KENYATAAN MEDIA
8 MAC 2010
SELANGOR TUBUHKAN PROGRAM PINJAMAN MIKROKREDIT
Kerajaan Selangor akan membangunkan Program Pinjaman Mirokredit bagi membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di negeri bagi mengeluarkan golongan ini dari garis kemiskinan.
Program Mirokredit ini akan berkonsepkan perbankan Islam, Qardhul Hassan iaitu sistem yang sama diguna pakai oleh sebuah bank di Bangladesh, Grameen Bank, yang telah berjaya membantu golongan miskin di negara itu.
Dana permulaan untuk Program Pinjaman Mikrokredit ini akan menggunakan hasil kutipan hutang yang telah berjaya dikutip setakat ini dari syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM50 juta.
Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Jawatankuasa Khas ini akan diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas negeri, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.
Beberapa pakar perbankan Islam tempatan dan antarabangsa akan dilantik dalam Jawatankuasa khas yang akan memberi khidmat nasihat dan bimbingan bagi memastikan program itu menepati matlamat penubuhannya.
Kerajaan Negeri memberi jaminan pemilihan bagi penerima pinjaman mikrokredit akan dibuat secara telus dan adil tanpa wujud unsur-unsur kronisme atau kepartian.
Kerajaan negeri yakin akan mengutip keseluruhan hutang Talam yang berjumlah sebanyak RM392 juta sepanjang tahun ini dan kutipan ini akan digunakan untuk program-program yang selari dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
——————————————————————————————— Continue reading ‘Selangor Tubuhkan Program Pinjaman Mikrokredit’
Recent Comments