19
Mar
10

Surat Kepada SPR Berhubung Pilihanraya PBT Di Selangor

Kenyataan Akhbar
18 MAC 2010

MENTERI BESAR TULIS SURAT KEPADA SPR BERHUBUNG PILIHAN RAYA KERAJAAN
TEMPATAN DI SELANGOR

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung Pilihan Raya Kerajaan Tempatan untuk memilih ahli majlis kerajaan tempatan di Selangor.

Dalam surat yang dihantar pada 11 Mac lalu itu, Abdul Khalid meminta pandangan SPR berkenaan cadangan kerajaan Selangor mahu mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan berlandaskan peruntukan Perlembagaan dan kuasa kerajaan negeri yang sedia ada.

Berdasarkan kajian kerajaan Selangor, Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Perkara 113 (4) itu menyatakan “Undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada pilihan raya yang dinyatakan dalam Fasal 1″.

Undang-undang negeri pula memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kerajaan Selangor berpendapat, Pilihan Raya Kerajaan Tempatan perlu diwujudkan semula bagi memastikan rakyat boleh memilih wakil yang mereka rasakan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik.

Ini selaras dengan prinsip pentadbiran yang cuba diterapkan kerajaan Selangor iaitu meningkatkan urus tadbir dan cekap dan di samping memastikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan memperkukuhkan lagi sistem berdemokrasi.

Berdasarkan akta sedia ada dan pendirian, kerajaan Selangor meminta Abdul Aziz dan SPR menjalankan kajian dan penyelidikan untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagi memilih ahli-ahli majlis di negeri ini supaya dapat dilaksanakan dengan segera.

Kerajaan Selangor juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan perjumpaan dengan Abdul Aziz dan SPR bagi membincangkan perkara itu.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

——————————————————————————————————————————————————
PRESS STATEMENT
MARCH 19, 2010
SELANGOR MB WRITES TO ELECTION COMMISSION ON LOCAL ELECTIONS

SHAH ALAM: Selangor Menteri Besar has written to the Election Commission chairperson, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof on the possibility of conducting local government elections in the state.

In a letter dated March 11, 2010 the Menteri Besar sought the views of the Commission on the proposal of running the local council elections based on the current provisions in the Federal Constitution and the state powers.

The state is of the opinion that Article 113 (4) of the Constitution allows the Commission to restore local government elections in the
state.

The article provides:”Federal or State law may authorise the Election Commission to conduct elections other than those referred to in Clause (1)”.

Furthermore, State laws allocates power to the state government to appoint local council representatives based on the Local Government Elections Act 1960 and Local Government Act 1976

The Selangor government believes that local elections must be restored as it will allow the rakyat to elect the candidate who they think can serve them best.

This is in line with the state’s commitment to improve its administration to be more transparent, accountable and in strengthening democratic practices.

The state therefore requested Abdul Aziz and the commission to conduct studies and research on the possibility of holding local elections as soon as possible.

The state also expressed its readiness to meet Abdul Aziz and the Commission’s senior officers to discuss the issues further.

PRESS SECRETARIAT
OFFOCE OF DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


17 Responses to “Surat Kepada SPR Berhubung Pilihanraya PBT Di Selangor”


  1. 1 nothing Mar 19th, 2010 at 8:57 pm

    aawww…pls…lets get real work done.najib knows all the pbts will have pakatan councillor so there…let us get pass this….cant wait for post anwar ibrahim era….we r tired!

    Reply

  2. 2 hidopPAKATANrakyat Mar 19th, 2010 at 9:06 pm

    Saudara saudara sekelian,

    Saya amat amat tidak faham mengapa jawatan jawatan exco didalam PBT wajar dipertandingkan ke pilihanraya Kerajaan Tempatan (KT).

    Rakyat jelata mana tahu sebenarnya kebolehan sesaorang yang bakal jadi ahli exco KT. Mengapa hendak menyusahkan rakyat didalam pertandingan sedemikian?

