Archive for April 30th, 2010

30 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Nut Graph
By Wong Chin Huat

ONE of the best ways to understand the Hulu Selangor by-election is to look at the split-voting phenomenon. That happens when the same voter casts votes for different parties in simultaneous parliamentary and state elections.

In 2008, due to the personality and ethnicity of the Barisan Nasional (BN) candidate, MIC’s Datuk G Palanivel, BN suffered badly due to split voting. While it enjoyed a total margin of 6,374 votes when all the three state seats within Hulu Selangor were combined, this lead evaporated into a negative margin of 198 at the parliamentary level. There were also 195 more spoiled votes at the parliamentary level than at the state level. (more…)

30 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Susan Loone

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem , salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan ‘waran geledah antarabangsa’ supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar – syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja “pentadbiran”.

Razak  dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

“Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai ‘waran geledah antarabangsa’ dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia,” kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam. (more…)

30 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TVSelangor

Setelah berdepan dengan pelbagai kontroversi sejak menjawat jawatan ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kita terpaksa pula menjawab mengenai kes terbaru yang membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga yang mati ditembak polis.

Malah tekanan berikutan kes ini semakin hebat hinggakan beliau tidak lagi mampu menahan dirinya dan mengugut untuk menarik semua polis dari rondaan.

Mengikut laporan the Star online dan the Malaysian Insider, beliau akan mengarahkan polis supaya tidak mengawas jalan raya jika rakyat enggan mempercayai polis dalam kes ini.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan ketika menghadiri kempen menderma darah di Bank Darah Nasional sempena Hari Polis Kebangsaan.

Kematian Aminulrasyid Amzah Isnin lalu menyebabkan kredibiliti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

30 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dato Seri Anwar Ibrahim telah diundang khas oleh pihak Cambridge University,SouthEast Asia Forum,United Kingdom pada 3 May 2010 untuk memberi syarahan bertajuk “Democracy In South East Asia – Challenge”. Syarahan tersebut akan dihadiri oleh kesemua penuntut jurusan undang-undang di Cambridge University serta beberapa pemerhati yang lain.

Dalam Program tersebut akan diadakan sesi dialog diantara audien dan Dato Seri Anwar Ibrahim bagi mengupas isu yang beliau sampaikan melalui tajuk syarahannya.

30 April 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashor

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar  bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.

Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya ‘bapa hipokrit’. (more…)