Archive for April, 2010

27 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor

Kejadian pilu melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi semalam, akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco esok, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Khalid hari ini bercadang memanggil Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk memberi penjelasan penuh kepada barisan Exco Selangor dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Persidangan Shah Alam (SACC) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khalid memandang berat isu berkenaan dan mahu mengetahui perkara sebenar sekali gus menghindar ketakutan masyarakat awam yang gempar dengan insiden luar biasa ini.

“Saya fikir ada baiknya Exco esok mengadakan mesyuarat dan memanggil Ketua Polis Selangor dalam dua minggu lagi untuk berbincang bagi mengelakkan perasaan takut di kalangan rakyat berikutan tindakan polis itu,” katanya.

Dalam kejadian itu, Aminulrashid Amzah yang bakal menduduk PMR tahun ini ditembak mati anggota peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.

Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PMR tahun ini dikatakan memandu Proton Iswara sebelum ditembak berikutan polis mendakwa, Allahyarham disyaki sebahagian kumpulan penjenayah.

“Yang penting sekarang ialah memahami insiden berkenaan dan pada masa sama memastikan orang tidak bersalah dilindungi. Kita juga mahu tahu kebenaran sebenar kejadian ini,” katanya.

27 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysia Today
By FMT Staff

The Human Rights Party wants the policemen involved in the shooting of a 15-year-old teenager to be accorded the same treatment as other suspects in a murder probe.

“They should be arrested and remanded pending investigation,” said HRP pro-tem secretary-general P Uthayakumar. (more…)

26 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review
Oleh Lim Hong Siang

Menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, masyarakat sivil semakin lantang untuk menentang sekatan kebebasan media yang berlaku di negara kita. Malah, perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong baru-baru ini, telah mendedahkan realiti bagaimana kebebasan media arus perdana dikawal dan disekat oleh pemerintah.

Lantaran daripada itu, senator Tunku Abdul Aziz (gambar kiri), bakal mengusulkan “kes campur tangan politik dalam urusan ntv7 untuk menyekat kebebasan media dan membantutkan perbahasan politik yang sihat”, di Dewan Negara dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kes yang cuba diusulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (3) ini tidak sempat dibacakan dalam Dewan Negara, pada hari ini. (more…)

26 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Menang kalah adat pertandingan, namun menyerah kalah tidak sesekali.

Demikian ucapan pembakar semangat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang terus menyokong gagasan itu.

“Saya bagi pihak rakan-rakan kerajaan negeri dan kepimpinan negeri mengucapkan terima kasih atas sokongan dan usaha yang dijalankan oleh saudara sekalian. (more…)

26 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Peranan asal Dewan Senat bagi membolehkan wakil-wakil negeri memperjuangkan kepentingan mereka supaya kuasa pusat dapat diimbangi perlu dikembalikan semula.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussein Ali berkata dewan berkenaan perlu dianggotai sekurang-kurangnya oleh tiga ahli daripada setiap negeri.

“Pada asalnya, bilangan wakil yang dipilih dari negeri lebih ramai dari yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, iaitu dengan kadar 22:16. (more…)

26 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari HarakahDaily
Oleh Hazayani Zakaria

Kemenangan tipis Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam tidak berbaloi dengan wang yang dihabiskan ratusan juta ringgit.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN sekurang-kurangnya menghabiskan RM65,000 untuk setiap 1,725 majoriti yang dimenangi mereka.

Apatah lagi seluruh jentera kerajaan digunakan BN termasuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), namun hasil yang diperolehi langsung tidak memadai. (more…)

26 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Kerajaan Rakyat

Maka kita orang-orang Melayu pun sudah tahu dengan jelas dan kenallah siapa ‘orang-orang besar kita’, iaitu orang politik, pegawai tinggi kerajaan, orang-orang agama kita serta raja-raja kita. Kita juga tahu bahawa orang-orang Melayu yang menyokong pihak pihak tertentu itu tidak sebenarnya kenal siapa yang mereka puja mahupun yang mereka membenci. Sentimen dan emosi sahaja dipermainkan serta sedikit upah material dan kebendaan, maka orang melayu pun lebur.

Bila mereka yang bukan Melayu tahu kita begitu, maka skrip dan perencanaan yang mereka kitar semula pun sudah cukup untuk memastikan kita terus begini dan mereka dapat apa yang mereka hajatkan. Namun Melayu yang amat diharapkan selaku bertaraf pemimpin bangsa masih begitu lagu mereka. (more…)

25 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Membonceng motosikal menuju ke Stadium Kuala Kubu Bharu.

Berceramah di harapan puluhan ribu hadirin membanjiri Stadium Kuala Kubu Bharu.

Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan yang mengirimkan foto-foto di atas.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

25 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.

Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian. (more…)

25 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Media Rakyat
Bahagian 1

Bahagian 2

24 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor.com

Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk “menyerang” keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh politik utama UMNO dan Perdana menteri .

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.

Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.

Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.

Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.

Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.

“ Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang” kata Said.

“Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil” tambah beliau lagi.

Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.

“ Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan” tambahnya lagi.

Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu

“Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?

“Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar” ulas beliau lagi.

24 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Zulkifli Sulong

Menjelang sehari hari mengundi, Pakatan Rakyat mendapat sokongan moral yang kuat apabila masyarakat Felda yang selama ini menjadi penyokong kuat Umno mula beralih arah kepada mereka.

Di Felda Sungai Tengi malam tadi, mereka mencipta sejarah apabila ribuan mereka turun menyertai majlis ceramah yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita mahu memerdekakan masyarakat Felda,” kata Anwar Ibrahim yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang turun ke medan Desa Jaya, Felda Sungai Tengi. (more…)