Archive for May, 2010



17
May

Wong Hargai Keberanian Rakyat Sibu Sahut Cabaran Perubahan

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Sibu yang baru, Wong Ho Leng mengisytiharkan kemenangan Pakatan Rakyat sebagai ‘fajar kebangkitan rakyat Sarawak’.

Pengerusi DAP Negeri ini berkata dengan kemenangan Pakatan Rakyat, kini mana-mana parti politik tidak akan berani mengambil-mudah isu kemiskinan, rasuah dan perompakan harta rakyat Sarawak.

Pemerhati politik bersetuju kemenangan Pakatan Rakyat mengoyahkan cengkaman BN di Sarawak, dimana jumlah kerusi Parlimen yang besar di negeri ini menjadi penentu pembentukan Kerajaan Pusat dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Continue reading ‘Wong Hargai Keberanian Rakyat Sibu Sahut Cabaran Perubahan’

17
May

Syabas Rakyat Sibu

Syabas rakyat Sibu! Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Sdr Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew. Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-Bn.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

16
May

Program Sempena Kunjungan Delegasi Pelabur Dari Indonesia Ke Negeri Selangor

MAKLUMAN MEDIA

Sukacita dimaklumkan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput saudara/saudari ke program berikut:-

Tarikh : 17 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 8.40 pagi – 11.00 Pagi
Tempat : Bangunan SSIC, i-City Shah Alam

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan meraikan kunjungan Delegasi Pelabur dari Indonesia yang hadir untuk program satu hari di Selangor. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penasihat Ekonomi dengan kerjasama ‘Selangor State Investment Center’ (SSIC) akan diadakan pada 17 Mei 2010 bermula pukul 8.30 pagi bertempat di Bangunan SSIC, i-City Shah Alam, Selangor.

Program akan memberi penekanan khas kepada kerjasama serantau dalam usaha menjalinkan hubungan perniagaan antara Delegasi Perniagaan Indonesia, wakil anak-anak syarikat dan Dewan-Dewan Perniagaan Negeri Selangor. Bagi tujuan tersebut, dijangkakan seramai 50 orang peserta akan menghadiri program.

Walaupun sedikit terkesan akibat kemelesetan ekonomi global, prestasi pelaburan yang meyakinkan pada tahun 2009 memberi suntikan semangat kepada Kerajaan Negeri untuk terus menggandakan usaha menarik masuk pelaburan baru ke negeri Selangor. Statistik tahun lepas menunjukkan sebanyak RM6.76 billion jumlah pelaburan diterima manakala lebih 20,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan yang mana merupakan angka tertinggi di antara negeri-negeri di Malaysia.

Program akan dimulakan dengan ucapan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor mengalukan kedatangan delegasi dan beliau seterusnya akan menerangkan potensi dan kelebihan membuat pelaburan di Selangor. Program kemudian diteruskan dengan sesi jalinan perniagaan antara Delegasi Pelabur dari Indonesia dan wakil-wakil pelabur Negeri Selangor sebelum Delegasi dibawa melawat ke Selangor Science Park 2, Sepang yang merupakan kawasan perindustrian berteknologi tinggi.

Selaras dengan fokus Kerajaan Negeri, YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan meneruskan usaha membawa masuk pelaburan terutamanya dari China, negara-negara Asia Timur Tengah dan Europah yang telah menunjuk minat yang tinggi terhadap peluang pelaburan di Selangor.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR Continue reading ‘Program Sempena Kunjungan Delegasi Pelabur Dari Indonesia Ke Negeri Selangor’

15
May

Perhimpunan Bantah Lesen Judi, Konsert Kecoh


Video Ihsan Malaysia Kini

Dari TV Selangor

“Berdentum Kepala Saya, Mulut Saya Berdarah”

Mangsa kekasaran polis pada perhimpunan membantah lesen judi bola di Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi, Muhammad Karim Abdullah kesal menganggap polis cuba bertindak kasar dalam menyuraikan program itu.

