Dari TV Selangor
Pakatan Rakyat menegaskan pendaftaran pengundi automatik perlu dipraktik segera walaupun tiada jaminan pengundi muda memihak calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.
Pada masa ini, lebih 4.38 juta daripada 15.4 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar dan fakta ini diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.
Sebaliknya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPR membuat pendaftaran automatik kepada rakyat berusia 21 tahun. (more…)
Dari Malaysia Kini
Oleh Jimadie Shah Othman
Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.
“Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu,” katanya.
Isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan hangat kembali baru-baru ini apabila dua gabungan NGO daripada Kelantan dan Terengganu mahu menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agung hari ini. (more…)
