    Apa susahnya issue sebegini?

    Pada sayalah, kalau Parti dan Pakatan berjaya melantik mereka mereka yang telah menjawat jawatan2 menteri besar, exco exco negeri dan lain2 lagi jawatan didalam pentadbiran negeri, mengapa pula susah sangat hendak melantik mereka mereka yang ternyata berkebolehan dan mempunyai akhlak diri yang mulia dan tinggi untuk dipilih jadi ahli2 exco Kerajaan Tempatan? Sedangkan Cabinet Bayangan Pakatan Rakyat nanti akan dilantik ramai orang yang berkebolehan untuk menjawat jawatan jawatan penting pentadbiran negara!

    Pada saya, tidak payahlah buang masa dan tenaga rakyat memikirkan siapa mereka mereka yang wajar mentadbir Kerajaan Tempatan! Memadailah kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama dengan Jawatan Kuasa PERLANTIKAN ke jawatan2 penting baik pentadbiran Negeri, Negara dan Kerajaan Tempatan menguruskan calun2 yang layak! Saya kirakan ini cara yang lebih kemas dan terator.

    Tiap tiap parti didalam Pakatan Rakyat wajar ada HUMAN RESOURCE DEPARTMENT yang akan kumpul maklumat maklumat tentang mereka mereka yang berkebolehan,berpengalaman dan berpotensi dan jugak bersih latar belakang mereka. Biarlah tiap tiap ahli parti memohon apa apa jua jawatan jawatan yang mereka rasa hendak cuba berbakti. Lagak seperti macam orang meminta kerja.

    Maka Kepimpinan Tertinggi sesuatu parti, wajar tubuhkan satu JAWATANKUASA TERTINGGI untuk menapiskan calon calon yang berminat didalam sesuatu jawatan itu. Eloknya, Kepimpinan Tertinggi parti bersama PENASIHAT PENASIHAT mereka, pilihlah calon2 yang sesuai dari permohonan mereka mereka itu semua. Sekiranya, ada sesuatu jawatan itu susah hendak difikirkan ahli majlis tertinggi parti dan jawatankuasa PENILAIAN itu, wajar diadakan pertanding didalam parti untuk apa2 jua jawatan yang wujud di Kerajaan Negeri,Negara atau Kerajaan Tempatan!

    Kan senang begitu! Bagaimana mereka dilantik olih parti untuk menjawat sesuatu jawatan, begitulah jugak parti berkuasa membuang mereka kerja! Kan senang begitu!

    Buat apa pening2kan kepala rakyat dengan PILIHANRAYA yang nanti akan buang masa rakyat, tenaga dan akan menggalakkan unsur2 negative seperti politik wang, habuan politik dan macam macam lagi!

    Sekian wasalam

    Reply

    Dayang Aini(PAHANG) Reply:

    sistem perlantikan dulu adalah sistem kerajaan Gerakan/umno,jika sistem ini di biarkan berterusan alamat empire pilih kasih akan berlarutan,sibodohpun dan kaki rasuahpun boleh jadi CEO alamat hancurlah negeriPP,yang disuarakan Lim adalah baik dari segi kewibawaan pintar seseorang,biarlah rakyat memilih serah dgn kuasa warga PP…bagi saya its a good ideas….takkanlah style botak aje yg baik…..

    Reply

  3. 3 hidopPAKATANrakyat Mar 19th, 2010 at 9:21 pm

    Tambahan:

    Hendaknya, perlantikan ke jawatan jawatan dalam Kerajaan Negeri, Negara dan jugak Kerajaan Tempatan ini hendaklah diputuskan olih suara ramai dengan cara SECRET BALLOT supaya tiap2 mereka yang didalam jawatankuasa perlantikan, tidak tahu mengenai siapa pilih siapa.

    Ahli ahli yang dipilih ke Jawatankuasa Perlantikan ini hendaklah terdiri dari mereka mereka yang benar tinggi akhlak,berkebolehan didalam sesuatu bidang dan bersih dari politik wang dan salah penggunaaan kuasa.

