Dari TV Selangor
Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.
Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.
“Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai,” katanya.
Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.
Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.
Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.
“Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri,” jelas beliau.
Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.
Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.
“Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor,” katanya.
Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.
“Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran,” jelasnya.


















salam semua!
apapun, mereka-mereka yang tidak amanah menjalankan kewajipannya hanya akan mejadi bebanan pada diri sendiri!!! mereka2 ini akan dihadapkan dimahkamah ALLAH, saat itu akan berbicara akan segala anggota tubuh untuk memberi kesaksian!!!!…ketika itu orang2 yang miskin lagi teraniaya akan lebih mulia disisi ALLAH!..
Reply
Suda terang lagi bersulu…. Bukan hanya tersimpang mala tersesat jauh dari landasan pemikiran yang logik dan normal serta peganganya terhadap kepercayaan agama. Menghalalkan apa juga cara demi nafsunya walau ia cara yang zalim lagi terkutuk..
Reply
oleh yg demikian adalah wajib bagi kita semua bersama-sama gembeleng tenaga untuk letak jauh-jauh pm & kerajaan pimpinannya pada pru yg akan datang. lainlah klu anda semua sudah terselesa dgn keadaan sebegini, tidak berbuat sesuatu hanya sekadar berpuashati duduk di persimpangan sahaja. ayuh kita sama-sama kayuh untuk merealisasikan harapan baru untuk malaysia!
Reply
Wahai sekelian rakyat jelata di Kelantan dan Trengganu semua………
Celikkanlah mata dan minda anda semua diatas penulisan diatas! Sudah sampai semua rakyat jelata dikedua dua buah negeri ini tahu siapakah Permata dan siapakah Kaca yang melukakan rakyat jelata! Ayuh BANGKIT! BANGUN!
Moga rakyat diseluruh negeri lain lain memahami cabaran yang menimpa rakyat Trengganu dan Kelantan! Ayuh BANGKIT! BANGUN!
Wasalam
Reply
It obvious that the state now under opposition and the BN Govn is not paying what it used to pay when the state under BN.
What the state can do now to compel the BN Govn to pay up. The money belong to people !
Reply
Orang UMNO (Ku Li) sendiri dah tak tahan dgn penyelewengan yg berlaku!!
Reply
Di dalam Sebuah Hadis ada menerangkan, Jika kita telah di lantik menjadi se orang Pemimpin Negeri atau pun Negara, kita hendak lah berlaku adil, seperti Royalti Minyak, jika se se buah Negeri ada terdapat Telaga Minyak, sebagai Pemimpin hendak lah mengagihkan hasil Royalti Minyak dengan se adil adil nya tanpa mengira kepahaman Politik, kerana ia ada lah anugerah Allah kepada Negeri tersebut, kepada DSN beri lah hasil minyak kepada Negeri Negeri tersebut tanpa mengira kepahaman Politik, kerana Anugera menjadi Perdana Menteri pun ada lah Anugerah dari Allah. Wallahualam
Reply
haha…ku li ku li….
dah tua2 macam ni baru nak cakap ye.Dulu apahal senyap? Musa Hitam pun,sama jugak.Sekarang la nak kecoh-kecoh.
Kesiann….kuda-kuda lama ni.
Reply
zorro Reply:
March 23rd, 2010 at 10:19 pm
Jibam janganlah menghina orang yang telah allah pilih untuk menyatakan kebenaran. Ku Li adalah ahli politik yang gentlement. Tak betul dia hentam, yang betul dia sokong.
Reply
benci bn Reply:
March 24th, 2010 at 9:24 am
lebih baik die menyatakan yg benar dr selama-lamanya mendiamkan diri..bende yg tak elok ni mane boleh simpan lama-lama..dah fitrah kejadian oleh Allah, manusia ni takkan senang hati bile menyembunyikan kebenaran..cuma masa yang menentukannya..syukur jek bile ade org dh brubah jd lebih baik..
Reply
Rakyat bukan hendak DSAI menjadi Perdana Menteri tp rata2 rakyat mahu kerajaan BN yang membazir duit rakyat ni ditukar dan diganti dengan kerajaan yang lebih bersih, adil dan prihatin kpd rakyat TANPA MENGIRA PARTI POLITIK!!
Rakyat terengganu sejak BN memerintah semula dapat RM300 setiap orang bila nak raya itupun dipaksa menghadiri seminar sehari pro kerajaan. Apa ni? Kata duit rakyat kenapa perlu bersyarat??
Mana akauntabilitinya? Kenapa ada nama rakyat yg tidak tersenarai? Senarai disediakan oleh Ketua UMNO cawangan, memang tiada harapan penyokong PAS maupun dia rakyat Terengganu mendapat RM300 tu!!
Hakikat ini perlu diakui oleh kerajaan. Hendak mendpt bantuan JKM ke, biasiswa ke perlu ada sokongan Ketua Umno dan Ketua Kampung baru permohonan boleh dipertimbangkan.
Jadi, bangkitlah wahai pemuda-pemudi Malaysia. Selagi K’jaan BN (Pusat dan Negeri)sekrg ni tidak berubah, tanggungjawab kita untuk menurunkan mereka dari takhta. Buanglah pemimpin2 yang ckpnya pun dgn nada yang menyombong. Rakyat meluat….
Reply
Saya rasa Kerajaan Malaysia (BN) mesti menghormati hak rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan, rakyat Malaysia juga. Pemimpin BN, jangan pentingkan diri sendiri sehingga sanggup melihat rakyat hidup menderita. Bila membuat sesuatu keputusan, biarlah dalam situasi “Menang Menang” dimana rakyat dapat feadah dan begitu jugak dengan kerajan BN iaitu selaras konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan. Pulangkan kembali hasil royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Sekiranya BN rasa curiga atas kemampuan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menguruskan wang tersebut maka mereka boleh menubuhkan satu badan untuk memantau Kerajaan Negeri agar hasil royalti minyak tersebut dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan sepenuhnya.
Reply
Si najip ni pun satu,rakyat dah ikut apa yg kau inginkan 1malaysia 1ringgit saham dah jadi PM ada penasihat lagitu,sebagai ketua negara mesti balance diantara rakyat dan pemimpin,kalau tak dacing BN akan singgit,pemimpin yg senantiasa berpegang pada hadis Alquran rakyat akan memandang mulia setiap arahan kita dan akur serta sayang pada pemimpin yg berpandu jalan2 Allah….
nak komen yg tak elokpun rakyat berfikir 100kali…
Reply
Bagikan saja duit royalti tu pada yg berhak nsjip,jika kau ikhlas dan jujur,Allah akan melipatgandakan hasil kekayaan minyak pada negara kita,apalah ada pada duit tu,1billion kau bagi 100billion mendatang sehingga tak muat tong2 kat kelantan tu…fikir2kan hak org…..
Reply
Rakyat kelantan dan terengganu mana yg sokong bn tu pikir2 la dulu..dah terang lagi bersuluh
tolakla..bn tu
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
March 22nd, 2010 at 10:21 pm
Hidop abah!
Reply
Terus terang, kalau ada orang Kelantan atau Terengganu yang masih nak mempertahankan kerajaan BN, orang tu la yang paling bodoh dalam Malaysia.
Petroleum, seperti diterangkan Tengku Razaleigh, asalnya adalah hak negeri. Akta Petroleum dibuat oleh kerajaan untuk membolehkan kerajaan mengambil alih hasil petroleum di semua negeri di Malaysia yang mempunyai petroleum. Sebagai ganti, kerajaan perlu membayar 5% daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri tersebut. Terang dan jelas.
Tapi seterang dan sejelas itu jugalah BN memperbodohkan rakyat Malaysia. Kelantan dinafikan hak terhadap bayaran 5% itu, tetapi dalam masa yang sama Terengganu terus menikmati wang royalti tersebut. Undang-undang menafikan hak rakyat Kelantan tidak terpakai di Terengganu. Mengapa penyelewengan seperti ini dibenarkan berlaku?
Kalau masih ada rakyat Kelantan yang menyokong BN, terang dan jelas, orang itu adalah orang paling dungu, paling bodoh di Malaysia. Takkan ada lagi orang yang lebih bodoh dari itu.
Reply
BUKAN TERSIMPANG “TER”IS ACCIDENTLY DONE SO GRAMMATICALLY BUT THIS IS A DELIBERATE ACT OF MENYIMPANG.MAKING THE KELANTANESE TERIMA WANG EHSAN IS A WORST CASE SENARIO,PRACTICCALLY PEMINTA SEDEKAH.WANG EHSAN IS ATAS EHSAN DAN BUDI BICARA BN/UMNO NAK BAGI ATAU TIDAK.KALAU NAK SANGAT TGNA AND WARGA KELANTAN MUST KNEEL DOWN TO THEIR TERMS AND CONDITIONS.TGNA AND WARGA KELANTAN SEDANG BERHADAPAN DENGAN RAMPASAN HAK DAN RAMPASAN KUASA RAKYAT.
Reply
Orang Kelantan ok sikit tapi orang Terengganu ni susah sebab darah mereka dah kebiruan kerana disajikan pelbagai insentif yang tak seberapa dan kuat sangat tentang kepartian sanggup terjun dengan BN……dah di sogok imbuhan dan wang ringgit?????????
Reply
apalah korang asik bertekak pasal politik kami kat sabah & sarawak tak kisah lagi pasal politik sebab pemimpin sekarang hanya pandai cakap.Pembangkang ke Pemerintah sama aje otaknya.
Reply
nsms Reply:
March 26th, 2010 at 9:27 am
As salam md.hazirul,
Belum cuba belum tahu
Tak tahu jgn cakap
Kasi chance dulu br tahu
kalau nak tahu sama ada “sama” atau tidak
P/S:jangan mulut sesedap cakap tp tidak guna otak
Reply