, “menguruskan” sektor awam, meningkatkan efisiensi dan daya saing, meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera dan sebagainya), sebaliknya mengundang kerugian yang besar. Kerajaan terpaksa menyelamatkan (Bailout) syarikat milik kerajaan yang “terlalu besar untuk runtuh” atau “sebagai lambang kekuatan ekonomi kaum bumiputera”.

Antaranya, Renong Berhad yang ditimpa krisis pada ketika kemelut Kewangan Asia 1997/98 merupakan satu pengajaran yang baik. Jika dibuat perbandingan, kita akan mendapati banyak persamaan antara Sime Darby dengan Renong Berhad.

Renong Berhad merupakan sayap pelaburan UMNO pada zaman Mahathir, dan merupakan badan korporat yang paling berpengaruh di Malaysia. Perusahaannya merentasi pelbagai bidang, termasuk infrastruktur asas, petroleum dan gas asli, perhotelan, pembankan, hartanah, kesihatan, pengangkutan awam, telekomunikasi, media dan sebagainya. Syarikat GLC yang dikawal secara langsung atau tidak langsung termasuklah UEM Group Berhad (UEM, 37.1%), Bumiputra-Commerce Group (sekarang dikenali sebagai CIMB, 18.3%), Faber Group Berhad (Faber, 60%), Time Engineering Berhad (Time Eng, 46.8%), Park May (50.1%), PLUS, PUTRA LRT, CIMA dan lain-lain lagi.

Namun, Krisis Kewangan Asia dengan mudah memusnahkan Renong Berhad, mendedahkan faktor-faktor kegagalan badan korporat yang berkelihatan kukuh di luar tetapi sebenarnya rapuh di dalam – kerenah birokrasi, struktur operasi yang kurang telus, dan campur tangan parti politik. Kesemua ini menyebabkan penyelewengan dalam pentadbiran, kronisme, rasuah yang semakin berleluasa. Continue reading ‘Sime Darby=Renong II? (MEB Bakal Ulangi Kegagalan Zaman Mahathir)’

22
Jun

Altantuya: Menteri Enggan Sahkan Pembabitan Pegawai Najib

Dari TVSelangor

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata bekas pegawai khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar tidak terbabit dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006. Continue reading ‘Altantuya: Menteri Enggan Sahkan Pembabitan Pegawai Najib’

21
Jun

Serangan Pengganas: Agenda Politik Jahat UMNO

Dari Harakah Daily

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kenyataan mengenai serangan pengganas menunjukkan satu pakatan politik jahat antara Umno Barisan Nasional (BN) dan polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam.

Justeru, katanya PAS sangat kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam.

Ini, katanya sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada PAS yang merupa parti politik Islam yang mendapat tempat di kalangan masyarakat bukan Islam. Continue reading ‘Serangan Pengganas: Agenda Politik Jahat UMNO’

20
Jun

Tan: Gov’t Meddling Caused Felda’s Overruns

From malaysiakini
By Haslan Zakaria

Former deputy minister Tan Kee Kwong has urged the federal government to come clean about Felda and to stop interfering in the running of the government-linked company.

MCPX
“Do not forget the very reason why Felda was started (was to undertake) social responsibilities,” reminded Tan (right).

He said this in a blog posting following his open letter dated June 6, where he publicly accused Prime Minister Najib Abdul Razak of “single-handedly destroying” Felda’s prudent management and the siphoning away of its wealth.

Continuing his attack on what he claimed as “government meddling” in the state-owned plantation firm, he listed in his blog instances of mismanagement that the government he allegedly misled Parliament and the public about.

Tan, who is now in the opposition PKR of former deputy prime minister Anwar Ibrahim, based his accusations on his experience in 2004 while serving as then-deputy to Land and Cooperatives Minister Kasitah Gadam in charge of all Felda matters.

Tan went on to lament the government-linked firm’s decline to its present pathetic state, from what he described was once a stellar example of how such a project should be like. Continue reading ‘Tan: Gov’t Meddling Caused Felda’s Overruns’

19
Jun

Chua: Umno-BN Akan Dilayangkan Kad Merah

Dari Malaysiakini

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi ‘tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini. Continue reading ‘Chua: Umno-BN Akan Dilayangkan Kad Merah’

19
Jun

Building a Society Through Defeatism: Malay Style

From kenyannomad.blogspot.com

Being a student in Malaysia has been useful to me in many ways. You learn many new things, a new country, a new culture, people, food, etc. A beautiful nation with beautiful people, but probably a nation that has the worst political system. When you look from a far, when you see the dazzling Twin Towers, the sky crappers, the trains, the paved roads, the almost all tarmacked lanes, it is beautiful and satisfying, but beyond that, there is stinking political system, one devoid of decency and human good, a godless politics that thrives in indecency, skulduggery and simply outright demagoguery.
I remember Malaysia’s former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi saying in 2006, ‘the Malays will do anything to achieve something in politics (or something like that) and that anything includes vomit inducing rhetoric and actions. He was right! He was booted out disgracefully after being stabbed in the back by some of his Cabinet Ministers.

Malaysia’s story is not new, its racial politics, stifling bureaucracy, bulging and ever increasing civil service, third world politics, controlled society, partisan bodies and unthinking religious entities are issues one reads about almost on daily basis. Malaysia is not a nation that has bright future. I remember as a kid, circa 1995 reading somewhere a robust statement made by Prof. Ali Mazrui, recognized as the one of the 100 most influential intellectuals today where he praised the nation and predicted a bright future. Prof. Mazrui was in particular intrigued by the then Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim. One decade later, you won’t hear the Kenyan-American professor talking of Malaysia. Continue reading ‘Building a Society Through Defeatism: Malay Style’

18
Jun

Kenapa Syarikat Felda Ditutup Selepas Najib Ambil Alih

Dari Harakah Daily

Datuk Zaid Ibrahim meminta kerajaan menjelaskan berhubung beberapa syarikat berkaitan Felda yang telah ditutup dalam tempoh lima tahun terakhir semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Felda.

“Syarikat-syarikat berikut telah ditutup: Felda Karet, Sutera Jaya dan Felda Herbal. Harus ada penjelasan terperinci kenapa ianya ditutup dan apakah hal ini disebabkan kelemahan pengurusan,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR mendakwa penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung kejatuhan sumber kewangan Felda tidak jelas dan boleh dipertikai. Continue reading ‘Kenapa Syarikat Felda Ditutup Selepas Najib Ambil Alih’

18
Jun

RMK10: Untungkan Pemodal Konglomerat Swasta, Sisihkan Ekonomi Rakyat- DSAI

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan taklimat mengenai RMK 10 kepada pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan negeri serta wartawan.

Penasihat Ekonomi Selangor itu melahirkan dukacita kerana Rancangan Malaysia ke-10 mengutamakan kepentingan pemodal dan konglomerat swasta dan meminggirkan keperluan rakyat.

Anwar berkata RMK-10 berpaksikan gelombang penswastaan besar-besaran, tetapi mengenepikan matlamat untuk mengangkat kemampuan ekonomi rakyat jelata.

Datuk Seri Anwar berkata rumusan ekonomi negara tidak boleh menafikan sebahagian besar rakyat Malaysia masih dihimpit kemiskinan dan beban kos yang tinggi.

RMK-10 disifatkan sebagai gagal kerana Perdana Menteri Najib Abdul Razak enggan memperkenalkan dasar basmi kemiskinan merentasi garis perkauman.

Keikhlasan pemerintah mengatasi isu kemiskinan turut teruji dengan keengganan Kabinet menyelaras garis paras kemiskinan mengikut situasi semasa.

Bahkan, Anwar turut membidas sikap kerajaan yang berdedikasi menghapuskan bantuan kepada rakyat termiskin tetapi mempertahankan subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Anwar dalam ucapannya berkata RMK-10 sepatutnya melihat semula prestasi lemah di projek-projek koridor serata negara.
Penasihat Ekonomi Selangor ini menyarankan Kabinet menghentikan segera amalan pemberian tender secara runding terus bagi mengalakkan persaingan dan menarik pelaburan asing ke koridor-koridor berkenaan.

Negeri-Negeri Pakatan Rakyat disebut sebagai antara negeri yang paling berprestasi dan berpotensi di Malaysia, dengan Selangor dan Pulau Pinang terutamanya menjadi nadi industri negara.

Anwar mencadangkan supaya keseluruhan pendekatan perancangan ekonomi disemak semula, kerana rumusan RMK-10 masih lagi terperangkap dalam kerangka politik sempit.

18
Jun

Kebebasan Media: Rais Terus Berkhayal

Dari Malaysiakini
Oleh Susan Loone

Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat kurang senang dengan kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa senarai kebebasan media negara-negara yang dikumpulkannya itu hanyalah satu “laporan kerusi selesa”.

Pengarah urusannya, Karin Karlekar meminta Rais untuk menjelaskan secara khusus berhubung perkara yang tidak disenangi atau yang tidak dipersetujui mengenai kajian berkenaan. Continue reading ‘Kebebasan Media: Rais Terus Berkhayal’

18
Jun

Liew: Kos Jambatan Kedua, Jawapan PM Tak Benar

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya berkenaan kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang.

“Saya telah meminta Perdana Menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM 4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina “casting yard”. Continue reading ‘Liew: Kos Jambatan Kedua, Jawapan PM Tak Benar’

17
Jun

Anwar Tetap Dedah Klip Video RM2 Juta

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.

“Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok…kamu diam,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit. Continue reading ‘Anwar Tetap Dedah Klip Video RM2 Juta’

17
Jun

PKFZ: Ong Tee Keat Dedah Orang Terlibat Masih Bebas

Dari Merdeka Review
Oleh Neo Chee Hua

Pasukan Khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendapati bahawa wujudnya kes penipuan (fraud case) yang menelan RM 1.64 bilion dalam skandal PKFZ, dan orang yang terbabit masih bebas sehingga kini, tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Demikianlah pendedahan bekas Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat (gambar kanan) yang disingkirkan semasa kabinet dirombak pada 1 Jun 2010. Malah, Ong Tee Keat selanjutnya membongkarkan bahawa kontraktor utama PKFZ, Syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai ahli parlimen Bintulu-BN, Tiong King Sing telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek ini dimulakan.

Sebanyak tujuh laporan disediakan oleh pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan, dan kesemuanya masih belum didedahkan sehingga kini. Bagaimanapun, tiada kesimpulan dan tindakan susulan, termasuk mendakwa pihak yang terlibat dan menipu, setelah Pasukan Petugas Khas (Super Task Force) yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan PKFZ ini. Malah, tiada perbincangan dalam kabinet berhubung laporan Pasukan Petugas Khas, menurut bekas Menteri Pengangkutan ini.

Seandainya dakwaan laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan tersebut adalah benar, maka kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menuntut wang tersebut daripada pihak berkenaan, malah menghalang wang itu daripada mengalir ke dalam akaun kontraktor tersebut secara beransur-ansur, tegas Ong Tee Keat.

“Kesemua ini wang titik peluh rakyat,” tekan bekas Presiden MCA ini dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 15 Jun 2010 di pejabatnya di Padan Jaya. Ini adalah kali pertama pegawai kerajaan terbabit tampil mengesahkan kandungan dalam tujuh laporan yang disediakan pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Sebelum ini, The Straits Times yang mendakwa dirinya telah meneliti kandungan terperinci laporan tersebut mendedahkan bahawa beberapa orang pegawai kerajaan disenaraikan sebagai “possible conspirator”, antaranya bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tiong King Sing (yang menguasai KDSB), bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang, dan sesetengah pengarah dalam LPK. Namun demikian, antara nama yang tersenarai, hanya OC Phang (gambar kiri, wanita di kanan) yang didakwa ke mahkamah setakat ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) KDSB, Steven Abok; Pengurus projek, Law Jenn Dong dan Bernard Tan Seng Swee dari syarikat perunding BTA Architect turut didakwa atas tuduhan menipu, dengan angka yang terlibat RM122.267 juta dan RM5.41700 juta.

Namun, Ong Tee Keat mengesahkan bahawa beberapa orang disebut namanya dalam laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan, dan “orang yang terbabit” semestinya lebih daripada empat orang yang didakwa di atas. Continue reading ‘PKFZ: Ong Tee Keat Dedah Orang Terlibat Masih Bebas’