    Elok jugak, diadakan beberapa jawatankuasa sebab eloknya tiap tiap jawatan kuasa mempunyai cukup ahli didalam sesuatu bidang supaya mereka tahu menilai expectation sesuatu jawatan dan di match kan dengan pemohon2 semua tadi.

    Baharu itu dinamakan demokrasi didalam perlantikan. Diharap, janganlah heret rakyat tempatan ke kancah pilihanraya sekali lagi! Memadailah kita semua sudah ada pilihanraya DUN dan Parlimen!

    Sekian wasalam

    Reply

  4. 4 bekas pelajar tercicir Mar 20th, 2010 at 12:10 am

    dah agak bekas2 yb pkr dan juga si budak saiful akn membuat fitnah dan membalas dendam kerana mereka2 ada kepentingan peribadi terhadap bekas timbalan perdana menteri malaysia,mereka2 disogok api kebencian dan mereka2 telah termakan oleh hasutan2 dari umno dan utusan malaysia,kita boikot utusan malaysia beramai2 kerana inilah surat khabar paksi kejahatan dan juga ibu segala sengketa dan fitnah2 lain yang dicakap lain yang ditulis,kalu melibatkan pemimpin pembangkang.

    Reply

  5. 5 bekas pelajar tercicir Mar 20th, 2010 at 12:20 am

    saya nak dato sri perjuangkan nasib2 bekas2 pelajar tercicir agr diberi peluang kedua sekolah sampai tingkatan 3 tetapi tak dapat ambil pmr dan juga spm kerana masalah kewanagan dan juga peribadi.

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    Betol tu!

    Reply

    Cons Sukinam Reply:

    itu yg nak saya sentuhkan diparlimen dulu,budak2 kita banyak yg tercicir akibat masallah tertentu bukan bermakna merekani tak pintar,insyallah YB zahrain boleh atur..

    Reply

  6. 6 jamilkucing Mar 20th, 2010 at 4:27 am

    Askm Dato seri

    Sama ada kita berfikir atau tidak hikmah dari penghianatan zaharin telah muncul. pembongkaran yg di lakukan oleh zaharin m,enunjukan 16 sept memang benar-benar hampir terjadi. cuma ada tecnikal problem je. maksudnya datos eri anwar ibrahim tidak bercakap bohong.cuba fikir balik. lihat kenyataan zaharin bewak.

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    Bukan itu sahaja! Pakatan Rakyat wajar dan wajib menangkis segala tohmahan yang datang dari semua pihak lawan! Jangan biarkan satu pon tohmahan tidak terjawap sebab kebanyakan rakyat jelata mudah terpengaruh dengan fitnah! Kebanyakan rakyat masih malas hendak menilai betol betol siapa sebenarnya yang bercakap benar!

    Reply

  7. 7 JoeBloggs Mar 20th, 2010 at 7:44 pm

    Dear Datuk Seri,

    Please, please form a Shadow Cabinet soonest. This is imperative.

    Reply

  8. 8 belia lipis Mar 20th, 2010 at 10:49 pm

    Salam.. Minta perhatian Datuk Seri untuk mengadakan ceramah di pekan Padang Tengku ataupun di Kuala Lipis. Penduduk di sini ramai yang masih terpengaruh dengan dakyah negatif. Mereka perlu disedarkan. Setakat ini tiada satu pun lagi ceramah yang dianjurkan oleh PKR, DAP, dan PAS di kampung kami. Kami di sini juga perlukan semangat perjuangan PR. Kami amat bersyukur jika Datuk Seri sendiri yang turun dedahkan kebenaran. Jika datuk sibuk, sesiapa pun boleh. Semalam PM telah datang ke sini. Mohon jasa baik Datuk Seri untuk lawat kami. Ayah saya amat meminati perjuangan Datuk Seri. Terima kasih..

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    Jangankan kata kawasan saudara, Pakatan Rakyat wajar jelajah semua kawasan diatas muka bumi Malaysia ini sampai kelubang cacing!

    Rakyat wajar disedarkan perjuangan murni Pakatan Rakyat! Seluruh bakal bakal pemimpin Pakatan Rakyat diperingkat negara dan negeri wajar mendekati rakyat supaya semua rakyat tahu membezakan yang mana satu permata dan yang mana satu kaca yang akan lukakan kemakmoran rakyat dimasa akan datang.

    Pakatan Rakyat wajar berani mengatakan pada rakyat bahawa jika diberi peluang memerintah, Pakatan Rakyat akan memberi kebebasan bersuara pada semua rakyat Malaysia mengikut lunas2 undang2 yang adil dan diiktiraf oleh peringkat antarabangsa mengenai apa erti kebeasan bersuara yang sebenar2nya!

    Renung2kanlah..wasalam

    Reply

  9. 9 NIBONG TEBAL GUY Mar 21st, 2010 at 2:43 pm

    DSAI, PLEAS DON’T TRUST EVERY ONE WHO COMES TO YOU!!!!! SEE WHAT THE EX-FROG-MP’s ARE DOING. USELESS BUGGERS!!! MEREKA INI SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT-NYA. EVEN BEING LAWYERS, THEY SEEM TO BREAK THE NORM AND TELL LIES, LIES, LIES. PLEASE DSAI, PLEASE BE VERY CAUTIOUS. MAY ALLAH TAKE GOOD CARE OF YOU AND YOUR FAMILY TOO. LONG LIVE DSAI AND ALL PKR/PR MEMBERS.

    Reply

  10. 10 win win malaysians Mar 24th, 2010 at 8:57 pm

    Undang2 pilihanraya PBT dah mati terkubur,so SPR relex lagi spr dah terlalu lama relex sekali2 buatlah pilihanraya,sekali2 spr buat syoklah blogger buat komen,dahje perak/kedah/perlis tutup berbagai2 alasan umno,takpa lah mungkin umno/bn probia dan elegik atau sekarang buntutnya dah kecut,mcm ci-fool,yg baru2ni PBT pun tutup takut,jika diadakan kuasa umno tak dpt pilih kasih lagi,inilah sebabnya ….sah jenis badak mongolia…..

    Reply

  11. 11 orangkampung Mar 25th, 2010 at 2:01 am

    regarding the Municipality election I think if the state government has the power to advise SPR to conduct and run an election so SPR must abide. Don’t tell me the staffs of SPR only works every 5years during general election and at times, rarely, during by-election. It means they are getting free salary….!!!

    If SPR refuse to conduct an election for PBTs than why not the state/s government appoint UN election group to have it for the sate government instead. Is it against the law to do that???

    Reply

  12. 12 hidopPAKATANrakyat Mar 25th, 2010 at 8:52 pm

    Adindaku Dayang Aini,

    Kata Pakatan Rakyat akan membawa perubahan untuk mendirikan kerajaan yang benar benar bersih,cekap,amanah,telus dan adil.

    Tentu sekali bijak pandai didalam Pakatan Rakyat arif benar mengenai mereka mereka yang boleh duduk di dalam majlis PBT tu semua! Kan senang begitu?

    Lantik mereka mereka ini mengikut quota Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama (maknanya ada wakil wakil dari PKR,Dap,Pas dan lain lain parti yang akan masuk Pakatan Rakyat nanti) Kan senang begitu? Tidak payahlah nak heret rakyat jelata ke pilihanraya PBT!

    Macammana mereka mereka diberi kepercayaan dilantik kedalam majlis PBT mengikut quota Pakatan Rakyat, begitu jugak mereka boleh dihumban ke longkang busuk kalau mereka ini ternyata telah melanggar prinsip Pakatan Rakyat! Simple kan?

    Apalah adinda ni! Buang masa dan tenaga rakyat sahaja!

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners