Archive for March, 2010



23
Mar

Keluarga PM ‘jutawan’ Kecohkan Dewan Rakyat

Dari MalaysiaKini
Oleh Salhan k Ahmad

Dewan Rakyat kecoh lagi hari ini apabila ahli parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menyebut beberapa nama dalam senarai ‘billionaire’ dalam negara yang mengundang celahan daripada pembangkang.

Tajuddin (kanan) berkata Umno berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu, dan turut menyebut nama Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu. Continue reading ‘Keluarga PM ‘jutawan’ Kecohkan Dewan Rakyat’

23
Mar

Umno Dicabar Batal Kontrak APCO

Dari TV Selangor

Parti Keadilan Rakyat mendesak kerajaan BN membatalkan kontrak APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat.

Desakan ini dibuat ekoran pendedahan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari, yang mengkritik keputusan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melantik syarikat perunding itu membantu BN menguruskan negara. Continue reading ‘Umno Dicabar Batal Kontrak APCO’

22
Mar

Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?

Dari Zaharuddin.net
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433) Continue reading ‘Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?’

22
Mar

Photos from Westminister University Lecture

DSC_1828 DSC_1905 DSC_1882 DSC_1887 DSC_1891 DSC_1861 DSC_1841 DSC_1840 DSC_1844 DSC_1897 DSC_1900 DSC_1915 DSC_1917 DSC_1925 DSC_1929 DSC_1933 DSC_1939 DSC_1954 DSC_1968 DSC_1970 DSC_1975 DSC_1823 DSC_1995 DSC_2000 DSC_2004 DSC_2009 DSC_2012 DSC_2027 DSC_2054 DSC_2037
21
Mar

Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang

Dari TV Selangor

Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur. Continue reading ‘Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang’

20
Mar

Sidang Media Tian Chua Dan Nurul Izzah Sebaik Selesai Beri Kenyatan Kepada Pihak Polis

20
Mar

Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun. Continue reading ‘Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri’

20
Mar

Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak

Dari Malaysia Kini
Oleh Jimadie Shah Othman

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.

“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.

Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini. Continue reading ‘Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak’

19
Mar

Ilmuan Digesa Tidak “Menikus”

Dari Malaysia Kini
Oleh Susan Loone

Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dibidas oleh bekas presidennya Syed Husin Ali kerana bersikap menikus dalam menyatakan pandangan mereka kerana bimbang ‘melukakan (perasaan) kerajaan.’

Syed Husin yang juga timbalan presiden PKR berkata beliau berasa “hilang ghairah” dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.

“Ini sikap yang sangat salah, ia mencerminkan ketakutan psikologi. Sekarang terlalu banyak ketakutan dan kawalan; (oleh) polis, media, mahkamah, pelajar, pekerja dan juga ahli akademik,” katanya ketika menutup Persidangan Pengajian Malaysia (MSC) ketujuh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Continue reading ‘Ilmuan Digesa Tidak “Menikus”’

19
Mar

Surat Kepada SPR Berhubung Pilihanraya PBT Di Selangor

Kenyataan Akhbar
18 MAC 2010

MENTERI BESAR TULIS SURAT KEPADA SPR BERHUBUNG PILIHAN RAYA KERAJAAN
TEMPATAN DI SELANGOR

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung Pilihan Raya Kerajaan Tempatan untuk memilih ahli majlis kerajaan tempatan di Selangor.

Dalam surat yang dihantar pada 11 Mac lalu itu, Abdul Khalid meminta pandangan SPR berkenaan cadangan kerajaan Selangor mahu mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berlandaskan peruntukan Perlembagaan dan kuasa kerajaan negeri yang sedia ada.

Berdasarkan kajian kerajaan Selangor, Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Perkara 113 (4) itu menyatakan “Undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada pilihan raya yang dinyatakan dalam Fasal 1″.

Undang-undang negeri pula memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kerajaan Selangor berpendapat, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan perlu diwujudkan semula bagi memastikan rakyat boleh memilih wakil yang mereka rasakan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

Ini selaras dengan prinsip pentadbiran yang cuba diterapkan kerajaan Selangor iaitu meningkatkan urus tadbir dan cekap dan di samping memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan memperkukuhkan lagi sistem berdemokrasi.

Berdasarkan akta sedia ada dan pendirian, kerajaan Selangor meminta Abdul Aziz dan SPR menjalankan kajian dan penyelidikan untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagi memilih ahli-ahli majlis di negeri ini supaya dapat dilaksanakan dengan segera.

Kerajaan Selangor juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan perjumpaan dengan Abdul Aziz dan SPR bagi membincangkan perkara itu.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

—————————————————————————————————————————————————— Continue reading ‘Surat Kepada SPR Berhubung Pilihanraya PBT Di Selangor’

19
Mar

APCO Tidak Wajar Campur Tangan Urusan Negara

Dari TV Selangor

APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu juga menyifatkan tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya melalui Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen berikutan pendedahan slogan Malaysia dan Isreal, sebagai jenaka basi. Continue reading ‘APCO Tidak Wajar Campur Tangan Urusan Negara’

19
Mar

Attempt to Suspend Me a Rotten Joke, Says Anwar

From Malaysian Insider
By Shannon Teoh

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has described a possible censure over his allegations in Parliament that 1 Malaysia was copied from Ehud Barak’s 1 Israel as a “rotten joke”.

The Permatang Pauh MP also insisted that it was a “strange coincidence” both the Malaysian and Israeli administrations had hired public relations consultants, Apco Worldwide.

When quizzed about Apco’s denial of having coined either term, Anwar countered: “Then what are they taking money for? To pay for what? Apco should not be involved in domestic politics in our country.”

While admitting that the timing was circumstantial, he said the onus was still on the government to explain Apco’s involvement transparently.

Barisan Nasional (BN) had insisted that Apco, which The Malaysian Insider understands was contracted for a sum of RM20 million, was not involved in the conception of “1 Malaysia” and Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz has said that the matter of referring the Pakatan Rakyat (PR) lawmaker to the Rights and Privileges Committee would be discussed in the Cabinet.

The PKR de facto leader, whose party has been rocked by the loss of several MPs recently, also explained that his allegations had been taken out of context, and was in fact, a retort against Umno’s persistent accusations that the former deputy prime minister was a pawn of Jewish interests.

“Let’s put it in context. I have no problems with Jewish advisors but Umno leaders have been using this Jewish connection to claim that there is a conspiracy and Anwar is an agent of the Jews,” he said in a press conference after speaking at the London School of Economics yesterday.

Instead, he said that Umno Youth chief, Khairy Jamaluddin, was the one making false accusations, after the Rembau MP had brought up Anwar’s tenure as chair of the Washington-based Foundation for the Future, which Khairy claimed was a Zionist organisation.

Anwar insisted that it was an initiative by various governments, including the United States and members of the European Union, and therefore, Khairy should be the one being referred to the Rights and Privileges committee.

“Umno befriends nasty Jews and some of them are Zionists,” he added.
Anwar will speak again today at Westminster University after a busy schedule that also included meetings with Al Gore and Mary Robinson, former vice-president of the United States and former president of Ireland respectively.