Archive for March, 2010



19
Mar

Kedudukan Ekonomi Malaysia: Lima Pertikaian

 Ucapan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Rakyat
Rabu, 17 Mac 2010

PERDANA Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan prospek ekonomi yang baik bagi Malaysia, malah mengisytiharkan bahawa “episod yang terburuk telah berlalu”.

Walaupun ekonomi negara berkembang kembali bagi suku keempat 2009, sebenarnya secara perbandingan Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding negara-negara lain di rantau ini. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai hala tuju ekonomi negara; terutamanya bersabit kemampuan kita mengangkat ekonomi menjadi ekonomi bernilai tinggi.

Pada masa yang sama, terlalu banyak slogan dan permainan media yang menumpukan kepada persoalan menaiktaraf ekonomi bernilai tinggi; sehinggakan seolah-olah kita telah mengenepikan isu-isu pokok ekonomi Malaysia bersabit keadilan sosial; sedangkan apa-apa agenda pembangunan ekonomi tidak boleh melupakan persoalan keadilan sosial.

Malaysia masih lagi gagal untuk menghapuskan kemiskinan (apatah lagi kemiskinan tegar). Statistik terkini yang disiarkan secara rasmi oleh EPU menunjukkan kadar kemiskinan antara tahun 1990 hingga 2007, seperti berikut:

Usaha kita untuk membasmi kemiskinan tidaklah mendatangkan hasil yang membanggakan. Mengikut Laporan Pembangunan Kemanusiaan 2009 oleh PBB, Malaysia menduduki tempat 66 dari segi persamaan ekonomi, yang diukur melalui gini coeeficient. Kita ditinggalkan oleh negara-negara seperti Singapura (kedudukan 23), Hong Kong (kedudukan 24), Korea Selatan (kedudukan 26), Brunei (kedudukan 30) dan Cuba (kedudukan 51).

Walaupun pelbagai program telah dilancarkan sejak Merdeka, kita masih belum berjaya menghapuskan kemiskinian. Malah, kadang-kadang di bawah Barisan Nasional, kadar kemiskinan sebenarnya meningkat walaupun ekonomi negara sedang berkembang.

Antara tahun 1990 dan 1997, kita berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 63% (diukur berdasarkan peratus jumlah keluarga di bawah paras kemiskinan, berbanding jumlah isi rumah di seluruh negara). Kemudian, kadar kemiskinan sebenarnya meningkat sebanyak 39% di antara 1997 dan 1999.

Kalau peningkatan ini disalahkan kepada krisis ekonomi 1997, bagaimana pulak peningkatan kadar kemiskinan di antara tahun 2002 dan 2004 – kerana ini adalah zaman kemakmuran BN apabila wang negara banyak dibelanjakan dan disalurkan kepada ekonomi kita melalui pelbagai projek? Benarlah rintihan rakyat selama ini, yang mendapat manfaat hanyalah kroni sedangkan rakyat dhaif terus sengsara.

Di antara tahun 2004 dan 2007, kerajaan hanya berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 37% sahaja; jauh lebih rendah berbanding kadar 60% yang dicapai pada dekad 90an dahulu. Pada kadar hanya 37% ini, kita musykil sama ada Malaysia akan berjaya membasmi kemiskinan pada masa akan datang.

Jika diteliti dengan lebih dekat, kita juga akan mendapati bahawa ketidaksaksamaan ekonomi di antara kumpulan yang berbeza sebenarnya lebih membimbangkan, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputra Sabah dan Sarawak. Mereka kekal sebagai kumpulan yang paling miskin, walaupun sebahagian besar sumber kekayaan negara datangnya dari Sabah dan Sarawak.

Mengambil kira perkara-perkara ini, saya benar-benar percaya bahawa amanah memimpin ekonomi kita ke arah pembangunan menyeluruh; berdasarkan prinsip kesaksamaan dan keadilan sosial – adalah tugas yang terlalu berat buat kerajaan sedia ada, terutamanya berdasarkan rekod mereka setakat ini.

Oleh itu, ucapan saya pada hari ini akan memberi fokus kepada lima isu ekonomi yang bertentangan dengan pengakuan PM bahawa “segala-galanya adalah baik”.

Lima isu ekonomi ini adalah peringatan penting kepada kita, betapa besarnya tugas reformasi dan mengubah cara pentadbiran ekonomi negara yang diperlukan, sekiranya kita ingin menaiktaraf ekonomi menjadi ekonomi bernilai tinggi dan pada masa yang sama, mempastikan kemakmuran diagihkan secara saksama kepada semua.

————-

Pertikaian Pertama:

KEBERGANTUNGAKEPADA HASIL MINYAK DAN PERBELANJAAN KERAJAAN YANG TERLALU BESAR SEHINGGA MEWUJUDKAN JURANG PELABURAN KERAJAAN-SWASTA

Malaysia hanya mengamalkan satu dasar ekonomi sejak 1998 iaitu membelanjakan wang rakyat melalui projek-projek besar untuk menghidupkan ekonomi, sedangkan pada kebiasaannya langkah ini hanyalah langkah sementara yang digunapakai dalam keadaan tertentu sahaja.

Berikut adalah peratus defisit belanjawan berbanding KDNK:

Kebergantungan kepada hasil minyak (seterusnya jalan mudah menggunakan wang PETRONAS walaupun keuntungannya tidak lagi boleh menampung permintaan kerajaan) sebenarnya sangat membimbangkan, seperti berikut:

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 dan 31 Disember 2008, PETRONAS menyumbang sebanyak 36.8% dan 44.9% kepada jumlah keseluruhan pendapatan kerajaan. Jika diambil kira hasil cukai dan duti dari syarikat minyak yang lain, Malaysia sebenarnya bergantung lebih 50% kepada hasil minyak semata-mata.

Walaupun pendapatan dari PETRONAS sangat lumayan dalam tahun 2007 dan 2008, kerajaan terus berbelanja dengan boros dan mencatatkan defisit belanjawan.

Kesan yang tidak dirancang akibat dasar tidak bertanggungjawab yang membelanjakan wang rakyat sejak 1998 ini; adalah wujudnya jurang di antara pelaburan swasta dan pelaburan kerajaan yang semakin membesar.

Ini menimbulkan keraguan sama ada kerajaan mampu meneruskan pendekatan ini yang melonjakkan pertumbuhan ekonomi dengan berbelanja secara besar-besaran; terutamanya apabila hasil minyak semakin berkurangan.

Di dalam satu kajian oleh Prof KS Jomo (diterbitkan dalam Disember 2009), sejak tahun 2000 perbelanjaan awam telah menjadi enjin pertumbuhan utama negara; mengatasi pelaburan swasta:

Kejatuhan mendadak pelaburan swasta akan terus menggugat apa-apa langkah untuk menaiktaraf ekonomi negara menjadi bernilai tinggi. Dengan hanya pertumbuhan sekadar 1% di antara 2000 dan 2006, pelaburan swasta (tanpa mengambil kira inflasi) sebanyak RM33 bilion dalam tahun 2006 sebenarnya adalah lebih rendah dari pelaburan swasta dalam tahun 1991.

Apatah lagi, kadar perbelanjaan awam seperti ini tidak dapat diteruskan kerana negara sudah tidak mampu. Continue reading ‘Kedudukan Ekonomi Malaysia: Lima Pertikaian’

18
Mar

Kenyataan Ahli Parlimen United Kingdom Berhubung Kes Fitnah-2 Terhadap Anwar Ibrahim

MALAYSIA AND ANWAR IBRAHIM
15.03.2010

From UK.Parliament
Corbyn, Jeremy

That this House recognises Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim’s contribution to promoting democracy in Malaysia and peace and understanding between the Muslim world and the West; is deeply concerned at the charges laid against Anwar Ibrahim and that his current trial flouts international standards of fairness and adherence to the rule of law; notes that this trial resembles the one he faced in 1998 in which the conduct of the judiciary was condemned by Malaysians and by the international community; further notes the renewed exhortations by international human rights organisations including Amnesty International and Human Rights Watch and prominent leaders from Commonwealth nations including the Right honourable Paul Martin of Canada and the Right honourable Michael Danby and 59 other elected representatives of Australia for the Malaysian government to drop the charges against Anwar Ibrahim; and calls on the Malaysian authorities to bring an end to the harassment and persecution of members of the political opposition.

Klik Here To Continue Reading http://edmi.parliament.uk/EDMi/EDMDetails.aspx?EDMID=40725&SESSION=903

18
Mar

Zahrain Minta Datuk Seri Dari ‘Pemimpin Cauvanis Dan Komunis’

Dari TV Selangor

Kelancangan melulu Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen Bayan Baru itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada Lim Guan Eng bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai cauvinis dan komunis, Continue reading ‘Zahrain Minta Datuk Seri Dari ‘Pemimpin Cauvanis Dan Komunis’’

18
Mar

PKR Balas Salakan ‘Anjing Penyerang’ BN

Dari MalaysiaKini

Setiauasaha agung PKR Saifuddin Nasution (bawah) hari ini melabelkan empat bekas ahlinya yang kini menjadi ahli parlimen bebas, khususnya Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim (Bayan Baru) sebagai ‘anjing penyerang’ Barisan Nasional.

“Mereka digunakan sebagai ‘anjing penyerang’, ‘askar upahan’,” kata Saifuddin ketika sidang media di lobi parlimen.

Katanya, MP bebas itu kini adalah senjata terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat kerana terlalu sedikit MP Bn yang mampu berbuat demikian. Continue reading ‘PKR Balas Salakan ‘Anjing Penyerang’ BN’

18
Mar

Jadual Dato Seri Anwar Ibrahim di London

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan kuliah “Religious Pluralism in a Divided World” di Shaykh Zayed Theater, New Academic Building, London School of Economics and Political Science pada hari ini 18 Mac 2010 jam 5 pm waktu London.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, beliau dijadualkan bermesyuarat bersama mantan Naib Presiden Amerika, Al Gore dan mantan Presiden Republik Ireland yang sekarang ini menjawat jawatan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Mary Robinson.

Esok 19 Mac 2010 jam 7 malam Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu program khusus bersama rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom. Program itu akan diadakan di

University of Westminster Hogg
Lecture Theater
35 Marylebone Road,
London NW1 5LS.

17
Mar

Anwar Sindir Najib Puji Diri Sendiri

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan. Continue reading ‘Anwar Sindir Najib Puji Diri Sendiri’

17
Mar

“Tuntut Hak!”Lebih 2,000 Orang Asli Berhimpun di Putrajaya

Dari Malaysia Kini
Oleh Salhan K Ahmad

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri. Continue reading ‘“Tuntut Hak!”Lebih 2,000 Orang Asli Berhimpun di Putrajaya’

17
Mar

Zul Noordin, Kita Ikut Konvensyen Mana?

Dari Merdeka Review
Oleh Zukri Aksah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti! Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.

Zul Noordin (gambar kiri, sebelah kiri), selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang. Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen. Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel. Continue reading ‘Zul Noordin, Kita Ikut Konvensyen Mana?’

17
Mar

Parlimen: Rang Undang-Undang GST Masih Dalam Agenda

Dari Malaysia Kini
Oleh S Pathmawathy

Dewan Rakyat masih belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kedua.

Sehubungan dengan itu, timbalan speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) berkata sehingga mereka menerima arahan itu, kertas aturan sidang akan juga memuatkan rang undang-undang itu. Continue reading ‘Parlimen: Rang Undang-Undang GST Masih Dalam Agenda’

16
Mar

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

16
Mar

Fitnah II: Anwar Tarik Rayuan Mohon Hakim Undur

Dari Malaysia Kini

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Zabidin Mohd. Diah menolak permohonannya agar menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Anwar berkata “menukar seorang hakim tidak akan menukar sistem kehakiman Malaysia.” Continue reading ‘Fitnah II: Anwar Tarik Rayuan Mohon Hakim Undur’

16
Mar

Media Arus Perdana Lebih Tidak Bertanggungjawab

Dari TVSelangor.com

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa baginda kesal terhadap fitnah dan pemesongan fakta yang dibawa segelintir media baru.

Bagaimanapun, Senator Dewan Negara, Dr. Syed Hussin Ali tanpa menafikan wujud segelintir pengamal media baru bertindak di luar etika kewartawanan tetapi beliau lebih khuatir dengan sikap media arus perdana yang nyata lebih tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya yang paling teruk menyebarkan fitnah media seperti Utusan Melayu. Bukan sahaja fitnah yang dilemparkan tetapi api perkauman sempit yang cuba dibakarkannya. Bersama-sama misalnya dengan badan-badan dan tokoh yang hendak mengapi-apikan semangat perkauman. Continue reading ‘Media Arus Perdana Lebih Tidak Bertanggungjawab’