Archive for April, 2010



16
Apr

Program PRK Hulu Selangor, 17 April 2010

17 April 2010,Sabtu

8.00Pagi

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Dewan Serbaguna
Pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor
Kuala Kubu Bharu

—-

8.30 MLM

1) Dewan Org Ramai Kg. Sejantung, Kalumpang

DUN: Hulu Bernam

Program: Majlis Makan Malam
Continue reading ‘Program PRK Hulu Selangor, 17 April 2010′

16
Apr

Undi UMNO BN Ibarat Undi Rasuah – Anwar

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masa depan Malaysia terletak di tangan anak muda dan menyeru belia Hulu Selangor untuk turut serta dalam arus perubahan politik negara.

Pemimpin reformasi ini menjelaskan satu undi untuk UMNO Barisan Nasional serupa persekongkolan dengan rasuah, penindasan politik dan peminggiran kaum hari ini. Continue reading ‘Undi UMNO BN Ibarat Undi Rasuah – Anwar’

16
Apr

Anwar Kecam Kerajaan Melutut Kepada Amerika

Dari Harakah Daily
Oleh Hazayani Zakaria

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear.

Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi ‘pak turut’ kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam. Continue reading ‘Anwar Kecam Kerajaan Melutut Kepada Amerika’

15
Apr

Terus Mara Membawa Perubahan

Menjelang pilihanraya pastinya ada usaha untuk memburukkan muafakat utuh Pakatan Rakyat. Tohmahan sebagai pengkhianat bangsa dan negara dihamburkan tanpa sebarang asas dan bukti. Pakatan Rakyat digambarkan oleh media yang dikongkong seolah-seolah retak menunggu belah. Namun apa yang terjadi sebaliknya. Permuafakatan ini dari hari demi hari semakin erat, kukuh dan berkeyakinan untuk membawa Perubahan.

Lalu pihak lawan tidak dapat tidak terpaksa menggunakan muslihat kotor hatta mengkhianati hasrat Rakyat. Maka kita lihat ada dari kalangan kita akhirnya menyerah kepada muslihat tersebut. Namun pernahkah kita merasa kecewa kerana pengkhianatan itu? Pastinya tidak. Mengapa harus bersedih demi mereka yang tercicir dari perjuangan! Ya, kita kehilangan kerusi baik di parlimen atau di dewan undangan negeri, namun tidak sedikitpun ianya menggoncang keyakinan kita. Kita sedar rakyat marah melihat gelagat murahan gerombolan para pelompat itu.

Akan tetapi kita mara terus, berbekalkan doa dan iltizam demi memastikan kemaslahatan bangsa serta negara, ujian serta cobaan diharungi. Ini tidak menjadi alasan kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk menafikan tanggungjawab selepas diberi mandat. Kami memikul tanggungjawab tersebut. Janji kami calon selepas ini pastinya berkebolehan dan sedia berbakti dengan ikhlas. Makanya Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menjadi bukti tekad dan janji kami itu; calon Pakatan Rakyat merupakan mantan menteri yang meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan penggunaan ISA.

Oleh itu kepada pendokong Pakatan Rakyat pastikan kemenangan di Hulu Selangor. Tunjukkan kepada pimpinan Umno-Bn bahawa muslihat mereka sudah tidak mengejutkan apatah lagi mampu menggoncang keyakinan perjuangan. Malah Umno-Bn sewajarnya gusar kerana hayat mereka semakin pendek akibat pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

Demi mengampu Amerika Syarikat, pentadbiran sekarang kelu membisu berkaitan senjata nuklear Israel, sanggup bekerjasama di Afghanistan tatkala umat Islam terbunuh saban hari dan masih membenarkan syarikat perunding Apco yang ada kaitan jelas dengan individu-individu dari Agensi Perisikan Israel sehinggakan berpotensi mengancam keselamatan negara. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan untuk menolak pentadbiran yang bermuka-muka.

ANWAR IBRAHIM

15
Apr

Jadual Kempen Jentera Pakatan Rakyat Di Hulu Selangor

15 April 2010,Khamis

Ceramah I
Masa 9.00 – 12.00mlm

Lokasi:
Dewan Komuniti Bukit Sentosa
DUN: Batang Kali

PENCERAMAH:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Zuraida Kamaruddin
YB Mahfuz Omar
YB Dr. Hatta Ramli
YB Xavier Jeyakumar
Datuk Zaid Ibrahim Continue reading ‘Jadual Kempen Jentera Pakatan Rakyat Di Hulu Selangor’

15
Apr

Zaid Cabar Muhyiddin Sama-sama Isytihar Harta

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman

Calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sanggup mengisytiharkan hartanya serta-merta sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet sanggup menyahut cabaran yang sama.

“Sekarang pun boleh (isytihar), esok pun boleh. Tetapi mereka kena isytihar juga,” katanya ketika ditanya kesediaan beliau berbuat demikian setelah isu ‘kekayaannya’ dibangkitkan Muhyiddin semalam.

Menyifatkannya sebagai “tuduhan karut”, Zaid turut kelihatan mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini – ketika menjadi menteri kabinet – terhadap cadangan perdana menteri pada waktu itu Tun Abdullah Badawi supaya mereka mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing. Continue reading ‘Zaid Cabar Muhyiddin Sama-sama Isytihar Harta’

15
Apr

Demo bantah APCO esok

Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah

Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan himpunan aman esok bagi membantah pembabitan firma rundingan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia.

Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat.

“Kita menyeru kepada semua umat Islam dan warga prihatin untuk membantah penglibatan syarikat Israel (APCO Worldwide) dalam komunikasi negara. Continue reading ‘Demo bantah APCO esok’

15
Apr

Hold Your Horses, Mr Muhyiddin

By Zaid Ibrahim

As the shootout for Hulu Selangor draws near, the dirty campaign of UMNO has begun in full swing. Predictably, UMNO are not focusing on the issues of the rakyat. UMNO are focused on the only thing they know, and that is: to spread lies and misinformation.

According to The Deputy Prime Minister and his hired hands, one of the issues plaguing my candidacy is my disciplinary record, specifically of being suspended by UMNO for money politics. As a result of that, they conveniently use this to accuse me of everything under the sun: corrupt, greedy, wealthy, etc.
As always, the truth will set you free. It is perhaps something UMNO is unfamiliar with. Time and time again, they continue to underestimate the intelligence of the rakyat and try to confuse them with fiction, but the rakyat knows better. Continue reading ‘Hold Your Horses, Mr Muhyiddin’

15
Apr

DSAI Mengumumkan Calon PRK Hulu Selangor

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Ehsan Mediarakyat

14
Apr

What’s The Fuss About APCO?

by William Leong Jee Keen
Member of Parliament
In collaboration with
KeADILan Parliamentary Research Unit (KPRU)

1 Following the Opposition Leader, Anwar Ibrahim’s revelations about the UMNO/BN Government’s use of APCO Worldwide public relations/lobbyists’ firm and the concept of 1Malaysia and 1Israel, UMNO has reacted with harsh, ruthless and brutal responses even by UMNO’s standards. They are going to refer the Opposition Leader to the rights and privileges committee to suspend Anwar from Parliament on April 22, 2010. On April 7, 2010, the Kuala Krau Member of Parliament, Y.B. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said proposed a similar motion to suspend Y.B. Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar, the Member of Parliament for Pokok Sena for saying “UMNO APCO”. The BN MPs use of their majority in numbers to approve the motion even though there is nothing misleading or unparliamentary in the 2 words, shows that even BN MPs acknowledge APCO has become a bad word.

2 Those who are familiar with the issues relating to Malaysia’s avowed opposition to the Zionists regime in Israel, understand the UMNO MPs desire to disassociate themselves with a public relations firm with Zionists links. However, there are many Malaysians who are not familiar with these issues or do not see what is the fuss about APCO or if 1Malaysia is linked to 1Israel or Washington lobbyists. Continue reading ‘What’s The Fuss About APCO?’

14
Apr

Program “Turun Padang” Di Hulu Selangor,Rabu,14 April 2010

14 April 2010, Rabu

Ceramah I

9.00 – 12.00 mlm

Taman Sg.Buaya
Batang Kali

PENCERAMAH:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Mahfuz Omar
Mustafa Kamil Ayub
YB Yusmadi Yusof
YB Yaakob Sapar
Dato Zaid Ibrahim
—- Continue reading ‘Program “Turun Padang” Di Hulu Selangor,Rabu,14 April 2010′

14
Apr

Kertas Putih: YBK Salah Guna Tanah Orang Miskin,Tidak Bayar Cukai

Dari TV Selangor

Laporan audit ke atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapati badan itu membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin, serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada pihak ketiga serta tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati bekas Adun Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom menjadi Pengerusi YBK sejak badan itu ditubuhkan pada 1990. Isteri beliau menjadi pemegang amanah YBK.

Zainal turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK. Continue reading ‘Kertas Putih: YBK Salah Guna Tanah Orang Miskin,Tidak Bayar Cukai’