24
Mar
10

Human Rights Watch Desak Gugurkan Kes Anwar

Dari Suara KEADILAN

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch, mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan semua pertuduhan yang dianggap bermotifkan politik berhubung perbicaraan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenytaan yang dikeluarkan di New York semalam, pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh itu berkata tindakan mahkamah menafikan pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu daripada mendapatkan bahan bukti kritikal yang kini dalam simpanan pihak pendakwaan disamping penerbitan bahan bukti di dalam sebuah akhbar milik parti pemerintah, menimbulkan kesangsian serius samada Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil.

“Kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan permainan terhadap proses keadilan dan menggugurkan caj terhadap Anwar. Pada setiap langkah mahkamah telah menghalang usaha pasukan peguambela Anwar untuk menyediakan pembelaan yang tuntas,” kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch.

Menurut pertubuhan itu lagi beberapa keputusan mahkamah dilihat menjurus kepada tindakan melemahkan proses penyediaan pembelaan.

Peguambela Anwar telah dinafikan akses kepada sampel spesimen DNA sebelum perbicaraan bermula, kenyataan plaintif dan saksi penting pendakwaan, nota doktor yang memeriksa Saiful serta salinan asli pita rakaman CCTV daripada kondominium di mana kejadian di dakwa berlaku.

Walaupun setelah perbicaraan bermula pada 2 Februari 2010, mahkamah sekali lagi membuat keputusan tidak membenar pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi pihak pendakwaan apatah lagi kenyataan mereka.

“Human Rights Watch amat bimbang mengenai campur tangan politik Barisan Nasional di dalam perbicaraan ini. Mahkamah tidak langsung mengambil sebarang tindakan terhadap artikel yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki Umno yang melaporkan maklumat berhubung perbicaraan tertutup semasa lawatan ke kondominium tersebut.

“Penerbitan maklumat yang tidak sepatutnya didedahkan dalam akhbar milik parti pemerintah adalah langkah yang amat mengejutkan dan dilihat sebagai campur tangan kerajaan di dalam kes Anwar.

“Ini adalah contoh terbaru bagaimana kerajaan ingin memainkan peranan utama dalam sebuah perbicaraan melibatkan seorang Ketua Pembangkang,” kata Robertson lagi.

Human Rights Watch juga memberikan beberapa contoh campur tangan kerajaan sepanjang tempoh 20 bulan sejak kes ini bermula.

Campur tangan paling ketara ialah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memindahkan kes tersebut daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada Mac 2009.

Langkah itu dilihat mengekang hak membuat rayuan sekiranya pihak defendan kalah dalam perbicaraan kelak.

Ketika Peguam Negara mengeluarkan arahan tersebut, beliau juga pada masa yang sama adalah di bawah siasatan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan merekacipta bukti berhubung kes liwat pertama terhadap Anwar.

Kenyataan dua muka surat itu menambah Anwar boleh dipenjarakan 20 tahun dan dihukum sebat sekiranya sabit kesalahan. Walaupun beliau dipenjarakan hanya satu hari atau didenda sekurang-kurangnbya RM2,000 Anwar akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

“Human Rights Watch juga bimbang mengenai cara penyiasatan pihak berkuasa dan pertuduhan yang dibuat. Saiful tidak diperiksa sehingga 48 jam setelah dakwaan kejadian dan doktor pertama yang memeriksa beliau dari Hospital Pusrawi Kuala Lumpur mendapati tidak ada sebarang bukti penembusan di bahagian dubur Saiful. Saiful kemudiannya pergi ke sebuah hospital kerajaan di mana beliau diperiksa oleh tiga pakar.Mereka juga tidak membuat kesimpulan ‘tidak ada bukti klinikal yang konklusif yang menjurus kepada penembusan di bahagian dubur dan tidak ada sebarang tanda kecedaraan dibadan pesakit’.

“Saiful pada mulanya mendakwa beliau diliwat tetapi apabila yang dituduh adalah Anwar, seorang yang sudah berumur serta mempunyai masalah tulang belakang, Saiful telah menukarkan pertuduhan beliau kepada ‘seks suka sama suka’,” jelas kenyataan itu lagi.

Robertson berkata badan kehakiman Malaysia akan tercemar dengan meneruskan perbicaraan yang segaja diadakan terhadap Ketua Pembangkang negara.

Daripada mempolitikkan mahkamah dan menafikan hak mendapatkan perbiacraan yang adil, kerajaan Malaysia harus menghentikan permainan politik kotor, gugurkan semua pertuduhan terhadap Anwar dan kembalikan politik kepada tempatnya hak iaitu di dalam Parlimen, kata beliau lagi.


21 Responses to “Human Rights Watch Desak Gugurkan Kes Anwar”


  1. 1 matt Mar 24th, 2010 at 1:16 pm

    anwar ibrahim case is not about Malaysian Govt Vs. Anwar, it is about Saiful Vs. Anwar

    what is Human Rights Watch anyway, what about the right of Saiful to get a fair trial?

    Reply

    diBawahBayu Reply:

    Senang je mamat kalau nak adil. Bicarakan kes itu di Mahkamah Syariah. Habis cerita…

    Reply

    bodohsombong Reply:

    ha.. ha.. ko memang bodoh sombong…. ini bukan pasal anwar vs saiful.. ini pasal masa depan perundangan negara..

    kalau berlaku pada keluarga ko atau pun ko sendiri kena fitnah baru tau!!

    Reply

    qayyum Reply:

    fair trial my a**.!

    Reply

    timun Reply:

    wtf r u talking about bustard….fair trial for saiful?!!! mf

    Reply

    layman Reply:

    fair trial for Saiful only maaa? what about fair trial for Anwar???

    Reply

  2. 2 BdkLdg Mar 24th, 2010 at 2:18 pm

    org luar sibok brckp tentang negara kite yg telah terbukti adalah rapuh dr segenap aspek drpd undang2 sehinggalah kpd hak2 asasi manusia. contohnya, statement di ats adalah salah satu luahan masyarakat antarabangsa terhadap negara kite. So, d harap penyokong pro-kerajaan dpt berdemonstrasi utk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Human Right Watch kerana telah berckp pasal ‘Negaraku’.

    Reply

  3. 3 win win malaysians Mar 24th, 2010 at 4:30 pm

    DATUK SERI BAGINDA ZULKIFLI BERBOHONG LAGI DIDEWAN,diani memang muka sadak dia tak layak disokong jd MP…harap2 rakyat akan singkir spesis ini mewakili mereka didewan next pru..kuburkan dia…

    Reply

  4. 4 Abu Daby Sipitang tuju Lawas Mar 24th, 2010 at 4:34 pm

    SIAPA DIA DATUK HALIK ZAMAN yg suka buat kecuh kat sabah,inilah jika terlalu lama berpolitik jadilah mcm Dato`Harris dia sedardah…..

    Reply

  5. 5 melayu Mar 25th, 2010 at 9:33 am

    Nampaknya susah DS nak fokus selesaikan masalah rakyat kerna cabaran DS dan Parti yang terlalu banyak.

    Reply

  6. 6 najib redzuan lee Mar 25th, 2010 at 10:48 am

    Salam…

    wahai kawan2 ku yang merasakan diri mereka rakyat Malaysia…

    mari kite bertanya pada diri kite….

    apa perlukah semua ini?….

    perlukah kite mendapatkan sokongan dan campur tangan asing dalam menyelesaikan masalah negara?…

    masalah negara ke?…..

    saya menyokong matt bukan DSAI vs kerajaan tp DSAI vs Saiful….

    tidakkah nanti yg buruk nama MALAYSIA juga?…..

    MALAYSIA tempat tinggal DSAI….Nizar….

    macam mana kalau mereka bukan sekadar bg pendapat malah sama2 membuat demo di negara kite?….

    dapat kah kite menerima budaya mereka yg kite semua tau bersifat ganas…..

    kenapa tidak kite selesaikan perkara ini dalam negara sahaja…..

    tanpa melibatkan kuasa luar?…..

    serahkan kepada sistem kehakiman negara…..

    keadaan seperti ini memperlihatkan seolah2 MALAYSIA adalah sebuah negara yg lemah……

    sekali nama negara kite sudah tercemar selamanya ia akan begitu…

    org tetap akan ingat sampai bile2…..

    cukup la campur tangan dari mereka ini…..

    marila sama2 kite renungkan…..

    Reply

    randy Reply:

    serahkan kepada sistem kehakiman negara…..ka..ka…ka. don’t make me laugh man. you think there is any fair trial left in this country? dream on…..its all gomen control to which ever way they like, it happens.

    Reply

  7. 7 radzi Mar 25th, 2010 at 11:11 am

    KES APCO MENUNJUKAN UMNO DAN BN MENGUNAKAN ORG LUAR UNTUK KEPENTINGAN MEREKA,TAPI BILA PKR SPT SOKONGAN DARI LUAR MEREKA KATA JUAL MARUAH MALAYSIA,APA NI?
    INGAT RAKYAT BUTA KE?TOLONGLAH BN KAMU DALAM DELEMA NANTI,

    CUBA KIRA MP UMNO DALAM PARLIMEN ADA BERAPA?
    YG LAIN TU LARILA MASUK PAKATAN KITA UBAH KERAJAAN SEKARANG!!!!!

    TAKUT KAT UMNO APA BARANG!!!

    Reply

    hang tuah Reply:

    rakyat malaysia tak bodoh..apa yang penting… kerjasama

    Reply

  8. 8 smy Mar 25th, 2010 at 5:00 pm

    KEPADA MP YANG BUKAN DARI umno, APA LAGI, BUAT USUL BUBAR PARLIMEN BULAN INI, JANGAN LAGI JADI PENGECUT KEPADA umno ITU. MALAYSIA INI KITA PUNYA JUGA.

    Reply

  9. 9 Jemie Mar 25th, 2010 at 5:33 pm

    Dalam kes ni memang kita nampak DSAI vs Saiful..tetapi bila melibatkan pemimpin besar ianya akan mendapat perhatian daripada kuasa luar…Keadilan dimahkamah malaysia melibatkan integriti negara…bila keadilan dapat ditegakkan dimahkamah tanpa ada campurtangan pihak ketiga maka barulah timbul keyakinan kepada pelabur..

    Kita masih tidak tahu siapa yang salah dan biarlah mahkamah yang menentukannya..namun pihak pembela perlu mendapat hak kesamarataan mendapat bahan2 bukti untuk dibuat penilaian bagi tujuan pembelaan dan penghujahan…janganlah mereka dinafikan hak..

    Saya berpendapat kuasa luar cuba untuk mengetengahkan isu bahawa anuwar sepatutnya diberi keadilan yang sewajarnya dan hak2 untuk dia membuktikan dia tidak bersalah tidak dihalang
    oleh mahkamah..pendakwa kata dia ader bahan bukti..pembela nk tengok dia tak kasi..betul ke tak bahan bukti tu..adakah ianya rekaan semata2..

    Pihak luar bukan bertujuan untuk menentukan keputusan mahkamah..cuma berilah keadilan kepada yang dituduh..

    Reply

  10. 10 Nickce Mar 25th, 2010 at 7:22 pm

    Saya sokong idea jemie, sampai bila kah kita berpijak di atas bumi sebenar? Sampai bila kah makhamah keadilan negara takut kepada kerajaan untuk buat keputusan yang seadil-adilnya sendiri. Semua pihak di negara ini dengan sejelas-jelasnya nampak dan faham tentang keceleruan terhadap kes pembicaraan anwar dan termasuklah negara- negara di dunia, juga nampak perkara yang sama.

    Tamatkan pembicaraan yang tidak rasinol ini.

    Reply

  11. 11 MR_MUSTANG Mar 26th, 2010 at 1:19 am

    ampa suma kena paham…. seluruh dunia tgh tengok kita… mereka tahu apa yg berlaku dalam negara kita… x semestinya kita x bercakap pasal keadan negara kita, sapa2 pun x tau…. dunia dh berubah… ramai pemerhati sedang memarhati kita…

    kepada yg x pernah pijak luar negara….cuba anda bertanya kepada sapa yg biasa atau berada di luar sana… tanya psal “bad part” of malaysia….mcm2 isu akan mereka cerita kan….ramai yg tahu ttg kes pm najibo dan mongolio suma… bukan depa2 x tau….

    please la wei…. jgn ingat kalo kita diam2 apa isu… orang luar x tau… skrg zaman dinding batu pun leh bersuara…

    Reply

  12. 12 narz71 Mar 26th, 2010 at 11:01 am

    nama malaysia dah lama buruk akibat kes altantuya yg meibatkan PM malaysia dan isterinya dan juga dari masalah kehakiman negra yg sememangnya telah menjadi busuk dari dulu lagi..kes anwar hanya menambahkan parah sistem kehakiman negara dimana segala bukti2 pertuduhan tidak diberikan kepada pembela..ini bukan komenwel law..ini kanggaroo law..bagi saya kalu org luar memberi nasihat dan komen kepada sistem kehakiman negara kita maka kita jangan pulak nanti nak komen sistem kehakiman negara luar pulak lepas ni…

    Reply

  13. 13 Blackcat Mar 26th, 2010 at 12:47 pm

    Salam,

    Kebenaran dan Hak tidak ada sempadan. Maka siapa saja boleh menyatakannya walau pun seekor semut.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Human Rights Watch Desak Gugurkan Kes Anwar at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Mar 24th, 2010 at 4:39 pm

Leave a Reply