22
Mar
10

Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?

Dari Zaharuddin.net
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1)Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt .

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Malik berkata :

Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu’bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh’ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.


36 Responses to “Fitnah 2: Percaya Atau Tidak?”


  1. 1 PJ Boy Mar 22nd, 2010 at 7:03 pm

    Sangat setuju… inilah akibatnya bila kurang ilmu agama dan lupa (atau buat-buat lupa) kepada kematian. Yang paling sedihnya, ramai yang bermati-matian percaya dan menyokong pulak tuduhan tu padahal tak dapat apa-apa pun. Kalau dapat dua juta ke takpe juge, ini tidak pun tapi sampai sanggup bertekak dengan kawan dan keluarga.

    Reply

    Pejuang Reply:

    Kefahaman dan keyakinan pd agama adalah kunci kebenaran. Terdapat hadis yg menjelaskan tentang orang yg diberi kebaikan ialah mereka yg dikurniakan kefahaman tentang agama. Biar berapa juta pun yg ditawar, kebenaran mesti dipertahankan. Orang yg rela memalsukan kebenaran sebenarnya tidak mempunyai maruah diri.

    Reply

    rembo Reply:

    Setuju, Tak kira lah di sebelah Anwar ataupun Saiful

    Reply

    knk Reply:

    Hukum Qhazaf ini untuk sebelah Anwar sajalah, mana kan pula Si saiful, Bukankah dia yang membuat tuduhan???? silap hari bulan kena rotan, termasuk engkau sekali. Buat- buat tak faham pula, memang bangap sontoloyo betul kau ni!!!.

  2. 2 radinikhwanahmadfuad Mar 22nd, 2010 at 8:06 pm

    maha sucu Allah diatas setiap kejadian di muka bumi ini.persoalannya amat mudah dan harus diterima oleh akal manusia yang sempurna sifatnya.jelas sekali sudah diterangkan hukum2 yang terdapat dlm Al-Quran serta peringatan dr ulama-ulama besar Islam akan fitnah dan hukum ini.jadi apa yang nak kita pertikaikan lagi ttg masalah fitnah DSAI ini,sememangnya ia adalah suatu dusta dan pembohongan dr org2 jahat dan zalim di zaman ini.klu nak masuk neraka ikutlah dan sokonglah lagi mereka jika takut lekaslah balik ke pangkal jalan dan bertaubat.sesungguhnya Rasulullah(SAW) pernah berkata bukan dari umatku pd org2 yang menyokong golongan ini.

    Reply

  3. 3 celik mata Mar 22nd, 2010 at 8:54 pm

    Salam DSAI. Fitnah demi fitnah terlempar ke atas datuk. Hanya Allah dan kesabaran datuk yang bakal menyelesaikan segalanya. terpanggil saya untuk memberi pendapat Datuk Katak PKR yang dah jadi macam ayam jantan tu sebenarnya Petualang. Kalau beliau keluar PKR sebelum tarikh 16hb mungkin ada logiknya. Selepas tarikh tu bermakna datuk tu pun ada muslihatnya.

    Reply

  4. 4 bapak jijah Mar 22nd, 2010 at 8:58 pm

    Tuan Anwar, bolehkan kita gunakan dna sebagai saksi?

    Reply

  5. 5 Joe-kedah Mar 22nd, 2010 at 9:01 pm

    Saudara!
    Saudara boleh tulis sepanjang mana yang boleh untuk menjelaskan keadaan yang berlaku tetapi manusia yang telah dikategorikan munafik dan fasik ini hanya membiarkan telinganya pekak badak. Kita orang islam yang mengaku Allah itu tuhan kita, nabi muhammad SAW persuruh Allah dan menerima wahyu dari Allah dan memanjangkan wahyu itu kepada seluruh ummatnya seterusnya kita bersandarkan empat khalifah serta mengikut panduan kepada empat mazhab. Apa yang berlaku didewan rakyat pada hari ini, kita merasa amat dukacita dengan tingkah laku wakil rakyat dari umno yang kununnya mendokong ugama islam sebagai anutan masih dirasuk syaitan, macam orang gila terlalak terlolong dalam dewan yang mulia sudah tidak mulia lagi. kerana pandang meterial mereka tidak boleh menerima kenyataan sebegini yang kononnya anggapan mereka sebagai kuno.Apa ertinya negara berdaulat dengan sistem beraja sedangkan orang umno menjadikan raja-raja sebagai patong yang kena ikut arahan mereka.Sedar atau tidak ahli-ahli parlimen umno dan wakil-wakil rakyat yang tidak bermaruah jadi katak puru, bahawa bangsa melayu yang mereka banggakan sekarang ini telah menjadi melayu islam, melayu kristian, melayu yahudi dan melayu yang kononnya islam moden (SIS).keadaan hari ini didalam dewan manusia-manusia yang kita banggakan itu telah jadi KERA KENA BELACAN. Cadangan mp pasir mas diakhir ucapan nya kita boleh menerima dan jika ikhlas, sipenuduh boleh pergi berjumpa dengan ulamak tersohor didunia islam itu. syaratnya hendaklah pergi seorang diri tanpa dipengaruhi orang politik, kerana issue ini teramat berat. Saya yakin, jika sipenuduh itu dia ikhlas dan benar perkara itu berlaku kepada dirinya, dia akan pergi keqatar, tetapi jika dia mengada-adakan cerita dia akan berikan beribu alasan dan perancang akan mengaminkannya.Amat janggal sekali dan amat memalukan, wakil-wakil rakyat umno yang berbangsa melayu sanggup mengaibkan yang tertuduh didalam sidang dewan. Sayang seribu kali sayang, rakyat yang melantik mereka tetapi amat bodoh, tiada visi dan tiada misi langsong didalam merencanakan agenda pembangunan negara.Kita berharap, wakil-wakil rakyat melayu islam, menteri-menteri melayu islam, perdana menteri melayu islam, timbalan perdana menteri melayu islam, ketua menteri melayu islam dan menteri-menteri besar melayu islam perlu memikirkan semasak-masaknya soal hukum hakam agama islam ini demi dunia dan akhirat. Azab dikubor pun teramat seksa sedangkan diakhirat, Tentu menteri hal ehwal agama islam yang asal orang sedaka ingat bagaimana kubor seorang penduduk disedaka berasap seminggu berturut-turut akibat metekedarah padi kunca. Saya pernah dengar suara dari kubor diderga minta tolong. Saya pernah dengan bunyi rantai yang teramat kuat dari dalam kubor dimasjid batu lentang.Saya pernah mengurus jenazah keliang lahat, tetapi tidak muat, setelah diubah suai juga tidak muat, sehinggalah seorang ulamak membaca doa untuk penyempurnaan jenazah barulah boleh diturunkan kedalam liang lahat.Demikian juga pada suatu hari tahun 1983, musim kemarau hendak menurunkan jenazah keliang lahat air keluar dari perut bumi memenuhi liang sehingga terpaksa menggunakan dua pump untuk mengeluarkan air, namun tidak berhenti. Mujurlah datang seorang guru pondok dan berdoa kehadrat Allah dan dengan tak semena-mena air mata tadi berhenti dengan tiba-tiba dan diturunkan jenazah dengan sempurna.Kita tidak tahu apa kesalahan yang telah dibuat oleh simati didunia ini, hanya allah saja yang mengetahui segala-galanya. Oleh itu kepada semua ummat islam ambillah iktibar. sekian!

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    Suatu penulisan yang menginsafkan!

    Malangnya, mereka mereka yang membuat kemungkaran ini semua tidak lansung hiraukan ajaran UGAMA ISLAM yang maha suci!

    Pada mereka, kekayaan yang diperolihi cara salah merupakan sesuatu perbuatan yang tidak berdosa lansung! Kemewahan dunia dengan cara salah merupakan idaman dan cita cita yang utama!

    Inilah yang menyedihkan kerana ada umat Islam yang membelakangkan segala pantang larang ugama Islam! Nama sahaja berugama Islam tetapi lansung tidak mengamalkan segala ajaran Ugama Islam kita!

    Wasalam…………

    Reply

  6. 6 badut Mar 22nd, 2010 at 9:33 pm

    mereka ni lebih percayakan kuasa yang ada pada mereka kini daripada merujuk hukum-hukum Islam.

    Reply

  7. 7 Diki aldud Mar 22nd, 2010 at 9:33 pm

    Lihatlah sesuatu itu dengan mata hati. Berfikirlah dengan akal tanpa gangguan nafsu binafsi

    Reply

  8. 8 Abdullah Mar 22nd, 2010 at 10:01 pm

    Ini ialah satu ulasan, pandangan dan nasihat yang baik. Tetapi bagi ‘kaunm-kaum itu’ mereka dah dengar semuanya ini cuma sikap busuk hati sahajalah yang meneruskan tindakan mereka. Quran telah menyebut orang yang telah hitam hatinya akan melihat semua kemaksiatan itu sebagai baik dan cantik. Mereka ini tidak percaya akan bertemu Allah kemudian harinya. “Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan !”.

    Reply

  9. 9 zane Mar 22nd, 2010 at 10:21 pm

    Salam dan tahniah atas artikel di atas,

    Bertahanlah dan berjuanglah, saya dan ramai lagi akan mendoakan semoga perjuangan kita dalam menegakkan sebuah Malaysia yang makmur berjaya, insya’allah.

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    Hanya kekuatan Rakyat sahajalah yang boleh merubah segala galanya!

    Pakatan Rakyat wajar dan wajib dekati rakyat setiap masa supaya majority rakyat jelata menolak segala kemungkaran kemungkaran yang berlaku didepan mata!

    Rakyat jua HAKIM YANG TERTINGGI didalam politik negara! Hanya rakyat yang inginkan kebaikan sahajalah yang akan bangun dan bangkit melawan kemungkaran!

    Kuasa ditangan rakyat! Betol rakyat memilih, baiklah keadaan negara kita! Salah rakyat memilih, terima sahajalah segala keburukan yang bakal menimpa rakyat dimasa akan datang! Rakyat jua dipertanggungjawap untuk menilai yang mana satu permata dan yang mana satu kaca! Jangan salahkan ahli ahli politik, salahkan tiap tiap rakyat yang salah memilih!

    Untuk mereka mereka yang memperjuangkan kejalan kebaikan didalam siasah politik, hendaknya berakit rakit kehulu, berenang renang ketepian, bersakit sakitlah dahulu dengan mendampingi rakyat dengan segala penuh jiwa,raga dan tenaga walau kelubang cacing sekali pon, supaya bersenang senang kemudian untuk melihat keceriaan diwajah rakyat jelata yang hidup didalam kemakmoran negara tanpa ditandas!

    Sekian wasalam…..renong2kan lah

    Reply

  10. 10 sepanggal Mar 22nd, 2010 at 10:44 pm

    Pemuda-pemuda PR sepatutnya membuat laporan polis kerana mahkamah syariah melewat-lewatkan masa untuk membicarakan kes ini di mahkamah syariah.

    Reply

  11. 11 hidopPAKATANrakyat Mar 22nd, 2010 at 11:02 pm

    Kejutan diparlimen baru baru ini telah membuat DS Anwar Ibrahim akan disiasat? Adohai……….satu persatu menimpa DS Anwar! Apa pendapat pendapat sahabah sahabah semua?

    Reply

    lang suyo Reply:

    Dalam kamus riwayat Rakyat!!

    Sesiapa yang di siasat tampa sempadan adalah seorang yang paling bersih badannya (batang tubuh) dari sebarang kesalahan. Sesiapa yang tidak pernah di siasat (peminpin UMNO) itu bermakna orang yang kotor kerana dikitar semula kesalahanya dan di rebranding semula.

    Reply

  12. 12 noh Mar 23rd, 2010 at 12:27 am

    Bagaimana pula orang alim (ada ilmu mengenai hal ini) sperti menteri agama Jamil Khir, berdiam diri dalam kes ini ibarat cuba menegakkan yang salah dikatanya benar.

    Reply

  13. 13 wali soqo Mar 23rd, 2010 at 1:38 am

    Masalah sekarang orang yg mengaku islam tak faham tentang apa yg dituntut oleh agama mereka. Nama aje islam tapi apa itu islam tak faham hanya main ikut2, bertaklid dgn cacar marba. Hukum hakam islam yg asas pun tak faham, ini kan pulak nak citer pasal qazf bab yg agak halus dlm hukum islam, contohnya mereka mempersoalkan hukum qazf mengunakan akal fikiran atau logik berasaskan sekular, seperti kenapa satu pihak saja yg bersumpah dan satu pihak lain tidak dan syarat2 ketat yg dituntut oleh hukum qazf. Kepada mereka yg rendah fahaman agama ini sukar diterima oleh akal mereka kerana mereka lupa bahawa dalam islam hukum akal adalah dalil yg lemah dan tak boleh diterima oleh syarak.

    Lepas itu timbul pulak golongan yg mempersoalkan pendapat atau fatwa ulama mengatakan telah lapuk dan tak relevan dgn isu semasa. Timbul pulak gesaan utk menilai semula pendapat ulama tapi mereka yg mengesa itu cukup ke ilmu agama? Faham ke tidak adab dlm beragama bagaimana ilmu Allah diturunkan dari Nabi SAW sehingga sampai kepada umat zaman ini? Siapa yg menyampaikan? Adakah Nabi SAW sendiri datang dlm mimpi atau ihlam Allah itu datang kepada setiap hambaNya setelah baginda SAW wafat, utk menyampaikan seruan agama Allah? Maha suci Allah dari melakukan kerja bodoh ini. Hanya hamba2 Allah tertentu yg dipilih oleh Allah utk meneruskan penyampaian ilmu selepas wafatnya nabi SAW, mereka itulah ulama atau orang2 yg dianugerahkan dgn ilmu.

    Beberapa sabda Nabi SAW yg bermaksud;

    1. “Ulama dan org2 yg berilmu itu perwaris Nabi”

    2. “Org2 yg berilmu itu adalah kepercayaan Allah di muka bumi ini”

    Firma Allah, An-Nahl:43 Ertinya ” Maka bertanyalah kamu kpd Ahluz-Zikr iaitu org2 yg berilmu jika kamu tidak tahu”

    Maka hormatilah ulama atau orang2 yg berilmu agama kerana merekalah penunjuk kpd sirotolmustakim yg wajib diikuti oleh setiap muslim yg herhajatkan kehidupan bahagia yg kekal abadi di akhirat.

    Wallahuta’la alam

    Reply

  14. 14 blackrose Mar 23rd, 2010 at 4:46 am

    DSAI being a muslim and malaysia so declared an islamic nation,DSAI must be tried in a syariah court.why must the administrators playing act?.The rakyat are not deaf and blind,more so not that easily forgetful of the same accusations some years back,it was a clear case of career assassination and vendetta done by mahathir[mahashit]and his machineries.The going evidences created right now and the manner done by the authorities,dsai is free man.

    Reply

  15. 15 kulub amrin Mar 23rd, 2010 at 8:04 am

    Apa bila KPN megatakan bahawa ada pihak ketiga megarahkan OCPD selain KPN ini Fitnah 1 atau benar?? jika ini benar ini dikira Rasuah!! SPRM harus mengambil percakapan KPN!! selari dengan apa yang di terjadi pada DSAI yang mana suatu ketika dahulu DSAI di tuduh Rasuah kononya mengunakan kuasa dengan megarahkan POLIS!! sehingga DSIA di heret kemakamah,OCPD yang di katakan telah menerima arahan pihak ketiga telah melangar Akta POLIS itu sendiri. dan sabit kesalahan boleh di lucut uniform. kerana megikut arahan orang lain bukan berlandaskan perundangan Negara!!

    Saya sebagai rakyat berasa berduka lara kerana Pihak yang saya harapkan telah di pergunakan oleh pihak ketiga atau seterusnya tembelang ini telah menjatuhkan nilai nilai kepolisian itu sendiri di mata banyak pihak. KPN harus menjelaskan siapakah taulan yang di lebel sebagai pihak ketiga?? tersedik di hati saya siap puak nya telah terkabul di hati cuma saya tak mahu sebut nanti saya di tuduh fitnah pulah dan mencemari siasatan dan sebagainya lagi!! aduh!! malaysia ku terbilang dan temberang!!!

    Saya sebagai warga yang amat cintakan damai dan harmoni berasa kedua sebutan tersebut telah kabur di Negara ini sejak kebelakangan ini. suasana yang harus rakyat kecapi kian menhilang. angkara sistem Megara ini yang harus di Kaji semula dan harus berpaksikan semagat kehuluran Hak Rakyat. apa yang di putuskan sewaktu kermerdekaan telah di kurung. apa yang di semai ketika kita merdeka telah di tumbuh secara liar dan dituai oleh UMNO demi tekolok masing masing!! (dengan maaf yang di pertua). Hantuan dari itu Negara telah menjadi amat tidak selesa dirasa oleh Rakyat dan Para Pelabur kerana kurang yakin dengan Sistem penguakuasaan dan perundangan kita di ceroboh oleh pihak ketiga Jelas pihak berkuasa telah main kayu tiga. (yang di pertua)

    (yang di pertua)
    Jika kuasa Polis boleh di pergunakan oleh Pihak ketiga ini amat menbahaya kepada Negara sekiranya pihak ketiga menperkuda Polis. Pihak pertama APCO. pihak kedua Keroni,Pihak ketiga UMNO BN, jadi siapa yang jatuh tempak ketiga????.Siapa OCPD yang mesra pihak ketiga?? mungkin OCPD ini bebas tapi mesra pihak ketiga. apa yang saya harapkan pihak Polis kembali kepada semagat asal penubuhan pasukan itu sediri di mana bumi di pijak di situ Rakyat di junjung. kembalikan Rakyat ke junjungan.

    (yang di permuda)
    hiliran dari percakapan KPN ini dilihat bergitu merbahaya pada rakyat, dan rakyat amat binbang tulang belakang keselamatan rakyat dan negara diletakan pelana khas buat pihak ketiga untuk ditungang secara rela.

    (MP babas tapi mesra Rakyat}

    Reply

  16. 16 rakyatbiasa Mar 23rd, 2010 at 8:59 am

    Salam..
    sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lg Maha Adil.

    Reply

  17. 17 Rakyat Berdaulat Mar 23rd, 2010 at 12:16 pm

    Rakyat digantung kes Anwar- oleh Saiful Hishamuddin Rais

    Akhirnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Perbicaraan ini satu kes ulang buat. Dalam dunia filem, ulang buat bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya daripada hasil jualan tiket.

    King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kong diulang buat pada 2005.

    Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.

    Lawak bodoh

    Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh.

    Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

    Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

    Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat.

    Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.

    Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat – satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.

    BN menahan marah

    Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.

    Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.

    Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka – harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.

    Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

    Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.

    Dialog seorang supir

    Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak.

    Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat ‘the last bottom show’.

    Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

    Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.

    Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

    Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.

    Lawak seram

    Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.

    Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

    Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.

    Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.

    Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita – naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.

    Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.

    Lucah dan meloyakan

    Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.

    Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

    Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    Org yg sempit otak dan ego membuta adalah dlm golongan dibenci allah,setiap perbuatan khianatnya kpd yg mengharap sokongan dan mentanggungjawabkan diri utk menolong rakyat yg benar2 memerlukan tidak ditunai akan mengjahanamkan hidupnya dan seluruh keturunanya akan di laknat,ingat suara rakyat yg hampa 30juta ni adalah keramat,bila mereka terpaksa menyumpah setiap saat…insyallah ALLAH akan makbulkan Amin…..dari sekarang bersedialah wahai penkhinat rakyat….

    Lebih baik kau jadi binatang,dari kau menyiksa kehidupan org2 yg teranaya dan menharapkan…

    Reply

  18. 18 win win malaysians Mar 23rd, 2010 at 5:37 pm

    YB kita yg terpekikterlolong diparlimen ego dan syok sendiri,mereka anggap BN/umno saja keramat di1malaysiani …YB jgn ingat nak menangje satu hari politik kita akan terkubur atau badan kita sekali terkubur,,,,cermin2lah diri YB ngok,org yg cakap besar adalah org yg tin kosong mcm YB

    Reply

  19. 19 pak aki Mar 23rd, 2010 at 10:35 pm

    1 malaysia menuju kerosakan disebabkan kadar keterhutangan rakyat yg. tinggi…tak yah le nak bangga….
    kepala adun tambah kaye….rakyat tambah papa adale…harga keret naik 500 harga barangan lain takde kene mengena pun naik….tak de le nak membela rakyat pun…..1 malaysia bagi syok sendiri je….pas tu buat le jom heboh byk2 kasi rakyat seronok..tapi hutang rakyat berpikul-pikul…tak de ke terpikir nak bntu kurangkan keterhutangan rakyat…jgn asyik nak kasi company adik kaye je…bini punye ke…

    Reply

  20. 20 ibrahim man Mar 23rd, 2010 at 11:26 pm

    Wahai manusia, ingatlah dunia ini sementara, sehari di akhirat sama dengan seribu tahun di dunia. Kalao kita hidup seratus tahun atas dunia ibarat kita hidup 1/10 hari atau 2.4jam atau 2 jam 15 minit sahaja di akhirat. Tapi siapa yang mahu hidup seratus tahun di dunia, ramai yang tidak mahu sebab nanti makan tahi sendiri sebab nyanyok dan anak cucu tak larat pesoh. Kecuali maha firaun saja sebab dia nak tongkat langit?
    Allah Maha Besar, Allah Huakbar.
    Dunia ini amat kerdil. Malaysia lagi kerdil.
    Kalau semua manusia sejahat Firaun, sedikitpun tidak mengurangkan kuasa Tuhan, bagitu juga kalau semua manusia dari zaman Adam a,s hingga hari kiamat sebaik malaikat juga tidak akan menambah kuasa Tuhan.
    Allah ciptakan berbagai makhluk di atas muka bumi ini, dari alam nyata serta alam ghaib,
    Allah huakbar.
    Dunia hanyalah sebutir bintang dari 100.000 juta bintang dalam nebula atau gelaksi kita. Dalam alam jagat raya ini terdapat berjuta-juta gelaksi. Setiap satu gelaksi dianggarkan mempunyai 1000 juta bintang. tetapi gelaksi kita ini dianggarkan mempunyai 100,000 juta bintang.
    Allah huakbar.
    Sedarlah wahai manusia, kerdilnya dunia ini, lagi kerdillah manusia ini yang mana 75% muka bumi dipenuhi air. Makluk di daratan seperti manusia hanya bergantung hidup di 25% muka bumi sahaja. Itupun termasuk padang pasir yang luas serta padang kutub berais yang luas.
    Allah huakbar.
    Allah turunkan petunjuknya kepada manusia demi untuk kesejahteraan manusia juga. Siapa yang mengikut petunjuk yang diturunkan Allah melalui para Rasulnya, selamatlah ia, siapa yang menentangnya, tunggulah kehidupan abadi dalam Neraka.

    Reply

  21. 21 minang Mar 24th, 2010 at 6:48 am

    NAJIB lagi lebih jahat daripada FIRAUN,saudara yahudi dan letupkan orang di zaman firaun mana ada bom???

    Reply

  22. 22 Intan Rohaizat Mar 24th, 2010 at 7:49 am

    Indahnya islam. konsep mencegah, bukan damage control atau menghukum baru post mortem. Alangkah indahnya jika peraturan islam diikuti.

    Tapi di Malaysia pelik bin ajaib bin najib, si penuduh tidak disiasat (seperti zaharin katak), yang dituduh pula kena siasat. Bayangkan kalau zaharin katak buat 10 tuduhan, Bagan Serai Katak buat lima belas tuduh, polis kena buat 25 siasatan…….. oh negara ku……

    Reply

  23. 23 Usop Mar 24th, 2010 at 8:18 am

    Wajah UBN memang suka fitnah memfitnah sebab dah diajar oleh CHE DET paria…….

    Reply

    rembo Reply:

    Usop ni perangai macam SETAN

    Reply

    benci bn Reply:

    ngko tau ke perangai setan? mcm amngok je ko ni…

    Reply

  24. 24 chombi Mar 24th, 2010 at 9:52 am

    Insyallah sesiapa yang berpegang dengan ajaran yang benar,Allah akan memelihara kehidupan baik didunia maupun diakhirat begitu juga sebaliknya.sedarlah umat manusia kehidupan kita tidak menongkat langit,kita akan kembali kepada Allah jua.apa yang di utarakan oleh ustad tersebut adalah benar.Tiada apa yang dipandang dimuka bumi ini yang diibaratkan sebagai pentas.Semakin hari semakin hilang pedoman dan pegangan anak-anak muda.sebelum terlambat bertaubatlah,sebelum pintu taubat tertutup.Saya bukan nak berkhutbah tapi apa yang saya lihat amatlah menyedihkan.orang melayu,orang cina,orang india cuma yang membezakan adalah kulit sahaja.Ramai melayu yang beragama islam hanya tertulis diatas kertas saja.tidak ada ciri-ciri keislaman.malaikat maut bukan pilih orang tua sahaja yang nak dicabut nyawanya.sampai masa tidak kira tua muda malaikat akan cabut nyawanya jua.insaflh wahai manusia.berfikirlah sebelum membuat sesuatu,bertaubatlah sebelum terlambat.

    Reply

  25. 25 manok agam Mar 24th, 2010 at 1:19 pm

    salam semua. bertaubatlah sblm terlambat. itu ingatan ikhlas dp ustaz, semestinya difikirkan & diambil tindakan.\
    di takuti bila turun bala ALlah, yang taqwa & kaki fitnah n kroni akan lingkup punah. satu ke syurga & satu ke nereka. anda pilih yg mana???

    Reply

  26. 26 genganwar Mar 25th, 2010 at 3:03 pm

    macamana nak cari 4 saksi yang tengok? ini lah yang dia pikir ,hukum guna otak die yg kecil tu. otak mu yg kecil tu nak buat sebelah sayap nyamuk pun tak boleh! die ni kalau terror sangat lawan lah dgn malaikat maut tu.

    Reply

  27. 27 Ledang72 Mar 28th, 2010 at 5:38 am

    Amat bersetuju dengan artikel ini. Tuduhan liwat ke-2 muncul semata2 kerna duit dan kuasa. Klu betul ianya bkn rekaan, comfirm UMNO buat kes qazaf coz DSAI tentu tak boleh lepas. Ingatlah, kes DSAI ini bkn hanya setakat kes jenayah tetapi melibatkan akidah dan iman. Allah Maha Besar. Untuk najib dan saiful, “Ko kaya mcm mn pn mati sok tak boleh bwk gi kubur, polis dan hakim pn tak boleh ikut”. Jawab sendiri di Padang Masyhar. TAKBIR

    Reply

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
4 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
13 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
17 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners