Archive for May 31st, 2010

31 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
31 Mei 2010

Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan maut tentera Israel terhadap kapal-kapal antarabangsa bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas meunju Gaza. Pembunuhan sehingga 15 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa. Kapal-kapal ini juga membawa ahli-ahli Parlimen dari Eropah, seorang pemegang Nobel Peace Prize, wanita, dan beratus-ratus activis keamanan/kemanusiaan/hak asasi.

Keadilan memanggil seluruh dunia untuk mengutuk dan mengambil tindakan terhadap Israel dan menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

# # (more…)

31 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

31 May 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Bayu pagi sepoi-sepoi melintasi sawah bendang,
menyegarkan tanam-tanaman di alam yang terbentang;
Gerimis senja merenjisi seluruh hutan-belantara,
membasahi seluruh hidupan di alam buana.

Begitulah juga, semangat Reformasi yang bertiup kencang semenjak tahun 1998, telah menyusuri segenap pelusuk negara, membawa suasana dan keadaan politk yang berbeza, disamping suara demorkrasi terus bergema.

Pakatan Rakyat merupakan gagasan yang terbentuk berkat kesepakatan suara rakyat; kewujudannya menjadi pilihan rakyat, ini kerana Pakatan Rakyat adalah pembela nasib rakyat, penentu masa depan rakyat, pejuang nusa dan bangsa Malaysia tanpa kira kaum, agama dan lapisan masyarakat.

Sempena Hari Pesta Kaamatan pada 30-31 Mei, dan Hari Gawai pada 1-2 Jun 2010, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Menuai kepada masyarakat Sabah dan Sarawak terutamanya rakan-rakan Kadazan, Dusun serta Dayak, semoga mendapat tuaian yang baik setelah membanting tulang dan memerah keringat.

Masyarakat pribumi sedari nenek moyang dulu telah mewarisi sifat-sifat gigih beruasaha mengerjakan tanah-tanih untuk mendapat padi bagi menyara ahli keluarga. Semangat tersebut juga diperturun ke anak-cucu untuk menerus kesinambungan jerih payah mereka demi memperjuang tanah air, mempertahankan tanah adat yang ditinggalkan.

Semangat dan perjuangan perayaan Hari Gawai ini seharusnya kita jelmakan dalam perjuangan politik negara kita hari ini. Kita memang dituntut un tuk mewarisi semangat partriotik nenek moyang terdahulu demi memperkasakan kuasa rakyat yang ada pada kita .

Dengan itu, saya akhiri nukilan ini dengan madah berikut: kepada seluruh rakyat Malaysia dari Sarawak dan Sabah:

‘Selamat Hari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang’ dan ‘Kopivosian Tadau Ka’amatan’

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat