Archive for March, 2010



15
Mar

GST: Negara Memerlukan Komitmen Dan Kepastian

KENYATAAN AKHBAR
15 Mac 2010

GST: NEGARA MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KEPASTIAN

Pakatan Rakyat mengalu-alukan keputusan untuk menunda perbahasan kali kedua Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CPB atau “GST”) yang menandakan sekali lagi, kerajaan BN tidak mempunyai kepastian dalam mentadbir negara. Sebelum ini, BN yakin bahawa GST adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah defisit negara dan tidak teragak-agak meluluskannya tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Kini, BN mengaku ia telah tersalah langkah kerana tidak mengambil pandangan rakyat terlebih dahulu.

Pakatan Rakyat beranggapan bahawa keputusan mengalah oleh BN dalam isu GST adalah satu lagi bukti bahawa kesedaran rakyat mengenai hak mereka untuk turut serta dalam proses membuat keputusan negara, semakin meningkat. Kesedaran ini, yang dizahirkan bermula dengan keputusan pilihanraya umum yang lepas, akan terus mengawasi keborosan dan amalan tidak sihat kerajaan.

Selama ini, Pakatan Rakyat konsisten bahawa GST bukanlah jawapan kepada masalah ekonomi negara. Masalah utama ekonomi negara berpunca dari kegagalan kerajaan yang tidak mempunyai iltizam politik untuk membasmi rasuah dan melakukan reformasi menyeluruh kepada institusi-institusi utama dan sistem pendidikan negara.

Ekonomi Malaysia mendapat kesan yang teruk dari persepsi negatif oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Pelabur antarabangsa secara berterusan mengelak dari dekat dengan Malaysia – mereka menarik keluar portfolio pelaburan dan mengalih FDIs ke negara lain, walaupun pentadbiran sekarang memperkenalkan pelbagai langkah liberalisasi. Sektor swasta kita sendiri lebih gemar melabur di negara lain. Ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan penurunan mendadak 48% bagi pelaburan kapital baru dalam tahun 2009.

Persepsi negatif sebegini hanya boleh dimatikan dengan reformasi ekonomi yang bermakna dan menyeluruh.

Sebaliknya, kerajaan BN tetap bertegas untuk melaksanakan GST walaupun kenaikan kutipan cukai tidak langsung dianggarkan hanyalah RM1 billion setiap tahun. Hingga kini, kerajaan tidak berterus terang mengenai kos sebenar yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan swasta untuk melaksanakan GST; atau bagaimana kos ini akan mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan apabila GST diperkenalkan.

Keputusan menangguhkan perbahasan Akta CPB, walaupun dialu-alukan oleh banyak pihak, akan menimbulkan beberapa masalah baru kepada sektor swasta. Sejak 5 tahun lalu, kerajaan telah memberikan mesej yang berbeza-beza mengenai pelaksanaan GST. Setiap kali kerajaan mengumumkan keputusan untuk melaksanakan GST, syarikat-syarikat terpaksa berbelanja untuk membuat persiapan. Kerajaan selepas itu dengan sewenang-wenangnya mengumumkan pula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan, yang menyebabkan syarikat-syarikat menanggung kerugian.

Pendekatan yang tidak ada kepastian sebegini dalam memperkenalkan inisiatif fiskal yang baru, hanya akan meningkatkan kos dan risiko kepada sektor swasta, terutamanya apabila inisiatif fiskal itu melibatkan banyak perubahan kepada sistem yang digunapakai oleh sektor swasta. Syarikat-syarikat swasta telah banyak berbelanja sejak setahun lepas, dan kini mereka dimaklumkan mereka perlu menghentikan persediaan sehinggalah diumumkan kelak.

Dalam konteks inilah kami berpendapat kerajaan BN tidak mempunyai komitmen dan iltizam politik untuk menghantar mesej yang jelas dan pasti kepada rakyat, pasaran dan komuniti perniagaan. Sebelum ini terdapat mesej yang bercampur-campur mengenai isu subsidi dan tarif elektrik, kini keadaannya serupa bagi GST.

Ini adalah tidak baik bagi negara kita.

Pakatan Rakyat dengan ini meminta BN untuk menghentikan pendekatan yang tidak ada kepastian seperti ini dan mengumumkan kepada negara; sama ada GST tidak akan dilaksanakan sama sekali; atau menyediakan satu rancangan yang jelas mengenai pelan pelaksanaan GST untuk memberi masa kepada rakyat bersedia.

Zaman kerajaan tahu segala-galanya dan tidak mengambil pandangan rakyat sudah pun lama berakhir.

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang dan
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden,,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen,
Democratic Action Party (DAP)
————————————————————————————————————————————————————————– Continue reading ‘GST: Negara Memerlukan Komitmen Dan Kepastian’

15
Mar

Tiada Anggota Meninggalkan Mesyuarat Agung Tahunan Parti KEADILAN Rakyat Cabang Kuala Selangor

KENYATAAN AKHBAR
MAC 6, 2010

TIADA ANGGOTA MENINGGALKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KUALA SELANGOR

Terdapat beberapa isu yang telah ditimbulkan beberapa pihak berhubung perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Keadilan Cabang Kuala Selangor yang telah di adakan pada 14 Mac 2010.

Sebagai ketua wakil pemantau dari Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor , saya ingin membuat penjelasan agar ahli parti dan rakyat dapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya yang telah berlaku. Penjelasan kami adalah seperti berikut:

1. Notis Mesyuarat Agung

Isu yang di bangkit semasa Mesyuarat tersebut adalah berkaitan ketiadaan salinan notis tersebut dalam Laporan Tahunan yang diedarkan.

Notis bertulis bertarikh 25 Februari 2010 telah di keluarkan kepada semua ahli. Selain itu Cabang juga mengambil inisiatif mengeluarkan iklan di akhbar (Sinar Harian) bagi memastikan semua ahli maklum tentang tarikh dan tempat mesyuarat yang ditetapkan. Langkah ini juga diambil bagi menangani masalah notis yang tidak dapat di sampaikan melalui pos.

2. Kehadiran ahli

Kehadiran yang dicatitkan adalah seramai 241orang dan ini lebih dari cukup untuk memenuhi kehendak Pelembagaan di mana Mesyuarat Agung mesti di hadiri sekurang-kurangnya 30 ahli yang telah membayar yuran tahunan mereka. Jumlah ini jauh lebih baik dari kehadiran sebelum ini.

3. Ahli meninggalkan Mesyuarat Agung

Sepanjang pemerhatian kami, kejadian meninggalkan dewan semasa mesyuarat berlangsung tidak pernah berlaku. Meraka yang mendakwa ‘meninggalkan’ mesyuarat ini, tidak berada didalam dewan ketika mesyuarat berlansung. Kenyataan bahawa 50 orang terlibat adalah tidak benar.

4. Dakwaan bankrap

Terdapat dakwaan bahawa seorang AJK Cabang adalah bankrap. Ini adalah tidak benar sama sekali. Semakan di Jabatan Insolvensi pada 21 Januari 2010 telah mendapati AJK yang dimaksudkan bukanlah seorang bankrap.

Kami berharap penjelasan kami memberi sedia maklum tentang perkara yang sebenar.

HAMIDI HASSAN
SETIAUSAHA KEMPIMPINAN NEGERI SELANGOR , PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA DAN WAKIL PEMERHATI UNTUK PRR SELANGOR

15
Mar

Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun

Kenyataan oleh Pejabat Ketua Menteri pada 15.3.2010 di Komtar, George Town

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

Bersama sumbangan tersebut, akan disertakan satu salinan surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan kandungannya seperti berikut:

Tuan/Puan,

Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua. Kerajaan berjiwa rakyat boleh disempurnakan menerusi prinsip 3P-Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri.

-Perkayakan rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi.

Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun. Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian hanya atas amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) berdasarkan ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta.

Kerajaan negeri berasa kesal pihak lawan politik kami telah cuba sabotaj program penghargaan wang tunai RM100 ini dengan tuduhan pemberian wang kepada warga emas adalah satu tindakan rasuah. Walaubagaimanapun, kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Penghargaan wang tunai RM100 kali ini merupakan kesinambungan kerajaan PR yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar, memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan juga sumbangan beras percuma pada tahun 2008-2009. Jangan ingat anda dilupakan apabila anda sudah tua. Selagi kerajaan PR Pulau Pinang ada, kepentingan warga emas akan diambil berat dan anda akan sentiasa dalam memori.

Usia Emas pujaan hati,
Tak lekang dek panas mahupun hujan,
Jasa dan budi di serata bumi,
Sanjungan rakyat berzaman-zaman.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

——————————————————— Continue reading ‘Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun’

15
Mar

Dilema Najib: Cukai rakyat atau hilang undi

Dari Malaysia Kini

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti. Continue reading ‘Dilema Najib: Cukai rakyat atau hilang undi’

15
Mar

Skim Bantuan RM2000 Setahun untuk Pesakit Kencing Manis dan Buah Pinggang

Dari TV Selangor

Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira dua juta ringgit bantuan rawatan untuk pengidap katarak, rawatan dialisis dan pembedahan kecil dalam usaha meringankan beban warga Selangor.

Tambah prihatin dengan kos kesihatan yang meningkat hari ini, Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar mengumumkan skim bantuan RM2000 ringgit setahun bagi pesakit kencing manis dan buah pinggang.

“Pesakit yang mendaftar akan melalui proses pemeriksaan latar-belakang kes, dan sekiranya layak akan menerima bantuan RM2000 setahun. Menyedari jumlah ini kecil, kerana Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan yang banyak sepertimana Kerajaan Pusat, namun kami berharap ia sedikit-sebanyak dapat membantu,” kata Dr Xavier. Continue reading ‘Skim Bantuan RM2000 Setahun untuk Pesakit Kencing Manis dan Buah Pinggang’

15
Mar

Pemulihan Dan Pembangunan Sungai Klang

KENYATAAN AKHBAR

13 MAC 2010

SELANGOR LANTIK EMPAT SYARIKAT UNTUK PROJEK PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG

KLANG: Kerajaan Selangor telah memilih empat syarikat untuk menjalankan Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang yang menjadi tumpuan utama dalam Pakej Rangsangan Ekonomi.

Empat syarikat itu ialah:

1. TSS-Mako Engineering Sdn Bhd

2. GJA Engineering & Construction

3. Wessex Water i-Berhad Consortium

4. DPZ Asia Sdn Bhd

Empat syarikat ini dipilih daripada 37 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan negeri sejak Oktober tahun lalu.

Empat syarikat ini dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran teknikal dalam kerja membersih, memulihara dan membangunkan sungai selain mempunyai kewangan yang kukuh.

TSS-Mako adalah syarikat usaha sama antara syarikat tempatan dengan tiga firma kejuruteraan terbesar dari Korea. Continue reading ‘Pemulihan Dan Pembangunan Sungai Klang’

14
Mar

Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia

Dari TV Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

“Orang kata “Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?”. Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti,” kata Anwar. Continue reading ‘Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia’

13
Mar

Burma– Another Nail In The Coffin Of Democracy

Media Statement for Immediate Release
13 March 2010

We are shocked by the blatant and heavy-handed moves by the Burmese junta to ensure that democracy never sees the light of day in Burma.

The new rules barring people who have been convicted in court from
even being a member of a political party are clearly aimed at ensuring
that not only is the much-feared iconic figure Aung San Suu Kyi
totally put out of action, but also that opposition parties in general
will be crippled. About 2,000 dissidents are currently in prison, and
thousands more have been released but are apparently now barred
forever from participating in politics. This will neatly ensure the
perpetual survival of the one-party system.

Aung San Suu Kyi’s party, the NLD, now has the Hobson’s choice of
either sacking their leader or itself being disqualified from having
any role in the political process, including the election.

This reveals the stark and deeply disturbing fact that, despite all
the carrots and sticks applied, with particular intensity in the last
year or two, the Burmese regime has absolutely no intention of
softening its resistance to moving towards democracy.

ASEAN has most to lose, since it is collectively shunned and punished
as a result of Burma’s recalcitrance. It should, therefore, naturally
spearhead redoubled efforts to push Burma into line. One important
initiative should be to ensure that the generals themselves also feel
the bite of sanctions imposed on Burma, rather than continuing to do
covert, and very lucrative, business with them.

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Chairman of International Bureau
People’s Justice Party

13
Mar

‘Lebih Baik Lompat Daripada Kekal Jadi Barah’

Dari Suara Keadilan

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekali lagi adalah lebih baik kehilangan Ahli Parlimen atau Exco daripada mengekalkan anggota yang bermasalah dan seterusnya merosakkan masa depan parti.

“Kalau kita nampak Exco goyang macam di Kedah, Exco itu daripada KEADILAN, saya minta Datuk Seri Azizan (Menteri Besar) panggil dia dan bagi amaran. Keluar fail hari ini, panggil dia tunjuk fail minggu depan dia lompat, lebih baik lompat daripada kekal menjadi barah dalam parti kita. Jadi kita tahu sebab apa dia lompat sebab dia ada kes.

“Saya minta maaf sebab ada calun-calun kita yang macam itu tapi Azizah (Presiden KEADILAN) kata ini adalah pembersihan,” kata Anwar merujuk kepada langkah beberapa bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang lompat parti menjadi anggota Bebas termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh. Continue reading ‘‘Lebih Baik Lompat Daripada Kekal Jadi Barah’’

12
Mar

Anwar Ibrahim Disoal Berhubung Ceramah Menangkis Fitnah Jahat

(ehsan Malaysiakini)

12
Mar

Kerajaan Tidak Konsisten Amal Perundangan Syariah

Dari TV Selangor
Oleh Yusmawati Mhd Yusuf

Jika tiga wanita yang dituduh melakukan seks haram di rotan serta-merta, tidak ada sebab mengapa individu yang memfitnah tidak didakwa ke mahkamah Syariah.

Keengganan kerajaan dan jabatan agama wilayah persekutuan bertindak keatas Saiful Bukhari Azlan mengundang persoalan sejauh mana pemerintah serius melaksanakan sistem perundangan Islam.

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Abdul Ghani Shamsuddin kesal kerana kerajaan Umno- Barisan Nasional tidak konsisten dalam mengamalkan undang-undang syariah. Continue reading ‘Kerajaan Tidak Konsisten Amal Perundangan Syariah’

12
Mar

‘Anwar 360′ Show a Magnet

From Malaysiakini
By Terence Netto

The more the powers-that-be appear to harass him, the bigger the crowds that come to hear his version of political reality.

Clearly, pressure on their man whets his supporters’ appetite for what may well be dubbed the ‘Anwar Ibrahim 360’ show: the PKR supremo’s overall take, delivered in windmill fashion, on what is happening to the politics, economy, religion, and people of Malaysia.

On Tuesday night, a crowd of about 10,000 had braved pouring rain in Rasah, Negri Sembilan, to hear Anwar and DAP’s Lim Kit Siang lambast the Umno-led BN for its high-intensity campaign to induce defections from Pakatan Rakyat’s ranks and for alleged unleashing the police force and the anti-corruption body, MACC, against the opposition’s elected representatives.

Earlier in the week, police had dispersed a crowd at the Sultan Sulaiman Club in Kampong Baru, Kuala Lumpur. The crowd gathered to celebrate the second anniversary of the political tsunami that had gained for the opposition control of four states and enhanced standing in one. Continue reading ‘‘Anwar 360′ Show a Magnet’