Dari Malaysia Kini
Oleh Jimadie Shah Othman
Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.
“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.
Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini.
Bagaimanapun, perhimpunan yang dijangka menghimpun ribuan rakyat daripada kedua-dua negeri di lapangan terbang Kuala Terengganu pagi ini terpaksa dibatalkan atas arahan polis.
Bercakap dalam seminar kepimpinan anak muda anjuran kerajaan Selangor di Petaling Jaya, Zaid berkata perjanjian royalti minyak antara kerajaan negeri dan Petronas jelas menggariskan pembahagian yang berhak diterima pihak masing-masing.
“Ia tidak ada sebut tentang jarak berapa batu nautika (yang dipertikaikan kerajaan persekutuan). Ia kata, aku dapat seringgit, engkau (kerajaan negeri) dapat lima sen,” katanya dengan analogi menarik.
‘PERKASA, Siapa hendak rampas hak Melayu’
Sementara itu, ketika mengulas isu kepimpinan pada abad ini, Zaid mengambil peluang mengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwanya sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.
Beliau mempersoalkan kepada NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali itu berulang kali menyebut kebimbangan terhadap hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam wawancara Ibrahim dengan Malaysiakini, beliau berkata kita mesti pertahankan hak-hak dalam Perkara 153. Saya pun Melayu. Siapa yang hendak ambil hak kita yang dia cakap sangat itu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kira-kira 900 peserta perhimpunan kongres tersebut – kesemuanya berumur bawah 35 tahun – supaya tidak terikut-ikut dengan “ketakutan yang sengaja direka oleh orang politik”.
“Di Malaysia ini bumiputera (jumlahnya) besar. Di Sabah dan Sarawak, Iban sahaja sudah 60 peratus. Itu belum campur Melanau. Mustahil hak kita akan diambil oleh sesiapun,” katanya kepada peserta yang kebanyakannya berbangsa Melayu.


















Hampas UMNO!
Nak menipu rakyat!
Kenapa nak sorok sorok surat perjanjian itu?
Tunjuk la kepada kami!
Reply
Semoga Allah merahmati kamu Dato Zaid Ibrahim…..Amin
Reply
Saya tabik pemimpin dan NGO rakyat Kelantan dan Terengganu, jangan jadi macam pemimpin BN Sabah, macam kerbau dicucuk hidung. Baru diberi gula-gula senyap seribu bahasa. Sanggup lihat rakyat Sabah hidup susah, dasar pemimpin parti yang bersengkongkol dengan orang Isreal, dasar penindas bangsa sendiri.
Reply
Itu so call calon bebas…KARUT ! He think all the Malay People are stupid like him…but anyway this is only what he knows in politic…but itu semua da Lapuk dan Basi daa !
Kampung mana dia datang….banyak ulu la ! Pak Peladang punya otak lagi cerdik dia la !
Orang semua minum Coke Cola la.
He is insulting he,himself and the people’s intelligent of which the majority are Malays in this Country !
Reply
Pasir Mas ni lebih kepada nak tunjuk pada Presiden UMNO yang dia lah orang melayu yang
pertahankan hak orang melayu. Pasir Mas kan dah kena buang dari jadi ahli UMNO?
PERKASA apa bendanya? Banyak cakap Pasir Mas ni. Macam mantan Presiden UMNO. Dia yang lantik
Dollah Badawi kemudian dia hentam sampai kawan letak jawatan.
Adakan aje PR-13 dengan cepat kalau berani sangat?
Reply
Kita jgn tumpukan sgt hal ibrahim katak dan perkasanya. Dia sebonarnya tunggu pelawaan masuk balik ke umno jeee. Mana tau kot dpt jadi menteri ko apo ko! Isu nya skrg ialah kembalikn hak rakyat Kelantan & Terengganu kpd k’jaan negeri. Tgk berita minggu lps dah le setelah dapat berbillion ringgit, t’gganu masih lg negeri keempat MISKIN!. Ingatkan dah kayo selama ni.
Reply
Datuk Zaid Ibrahim, dia orang tu mana ada telor, pengecut sebenarnya, kita ajar dia nanti di PRU 13. kepada PERKASA, mata dan akal nya dah tuli dan tumpul sebab menyalak tak tentu pasal. bikin malu dunia melayu aje. bodoh.
Reply
Negeri2 yang ada hasil minyak kena tipu hidup2 dengan regim UBN…yANG PASTI MEREKA REMBAT DAN SEBAT apa ada dalam MALAYSIA!!!!!
Reply
Sebenernya negeri-negeri yang ada minyak ini memang untung. Tidak perlulah kerajaan pamer perjanjian royalti minyak, walaupun negeri-negeri tersebut tidak mendapat royalti minyak yang sepatutnya, kerana ianya akan menggambil masa yang lama untuk dijelaskan dan ianya juga perlu ada persetujuan daripada kerajaan pusat, tapi negeri-negeri ini telah mendapat banyak peruntukan daripada kerajaan pusat untuk di bangunkan. Contohnya negeri sabah dan sarawak telah mendapat banyak peruntukan samada pembangunan, jalan raya dan sebagainya. Mungkin rakyat tidak sedar tapi inilah kenyataannya.
Reply
Paling “yakin” lah aku dengan kenyataan zaid..Paling berabiss..
Reply
Cuba kunun kasi tunjuk tu perjanjian dulu.. mana tau lepas baca rakayt pun lebih memahami kandungan perjanjian tu.. Lagiun, aku ni pun exited mau tau ni. hehehe
Reply
Pamer jangan tak pamer. Rakyat ada hak mengambil tahu pasal perjanjian Royalti minyak ini. Kalau memang tiada masalah, kenapa takut mempamerkannya?
Reply