Dari Harakah Daily
Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perbincangan untuk mengambil tindakan susulan bagi membantah perjanjian Malaysia dengan APCO Worldwide selepas selesai pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor nanti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PR tidak akan berdiam diri dalam perkara ini apatah lagi usaha mereka menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Raja-Raja baru-baru ini belum mendapat sebarang respons.
“Kita akan berbincang selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor ini untuk melihat apa tindakan susulan yang harus diambil. Yang penting kita tidak akan berdiam diri dalam isu ini,” katanya. Continue reading ‘APCO: Tindakan Susulan PR Lepas PRK Hulu Selangor’









Recent Comments