“Saya sedang memegang pembesar suara itu, tiba-tiba pihak polis merampasnya dari tangan saya, mereka menolak dan memukul saya. Saya jatuh, berdentum kepala saya dan keadaan ini yang membuatkan keadaan bertambah kecoh. Continue reading ‘Perhimpunan Bantah Lesen Judi, Konsert Kecoh’

15
May

PRK Sibu – Titik Perubahan pilihanraya Negeri Sarawak

Dari Harakah Daily
Oleh Wan Nik Wan Yussof

Benar atau tidak politik Sarawak sedang dalam perubahan, pastinya akan terjawab selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu diketahui. Atas alasan, kemungkinan sokongan pengundi di Sibu bakal memberi nilai yang tepat kepada senario politik Sarawak. Ini kerana pilihan raya Sibu merupakan ujian kepada Barisan Nasional (BN) yang berdepan dengan Pakatan Rakyat yang baru mendapat anggota baru, Sarawak National Party (SNAP) yang sebelum ini pernah menganggotai BN. Sementelah pula, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang lepas telah menyaksikan sokongan meningkat pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat. Apakah ia bakal mempamerkan warna sebenar politik negeri Sarawak di penghujung kepimpinan ketua menterinya yang paling lama memimpin negeri. Continue reading ‘PRK Sibu – Titik Perubahan pilihanraya Negeri Sarawak’

15
May

Jadual Kempen Pakatan Rakyat Di Sibu

15 Mei 2010 (Sabtu)

9.00 pagi – Sarapan pagi – Kafeteria Mesra Selalu, Jalan Permai

10.30 pagi – Sarapan pagi – Sri Menanti Coffee House , Jalan Palawan

12.30 tghari – Makan Tengahari – Rumah Panjang Pasang, Rassau Continue reading ‘Jadual Kempen Pakatan Rakyat Di Sibu’

14
May

Peguam Negara dan Pendakwaraya Berbohong

Ehsan Malaysiakini

13
May

Testimony Proves Najib-Rosmah-IGP Conspiracy’

From AIC.COM

Opposition Leader Anwar Ibrahim argued that today’s testimony by star witness Mohd Saiful Bukhari Azlan proved a high-level conspiracy against him.

Anwar, 63, when met at the end of the third day of Saiful’s cross-examination, told reporters that he had always maintained that the sodomy charge – his second in 10 years – is the result of a political conspiracy aimed at killing his political career.

NONE“Now we have evidence that this is not just a mere coincidence. This entire team is associated with Rosmah (Mansor), Najib (Abdul Razak) and the inspector-general of police (Musa Hassan),” he said.

“This show is much better then a Tamil movie,” he quipped, before leaving the courtroom.
Continue reading ‘Testimony Proves Najib-Rosmah-IGP Conspiracy’’

12
May

Pertuduhan Bercanggah Dengan Kenyataan Dalam Mahkamah?

Ehsan Malaysiakini

12
May

DSAI Berhubung Konspirasi Jijik Terhadap Beliau

Ehsan Malaysiakini

12
May

Saiful ‘Lied About Sodomy’

From Straits Times

LAWYERS for opposition leader Anwar Ibrahim yesterday sought to show that his accuser Saiful Bukhari Azlan had lied about whether the alleged sodomy was consensual.

Defence counsel Karpal Singh told the High Court that the lawyers would apply to impeach the star witness’ evidence if it was found that he had given contradictory statements. Continue reading ‘Saiful ‘Lied About Sodomy’’

12
May

Permohan Dapatkan Keterangan Saiful Ditolak Walaupun Hakim Akur Wujud Percanggahan

Dari Tv Selangor.com

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan laporan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dibuat kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, beralasan walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian.

Hakim juga berkata pihak pendakwaraya mempunyai kuasa untuk menentukan mana- mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.

Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada Continue reading ‘Permohan Dapatkan Keterangan Saiful Ditolak Walaupun Hakim Akur Wujud Percanggahan’