Archive for April, 2010



13
Apr

Teguhkan Tekad Selamatkan Malaysia!




13
Apr

Selamatkan Malaysia: Laporan Serentak Seluruh Negara Esok

Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah

Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis serentak jam 3 petang esok di semua ibu pejabat kontinjen Polis seluruh negara berhubung isu APCO.

Mereka daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan meminta siasatan dijalankan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing. Continue reading ‘Selamatkan Malaysia: Laporan Serentak Seluruh Negara Esok’

12
Apr

Liputan Akhbar Di Persidangan Demokrasi Sedunia,Indonesia,11-14 April 2010

Keratan liputan akhbar Kompas dan Suara Karya berhubung Persidangan Demokrasi Sedunia di Indonesia yang berlangsung dari 11-14 april 2010. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh penganjur untuk memberi ucaptama di persidangan tersebut.

klik gambar untuk besarkan.

12
Apr

Kerajaan Selangor Bentuk Paradigma Baru, Sultan Sharafuddin Ucap Syabas, Tahniah

Dari TV Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menunjukkan pelbagai peningkatan dalam tempoh dua tahun memerintah negeri ini.

“Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua wakil rakyat kerana genap dua tahun selepas pilihan raya umum, semua Yang Berhormat bersemangat dalam memberi perkhidmatan terbaik,” titah baginda.

Baginda juga menganggap kejayaan dalam dua tahun ini ialah prestasi tadbir urus kerajaan Selangor hingga mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara pada tahun lalu.

Pengiktirafan itu sekali gus meyakinkan Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri pada masa ini, dapat mentadbir Selangor dengan baik. Continue reading ‘Kerajaan Selangor Bentuk Paradigma Baru, Sultan Sharafuddin Ucap Syabas, Tahniah’

12
Apr

Tindakan Hina Mahkamah Ke Atas Nazri

Dari Malaysiakini
Oleh Christine Chan

Keluarga Teoh Beng Hock mungkin memfailkan usul menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai ‘pembohong’.

Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (kiri), yang juga peguam untuk keluarga Teoh berkata di lobi Parlimen hari ini bahawa tindakan itu mungkin diambil pada 20 April ini apabila inkues berkenaan bersambung. Continue reading ‘Tindakan Hina Mahkamah Ke Atas Nazri’

12
Apr

Lagi Kisah “Juara Rakyat UMNO”

Pekerja Estet DUN Bagan Pinang Tagih Janji Rumah, Wang Bantuan

Masyarakat India di empat ladang dalam DUN Bagan Pinang kecewa berikutan perumahan sempurna dan bantuan kewangan yang dijanjikan Umno Barisan Nasional (BN) ketika kempen, hanya janji palsu.

Kekecewaan itu kemudian mendorong 67 penduduk di empat ladang berkenaan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

“BN tipu sama kita. Mereka janji mahu beri wang. Dia kata mahu beri rumah di Ladang Siliau, itu pun tidak ada. BN tidak tolong kami, kami susah. BN bagi duit enam bulan sahaja kemudian tidak ada lagi,” kata seorang daripada mereka. Continue reading ‘Lagi Kisah “Juara Rakyat UMNO”’

12
Apr

Majlis Perisytiharan Calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor

13 April 2010, Selasa
9.00 – 12.00 mlm

MAJLIS PENGUMUMAN CALON

Lokasi:
Pusat Komuniti Serendah

PENCERAMAH:

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YBHG Datin Seri Wan Azizah Ismail
YB Tn. Guru Hj. Hadi Awang
YB Lim Guan Eng
YB Nizar Jamaluddin
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
YB Azmin Ali
YB Saifuddin Nasution

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

12
Apr

Program Turun Padang Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

12 April 2010, Isnin
9.00 – 12.00 mlm

 ”Selamatkan Malaysia”

Dewan Serbaguna Sg. Selisik,
Kg. Sekolah, Sg. Selisik

Ulu Bernam

PENCERAMAH:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Datin Seri Wan Azizah Ismail
YB Saifuddin Nasution
Shamsul Iskandar Md. Akin
Utz. Badrulamin
Dr. Mohd Nor Manutty
YB Salahuddin Ayub

11
Apr

Tukiman Menyokong Penuh Program MES

Dari TV Selangor

Yang Dipertua Majlis Hulu Selangor yakin Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor mampu mencapai matlamat memandu ekonomi negeri kepada ekonomi bertunjangkan dasar pro-rakyat.

Tuan Tukiman Nail menyanggah tuduhan pihak tertentu yang mengatakan MES telah gagal dan berkata dasar besar seperti ini memerlukan masa dan kecekalan untuk berjaya.

Dalam masa sesingkat dua tahun sahaja, Tukiman berkata telah pelbagai perubahan terpakai hasil program MES. Continue reading ‘Tukiman Menyokong Penuh Program MES’

11
Apr

Penyeludupan Zionis Ke Malaysia Kerja Mahathir

Dari Kerajaan Rakyat

1968, Dr M sudah JOIN International Seminar, Harvard Business School tajaan Henry Kissinger….sila baca biografi Dr Henry Kissinger oleh Walter Isaacson….(masuk site Amazon.com). International Seminar ni ada ramai yang masuk….akhirnya masing2 dapat NAIK pegang jawatan penting negara masing2….Lee Kuan Yew ( PM Singapore), Yasuhiro Nakasone (jadi PM Jepun), Bulent Ecivit (jadi PM Turki), Dr M (naik jadi PM Malaysia selepas 13 tahun!)….dan ramai lagi saya sudah lupa….[Yahudi sudah ada peranan ‘menentukan’ SIAPA pemimpin Negara MANA?]

Bila DAPAT naik jadi PM….terus Dr M buat perjanjian keselamatan dengan USA….(maka rahsia negara abis terbarai?)….sejak masa tu…kalu tak silap, 1983 lagi….[Adakah ini payback time?...terikat dengan janji?]

sepanjang 1990an…USA mula memainkan api kemarahan memburukkan orang2 Arab/agama Islam….[Yahudi menanam di dalam minda dunia bahawasanya bangsa Arab DAN agama Islam adalah jahat dan merbahaya!]

Kita lihat insiden2 ini….. Continue reading ‘Penyeludupan Zionis Ke Malaysia Kerja Mahathir’

10
Apr

Peneroka Felda Sungai Buaya 16 Tahun Diabaikan

Dari TV Selangor

Sesudah bersusah payah memerah keringat meneroka kawasan hutan untuk program pertanian Felda, tidak salah bagi peneroka Felda Sungai Buaya memasang harapan untuk menjadi jutawan.

Namun harapan hanya tinggal harapan apabila syarikat yang membeli tanah mereka dengan licik sekali cuba memusnahkan impian mereka.

Sepanduk ‘Selesaikan Masalah Tanah Kampung ini sebelum mendapat Undi Kami’ menyambut setiap yang mengunjungi kawasan ini.

Masalah penjualan tanah Kampung Sungai Buaya kepada Syarikat Murnia Jaya Development Berhad sudah berlarutan lebih 16 tahun tanpa sebarang pembelaan dari pihak yang diharapkan dapat membantu mereka. Continue reading ‘Peneroka Felda Sungai Buaya 16 Tahun Diabaikan’

10
Apr

Maruah Dan Kedaulatan Negara Tercabar, Keselamatan Negara Tergugat

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Pembabitan dua agen perisik zionis-Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelmarin seolah-olah menjadi ujian yang genting bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Rakyat tentunya sedang menghitung pendiriannya ke atas Asiasoft (M) Sdn. Bhd., firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura, tetapi berpangkalan di Tel Aviv Israel.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno seolah-olah sedang dibandingkan dengan Menteri Dalam Negeri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar.

“Alasan bagi membatalkan kontrak hanya akan diberi pertimbangan jika ada bukti kukuh ancaman terhadap keselamatan negara,” Anwar membaca kenyataan Syed Hamid seperti yang diminitkan dalam suatu menyuarat khas pada 23 November dua tahun lalu, di bilik Tetamu Kehormat, KLIA.

Dari kenyataan Anwar di Dewan Rakyat, Syed Hamid dan Kementerian Dalam Negeri sah menerima desakan dari dalam Bukit Aman sendiri supaya mengeluarkan Asiasoft dari membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis (PRS). Continue reading ‘Maruah Dan Kedaulatan Negara Tercabar, Keselamatan Negara Tergugat’