Archive for March 23rd, 2010

23 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi ruang membuat penjelasan berhubung dakwaan penglibatan APCO Worldwide dalam mempromosikan 1Malaysia di dewan rakyat pada hari Selasa, 30 Mac depan.

Perkara itu diumumkan ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah selepas Anwar bersama beliau mengadakan perbincangan dengan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee sebentar tadi. (more…)

23 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari MalaysiaKini
Oleh Salhan K Ahmad

Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

“Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan,” dakwanya lagi. (more…)

23 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari MalaysiaKini
Oleh Salhan k Ahmad

Dewan Rakyat kecoh lagi hari ini apabila ahli parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menyebut beberapa nama dalam senarai ‘billionaire’ dalam negara yang mengundang celahan daripada pembangkang.

Tajuddin (kanan) berkata Umno berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu, dan turut menyebut nama Tan Sri Robert Kuok dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu. (more…)

23 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Parti Keadilan Rakyat mendesak kerajaan BN membatalkan kontrak APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat.

Desakan ini dibuat ekoran pendedahan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari, yang mengkritik keputusan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melantik syarikat perunding itu membantu BN menguruskan negara. (more…)