Archive for May, 2010



24
May

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut;

“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,” Continue reading ‘PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat’

24
May

Cabaran RPK Kepada Kerajaan:Buktikan Saya Bersalah Di UK!

Dari Merdeka Review
Oleh Sim Tze Wei

Raja Petra Kamaruddin (RPK) akhirnya muncul di BPP Law School, London untuk mencabar kerajaan Malaysia agar membuktikan beliau bersalah di United Kingdom, tetapi bukan mengurungnya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kalau mereka nak main, main ikut peraturan saya! Bak pepatah, kalau nak tumbangkan musuh, ajak dia main di gelanggang kita. Gelanggang saya di sini, United Kingdom!” Demikianlah kata-kata RPK sambil berseloroh ketika dijemput oleh Solicitor’s International Human Rights Group untuk berucap di BPP Law School, semalam. Continue reading ‘Cabaran RPK Kepada Kerajaan:Buktikan Saya Bersalah Di UK!’

24
May

We Remain Committed & United, We Can Make It & Change Malaysia

Video By Media Rakyat


23
May

Al Fatihah Buat Ibu Hasri Ainun Habibie

Saya mendoakan moga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas ruh Ibu Hasri Ainun. Almarhumah menutup usia di Rumah Sakit Ludwig-Maximilians, Munich, Jerman. Moga ditempatkan almarhumah di kalangan mereka yang solehah.

Masih terkenang tatkala saya menerima rawatan di Kelinik Alpha, Munich, Ibu Hasri Ainun bersama Kanda Habibie sempat meluangkan masa menziarahi.
Sebelum itupun melalui rangka ICMI dan kerjasama serumpun, Ainun muncul selaku pendukung utama bersama Azizah.

Mereka ternyata sahabat ketika susah mahupun senang. Kepada Kanda Habibie, Ilham Akbar dan Thareq Kemal tetapkan bersabar menerima ujian ini.

Al Fatihah

ANWAR IBRAHIM

23
May

Bubar Dun: Umno Diingat Jangan Ambil Risiko

Dari Harakah Daily
Oleh Mohd Shubihi Muhamad Zain

Umno BN diingat jangan terlalu mengambil risiko menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat dengan kaedah memujuk Adun PR lompat parti, kerana tiada jaminan Umno BN akan menang pada pilihan raya umum nanti nanti.

Ahli Majis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Johari Abdul (gambar) berkata, beliau juga tidak nampak strategi Umno BN itu akan membuahkan kejayaan, apatah lagi mahu merampas kembali pentadbiran negeri yang telah dimenangi PR dalam pilihan raya umum yang lalu. Continue reading ‘Bubar Dun: Umno Diingat Jangan Ambil Risiko’

23
May

Jelajah Anwar Sasar Kerusi Genting

Dari Malaysiakini
Oleh Aidila Razak

Ada atau tidak pilihan raya mengejut, PKR mahu bersiap-sedia menghadapi pilihan raya umum yang akan datang dengan turun padang, khususnya di kerusi-kerusi genting dengan majoriti tipis.

Menunggu di seluruh negara, ‘pemikat ceramah’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha agung Saifuddin Nasution berkata PKR kini memasuki ‘mod kempen pilihan raya’ untuk tempoh tiga hingga empat bulan lagi.

“Kita telah menganalisis keputusan pilihan raya umum, dan mengenalpasi kerusi berdasarkan faktor ‘kebolehmenangan’, kita akan hantar Anwar ke kawasan itu untuk gemblengkan sokongan,” katanya.

Antara kawasan yang ditandakan dalam kempen jelajah ‘Selamatkan Malaysia’ merupakan Tanjung Karang di mana kawasan sekitarnya dianggap sebagai kubu BN hingga sekarang.

22
May

Kongres Nasional Ke- Enam 2009 Parti KEADILAN Rakyat

MAKLUMAN MEDIA

21 Mei 2010

Saudara-saudari Editor, Wartawan, Jurugambar dan Blogger,

KONGRES NASIONAL KE-ENAM 2009 PARTI KEADILAN RAKYAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kongres Nasional Ke-Enam 2009 Parti Keadilan Rakyat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 & 30 Mei 2010 (Sabtu & Ahad)

Masa : 9:00 pagi hingga 6:30 petang (sila rujuk kepada aturcara yang dilampirkan)

Tempat : Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan (peta lokasi dilampirkan untuk rujukan anda)

Agenda : (sila rujuk kepada aturcara yang dilampirkan)

Sila maklum bahawa pendaftaran bagi media bermula pada 7:00 pagi pada 29 Mei 2010 (Sabtu) di Kelantan Trade Center. Pihak media boleh membuat liputan untuk seluruh persidangan. Salinan aturcara Kongres disertakan untuk rujukan anda.

Satu sidang media akan diadakan pada 12:45 tengahari hari Sabtu di tempat kongres semasa rehat tengahari, dan satu lagi sidang media akan diadakan selepas persidangan Kongres tamat pada 5 petang hari Ahad.

Sila sahkan kehadiran anda di Kongres Nasional KEADILAN tersebut melalui emel pada atau sebelum 10:00 pagi, 25 Mei 2010 (Selasa).

Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan, silalah berhubung dengan Sdri Shahidah di talian 012-915 9170 atau Sdr Jonson Chong di 012-296 1276.

Kami berharap saudara/saudari atau wakil saudara/saudari dapat hadir untuk meliputi Kongres Nasional Khas Parti kami.

Sekian, terima kasih.

MEDIA ADVISORY

21 May 2010

Dear Editors, Reporters/Journalists, Photographers/Cameramen and Bloggers,

6TH NATIONAL CONGRESS 2009 OF PARTI KEADILAN RAKYAT

We are pleased to inform you that the 6th National Congress of Parti Keadilan Rakyat will be held as follows:

Date : 29 & 30 May 2010 (Saturday & Sunday)

Time : 9:00 a.m. to 6:30 p.m. (please refer to attached programme)

Venue : Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan *(a location map is enclosed for your easy reference)

Agenda : (please refer to attached programme)

Please note that media registration for the above event will start at 7:00 am onsite. Media representatives will be allowed to cover the entire proceedings of the Congress. A copy of the programme for the day is attached for your reference.

In addition, please note that there will be a media conference at 12:45 pm onsite during the lunch break on Saturday, and another media conference will be held after the conclusion of the said Congress at 5:00 pm on Sunday.

Please confirm your attendance at the said Congress by 10:00 am on Tuesday, 25 May 2010, by replying to this email.

If you have any queries, please feel free to contact either Shahidah at 012-915 9170 atau Sdr Jonson Chong di 012-296 1276.

We look forward to seeing you and/or your representatives at our National Congress.

Thank you.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya Continue reading ‘Kongres Nasional Ke- Enam 2009 Parti KEADILAN Rakyat’

21
May

Majlis Raja-Raja Perlu Bertindak

Dari Era Pakatan
Oleh Roziyah Mahamad

Tindakan kerajaan ‘menghalalkan’ lesen judi telah menjadi persoalan dan kebimbangan rakyat khususnya masyarakat yang beragama Islam. Malaysia seolah-olah hilang nama ‘Negara Islamnya’ apabila meluluskan lesen judi 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Islamnya boleh dipertikaikan apabila seseorang atau Negara ‘menghalalkan’ sesuatu yang haram dan mengharam sesuatu yang wajib dan halal. Continue reading ‘Majlis Raja-Raja Perlu Bertindak’

21
May

Anwar : Kami Akan Tawan Lebih Banyak Kubu BN

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat mampu meraih lebih banyak kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang, dengan melihat kepada sokongan bertali-arus masyarakat kepada gagasan politik baru tanahair ini.

Bercakap kepada ribuan yang hadir di ceramah perdana Permatang Pauh malam semalam, Anwar berkata orang-ramai semakin peka bahawa tindak-tanduk BN bukan sahaja menjejaskan keharmonian rakyat, bahkan mengugat keselamatan negara.

Dari skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, hinggalah kepada penyeludupan enjin pejuang TUDM dan persekongkolan dengan unsur-unsur Zionis, Anwar berkata kebejatan BN kini tidak mengenal sempadan.

Tidak cukup dengan mengikat kontrak bersama unsur-unsur Zionis dalam syarikat APCO, Umno-BN kini menghalalkan skim judi gergasi bagi Piala Dunia 2010. Continue reading ‘Anwar : Kami Akan Tawan Lebih Banyak Kubu BN’

21
May

Wain: ‘Penyelewengan RM100b Dr M Disokong Bukti’

Dari Malaysiakini
Oleh Salhan K Ahmad

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti. Continue reading ‘Wain: ‘Penyelewengan RM100b Dr M Disokong Bukti’’

21
May

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Melaka

22 Mei 2010 (Sabtu)

7.20 – 8.30 Malam – Solat Maghrib/Tazkirah/dan Solat Hajat

Tempat – Markas PAS Paya Dalam, Bukit Katil

7.30 – 11.00 malam – Jamuan Makan Malam

Tempat – Dewan Sekolah Menengah Pay Fong
Jalan Kubu, Melaka

Turut Meraikan –

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Mansor Othman

3) YB Tien Chua

4) Ybhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

5) YB Goh Leong San

6) Ybhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

7) YB Rodhiah Ismail

8) YB Gan Pei Nee

9) YB S Manikumar

10) Ybhg Dr Tan Yee Kew

9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – “Selamatkan Malaysia’

Tempat – Markas PAS Solok Hujan Panas
Masjid Tanah, Melaka

Penceramah:-

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Goh Leong San

3) Ybhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

4) YB Mansor Ohman

5) YB Tien Chua

6) Ybhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

20
May

Region Shares Underlying Thailand Problems

From Los Angeles Times
By Mark Magnier and My-Thuan Tran, Los Angeles Times

Analysts say neighboring nations suffer similar conditions to those fueling the political crisis in downtown Bangkok, although they’ve generally managed to keep them in better check.

Reporting from New Delhi and Bangkok, Thailand
Recent images of Thai army snipers shooting at anti-government protesters in front of a Louis Vuitton outlet during Bangkok street battles have shocked a world accustomed to postcard scenes of sandy beaches and splashing elephants.

Yet even as the spotlight glares harshly on Thailand, analysts say neighboring nations suffer conditions similar to those that have fueled the political crisis in downtown Bangkok, although they’ve generally managed to keep them in better check and prevent them from becoming as combustible.

» Don’t miss a thing. Get breaking news alerts delivered to your inbox. Continue reading ‘Region Shares Underlying Thailand Problems’