Archive for June, 2010

26 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.

Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK). (more…)

26 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysia today

An explosive summer encounter in London with potentially far-reaching consequences can be expected if the Malaysian Anti-Corruption Commission does indeed carry out its plan to interview private investigator P Balasubramaniam sometime in the middle of next month.

“Sorry to be cynical but I’ll believe it when I see it. It is high time that the MACC walk its talk. It has been promising to meet Bala but has it gone to London yet? I mean this is not a new development, it should have already met and interviewed Bala,” PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Akin told Malaysia Chronicle.

“It is also high time for the MACC to make public the status of their investigations. No less than Nazim Razak, the brother of our prime minister, has been identified by Bala as the one who gave him money to retract his statutory declaration and flee Malaysia. The MACC cannot close one eye just because the very top people are involved.”

Two men sentenced to hang

Bala’s sensational revelation about the Altantuya Shaariibuu murder case has made him the focal point of fresh investigations that may possibly alter the fate of two policemen sentenced to hang for her killing. (more…)

25 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Times live
By Sapa

Malaysia has banned a book and two comics by a political cartoonist that were critical of the government, saying they were “undesirable” and could incite people to revolt.

The artist, Zulkifli Anwar Ulhaque, whose publications have highlighted issues such as opposition leader Anwar Ibrahim’s sodomy trial and police shootings, dismissed the allegations and vowed to continue drawing.

Mahmood Adam, secretary-general of the powerful home ministry, said Zulkifli’s three publications were banned because they were “deemed unsuitable and undesirable for public reading.” (more…)

24 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
By Asian Sentinel

The governments of Southeast Asia, already fertile ground for defence companies, have embarked on a round of buying submarines, the utility, safety and strategic value of which looks doubtful. In fact, they may actually increase tensions in the region as their lurking menace could swiftly turn a naval encounter from an incident into a crisis.

Singapore started it in 1995 by buying a surplus Swedish navy boat, with a further three ordered in 1997, perhaps with designs to manufacture them on license rather than for defense. The first was commissioned in mid-2000 and further orders have since been made as the original boats have been retired.

Malaysia ordered two new Scorpene-class submarines from the Franco-Spanish DCNS/ Navantia consortium in 2002, with the first just having arrived in the country this year.

In late 2009 Vietnam ordered six Kilo-class submarines from a Russian yard, with the first delivery due by 2012. The governments of Indonesia and Thailand are also both considering acquiring new submarines.

However, the growing use of unmanned underwater vehicles, in line with the better-known unmanned aerial ‘drones,’ is eroding the submarines’ raison d’être – particularly as defense budgets are squeezed and technology offers less costly but comparable results.

The economic and technical metrics of operating manned submarines make them among the most expensive weapon in any national arsenal. There are no accurate figures tabulating the capital and recurring costs of submarine programs in Singapore, Malaysia and now Vietnam, including bases and crew training. But in order to keep one submarine operational a minimum of two boats, but preferably three, are needed. Each boat requires two full crews – plus support personnel and facilities.

Rough figures for the three navies make acquisition costs alone well in excess of US$3 billion, with combined annual running costs unlikely to fall much below US$1 billion by 2015, to marginally enhance deterrence of an enemy that is unlikely to materialize. (more…)

24 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor

Penyertaan golongan agamawan dalam gagasan Umno-Barisan Nasional hanya akan menjejaskan integriti institusi ulama tanahair.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata rakyat tidak mungkin menerima persekongkolan golongan cerdik pandai dan agamawan dengan parti yang mempertahankan politik rasis, rasuah dan judi sukan sebagai gaya hidup.

Beliau berkata demikian mengulas spekulasi adanya usaha untuk menarik bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abdin ke dalam Umno.

“Ianya tidak menjejaskan Pakatan Rakyat, sebenarnya ia akan menjejaskan institusi ulamak dan tokoh-tokoh agama itu sendiri sebab persepsi umum khususnya termasuk orang-orang Melayu, kita tidak memahami bagaimana tokoh agama boleh menyertai sebuah parti yang sudah rosak yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan,” katanya. (more…)

24 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From www.theglobeandmail.com
By John Ibbitson and Tara Perkins

Paul Martin sat in Lawrence Summers’ spacious office in the Greek-columned U.S. Treasury building in Washington, searching in vain for a piece of paper. With none in sight, the two men grabbed a brown manila envelope, put it on the table between them, and began sketching the framework of a new world order.

It was April 27, 1999. For the past five years, the global economy had shuddered under a string of massive debt defaults – first in Mexico, and then in Southeast Asia and Russia.

In each case, Western leaders and bankers responded by prescribing harsh fixes, throwing one developing economy after another into recession.

As crisis followed crisis, Mr. Martin, then Canada’s finance minister, became convinced that major developing nations had to be given a voice – not just an ultimatum – when it came to discussing their place in the global economy. But in the capitals of Europe and the corridors of Washington, the answer was always the same: It’s our club, and there are no vacancies.

Or at least it was the same answer until that April day when Mr. Martin visited Mr. Summers, then Bill Clinton’s nominee for treasury secretary, to press his case. He argued that they couldn’t keep imposing solutions on developing countries. The G7 had to be expanded – at least at the finance-ministers’ level. (more…)

24 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN AKHBAR

23 JUN 2010

Cadangan pembangunan semula Kampung Baru yang akan dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah altenatif yang baik kepada penduduk untuk menikmati pembangunan dan pada masa sama kekal sebagai pemilik tanah.

Cadangan tersebut mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah, serta membina pembangunan yang setaraf dengan kawasan yang berdekatan.

Cadangan tersebut, yang dibuat 15 tahun lalu atas permintaan Kerajaan Pusat ketika itu, akan dibentangkan semula pada forum dengan penduduk pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Penduduk Kampung Baru dan wakil mereka termasuklah Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) boleh memberi memberi maklum balas dan pandangan mereka terhadap cadangan pembangunan tersebut.

Perlu dinyatakan disini sebarang laporan yang menyatakan bahawa Menteri Besar tidak akan mengambil kira pandangan MAS dalam isu pembangunan Kampung Baru adalah tidak benar sama sekali.

Perbincangan akan diadakan dengan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali untuk menetapkan tarikh bagi diadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Baru untuk membolehkan cadangan ini dibentangkan kepada mereka.

Pelbagai pihak yang terlibat dengan pembangunan ini akan dijemput termasuk PKNS sebagai pemaju yang mewakili kerajaan negeri.

“Walaupun Kampung Baru bukan di bawah Selangor tetapi kampung itu mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Selangor.

“Sebagai Menteri Besar Selangor , saya tidak boleh berdiam diri atau menutup mata ketika penduduk Kampung Baru memerlukan bantuan dan berada di persimpangan untuk membuat keputusan,” kata Menteri Besar.

Cadangan pembangunan itu akan mengutamakan prinsip pentadbiran Kerajaan Selangor yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

23 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). (more…)

23 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari http://realaduka.blogspot.com/2010/06/nafi-23-bn-tu-agenda-lama-zaid-pr-ke.html

Nafi 2/3 BN tu agenda lama” Zaid : PR ke arah memerintah

Meskipun Pakatan Rakyat kini diselubungi kekhuatiran bahawa sokongan Melayu semakin mengalih ke Barisan Nasional, namun tanggapan ini disangkal oleh Zaid Ibrahim, yang tetap optimis bahawa matlamat PR dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memerintah di negara ini.

Ketika ditanya apakah langkah seterusnya seandainya Barisan Nasional berjaya mengembalikan majoriti dua pertiganya dalam parlimen, Zaid Ibrahim terus menyifatkan matlamat “menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen” sebagai “agenda lama”, malah yakin bahawa PR akan mara untuk menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia.

“Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama. Kami akan memerintah di negara ini. Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya. Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan,” tegasnya.

“Jadi, Dato, anda yakin bahawa PR akan memerintah?” tanya wartawan lagi.

“Memang! (Of course)” jawabnya dengan tangkas. Zaid Ibrahim menambah, “Kerajaan ini sudah terdesak (desparate). Mengapa mereka membelanjakan RM150 juta (dalam PRK)? Kerana mereka takut!”

Beliau seterusnya melontarkan satu soalan kepada wartawan, “Apakah anda rasa kerajaan yang yakin dengan dirinya, akan membelanjakan wang sedemikian? Ini persoalan yang harus anda tanya.” (more…)

23 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From http://connecttheworld.blogs.cnn.com

Anwar Ibrahim is one of Malaysia’s most influential politicians, but he has also been one of the country’s most controversial and divisive.

Anwar Ibrahim waves as he walks into court in Kuala Lumpur on May 31.
Born in 1947 in Cherok Tok Kun, Penang, Anwar served in the powerful position of deputy prime minister from 1993 to 1998 under the leadership of Mahathir bin Mohamad.

However, over the course of his involvement in the Mahathir government, Ibrahim emerged as one of its biggest critics.

Generally, Anwar’s politics are viewed as reformist and after Anwar’s falling out with the 50 year ruling party, his image was severely tarnished because of a series of harsh corruption and sexual charges that were put towards him.

In 1999, massive street protests accompanied news that Ibrahim was arrested and sent to prison for abuse of power.

Anwar was eventually sent to prison for six years under corruption charges.

A year later in 2000, Anwar was found guilty of a second charge – sodomy – which would carry a further nine-year jail term.

Anwar contested the charges and with a group of supporters, including his wife, he successfully overturned the second charge of sodomy and was released from prison in 2006.

Once released, Anwar was the stand-alone figure in Malaysian politics and was seen as the de facto opposition leader – although he wasn’t allowed to serve in politics until 2008.

However, in the March 2008 election, Anwar and the opposition parties made huge advances towards the ruling coalition.

But, only five months later, Ibrahim was again arrested for claims that he sexually assaulted a male aide.

Anwar vehemently denied the charges and said they were part of a government conspiracy to discredit the opposition leader.

On August 26, 2008, Ibrahim ran for office and won a by-election which allowed him to return to parliament as the official opposition leader.

Today, Anwar continues to argue for strong reform in Malaysia and is calling for the liberalization of government policies including a free media and judiciary.

23 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat dalam masa terdekat berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Kami semua selaku Ahli Parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen dalam kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mewakili Ahli Parlimen PAS pada sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.

Menurut beliau, dari maklum balas yang diberikan oleh universiti, KDN dalam suatu taklimat bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan isu JI, pihak KDN gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada KPT, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” ujar beliau.

Senada dengan beliau, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Hishammuddin turut dicabar mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas sebenar yang mahu menyerang berhala Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves, sebagaimana yang beliau jelaskan kepada media massa sebelum ini. (more…)

22 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

22 Jun 2010

Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.

Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:

Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.

UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)

UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.

Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.

Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta
Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.

Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)

Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go

Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar. Pertaman sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch &; Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan. Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat.

Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudia, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.

Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.

Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.

Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!

Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.

YB Sim Tze Tzin
Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
ADUN Pantai Jerejak

YB Yusmadi
Ahli Parlimen Balik Pulau

YB Sivarasa
Ahli Parlimen Subang
(more…)