23
Mar
10

APCO: Anwar Perjelas Selasa Depan

Dari Harakah Daily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi ruang membuat penjelasan berhubung dakwaan penglibatan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia di dewan rakyat pada hari Selasa, 30 Mac depan.

Perkara itu diumumkan ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah selepas Anwar bersama beliau mengadakan perbincangan dengan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee sebentar tadi.

Pertemuan itu jelas Siva, bagi membolehkan Anwar mendapat penjelasan terus dari timbalan speaker itu berhubung apa yang berlaku pada persidangan dewan rakyat semalam.

“Datuk Seri Anwar akan memberi penjelasan pada hari Selasa, jam 11.30 pagi.

“Beliau akan mengulas sekaligus menjawab apa yang dibangkitkan (Ahli Parlimen) Kota Belud dan Padang Rengas,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh semalam diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan kenyataannya di dalam dewan minggu lalu yang mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel, Apco yang didakwa terlibat dalam mempromosikan kempen 1Malaysia.

Tindakan tersebut ekoran Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) yang membangkitkan perkara tersebut di bawah perkara 37 (1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat yang mencetuskan suasana gamat di parlimen semalam.

Menurutnya, ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan jelas menggunakan kenyataan yang mengelirukan dewan semasa membuat kenyataan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (BN- Padang Rengas) kemudiannya memberitahu timbalan speaker, Datuk Ronald Kiandee bahawa kerajaan memberi Anwar tempoh seminggu untuk membuktikan dakwaannya itu.

Anwar sebelum ini juga mendakwa perdana menteri Israel, Ehud Barak telah mengunakan khidmat nasihat syarikat Apco pada 1999.

Sementara itu, beliau pada sidang dewan rakyat pagi tadi berkata beliau akan membuat penjelasan berhubung dakwaannya itu dan akan mendedahkan beberapa lagi fakta berkaitan.

“Macam Apco, saya akan buat penjelasan nanti dan jangan terkejut dengan maklumat yang saya akan sampaikan,” kata Anwar sewaktu mencelah menjawab tuduhan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman


22 Responses to “APCO: Anwar Perjelas Selasa Depan”


  1. 1 smy Mar 24th, 2010 at 9:08 am

    tahniah kepada DSAI, LAWAN TETAP LAWAN. kepada katak and the geng, harap islam je tapi cakap tak serupa Islam punya orang.

    Reply

  2. 2 isa van Mar 24th, 2010 at 9:27 am

    bagú lah tu n?a.kami sângt tungu2 n?a b?i p?nl?n. hidup n?a.kami sâyng n?a

    Reply

    gmie-pr Reply:

    kwe fhm sgt mainan set kerajaan ni. nayo ko dsai… kiri kanan, atas bwh org hentam dia. x pe..lwn ttp lwn.

    Reply

  3. 3 abah Mar 24th, 2010 at 12:37 pm

    yahudi israel ni bangsa yg hobinya suka membunuh umat islam di palestine…APCO ni syarikat yahudi
    fikir..fikirkan lah….

    Reply

  4. 4 isa Mar 24th, 2010 at 2:53 pm

    APCO sudah berjaya ..najib sudah mau jual semua GLC atau lepaskan pegangan GLC ..ni sapa punya nasihat..lepas ni…TELEKOM, PETRONAS, TNB, MAYBANK,CIMB, Dll..akan..terjual ke orang asing..

    glokal..1malsyia dapat sorak …

    Reply

  5. 5 mizie Mar 24th, 2010 at 3:11 pm

    Masa ini lah cina dan india bertepuk tangan melayu hentam melayu….

    Reply

    Sivakumar Reply:

    Hotak hang lah!

    Saya berbangsa India tapi bila pulak saya bertepuk tangan??

    Saya mahukan kebenaran dan keadilan ditegakkan.

    Di Amerika Syarikat bila golongan parti Demokrat dgn Republikan berlawan, ada ke org Negro atau Hispanik di Amerika tepuk tangan sebab org Putih bergaduh?

    Sudah tentu tidak!

    Ini proses demokrasi yang harus berlaku demi kebaikan sejagat.

    Saya sebagai rakyat Malaysia saya menyokong Melayu yang adil dan benar. Saya sokong DAN BANGGA dengan pemimpin-pemimpin berwibawa seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Nizar Jamaluddin.

    Mereka dua ini harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

    Reply

    KETUKKETUK Reply:

    Betul tu siva!ini bukan soal bangsa! melayu hentam melayu, india hentam india, cina hentam cina. tetapi “Menegakkan kebenaran untuk menghapuskan kebatilan”, dalam soal ini, tak timbul soal siapa hentam siapa! ok.

    Reply

    Chan Kok Whye Reply:

    Bila masa India dan cina tepuk tangan??? Lu cakap, bila ada? Kita semua sokong Dato Anwar awak ada tau????

    Reply

    meroloh belengkor Reply:

    Tapi tak hentam Islam!! agama lebih penting dari bangsa!! tak caya tanya Nik Aziz. sebab bukan semua melayu itu Islam kat malaysia ini. tak caya g tegok di PUB dan kenai Nombor ekor siapa ang ramai!!

    Reply

    arbie Reply:

    wajib gaduh dgn melayu yg kaki rasuah pengkhianat agama ,,lari dr landasan agama..apa guna bangsa melayu yg lawan hukun allah ,,cuba u fikir?lebih baik bersatu dgn cina @india yang inginkan keadilan..sbb keadilan itu adalah ajaran islam..lim guang eng pn nak tiru cara pemerintahan khalifah islam Umar Abdul Aziz..mana lebih baik ketua menteri umno atau km DAP?
    kalau u fikir berjuang kerana bangsa tidak kemana..kena berjuang atas landasan agama baru betul..islam mengajar supaya berlaku adil kepada semua bangsa,,mana lebih baik sokong melayu penindas,perasuah drp cina yg adil telus berintigriti??

    Reply

  6. 6 Joe-kedah Mar 24th, 2010 at 11:39 pm

    Dulu orang umno telah menjaja keseluruh pelusuk kampong keseluruh negara tuduh dato seri anuar ibrahim egen yahudi, sekarang saya nak tau pula dari orang umno, sekarang pemimpin mana pula yang jadi barua yahudi. sekarang pemimpin tu pula syorkan hari ini glc perlu dikaji semula, apa kejadahnya?. mungkin nak lihat rakyat malaysia yang melayu ini jadi papa kedana kut?. orang pakatan rakyat dah sedar, bila lagi orang umno bn nak buka mata kerja buat pemimpin depa?, fikir dan renung!

    Reply

  7. 7 Pro-Pakatan Mar 25th, 2010 at 3:27 am

    Sekadar respon kepada komen mizie.

    Ini bukan soal Melayu lawan Melayu.

    Aku orang Melayu, tapi aku takde masalah untuk menghentam mana-mana Melayu yang melakukan kemungkaran dan kejahatan. Aku ikut prinsip keadilan yang termaktub dalam Islam dan nilai moral sebagai manusia. Bila seorang Melayu melakukan perkara khianat dan kemungkaran, aku takkan pertahankan dia. Agama aku tidak membenarkan aku mempertahankan dia. Moral aku tidak membenarkan aku mempertahankan dia.

    Aku berbeza daripada penyokong UMNO yang beriya-iya mempertahankan kebatilan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Melayu itu sendiri. Bagi mereka, bila Melayu menganiaya Melayu, itu tidak perlu kecoh-kecoh. Bila Melayu menganiaya bukan Melayu, itu tidak mengapa. Tetapi bila bukan Melayu menganiaya Melayu, itu sudah melampaui batas. Bila bukan Melayu bertelagah dengan bukan Melayu, penyokong UMNO akan bersorak gembira.

    Agama apa yang dianuti oleh penyokong UMNO ini sebenarnya? Dari pengamatan aku, jelas sekali mereka ini bukan beragama Islam, kerana orang Islam takkan sebegitu rendah pekerti dan moralnya, mempertahankan kemungkaran dan menafikan kebenaran. Barangkali mereka ini bangsa tidak beragama.

    Ya, aku pasti. Mereka ini, penyokong UMNO, adalah bangsa tidak beragama dan tidak bermoral.

    Ini bukan soal Melayu lawan Melayu. Ini soal kebenaran menentang kebatilan.

    Reply

  8. 8 alsh Mar 25th, 2010 at 11:44 pm

    Membujur lalu… Melintang patah… Lawan Tetap Lawan!!!

    Reply

  9. 9 anti kemungkaran Mar 26th, 2010 at 12:47 am

    Aku sokong apa yang dikatakan oleh Pro Pakatan tu. Jangan ikut cara mizie. Melayu tak boleh hentam melayu. walaupun tau dan dan nampak kemungkaran yang dilakukan oleh orang melayu. jangan ditegur, jangan dibantah “melayu tu”. Akai hang kat mana??

    Reply

  10. 10 zul Mar 26th, 2010 at 12:59 am

    Ada yang rasa panas badan ni nanti..tunggguu..

    Reply

  11. 11 aku Mar 26th, 2010 at 11:10 am

    hahaha….tu lah ko mizie…
    cakap jgn sebarang cakap….zaman sekrang ramai dah rakyat Malaysia cerdik pandai dan celik IT….kalau pemimpin adil tak ada sebab untuk rakyat tak suka..semua rakyat dan semua bangsa akan suka…sebab mendapat pemimpin yang adil dan tak bersifat perkauman…dalam sedar tak sedar mungkin berapa ramai adik beradik dan saudara mara kita cari makan sampai pencen dengan tauke-tauke Cina atau India. Ini realiti…nak harap org Melayu? “Kbanyakkannya”(tak semua…) asyik jaga kroni je sampaikan nak dapat projek pun kena aktif dengan UMNO…kalaulah taukey-taukey Cina semua mcm tu…agak2nya kena aktif dengan MCA atau DAP la kot….hehehehe

    Reply

  12. 12 keadilan untuk siapa? Mar 27th, 2010 at 12:57 am

    Siapa kata penyokong umno tidak berlaku adil kepada org melayu dan bukan melayu? DAP atau PKR yg kata? kenapa mereka berkata macam tu? adakah untuk kebaikan BANGSA MELAYU? adakah untuk keadilan kepada bangsa melayu? adakah DAP yang majoritinya org CINA dan INDIA berjuang untuk keadilan orang melayu? kalau bukan umno, siapa lagi yang akan perjuangkan nasib orang melayu? pkr adalah parti pelbagai kaum, dan majoritinya menyokong DAP. PAS? majoriti ahli PAS menyokong DAP yang majoriti orang cina dan india itu. Beritahu saya sekarang, SIAPA yang patut pertahankan melayu yang SEMUAnya orang islam?

    Perjuangan PAS = biarlah orang melayu dihina, asalkan NAMA islam memerintah. biarkan bangsa lain berkuasa, asalkan NAMA islam dipergunakan. inikah perjuangan PAS?

    Perjuangan PKR = biarkan melayu berpecah-belah, biarkan UMNO berkubur, asalkan DSAI jadi perdana menteri walaupun cuma setakat boneka DAP yang majoritinya bukan melayu.

    Perjuangan UMNO = pertahankan melayu, sebab SEMUA orang melayu adalah ISLAM. Tanpa majoriti melayu, orang ISLAM di malaysia akan tertindas!

    Jika benar orang melayu ditindas UMNO, kenapa masih RAMAI orang melayu yang hidup selesa? Adakah mereka SEMUA bodoh?

    siapa yang bodoh di sini? orang yg terus menyokong UMNO dan mendapat manfaat, atau orang yg KELUAR UMNO sebab kecewa tak dapat apa yg diminta? siapa yang bodoh???

    kenapa orang melayu dalam PKR dan PAS tak puas hati dengan UMNO? ini tidak lain dan tidak bukan, kerana mereka adalah golongan yang kecewa di dalam UMNO kerana permintaan peribadi mereka tidak dilayan. tak dapat habuan, lepas tu keluar UMNO dan jadi pengkhianat BANGSA melayu-islam.

    Reply

    arbie Reply:

    pemimpin umno hanya bertopengkan agama ..bila kat kg mereka menjaja agama tp bila mereka berjumpa sesama sendiri mereka menghitung berapa banyak kantung yg mereka isi dgn wang rakyat.
    siapa yg menyambut perkahwinan dgn hidangan arak?..siapa yg bermesyaurat dgn hidangan arak?,siapa yg memberi lesen judi dan melabur dlm syarikat judi ? siapa yg kaki betina?tidak lain tidak bukan hanyalah pemimpin yg bertopengkan agama..

    Reply

  13. 13 AMA Mar 28th, 2010 at 3:53 am

    orang melayu bukan nak jadi melayu orang cina bukan nak jadi cina dan orang india buykan nak jadi india, smua mreka dijadikan Allah dg hikmatnya yang maha tinggi, adakah semua kita memilih ibu kita? ayah kita? keturunan kita tarikh lahir kita? tmpat lahir kita?. smua ini ketentuan Allah. dalam alquran siapa saja yang bernama manusia disuruh kita mengangapnya saudara kita seibu sebapa iaitu adam dan hawa, smua kita berpupu.

    kita akan ditanya Allah nanti adakah kita ikut Allah ke tidak. ikut alquran ke tidak? kita tak hidup lama disini dan umur kita lebih jauh pendek dari umur bumi, langit, matari, bulan, angin, air.
    kita akan ditanya adakah kita telah sampaikan ajaran alquran kepada mereka yang bukan islam sepertimana dilakukan oleh rasulullah SAW. kalau kita betul betul orang islam yang menganut agama Allah Allah suruh kita menegak keadilan, membuat kebaikan, kepada semua tak kira bangsa dan agama, dan kalau ada yang zalim kita dituntut menyekat kezaliman. Allah kata dalam alquran kita semakin dekat kubur bukan semakin jauh. kalau kita kirta cakap tak seperti yang Allah printah dalam alquran nanti kita ditanya saudara , dan menegakkkan kebenaran untuk semua adalah tuntutan alquran kepada orang islam. diakhirat nanti tiada lagi bangsa, yang ada hanyalah iman dan amalan solih kita, dan kebenaran adalah perkara pokok. bacalah surah al-asr.

    Reply

  1. 1 Statementrelease's Blog Trackback on Mar 24th, 2010 at 12:25 am
  2. 2 Tweets that mention APCO: Anwar Perjelas Selasa Depan at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Mar 24th, 2010 at 4:47 pm

Leave a Reply