Archive for May, 2010

28 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Selama ini acapkali kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas,sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM 2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak Kerajaan berjuta ringgit nilainya.

Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti,keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

27 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Salmah Mat Husain

PAS negeri dan Kerajaan Kelantan mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari seluruh negara yang bakal berlangsung esok, 28 hingga 30 Mei ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim juga turut mengucapkan terima kasih kepada PKR kerana memilih negeri ini sebagai persidangan kongres parti mereka tahun ini.

Jelasnya, semoga dengan kongres tahun ini akan menjadikan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat bertambah erat khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. (more…)

27 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Kepada seluruh penganut agama Buddha saya mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak; hari kelahiran Siddharta Gautama, hari Siddharta memperoleh pencerahan dan hari Siddharta mangkat.

Ketiga-ketiga peristiwa tersebut memberi makna yang besar kepada kepercayaan serta amalan penganut Buddha. Sekitar 2500 tahun lalu, Siddharta yang menjalani permenungan serta keheningan memperoleh pencerahan dan seterusnya mula menyebarkan ajarannya.

Sehingga kini ajarannya merupakan di antara agama yang mempunyai ramai pengikut. Pesan keamanan serta kedamaian ajaran Buddha telah tersebar ke seluruh pelusuk dan telah bertapak sekian lama di negara kita.

Penganut dan ajarannya juga turut mewarnai Nusantara ini dan memberi kesan yang bukan sedikit kepada kebudayaan setempat. Makanya pandangan sempit yang mahu menjerut nafas nurani saling hormat menghormati yang kian lama wujud di negara ini ternyata tidak berjejak kepada kenyataan serta kekayaan sejarah rantau Asia Tenggara.

ANWAR IBRAHIM

27 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

28 Mei 2010 (Jumaat)

9.00 – 12.00 Malam

:

Tempat – Padang Majlis Daerah Tanah Merah

Penceramah:

YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Sian

29 Mei 2010 (Sabtu)

9.00-12.00 Malam

Tempat – Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam

Penceramah:

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
YAB Lim Guan Eng

27 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat meraikan Tadau Kaamatan buat semua teman-teman Kadazandusun di Sabah dan juga yang menyambut Hari Gawai di Sarawak.

Kedua sambutan tersebut menzahirkan teras adat dan tradisi yang bersimpul dengan perasaan rendah hati serta bersedia memulakan kembali usaha tanpa mengira penat lelah. Kiranya bagi kita rakyat Malaysia, nilai murni itu sebenarnya dikongsi bersama walaupun berbeda ras dan kepercayaan.

Waima menjadi renungan bermakna walaupun dipisahkan dengan Laut China Selatan, namun nurani bangsa sebagai Rakyat Malaysia pasti bertaut jua. Perbezaan seharusnya diketepikan manakala titik temu sewajarnya diraikan. Semoga rezeki yang dituai semakin berhasil serta bertambah baik dan lumayan.

ANWAR IBRAHIM

26 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Star Online

Datuk Seri Anwar Ibrahim wants the Federal Court to revisit its earlier ruling that it did not have the jurisdiction to review its own decision.

His counsel, Karpal Singh, said the panel’s decision overruled the Federal Court’s numerous previous decisions that held that there was a right of review of its own decisions, although it was to be invoked sparingly and in exceptional cases.

The veteran lawyer said the Federal Court’s latest decision prevailed over all earlier decisions of that court and was now a law, which meant that a case could not be brought up for review.

The application to revisit of the previous panel’s decision was made in a review of Anwar’s suit on the validity of his dismissal from his cabinet posts by former premier Tun Dr Mahathir Mohamad.

However, the hearing was later adjourned to a date to be fixed pending the grounds of judgment from the panel which decided on the jurisdictional issue.

A three-member Federal Court bench on Feb 25 dismissed Anwar’s application to review its own decision which had denied the Permatang Pauh MP access to key documents, including his accuser Mohd Saiful Bukhari Azlan’s DNA specimen sample, at the pre-trial stage of his sodomy trial. In that case, the panel ruled that the Federal Court did not have the jurisdiction to review its own decision. (more…)

26 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysian Insider

In February, a very influential Australian MP described Datuk Seri Anwar Ibrahim as “intelligent and articulate and passionate democrat. He is committed to a thorough reform of Malaysian Government, to rid it of cronyism, corruption and authoritarian tendencies that have gained ground since (Tun Dr) Mahathir Mohamad became prime minister in 1981.”

The reformist

Anwar is a reformist and reformists everywhere seem to share the same fate. To give a few examples: Benigno Aquino (Ninoy) of the Philippines was shot on the tarmac of Manila Airport as soon as he embarked from self exile in the US. The revered Indian leader, Mahatma Gandhi, was shot at point blank range. Martin Luther King and Malcolm X of the United States were both shot in public. Abdul Kadir Audah and Hassan Al Banna of Egypt were hanged and shot in the street respectively under Gamal Abdul Nasser’s regime. Anwar was incarcerated in Kamunting in 1974 and later imprisoned in Sungai Buloh for more than six years.

Social and political reformers are never safe inside or outside the courthouse. Outside, their lives hinge on the barrel of a gun. Inside the courthouse, they are like slaves thrown into the lions’ arena of the ancient Roman Coliseum, with prosecutors enjoying control of the Court albeit using dubious charges.

Anwar’s arrest (1974)

I first met Anwar 40 years ago at Malaysia Hall in London. Lean and with a gaunt face, the un-pretentious and affable celebrated student leader struck me as one humble and modest and down-to-earth individual — a portrait of one among equals. I took to him immediately.

I next met him in 1974 as his friend and defence counsel when he was first arrested for unlawful assembly (the mammoth Baling Demonstration involving hundreds of university students) and later charged under the ISA. For that, I was pulled up by the then-home affairs minister, Ghazali Shafie (later made a Tun), who was told by the then-prime minister, the late Tun Abdul Razak, that I was defending this maverick Anwar, despite me being a government backbencher (I was the MP for Maran, Pahang.) Tun Ghazali was sombre and I was even more sombre.

I was restless for a few days, until I made an appointment to see Tun Razak at his official residence in Sri Taman. As I entered the gate of Sri Taman, the young and handsome Najib Razak was driving to go to work. He lowered his window screen, smiled broadly and said, “Political problems?” “Yes, “I replied, and he disappeared. (more…)

26 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman

Pakatan Rakyat tidak harus rasa selamat dengan undi Cina, justeru mengambil mudah sokongan orang Melayu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, tambahnya, gabungan pembangkang – PKR, PAS dan DAP – tidak perlu mengambil langkah drastik bagi mendapatkan kembali sokongan Melayu, sebaliknya hanya memerlukan sedikit “penyelarasan”.

“Pada tahun 1999, lonjakan undi Melayu tinggi. Saya baca analisis, mereka tulis di kampung, konservertif, (golongan) Melayu sokong Umno.

“Itu jelas ‘memori jangka pendek’, sebab pada tahun 1999 orang Umno boleh berubah kerana maklumat itu sampai. Sekarang kita tengok kelemahan kita sebab maklumat tak sampai,” kata Anwar yang juga ketua umum PKR. (more…)

26 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut penjelasan penuh daripada kerajaan di Parlimen minggu depan berhubung penyerahan dua pelantar yang kaya dengan hasil minyak kepada Brunei dengan alasan negara itu kononnya bersetuju mengugurkan tuntutannya ke atas wilayah Limbang di Sarawak.

TV Selangor yang memetik sumber berkata Anwar telah memperolehi kelulusan khas daripada speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan isu itu pada 8 Jun, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen pada hari yang sama.

Umno menggunakan majoritinya dalam parlimen untuk memastikan Anwar dikenakan tindakan kerana mendedahkan kerajaan Umno-BN menggunakan kepakaran Zionis-Yahudi dalam membuat keputusan-keputusan kerajaan, khususnya dalam merangka konsep 1Malaysia yang mirip dengan program One Israel.

Walaupun berhadap dengan kemungkinan digantung dari parlimen, Anwar tetap bertekad untuk mencabar keputusan kerajaan menyerahkan dua pelantar minyak yang dianggar bernilai RM320 bilion kepada Brunei, sekaligus menafikan rakyat Sabah dan Sarawak daripada mengecapi hasil lumayan itu.

Malaysia mendakwa sebagai balasan pemberian itu, Brunei menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, namun hakikatnya ialah Brunei tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi menarik balik tuntutannya itu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mahu kerajaan menjelaskan berhubung kehilangan hak milik Malaysia ke atas dua lapangan minyak itu secara jelas dan terbuka. (more…)

25 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana.

25 Mei 2010

Kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dengan Singapura merupakan satu keutamaan. Kita hargai kepentingan hubungan antara kedua negara ini terutamanya menyangkuti bidang ekonomi dan pelaburan serta usaha berterusan bagi menyelesaikan isu berbangkit. Namun demikian kita bertegas penyelesaian itu harus didasarkan kepada prinsip ketelusan terutamanya apabila ianya membabitkan kepentingan nasional dan khazanah negara.

Kita difahamkan bahawa isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang selama ini menjadi pertikaian di antara Malaysia dan Singapura telah diselesaikan semalam. Penyelesaian yang kononnya dikenali sebagai “Penyelesaian Muktamad” agak mengejutkan kerana setahu saya beberapa persoalan berkaitan kepentingan negara di negara jiran itu adalah lebih rumit dan harus ditangani dengan bijak serta teliti.

Kenyataan bersama Dato’ Sri Najib Razak kelihatannya mengakibatkan beberapa kepentingan negara; Stesen Keretapi Tanjung Pagar, beberapa keping tanah di Kranji, Woodlands, Tanjung Pagar serta Lot 76-2 mk 16, Lot 249 Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16 dipercayai merugikan. Kita gusar kerana persefahaman yang dipersetujui YAB Perdana Menteri itu dibuat serta diumumkan dengan tergesa-gesa tanpa memberi maklumat terperinci sedangkan persoalan ini membabitkan isu kedaulatan dan kepentingan negara. Ini bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri dan kerajaan sebelum ini.

Sungguhpun dinyatakan tanah-tanah tersebut akan diamanahkan kepada sebuah syarikat yang bernama M-S Pte Ltd di mana Khazanah memiliki 60% dari kepentingannya, namun dari kenyataan tersebut terdapat kemungkinan besar kepentingan-kepentingan terbabit akan ditukarkan dengan tanah di kawasan yang lain. Kita curiga nilai tanah yang ditukarkan itu; samada di Marina South dan/atau Ophor Rochir, tidak menandingi nilai tanah milik KTMB itu. Apa yang lebih membimbangkan pembabitan Khazanah hanyalah sebagai alasan untuk meletakkan kepentingan syarikat kroni.

Kita tuntas mempersoalkan kebijaksanaan keputusan Kerajaan Malaysia kerana sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti pastinya tidak berupaya menjana kegiatan ekonomi domestik. Berapa ramaikan para pengusaha, kontraktor mahupun pembekal Malaysia yang bakal terlibat dengan pembangunan usahasama Syarikat M-S Pte Ltd itu?

Kita juga menggesa pentadbiran Dato’ Sri Najib untuk segera menjelaskan secara terperinci maksud sebenar bahawa Points of Agreement(POA) di antara Kerajaan Singapura dan Malaysia boleh ditambahkan dengan terma serta syarat baru kononnya untuk memaksimumkan potensi tanah-tanah tersebut di Singapura. Kita juga mahukan penjelasan samada Dato’ Sri Najib menggunakan POA 1990 yang digariskan Tun Daim Zainuddin, menteri kewangan ketika itu sedangkan ianya tidak mendapat persetujuan Kabinet. Selain itu kerajaan sewajarnya menjelaskan apakah kedudukan sebenar isu air serta wujudnya penyemakan semula harga air mentah yang kita bekalkan kepada Singapura? Kita menggesa Dato’ Sri Najib untuk membentangkan kertas laporan di sidang parlimen pada bulan Jun ini.

ANWAR IBRAHIM

25 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review
Oleh Josh Hong

Biarpun ditawarkan dengan RM 5 juta, pengundi Sibu tetap membalas dengan tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Razak, apabila memberikan kemenangan kepada DAP-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

PRK Sibu telah melabuh tirai. Tetapi kes rasuah “You help me, I help you” baru sahaja dibuka tirainya. Ucapan ini bukan sahaja berbau rasuah, malah memperlihatkan keangkuhan pemimpin ini.

Dari ucapannya, jelas Najib (gambar kanan) langsung tidak berniat untuk menjejak Sibu. “Saya langsung tak perlu datang ke sini… Ini bukan tempatnya PM harus datang.” Sekiranya kandungan ini bukan bermakna “memperlekehkan”, maka kita perlu menyunting kamus yang baru. (more…)

25 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat hari ini menggesa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan manfaat di sebalik pertukaran enam bidang tanah di Tanjong Pagar dengan dua kawasan di Singapura.

Bagaimapun, keputusan yang dicapai oleh Najib dengan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong itu dikhuatiri berakhir seperti krisis di wilayah Limbang.

“Kami, setelah berlakunya pertukaran di Limbang iaitu dua blok L dan M di perairan Sabah dan Sarawak, cukup khuatir dan mahu persoalan ini dilihat daripada perspektif menyeluruh,” katanya kepada TV Selangor. (more…)