8.30 Mlm
Pusat Komuniti Serendah
Konsert dan Ceramah
Turut Bersama:
Dato Seri Anwar Ibrahim,
YB xavier jayakumar,
Dr.Tan Kee Kwong,
YB Tian Chua Continue reading ‘Program Kempen PRK Hulu Selangor,20-21 April 2010′
MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 19 April 2010
Saudara dan saudari,
Sukacita dimaklumkan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput saudara/saudari ke program-program berikut dan kehadiran saudara/saudari akan memeriahkan lagi majlis.
1. MAJLIS PERASMIAN LADANG DOLE SEBIRO OLEH Y.A.B TAN SRI DATO’ SERI ABD KHALID IBRAHIM DATO’MENTERI BESAR SELANGOR
Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)
Masa: 2.30 Petang – 6.00 Petang
Tempat: Di Laman 9, PKNS Bernam Jaya, Hulu Selangor
Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bersama YAB Dato’ Menteri Besar akan membuat lawatan kerja ke Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Dole Sebiro adalah wakil pengeluar tunggal tempatan yang dipilih oleh Dole Inc yang merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan tekonologi pertanian .
Majlis dianjurkan untuk melancarkan dan meraikan hasil tuaian pertama Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Majlis akan menghimpunkan pekerja-pekerja Ladang Dole serta rakyat tempatan yang dijangkakan seramai 2,000 orang akan hadir.
Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.
2. MAJLIS PERHIMPUNAN PIMPINAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Masa: 9 pagi
Tempat: : Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor
Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menyampaikan ucaptama dalam menjana ekonomi melalui inovasi pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan turut menerima memorandum dari pimpinan PBT yang menyenaraikan masalah utama PBT untuk diberi tumpuan khas oleh Kerajaan Negeri selepas ini.
Majlis ini akan dihadiri oleh 300 jemputan terdiri daripada Pimpinan Tertinggi Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya serta Ahli-ali Majlis Pihak Berkuasa Tempatan daripada seluruh Negeri Selangor.
Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.
Sekian, terima kasih.
PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR
Dari Malaysia Kini
Pengarah pilihan raya PKR bagi kerusi Hulu Selangor, Fuziah Salleh mendakwa pihaknya mendapati 13,488 pengundi atau kira-kira satu per lima daripada jumlah pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian yang lain daripada pusat yang mereka mengundi pada pilihan raya 2008.
“Ini strategi SPR untuk menggulingkan Pakatan,” katanya pada sidang media hari ini.
Fuziah juga mendakwa pengundi berkenaan tidak dimaklumkan berhubung pertukaran tempat mengundi yang baru. Continue reading ’20 Peratus Pengundi Dipindahkan’
Dari TV Selangor
Pakatan Rakyat akan mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor menghadapi cabaran Barisan Nasional dan dua calon bebas.
Calon PR dan bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim dicabar Ketua Penerangan MIC Pusat P Kamalanathan, dan calon bebas V.S Chandran dan Johan Md Diahh pada hari pengundian 25 April depan.
Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Nor Hisham Dahlan mengesahkan pencalonan mereka dterima tanpa sebarang bantahan. Continue reading ’4 Penjuru Di Hulu Selangor, BN Berpecah 2′
Recent Comments