Archive for June, 2010

30
Jun

Pua: KDSB Didn’t Pay Taxes For 13 Years

From Malaysia Today
By Ken Vin Lek

PJ Utara MP Tony Pua today revealed that Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), the key contractor in the Port Klang Free Zone (PKFZ) project, has not paid taxes for the past 13 years totalling RM328.4 million.

“A business newspaper report today revealed that KDSB has not paid its taxes since 1997 because it disputed the figure given by the Internal Revenue Board (IRB). If there is a dispute, why didn’t KDSB solve it as soon as possible instead of allowing it to drag on for so long?” he asked.

Pua also criticised KDSB’s owner, Tiong King Sing (who holds a 64% stake in company), and is the chairman of Barisan Nasional Backbenchers Club.

“It doesn’t mean that just because he (Tiong) is a prominent banker of BN, he allows his company to get away with not paying taxes,” he added. Continue reading ‘Pua: KDSB Didn’t Pay Taxes For 13 Years’

30
Jun

Zaid: Pertemuan Dengan RPK Atas Prinsip Persahabatan

Dari Malaysiakini

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.

Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.

“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya. Continue reading ‘Zaid: Pertemuan Dengan RPK Atas Prinsip Persahabatan’

30
Jun

Isu Empat ADUN Keadilan Selangor Letak Jawatan

Kenyataan Media
30 Jun 2010

Saya dengan ini melahirkan rasa terkilan kerana nama saya telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada empat ADUN KEADILAN Selangor yang akan mengosongkan kerusi, kononnya kerana membantah kepimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Selain saya YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), YB Amirudin Shari (Batu Caves), dan YB Shuhaimi Hj Shafiei (Sri Muda) juga turut dikaitkan dengan isu ini.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini turut dikongsi tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini. Penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya meyokong penuh kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri Selangor. Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negeri Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor.
Peralihan Majlis Pimpinan Negeri Selangor merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi tumpuan yang penuh kepada pentadbiran negeri.

Saya ingin melafazkan taat setia dan tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat yang saya dokong. Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini.

Y.B. Puan Haniza bt. Mohamed Talha
ADUN Taman Medan Negeri Selangor

30
Jun

A Malaysian Palace Fit for a King

From Asian Sentinel
Written by Correspondent

Or at least for the current wearer of the king’s hat, who gets to stay there for five years

On June 23, speaking to the Regional Cambridge International Symposium on Economic Crime inKuala Lumpur, the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister, Ismail Sabri Yaakob, outlined broad efforts to improve transparency and confront corruption, saying all reported cases will be fully investigated regardless of the position or status of those involved and that punishment will be swift and harsh.

But before the policy can be fully implemented, there is the matter of the cost of building a new national palace for the country’s sultans, which has doubled from RM400 million (US$124.2 million) to RM811 million since the contract was let – without bid — in 2006 under the premiership of Abdullah Ahmad Badawi, and may well triple, according to government insiders.

Under Malaysia’s system of rotating kingships between the country’s nine sultans, each assumes the title of Yang Di-Pertuan Agong and lives in the Istana Negara, or national palace, for five years before moving on – or uses it as a ceremonial residence during his reign. Each has his own palace in his respective sultanate. The grounds of the new one, to be built on a hill, will cover a massive 96.52 hectares, according to the government. Continue reading ‘A Malaysian Palace Fit for a King’

29
Jun

Pakatan Lantik Penasihat Undang-Undang Sendiri

Dari Malaysiakini

Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.

Pada sidang media oleh pemimpin Pakatan di parlimen, hari ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu berikutan ‘kecuaian’ oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

“Kita akan mencadangkan negeri-negeri Pakatan supaya melantik sendiri peguam mereka sebagai penasihat undang-undang,” kata Anwar.

“Ini kerana pejabat peguam negara tidak berkecuali. Mereka mewakili kepentingan kerajaan Umno-BN. Ini menyebabkan banyak masalah kepada pentadbiran negeri-negeri, sebagai contoh di Kelantan seperti yang dijelaskan oleh exconya hari ini,” katanya.

Bagaimanapun Anwar tidak mengulas lanjut masalah yang dihadapi di Kelantan itu.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam. Continue reading ‘Pakatan Lantik Penasihat Undang-Undang Sendiri’

29
Jun

Semangat Musyawarah Teras Utama KEADILAN

KENYATAAN MEDIA

Semangat musyawarah menjadi teras utama dalam proses membuat keputusan di dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Program TemuRapat (retreat) KEADILAN yang telah berlangsung pada 26 – 27 Jun, di Hotel Quality, Shah Alam, Selangor, telah membuktikan bahawa KEADILAN sangat iltizam dengan prinsip musyawarah. Amalan tersebut bertepatan dengan perintah Allah (SWT) seperti yang termaktub di dalam al-Qur’an:

“..Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan keduniaan. Kemudian apabila kamu telah berazam (sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah (SWT), Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Surah Ali ‘Imran: 159).

Junjungan Muhammad (SAW) sendiri suka mendapat pandangan dari para sahabat seperti yang dapat dilihat dalam hadis berikut

“Berikan pandangan kamu semua kapada Aku.”

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang telah diadakan selepas program temurapat itu telah sebulat suara merumuskan untuk terus memperkukuhkan sistem penyampaian (delivery) kepada rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) dan mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Perlantikan YB Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor (MPN) akan memberi ruang kepada YAB Tan Sri Dato Seri Abd Khalid Ibrahim (TSKI) untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri Selangor.

Soal kedudukan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul sama sekali. Tidak ada sebab untuk TSKI digantikan dengan orang lain sebagai Menteri Besar Selangor. TSKI akan terus diamanahkan dengan tugas memimpin kerajaan negeri. Tempoh dua tahun yang lalu telah membuktikan kemampuan bekas tokoh korporat yang berwibawa ini mentadbir negeri Selangor dengan cekap, telus dan amanah. Kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan beliau terbukti cemerlang dan bebas dari gejala salahguna kuasa yang sangat sinonim dengan kerajaan terdahulu. Pemimpin dan anggota parti di segenap peringkat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap TSKI sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagi memperkukuhkan agenda parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, KEADILAN telah memilih seorang Naib Presiden kanan parti yang sangat berpengalaman, YB Azmin Ali, sebagai Pengerusi MPN Selangor. Sdra Azmin Ali bertanggungjawab terhadap pengurusan jentera parti di peringkat negeri Selangor. Jentera parti akan diperkemaskan untuk menangkis fitnah dan serangan jahat Barisan Nasioanal yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Jentera parti juga akan diperkukuhkan sebagai langkah utama menuju ke Putrajaya.

Pengagihan tugas di antara memimpin kerajaan dan mengemudi jentera parti bukanlah sesuatu yang asing. Amalan ini berlaku di mana-mana, samada di dalam atau pun luar negara. Malah amalan ini turut dianuti oleh UMNO yang seringkali melakukannya bagi mengatasi keberantakan yang berlaku di kalangan ahli mereka.

Perhubungan UMNO Terengganu kini diketuai Dato Seri Hishamuddin walaupun kerajaan negeri sekarang ini dipimpin oleh Dato Ahmad Said. Tidak lama dahulu Tan Sri Muhammad Taib dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor walaupun Dato Seri Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar. Di luar negara pula kita melihat kerjasama yang erat di antara parti dan kerajaan walaupun dipimpin oleh orang yang berbeza seperti yang berlaku di England, India, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Malah amalan demokrasi di negara-negara berkenaan berkembang dengan sangat baik dan matang.

KEADILAN sebenarnya sangat maklum dengan mainan jahat Barisan Nasional melalui media yang dikuasai oleh mereka. Pelbagai cerita karut marut dihidangkan kepada rakyat. Mereka sangat berharap fitnah jahat ini akan dapat mengganggu gugat keutuhan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Malang bagi BN, sehingga ke hari ini, sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat terus meningkat. Semangat anggota parti komponen juga tidak sama sekali terkesan oleh segala pembohongan tersebut.

Tarikh : 29 Jun 2010
Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)

29
Jun

Anwar Kemuka Rayuan di Mahkamah Persekutuan

Dari Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk saksi pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas.

Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya Karpal Singh tengah hari ini.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu.

Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya.

Katanya Mohd Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tapa kerelaannya tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Perbicaraan disambung 14 Julai. — Bernama

Klik disini perkembangan kes DSAI_28 Jun 2010

29
Jun

Scorpene Dan Pembelian Misil: SPRM Harus Siasat Segera

YB Tan Sri Datuk Seri Utama

Pandikar Amin Bin Hj. Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur

Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1)

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, William Leong Jee Keen (Selayang) mohon mencadangkan:

“BAHAWA DEWAN INI MENDESAK SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) MENJALANKAN SIASATAN SEGERA KE ATAS KES PEMBELIAN DUA (2) BUAH KAPAL SELAM JENIS SCORPENE DAN MISIL OLEH MINDEF DAN BEKAS MENTERI PERTAHANAN YANG DISYAKI TERLIBAT DALAM PENERIMAAN KOMISYEN.

PADA BULAN JUN INI, POLIS PERANCIS TELAH MENYERBU PEJABAT DCNS DAN KUMPULAN INDUSTRI THALES BERHUBUNG SIASATAN TERHADAP PENJUALAN KAPAL SELAM KEPADA MALAYSIA.

SAYA MENEGASKAN BAHAWA SPRM HARUS MEMPUNYAI PENDIRIAN YANG TEGUH UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS PERANCIS UNTUK MEMBANTU SIASATAN KE ATAS PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DALAM KESELURUHAN SKANDAL KAPAL SELAM INI.”

Tan Sri Yang di-Pertua,

Skandal kapal selam Malaysia telah menjadi tumpuan media masa antarabangsa kerana ia terlibat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ketika itu sebagai Menteri Pertahanan dan didakwa memberikan keuntungan komisyen kepada Abdul Razak Baginda.

Bagi menjaga dan memulihkan imej Negara Malaysia dan Perdana Menteri sendiri, pihak SPRM harus menjalankan siasatan segera ke atas skandal ini dan bekerjasama dengan pihak polis Perancis dalam siasatan tersebut.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Skandal Perwaja merupakan contoh dan teladan yang terbaik bagi SPRM untuk menunjukan ketelusan dan semangat bekerjasama bersama pihak berkuasa luar negara. Pada masa itu, skandal Perwaja disiasat melalui Jabatan Siasatan Perdagangan Polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas pihak berkuasa Switzerland.

Malangnya, sehingga kini tiada sebarang pihak berkuasa negara kita mengambil tindakan untuk menyiasat skandal ini malah jurucakap dari Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa ‘tiada kes’ dalam skandal ini.

Demi membuktikan dan mengembalikan kepercayaan orang awam terhadap skandal ini yang melibarkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

Sekian, terima kasih.

YB William Leong Jee Keen,
Ahli Parlimen Selayang

29
Jun

Bijaknya Najib! Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34%

Dari Blog YB wan hassan

Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus. Continue reading ‘Bijaknya Najib! Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34%’

29
Jun

peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal

Dari Malaysiakini

Tian Chua (PKR-Batu) hari ini mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan pembelian senjata yang dipercayai terlalu mahal untuk dua kapal selam Scorpene Malaysia.

Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro.

Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain.

“Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu,” kata Chua. Continue reading ‘peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal’

29
Jun

Rizab Felda: Anak Cabar Ahmad Debat Terbuka

Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

“Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

“Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat,” katanya.

Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009. Continue reading ‘Rizab Felda: Anak Cabar Ahmad Debat Terbuka’

26
Jun

Don’t Condone Najib’s Excesses, Anwar Tells Obama

From Malaysiakini

Opposition Leader Anwar Ibrahim, who faces a return to prison on controversial sodomy charges, is asking the United States to temper its enthusiasm for building ties with his country.

MCPXOn a visit to Washington, Anwar welcomed the attention paid to Malaysia by President Barack Obama but said the administration needed to be careful not to be “condoning the excesses” of Prime Minister Najib Razak’s government.

“Just because we have a prime minister coming here and agreeing with whatever Obama wants him to do or to say does not erase or protect him from the crimes committed at home,” Anwar told AFP.

Najib visited Washington in April for a major summit on nuclear security and backed Obama in opposing any move by Iran to develop nuclear weapons.

Some Malaysian officials saw Najib’s visit as a breakthrough after years of rocky ties. Veteran former leader Dr Mahathir Mohamad was a strident critic of US foreign policy, although the countries have long been major trading partners.

The Obama administration has put a renewed focus on Southeast Asia, believing it was overlooked under former president George W Bush, and on reaching out to the world’s moderate Muslims.

“What do you mean by a moderate Muslim country? Does that mean you can detain people without trial, deny basic freedom, you can ill-treat and discriminate against religious minorities?” Anwar said.

“We can be very tolerant, we can condemn the Iranians – can that cover the stench in your backyard? I don’t believe so.”

‘Political assassination’

Anwar is accused of sodomy by a 25-year-old former aide, who said Anwar propositioned him at an apartment in 2008.

Sodomy, even among consenting adults, is illegal in Malaysia. If convicted, Anwar could face up to 20 years imprisonment.

Anwar, a 62-year-old father of six, previously spent six years in solitary confinement on separate sex and corruption counts after being sacked as deputy prime minister in 1998 following a falling out with Mahathir.

In prison, Anwar said he read the complete works of Shakespeare four times.

The Malaysian government says that the court is independent and obliged to pursue lawsuits filed by any individual. Continue reading ‘Don’t Condone Najib’s Excesses, Anwar Tells Obama’