26 Responses to “Sidang Media Tian Chua Dan Nurul Izzah Sebaik Selesai Beri Kenyatan Kepada Pihak Polis”


  1. 1 musyu Mar 20th, 2010 at 8:00 pm

    PRU13 bakal milik PR untuk menguasai Putrajaya… Insyaallah…

    Reply

  2. 2 MALAYSIADREAM Mar 20th, 2010 at 9:59 pm

    Memang betul dan setuju..YB!
    Adalah tidak wajar sama sekali terlalu rajin sangat berusaha tumpukan sebahagian besar Anggota-anggota Lebihan yang selalu “komplein” serba-agak-kurangnya kepada Kerajaan berkuasa..bagi tindakan “Penyekatan Kebebasan ” Wakil Rakyat berlainan kedudukan dan pendirian yang cerdik-pandai yang serba patuh-faham-setia kepada Undang-undang Negara.. yang telah diberi amanah serta amanat..” Ruang dan Peluang” bersuara memperjuangkan “Kepentingan Rakyat” yang sekian berdekad dihakis dikikis diceroboh ….Agar Berucap Berceramah Bersuara Berdebat Berjuang secara inteleks dan informatif bagi membuka minda..cara pemikiran dan kefahaman Rakyat Malaysia yang sekian lama menerima informasi dan berita-berita yang keliru..berat-sebelah serta mungkin tak betul..tak benar..selama ini!

    Bukankah lebih manfaat dan baik kepada Negara dan Rakyatnya..agar “Lebihan Resourses” yang kian muda sihat-minda kuat tubuh-badan yang selama dilatih ditambah oleh kerajaan..diberi peluang dan ruang memerangi “jenayah yang kian keji dan kejam yang melukai..menghancuri segala Harapan Impian Mangsa-mangsanya yang tak dosa”…berbakti berbakat bertabah berusaha gigih ke arah khidmat-ikhlas-tulus-setia kepada Negara dan Rakyat..sehingga memenangi hati dan jiwa hormat tabik jujur ikhlas Rakyat dan Negara kerana semuanya cintakan satu-satunya Negara Tercinta..Malaysiaku yang tersayang..!

    Reply

  3. 3 IlyTrolak Mar 20th, 2010 at 10:57 pm

    Kuasa yang dikuasai oleh kuasa lain

    Reply

  4. 4 Joe-kedah Mar 21st, 2010 at 12:04 am

    Salam untuk semua,
    dalam kes yb nurul izzah dan yb tian chua ini saya berpandangan patut perlu dimasukan kedalam ucapan menjunjung kasih yang yb-yb belum berucap lagi. Saya paham, yb nurul izzah puteri dato seri anuar, tetapi saya berpesan, jangan bawa issue kepentingan peribadi sebagaimana yb katak puru tu. Kepada rakan-rakan dari polis, kita ni bekerja dengan kerajaan yang mana rakyat yang memileh yb-yb tu semua untuk menentukan arah tuju negara kita, jadi yb-yb pembangkang pun dipilih rakyat. hasil mahsum rakyat yang bayar untuk mengupah tuan-tuan semua, jadi janganlah kita terlampau taksub kepada orang politik murahan yang berkepentingan. kalau diri kita dah kalah dilembah pantai terima sajalah yang orang lembah pantai tak suka kat kita. sedar dan muhasabah lah diri kita sebagai insan yang hidup pasti kembali ketanah suatu hari nanti. Jangan biarkan bumi membakar aurat kita!

    Reply

    sukoi Reply:

    itulah jin yg berselindung dgn make-up tebal,kalau tak ada make-up sah jin keluar tarin….

    Reply

  5. 5 aliferoskhan Mar 21st, 2010 at 5:43 am

    Terkejut saya melihat kelakuan seorang OCPD… pada awalnya saya sangkakan samseng dgn pakaian biasa naik kepentas dan rampas mi’fon…Polis mesra UMNO…

    Reply

    um lembah pantai... Reply:

    mungkin OCPD itu sudah beri amaran tapi tien chua berdegil. dalam kes ini, kena dengar betul2, jgn main hentam jer. kang jadik cam DSAI yg malu di parlimen…

    Reply

    engok alin Reply:

    Mana polis yang beruniform harus bertugas dengan uniform!! adalah satu kesalahan pasukan beruniform tidak pakai uniform ketika bertugas . harap Unit tatatertib PDRM menbawa pasukan yang bertugas tampa uniform ke jawatankuasa tatatertib untuk diambil tindakan dibawah akta yang sedia ada. hanya tiga kumpulah yang dibenarkan bertugas tampa uniform – Unit SB Cawangan Khas,Jabatan siasatan jenayah CID dan Jabatan Nakotik. selain itu semua unit harus pakai uniform ini kerana mereka dapat elaun uniform jika tak pakai elaun dobi dan uniform harus di tarik balik. apa guna bagi uniform guna wang rakyat tapai tak di gunakan kan menbazir namanya tu?? kalau jabatan tatatertib tak ambil tindakan ini akan menbuat penarafan oleh rakyat bahawa dalam pasukan polis pun ada kesalahan berpilih. ini akan melahirkan satu pandangan sorong oleh dalaman pasukan tersebut dan rakyat amnya.

    Reply

    ulam batar a/j utar prades Reply:

    kalau gitu jangan pangil “pasukan beruniform” kini ujud cacamarba dalam PDRM. uniform digantung di rumah.

    Reply

  6. 6 Priss Mar 21st, 2010 at 3:40 pm

    My friends were just robbed last week in broad day light by a motorbike gang with parang. Where were the police.
    Kalau hal politic tak pay panggil very efficient.
    Federal CID director Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin can enve asked at a news conference: “Do you want the police to fight crime or investigate political matters?”
    When DAP Penang State Assemblyman for Komtar, Ng Wei Aik, lodged a police report against the Second Finance Minister Datuk Husni Hanadzlah for uttering racially inflammatory remarks.

    Reply

    juan hardiez Reply:

    Priss, Ng Wei Aik only took one sentence from Husni’s speech and make it a police report. He didn’t mentioned about the whole speech. Husni’s been praising Chinese in the speech and end it with either Malay, Chinese and Indians, we have to work as one. I was lucky because I was there to witnessed it. If not, I would have been misguided like you..

    Reply

    alfa_renjer Reply:

    U ARE RIGHT!!! juan hardiez

    Priss…be careful..hahaha

    Reply

  7. 7 storm62 Mar 21st, 2010 at 3:59 pm

    halo pdrm, adakah salah kalo Rakyat mengibarkan bendera PKR, PAS atau DAP?

    cantiknya bendera Israel yg berkibar2 kat PWTC tu….kah kah kah.

    Reply

  8. 8 Rakyat Berdaulat Mar 21st, 2010 at 6:28 pm

    Kerajaan Harus Ambil Iktibar Dari Bantahan Dunia

    Kerajaan diminta mengambil iktibar dari bantahan Ahli-Ahli Parlimen United Kingdom mendesak Umno-BN menghentikan penderaan politik terhadap pembangkang.

    Pelbagai pihak berpandangan bahawa maruah negara dan rakyat Malaysia telah diperjudikan di mata dunia oleh pemimpin-pemimpin politik yang menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan politik sempit.

    Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia mengulangi gesaan masyarakat antarabangsa mendesak Umno-BN untuk tidak memperkudakan aparatus kerajaan untuk menghancurkan seteru politik mereka.

    Penyelaras Suaram, E Nalini berkata pihaknya telah melihat dan menerima pelbagai aduan berhubung salahguna kuasa pemerintah yang menghalang pembangkang dari merapati masyarakat.

    “Ceramah-ceramah yang dianjurkan pembangkang, misalnya yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, selalu dihentikan oleh polis. Polis adalah di bawah institusi kerajaan. Mereka menerima arahan daripada IGP dan ini menunjukkan memang ada diskriminasi kepada pembangkang,” jelas beliau.

    Baru-baru ini, Ahli Parlimen Tian Chua dan Nurul Izzah dipanggil ke Balai Polis Petaling untuk diambil keterangan berhubung ceramah mereka di Taman Seri Sentosa. Mereka dipanggil atas alasan melanggar syarat permit dan menyentuh isu perkauman.

    Pada malam 8 Mac lepas, program memperingati Kemenangan Dua Tahun Pakatan Rakyat terhalang selepas Unit Simpanan Persekutuan merempuh masuk premis Kelab Sultan Sulaiman dan menyerbu pentas yang menempatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

    Modus operandi seperti ini tidak terhenti di lapangan, bahkan terlanjur sehingga ke Dewan Rakyat.

    ” Di Parlimen juga kita boleh nampak sebarang resolusi yang dibawa oleh pembangkang selalunya akan ditolak. Walaupun resolusi yang dibawa bermanfaat kepada rakyat tetapi akan ditolak atas alasan tidak ada masa,” kata Nalini.

    Reply

  9. 9 konti Mar 21st, 2010 at 6:43 pm

    kat tempat saya, jamuan raya baru lepas..selamba je ucapan2 yb BN takdepun dirampas microfon, ocpd pun hadir sedap melantak satu meja lagi dgn yb,….permit jamuan dan ucapan ada ke tidak ntahlahhh..

    Reply

  10. 10 NAHADIR Mar 21st, 2010 at 11:40 pm

    Ketakutan BN kepada bayang-bayang sendiri melalui penyalahgunaan kuasa yang maha dahsyat. Akal yang rasional tentu tergelak sendiri apabila “seorang ayah dihalang” memberi kata nasihat, motivasi, & apresiasi. Wakil yang dipilih/dipercayai yg boleh membawa aspirasi & harapan baru mereka dinafikan untuk menjalankan tugas mereka. Violasi Polis terhadap amalan demokrasi di negara ini keterlaluan, sememang ada ‘arahan di atas’namun reputasi seorang/sepasukan polis telah jatuh dibawah setiap kaki2 hadirin lalu dilenyek lumat diminda & atma wujudan kawasan tersebut. Justeru…Ayuh hazafkan (hilangkan) pada ambisi (cita2) anak kita untuk menjadi polis!

    Reply

  11. 11 Zzjebat Mar 21st, 2010 at 11:49 pm

    begitulah nasib “pembangkang” dinegara tanah melayu tercinta.
    yang berkuasa tunjuk “kuasa’nya….INGAT KUASA ALLAH Maha Hebat.

    PRUke 13, fikir2lah wahai rakyat buat pilihan TERBAIK.

    Tepuk dada Tanya IMAN. Amin

    Reply

  12. 12 z othman Mar 22nd, 2010 at 8:48 am

    PRU 13 semakin hampir buat rakyat Malaysia semuanya, sebaliknya buat UMNO-BN mereka semakin cemas untuk berhadapan dengan peristiwa PRU 13, sesungguhnya segala bentuk penindasan yang mereka telah lakukan sebelum ini malahan yang akan dilakukan juga adalah merupakan tanda-tanda kepupusan idea oleh BN untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

    Rakyat akan bangkit menentukan siapa yang berhak memerintah MALAYSIA!

    Reply

  13. 13 pahat gajah Mar 22nd, 2010 at 11:38 am

    Apa yang dapat difahami dari peristiwa ini ialah, Polis kini amat takut kepada ceramah PR. Jika dilihat kandungan ucapan YB-YB PR adalah bernas dan mampu meransang semangat rakyat untuk berkhidmat kepada negara yang tercinta, menaikkan semangat anak muda untuk lebih mencintai negara untuk menyatakan kepada rakyat bahawa pembangunan negara adalah tanggungjawab bersama serta hasil-mahsul negara juga adalah hak bersama.

    Jika intipati ucapan begini menjadi satu kesalahan, yang dianggap boleh memecah belahkan rakyat, boleh menyebabkan pergaduhan kaum, apakah thema ucapan yang boleh diterima oleh Polis.

    Yang agak pelik menurut Tian Chua mereka ini dipanggil sebagai saksi, tapi mikrofon mereka yang sedang berucap dirampas..pelik..sungguh hairan..dan amat menakjubkan.

    Berilah peluang kepada rakyat untuk mendengar dan menilai kepimpinan yang ada. Lagi pun negara kita sekarang ni aman dan damai tiada kekacauan, kalau tak percaya tanya YB. Hishamudin…

    PR mesti meneruskan lagi usaha murni untuk menyemarakan semangat rakyat yang kini semakin tidak bersemangat. Sikap cintakan negara juga bertambah dingin walaupun siri-siri kursus yang di laksanakan oleh kerajaan dibuat tapi sikap cakap tarak serupa bikin menjadikannya hambar dan tidak bermakna. PR mampu menyuntik kembali semangat tersebut.

    Reply

  14. 14 pepe reina Mar 22nd, 2010 at 12:51 pm

    Sebenarnya UBN dah kecut dengan kebangkitan rakyat di segenap pelusok negara apabila ada acara ceramah di anjurkan PR mereka akan gunakan kuda tunggangan untuk menghalang dari diteruskan.Rakyat dah bosan dengan kerenah pemimpin dan penguasa yang tidak demokratik….

    Reply

    rembo Reply:

    Ceramah ni menghasut rakyat je. Sampai rakyat keliru antara betul dan yang tak betul. Harap kerajaan pantau perkara ni.

    Reply

  15. 15 anak jati johor Mar 23rd, 2010 at 2:13 pm

    hei rembo!!!

    ko dah salah tempat ni. gi tempat lain laaaa

    Reply

  16. 16 alfa_renjer Mar 23rd, 2010 at 3:41 pm

    wooi anak jati johor..bior ler dia nak bagi komen.Ni negara demokrasi. Kau pun salah tempat dan salah nama..’anak jati johor’ tapi sokong PR. Buat malu aje…

    Reply

  17. 17 Nasaei Ahmad Mar 24th, 2010 at 10:34 am

    InsyaAllah, anak jati johor pun akan menyokong perubahan dan reformasi pada PRU-13 nanti. Orang Johor memang cemerlang dan pintar !

    Reply

  18. 18 mizie Mar 24th, 2010 at 3:15 pm

    sokong lah pada perjuangan kita,tapi ingat siapa yang tepuk tangan sekarang….
    jangan suatu hari nanti melayu menjadi peminda sedekah d tanah air sendiri…

    Reply

  19. 19 aku Mar 25th, 2010 at 11:52 am

    Wahai REMBO Melayu…
    Buka la mata sikit…yang BN salah guna rangkaian TV kerajaan dan swasta untuk hasut org perburukkan PR tu ape kejadahnya…ni demokrasi..bagi le chance PR berceramah…BN dh salahguna media kerajaan tu udah
    le…

    Wahai ALFA RENJER…
    Kau ni buat lawak la…..dh namanya demokrasi..ikut suka orang le nak sokong mana…
    heh heh heh….lawak antarabangsa betul!! Kau pergi le tangkap “anak2 jati johor” yang lain yang dok jual pasir kat orang seberang tu…tu ke pejuang Johor???

    Reply

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
3 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
12 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
16 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners