20
Mar
10

Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun.

Mengulas hal itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke menyifatkan kenyataan Nazri itu semata-mata berasaskan kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap ‘kuasa’ pengundi muda.

“Tetapi nampaknya, ini tidak diingini oleh BN dan kita tahu bahawa mereka bimbang kalau pengundi muda terlalu ramai, maka ini akan menggugat kedudukan politik mereka,” katanya.

Beliau menyatakan pengundi muda masa kini memiliki lebih maklumat berbanding pengundi lain berikutan pendedahan mereka lebih luas dan kecenderungan politik mereka sukar dijangka.

“Saya mengambil pendirian, kita jangan terlalu confident (yakin). Yang kita pasti ialah pengundi muda lebih kritikal dan boleh membuat analisis sebab saluran maklumatnya lebih menyeluruh,” katanya.


21 Responses to “Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri”


  1. 1 jebek Mar 20th, 2010 at 4:04 pm

    umno tu memang mcm tu berani hanya bergantung kepada SPRM,PDRM DAM MCM2 M LAGI…kalau kesemua ni tak tolong tak sempat first lady gebu kita tu dan muka di kupas dgn menggunakan teknik pengglupasan jamah kerusi bini pm…untuk dpt dana permata buat belanja shopping

    Reply

    gajah putih Reply:

    Tiada sesalan untuk tinggalkan parti umno kwn2 ssemua ayu kita sokong PARTI KEADILAN untuk kuburkan pemimpin umno yang korup dan asyik dengan kekayaan yang tidak pedulikan nasib rakyat dan harga barang semakin mahal dan gula susah dapat. YB Datuk Seri Zahrain pangkhianat pada rakyat dia sanggup keluar dari PAKATAN semata2 kerana jadi petualang dan gila duit. Dia tak peduli rakyat yang menyokongnya menjadi wakil rakyat melalui PAKATAN kehendak rakyat. Wakil rakyat sepertinya adalah tiada harga diri dan tiada maruah. Kami rakyat biasa dengan relah hati ramai2 keluar dari menyokong UMNO dan tidak mahu bersama pemimpin umno yang rasuah pembohong.Sesiapa yang menuduh dan terlibat bersubahat memitnah Datuk Seri Anuar Ibrahim adalah MUNAFIK dan FASIK. Saya ajak2 kawan2 untuk menghayati fatwah ulama yang tersohor didunia PROF DR AL-QARADAWIH yang sangat2 saya sanjung dan hormati. Kita berikan sokongan parti PAKATAN untuk memerintah negara MALAYSIA pulihkan maruah dan kestabilan negara untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup rakyat bebas dan aman.

    Reply

  2. 2 randy Mar 20th, 2010 at 4:52 pm

    totally agree!…

    Reply

    shmi Reply:

    kerana takut kalah sanggup guna wang rakyat upah orang Isreal buat propaganda.

    Reply

  3. 3 JUSTICE Mar 20th, 2010 at 7:35 pm

    TOTALLY AGREED!!!10001%.BN- DEFINASI-( BARISAN NAJIS,BARISAN NERAKA,BARISAN NONOK,BARISAN NIAAMAH & BARISAN NO! )KALAU JUMPA ULAAR DENGAN BN PUKUL SAMA BN DULU.INI KERANA MERAKA HISAP DARAH RAKYAT.LAWAN TETAP LAWAN PASAL MERAKA ADALAH SYAITAN!!!!

    Reply

  4. 4 hidopPAKATANrakyat Mar 20th, 2010 at 9:50 pm

    Apa susahnya pasal pendaftaran ini semua? Kan diseluruh negara ada majlis bandaran tempatan? Suruh ajelah majlis tempatan ini semua mendaftarkan pengundi pengundi ini semua. Senang sahaja processnya. Kerahkan mereka yang dari pendaftaran negara jugak bantu majlis tempatan ini semua.

    Bakal pengundi datang dan bawak pengesahan kad pengenalan. Mintak bakal pengundi itu sendiri yang menyatakan tempat mana mereka suka untuk mengundi supaya memudahkan mereka mengundi!

    Simple!

    Reply

  5. 5 win win malaysians Mar 20th, 2010 at 10:49 pm

    Kerana takut kalah,bermacam cara yg digunakan amat menjijikan 1malaysia….buat malu dunia je..

    Reply

  6. 6 Boring Mar 20th, 2010 at 10:59 pm

    Majority of the Young are in for change and will VETO for PR in next GE13 and beyond !

    Reply

  7. 7 joe Mar 21st, 2010 at 12:28 am

    betul tu kalau tak mana ada duit nak buat rambut tu

    Reply

  8. 8 begedil Mar 21st, 2010 at 11:50 am

    UMENO kini bukan sahaja ketakutan, rakyat sudah jemu dengan sikap pemimpin UMENO. Pada saya mereka boleh meneruskan kepimpinan yang ada dengan syarat mereka mengubah kaedah, pemimpin yang merebut harta rakyat mesti diketepikan, mesti mengutamakan hak orang ramai dan rakyat, mangsa pembanguan mesti dibela bukan difitnah, jangan berebut kuasa, letakkan insan yang mampu memimpin ditempat yang betul, jangan cakap tarak serupa bikin, jika ini dilakukan oleh UMNO pasti ia akan dapat menyambung kepimpinan mereka.

    Cuma saya nampak kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian dan Tertinggi sudah tidak dapat melaksanakan apa yang tersebut di atas, kerana itu rakyat tidak lagi percaya kepada mereka. Fitnah dah jadi amalan biasa kepada mereka. Menghina orang dah jadi makanan mereka.

    Pagi ni saya berjumpa dengan seorang pengamal perubatan, dia memulakan cerita tentang sebuah bank nak ambilalih konsesi lebuhraya dan beliau memberi komen yang cukup bernas mengenainya.

    Pada saya rakyat disemua peringkat dah jelak dengan sistem yang ada, cuma bersabar menunggu fajar PRU13…

    Reply

  9. 9 Anak Nelayan Mar 21st, 2010 at 12:41 pm

    Walaupun sistem ini bagus dan telah banyak diamalkan di negara2 maju, tapi ia diihat tidak menguntungkan umngok…jadi jawapannya tak perlulah dilaksanakan…

    Cuba lihat tindakan SPR, majoriti rakyat mintak supaya undi pos dihapuskan…alih-alih dia makin nak memperkembangkan undi pos kepada cikgu, jururawat, wartawan dan lain-lain lagi…

    Sifir kira cukup mudah…walau menggunakan cara kolot atau zaman jepun sekalipun, jika ia menguntungkan, maka cara itu akan dikekalkan selagi hayat di kandung badan…
    walau cara itu amat efisien dan canggih tapi jika ia merugikan…maka jawapannya ‘Lu Pikirlah Sendiriiiii’….

    Percayalah…jika anda menjadi seorang anak melayu yg suka membaca dan menggali maklumat tanpa terikut-ikut dgn provokasi murahan politikus, maka insyaallah anda akan terkeluar dari senarai carta ‘mereka yg suka diperbodohkan…’. Jika semua rakyat ada pemikiran seperti ini maka sedikit demi sedikit ia akan membentuk apa itu yg dinamakan Kuasa Rakyat Sejati…

    Reply

  10. 10 Dayang Aini(PAHANG) Mar 21st, 2010 at 3:00 pm

    Orang2 umno diperinkat bahagian dah mulai condong,mereka kata kami dah lesu caturan2 peringkat atasan hanya menyusahkan kami saja dan apa yg kami dpt,hanya diarah membodek2 org2 kampung utk menyokong umno,tapi org kampong sekarang dah pintar2 ada saja yg mereka Q pada kami,jadi serbasalah,dulu thn1990 senang kami putar belitkan org kampong sedekah saja beras dan duit dah mereka dicucuk hidung tapi sekarang,mcm2 mereka pinta,sekarang dah terbalik org kampong sukar dipujuk….tapi kakitangan awam senang dan akur dijinak…itu bermakna org kampong lebih pintar dari kakitangan awam,sebab umno dah regging otak mereka,umno dah nak buat kursus2 dikampong utk regging otak org kampong inilah strategi umno diperingkat bahagian/daerah atas arahan sifu botak…

    Reply

    Mak nyah barbie Reply:

    Politik sekarangni bahaya kerna beracun,lidah2MP sudah tak dipandang dan dijunjung rakyat,biarlah mereka gila sendiri…

    Reply

  11. 11 nasihat Mar 21st, 2010 at 4:07 pm

    Salam bersua semua rakyat malaysia,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada semua golongan remaja yang telah terbuka mata hati melihat suasana politik semasa.Anda adalah golongan yang bakal menentukan hala tuju negara ini dalam pilihanraya akan datang.Saya mempunyai 10 sebab kenapa Barisan Najis akan kalah dalam pilihanraya akan datang untuk perhatian semua;

    i.Malaikat dan ahli keluarga dalam barisan najis semakin kaya,dan membiarkan rakyat menderita akibat kenaikan harga barang yang mencengkam leher.

    ii.bilangan golongan remaja yang tidak mempunyai pekerjaan dan merempat serta tidak mempunyai pendapatan tetap semakin ramai.

    iii.Ketulusan polis dan kehakiman telah mencapai tahap yang amat menjijikan.

    iv.Rasuah begitu berlekuasa ,menyebabkan mendorong kepada banyak kerosakan sosial.

    v.Ada 2 golongan -golongan berkuasa dan golongan yang dikuasai.-kita golongan remaja dikuasai dengan pelbagai cara dan terus hidup tertekan.

    vi.Rakyat sudah dapat melihat keperluan politik untuk semua dan bukan untuk sesuatu kaum sahaja.

    vii.Dasar perintah sekarang yang dilakukan oleh barisan najis adalah untuk memperdayakan rakyat supaya mereka dapat terus berkuasa.(lips services )Kalu kalah habis tembelang mereka akan pecah.rasuah,aluntuya dll.

    viii.Keupayaan Ketua Najis sekarang sudah mula goyah dengan perebutan dalaman yang cuma tak nampak dimata aje.

    x.kekejaman dan taktik busuk Barisan Najis lakukan untuk menjatuhkan wakil rakyat pilihan rakyat amat menjijikan.

    xii.Allah itu maha menyayang tetapi amat membenci mereka yang melakukan perbuatan dosa walaupun yang dihalalkan atas nama politik ,akan dibalas jua.Ayuh kita bersama-ama melakukan sembahyang hajat agar kebenaran menewaskan kejahatan.

    Reply

  12. 12 Man Mar 21st, 2010 at 7:17 pm

    UBN takut dng bayang-bayang sendiri… takut berdapan dng kebangkitan rakyat terutama dengan genarasi muda kini.

    Reply

  13. 13 kawe Mar 21st, 2010 at 10:25 pm

    tak payah daftar automatik… pengundi yang dah ada pun dah cukup…. rakyat Malaysia ni bijak woi….

    Reply

  14. 14 smy Mar 22nd, 2010 at 12:15 pm

    saya harap kepada pengundi muda supaya daftarlah di SPR secepat mungkin sebab UMNO/BN sedang mencari tarikh yang sesuai untuk PRU13 tak lama lagi. saya rasa UMNO/BN telah termakan dengan taktik DSAI dan PAKATAN RAKYAT setakat ini. so LAWAN TETAP LAWAN dan UNDILAH PAKATAN RAKYAT.

    Reply

  15. 15 ajis Mar 22nd, 2010 at 12:23 pm

    macam tu lah U BN…… kira kita pukul habis je PRU nanti… payah sangat….PR tengah bersemangat nak tolong rakyat ni

    Reply

  16. 16 pepe reina Mar 22nd, 2010 at 12:37 pm

    Takut kalah dan hilang kuasa pun ada dulu masa perintah dah biasa arah orang sekarang takut untuk diarah pula macam tulah sikap UBN…Mereka gentar nak buka secara automatik nanti orang muda pasti pangkah PR punyalah sudah tentu karam BN?????

    Reply

  17. 17 wan simunjan Mar 22nd, 2010 at 2:02 pm

    Satu lagi KEBODOHAN DAN KEBANGGANGAN PEMIMPIN UMNO YANG TAKUT KALAH. Sebagai rakyat biasa yang tak punya kelayakan pendidikan seperti MENTERI UMNO pun dapat membezakan antara pendaftaran pengundi dengan proses mengundi. Mana ada sama proses kedua-dua perkara tersebut.
    Pendaftaran pengundi adalah untuk menjamin hak dan suara rakyat dijaga dan dipastikan bahawa mereka layak untuk mengundi. Jadi jika dilaksanakan pendaftaran secara automatik maka dapatlah dinyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas layak untuk mengundi. Mana kala proses mengundi ialah di mana pengundi yang berdaftar tadi turun mengundi. Soal turun atau tidak itu terpulanglah kepada diri individu itu sendiri. Mana ada dikatakan orang yang mendaftar itu mesti pergi mengundi. Justeru itulah sejak awal proses pilihanraya di Malaysia ni belum tercatat 100% proses pembuangan undi.
    Entah betapa bodohnya MENTERI UMNO ini. Nampak sangat takut kalah dan TIDAK MAHU MENGIKTIRAF KUASA RAKYAT untuk memilih pemimpin negara. Demi kuasa yang semakin goyah nampaknya MENTERI UMNO semuanya biol2 belaka. Kesiannya rakyat memiliki MENTERI YANG BODOH dan juga badan pelaksana hak rakyat yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN yang terdiri daripada spesis LEMBU. Demokrasi berparlimen di Malaysia ni dah umpama budu oleh MENTERI UMNO YANG BODO2 INI.
    Satu lagi kes dan fakta yang membuktikan betapa BODOHNYA MENTERI UMNO ……..

    Reply

  18. 18 salam Mar 23rd, 2010 at 9:01 am

    kalau nk dikatakan pengundi muda 21tahun tu masih mentah utk menguundi pun x boleh…sebab apa undang2 dah cakap umo 21tahun boleh undi soal matang ke mentah ke lemau ke tu dia punya pasal laaa…yg Umtidak ni dok sebok xnak pengundi automik ni kenapa?? blom ada jaminan dorg tu undi PR @ BN…jangan laa takut sangat…”kalau anda takut anda tak menang” :D

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners