19
Mar
10

APCO Tidak Wajar Campur Tangan Urusan Negara

Dari TV Selangor

APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu juga menyifatkan tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya melalui Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen berikutan pendedahan slogan Malaysia dan Isreal, sebagai jenaka basi.

Anwar apabila diminta menjawab penafian Apco terlibat dalam mengilhamkan Satu Malaysia semalam, mempersoalkan untuk apa Apco dibayar jika bukan untuk membantu menasihati parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, semalam, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.

Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.

Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar Apco terletak di bahu pimpinan Umno.

Mengikut Malaysia Insider, APCO dibayar dengan nilai kontrak yang bernilai 20 juta ringgit.

APCO juga disyaki terlibat dalam pengaturan beberapa keputusan politik selain mendalangi beberapa isu politik bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Umno.

Pada 10 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif APCO, Margery Kraus mengumumkan syarikat akan membuka pejabat baru di Malaysia pada September dengan Paul Stadlen sebagai pengarah urusan.


31 Responses to “APCO Tidak Wajar Campur Tangan Urusan Negara”


  1. 1 BdkLdg Mar 19th, 2010 at 3:27 pm

    mmg sah najib terpksa wt sume ni smate2 nk naikkan dan bersihkn namanya dr pelbagai skandal. malang skali, ’si botak pulau’ itu makin d bnci apabila pendedahan cm ni tersebar.. diharap pendedahan sebegini di konsistenkan. rkyt perlu tau.. nk harap tv3 suku penipu dan Radio Tipu Malaysia RTM, mmg mkin basah la kepala rkyt kene kencing dgn pencacai pengampu umno jahanam ni.

    Reply

  2. 2 Shatter Mar 19th, 2010 at 3:29 pm

    Tun Faisal exco UMNO kata APCO ni hanya kuda tunggangan UMNO, ya ka kuda tunggangan? Mereka tak nafi, semua pemuda UMNO. Tapi yang peliknya Najib nafi? apa cerita ni? ramai UMNO tak nafi, dia sorang saja nafi. haha, masuk tv3 semalam.

    APCO juga yang main peranan hantam PR sebenarnya, kalau tak mereka ni dah nazak.

    Konon jaguh Melayu, hahahahah

    Reply

  3. 3 Shatter Mar 19th, 2010 at 3:33 pm

    They also made claim that you, DSAI. yang di tunggang the west. Mereka hanya gunakan Yahudi, tapi mereka tak sedar. Benda ni ada kaitan kepentingan yahudi di Malaysia. Perkara ni sememangnya serius. Yang Australia hanya nasihat mereka ni MENGAMUK! tapi yahudi? apa cerita? konon benci sangat yahudi, tak habis arah tu jugak hahaha.

    Sebenarnya sejak dulu lagi dah ada, sejak zaman Mahathir. Tak percaya tengok ni.

    http://www.mfa.gov.il/MFA/Archive/Communiques/1995/ISRAEL 2020- A NEW VISION – -May-95

    http://www.econstrat.org/index.php?option=com_content&task=view&id=354

    ftp://ftp.sni.technion.ac.il/events/israel2020/Israel2020_Taktzir.pdf

    1 Malaysia, 1 Israel

    http://www.oneisraelfund.org/

    http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    bETUL2,inilah bukti cari idea org dlm tong najis diphotocopy buat santapan dan pembohongan rakyat 1malaysia…hehehe…

    Inikah kerajaan yg dipuja2kan oleh rakyat yg kabur mata semua?

    Reply

    Dayang Aini(PAHANG) Reply:

    Sekarangni najip nak sorok muka pun tak guna sebab botak nampak,sorok botak muka nampak,hailah pak Din tolong lah nasehat sibotak tu,jgn selalu make-up nanti kulit megelupas sedarlah diri tu dah tua …

    Reply

  4. 4 BdkLdg Mar 19th, 2010 at 3:44 pm

    btol.. APCO si syarikat yahudi laknatullah telah masok cmpur dlm pentadbiran negara.. ni semua adalah langkah awal dlm pencerobohan Israil ke atas Malaysia. Spe yg mulakn? najib al botaki pulau. najib mmg x sdr yg hadis nabi s.a.w ade mengatakan bahawa, mereka (kafir) mmg tidak akn setuju dlm setiap perkara yg umat Islam lakukan. mmg perbuatan najib x bertanggungjwb langsong.. berjuang konon ats prinsip dan pegangan agama, tp bangsa yg sudh di laknat oleh Allah juga yg die pilih utk byr jutaan RM.. Perdana Menteri Malaysia Yg ke-6 mmg zalim..

    Reply

  5. 5 rinz73 Mar 19th, 2010 at 4:20 pm

    yahudi…..mesti perlu yahudi untuk pesan memesan dan nasihat menasihati..jadi tak salah kiranya kerajaan yahudi di m’sia nie ambil penasihat dari golongan mereka…kalau bayar pun duit rakyat mereka peduli apa…

    Reply

  6. 6 lurus bendul Mar 19th, 2010 at 6:06 pm

    Kita tidak punya hubungan diplomat dengan Israil tapi dengan terbukanya APCO di Malaysia ini bermakna kita telah menbuka satu lambaran baru dengan adanya duta kecil di Malaysia, hubungan dalam bentuk bebas tapi mesra Israil, hambatan rakyat mahukan tanah arab di kembalikan telah di ceroboh oleh UMNO dengan memberi bunga mangar dan tepak sirih kepada APCO memberi jajak baru di sebelah Asia selepas Singapore mengantikan Jejak Rasul yang sepatutnya kita hayati. Presiden UMNO telah meletakan hala kompas Negara ke arah wufuk gerhana buat Rakyat. Kita menolak sama sekali apa bentuk sekali pun pihak yang kita beri mandat berdamping dan bertaulan dengan Israil sebagai jodoh baru UMNO dalam meguruskan Negara.

    Reply

  7. 7 SILENT MAJORITY GROUP Mar 19th, 2010 at 7:07 pm

    jews are not zionists….

    http://www.jewsagainstzionism.com

    Reply

  8. 8 shmi Mar 19th, 2010 at 7:57 pm

    Janganlah rakyat sekalian rasa pelik andai kata kita boleh guna passport ke Isreal untuk melancong atau bertaubat paling tidak pun jadi kerahan tenaga untuk bunuh rakyat Palestin. Kembar siam lah katakan.

    Reply

  9. 9 punggung remaja mintak biasiswa Mar 19th, 2010 at 8:20 pm

    Serupa la Israel dgn Si botak pulau. Bagaimana putar belitnya yahudi… begitu juga lidah bercabangnye Najib… PM Malaysia ke-6 …. Najib Razak Bapa Zionis Malaysia. Najib… hang tak usah pakai kopiah dah….. boleh start pakai ketayap kecil kat tgh2 pulau.

    Reply

  10. 10 org kampong Mar 19th, 2010 at 9:02 pm

    tak sabar nak tunggu pilihanraya ke-13

    Reply

  11. 11 shmi Mar 19th, 2010 at 9:58 pm

    UMNO-BN dalam pembikinan kembar Zionis menjelang Wawasan 2020. Ayuh rakyat Malaysia kita singkirkan rejim Zionis dan sekutu mereka dari Puterajaya.

    Reply

  12. 12 anak malaysia Mar 19th, 2010 at 10:45 pm

    maka akan berlakunya hari kiamat pada tahun 2012 nnt selepas kita nampak semua tanda2 kecil dan tanda2 besar ini……

    Reply

  13. 13 submerinmonggolianman Mar 19th, 2010 at 10:45 pm

    PAS mesti berhati2 dan mula menggerakan jentera pertahanan kerana MOSSAD sudah masuk secara rasmi ke dalam negara. Ia dinyalakan. Zionis golongan yang berpegang semata2 kepada taurat sasarannya Islam terutamanya guru agama. Cara melemahkan umat Islam ialah dengan membawa konflik mazhab seperti Wahabi yang cuba menghapuskan aktiviti mengingati Rasullah kerana semasa hidup Rasullah tidak pernah mengadakan aktiviti memperingati dirinya sendiri. Lihat apa yang berlaku di Patani. Hanya Yahudi sahaja harapan terakhir UMNO untuk terus berkuasa. UMNO tidak perlu semua itu kerana mereka menjunjung duit buka alquran.

    Reply

  14. 14 loso Mar 20th, 2010 at 12:26 am

    …mcm filem hindustan…yg nmpk baik pd kaca mata rakyat trbyk itu, syaitan!

    Reply

  15. 15 dina Mar 20th, 2010 at 12:59 am

    Ini lah yang dikatakan ‘Bodoh tidak boleh diajar’.

    Sebenarnya kita mempunyai ramai tenaga pakar serta cendiakawan yang hebat-hebat. Malangnya disebabkan oleh sistem pemerintahan yang menakut-nakutkan rakyat, membendung pemikiran bebas bertempat serta menyempitkan pemikiran pelajar dari peringkat awal persekolahan lagi.

    Apa sahaja yang rakyat komen jika mengembirakan pemerintah dikira sangat baik manakala yang menentang pandangan pemerintah dikira penentang kerajaan dan perlu dihapuskan sama sekali idea itu.

    Inilah dia yang menyebabkan negara kita ketandusan pengembangan pemikiran kreatif dn innovatif. Setiap yang dilakukan adalah hanya untuk menunjuk-nunjuk serta yang membanggakan pihak pemerintah sahaja. Perkembangan pemikiran rakyat Malaysia menjadi amat tertekan dan hanya sekadar mampu untuk mencari makan sahaja sehingga umur pencen. Kemudian akan dikira sebagi rakyat yang menurut perintah.

    Corak ini menyebabkan negara kita semakin hari semakin mundur dibandingkan dengan negara-negara jiran terdekat seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan sehingga kan Vietnam yang dulunya teramat mundur. Jangan lah pula kita kelak setaraf dengan Myanmar disuatu hari nanti.
    (Berkemungkinan jika corak pemerintahan sekarang ini dibiarkan berterusan).

    Maka, rakyat biasa dan juga golongan pemikir dikalangan semua seharusnya bangkit berani menyatakan yang hak serta usaha ke arah kejayaan Malaysia ini. Mengubah pemikiran yang bernas, berani serta mencabar serta tidak takut kepada pemerintah cuma perlu menghormati pemerintah sudah dikira mencukupi.

    Sampai konkongan pemerintah kepada rakyat ingin diteruskan? Kita semua seharusnya sentiasa bersikap tidak berasa puas hati dengan perkembang negara ini agar ianya sentiasa berkembang ke arah positif baik dari segi pemikiran juga pembangunanya dan yang lebih penting adalah akhlak serta keimanan manusianya.

    Reply

  16. 16 joe Mar 20th, 2010 at 1:00 am

    hanya zul dan mohsin je boleh jwb pasal apco ni..kan dua2 ni tokoh memperjuang kan islam so komen la apco yahudi jadi penasihat pm(org islam)..mufti perak pun patut ulas sikit dalam hal ni

    Reply

  17. 17 awe Mar 20th, 2010 at 1:18 am

    lepas ni boleh la rakyat malaysia ke Israel. dah ada hubungan diplomatik secara tak langsung. org yahudi zionis ni pulak bukan sahaja boleh masuk malaysia, malah dah nak bukak office kat KL ni. haru haru haru….

    Reply

  18. 18 haji mokhtar Mar 20th, 2010 at 1:27 am

    semua ini kerana kuasa bro….kuasa,
    umno kalau tak ada kuasa..dah lama padam,mati kering la kalau tak dapat projek

    Reply

  19. 19 ahi4855 Mar 20th, 2010 at 2:33 am

    anda ingat tak dulu dalam tahun 1998/99 nama satu company saatchi & saatchi. apa company ni advise, kepada sapa dia advise, berapa fees kena bayar? mintaklah dsai cerita mai kat kita sikit. pendek cerita, dulu-dulu ada saatchi & saatchi kini ada apco pulak. tak kan tak dak perunding imej jenama esah & dolmat kot, kata juara melayu!!!?

    Reply

    mangkuk hayun Reply:

    tahun 1998/1999 dsai dah masuk dalam lah kawan. itu kena tanya maha..tir.dia lebih arif

    Reply

  20. 20 cassa Mar 20th, 2010 at 8:26 am

    Cakap banyak tak gune. Menyampah! Cube tengok ini:

    http://www.apcoworldwide.com/content/News/press_releases2009/malaysia0809.aspx

    sila fahami! lihat betul2!

    Reply

  21. 21 Jat Mar 20th, 2010 at 4:49 pm

    mmmm nampaknye kalu ni tindakan pm kite x lama lg tubuhlah negara israel kt mas ni

    Reply

  22. 22 mr semanggol Mar 21st, 2010 at 2:22 pm

    mana dia puak puak umno dn ahli parlimen yg lantang-lantang tu…kenapa tak peka ke dgn isu ni…buat kerja krn ada kepentingn diri?? atau nak membela rakyat yg tertipu dgn pemimpin yg tak berkarisma sehingga sanggup bersekongkol dgn APCO yahudi yg terang2 memusuhi islam…

    Reply

  23. 23 maw Mar 22nd, 2010 at 7:09 am

    Mengambil atau mengupah orang luar untok mentadbir negara amat jelas pemimpin itu tidak bermoral dan tidak ada kelayakan langsong menjadi perdana menteri malaysia.PEMIMPIN ITU MEMIMPIN BUKAN DIPIMPIN.Kalaulah seorang perdana menteri perlu sokongan serta bantuan orang luar sebagai tongkat untok mentadbir adalah sesuatu yang amat memalukan rakyat malaysia mempunyai perdana menteri yang sedemikian.Apatah lagi seorang yang beragama islam melantik pasukan yahudi[laknatullah]rakan kongsi mentadbir negara malaysia yang dilaungkan sebagai negara islam.Adakah kita akan terkecuali dalam angkara ini apabila berhadapan dengan yang maha esa?.Renongkanlah surah ali imran ayat 71 bagi mereka yang beragama islam.

    Reply

  24. 24 zamy Mar 22nd, 2010 at 5:38 pm

    muka najib pun dah mcm org yahudi…..sbb dia pakai topeng yg yahudi buat……wahai rakyat Malaysia..kita kene ambik kisah..pasal hal Yahudi nie……cuba ingat mcm mane dia org boleh …merampas tanak Palestin…….dia mula2 dgn muka yg manis…selepas dia org masuk jarum…dan kuasai…tanah Palastin..sikit demi sedikit ,sbb org Palestin….tak sedar masa tu…dan jadilah peristuwa spt hari nie….di Palestin….oleh itu kita kene berjaga2…spt tanah di Johor tu……risau aku memikirkannye…dia org dah menapak kat Singapura……….sepatutnye kite kene pulaukan Yahudi Laknatullah nie…..sbb dia org nie licik,angkuh, pembohong, pembunuh dan mengkhianat……utk terus berkuasa di Palestin…..nampaknye perangai2(image) spt itu yg telah diajar oleh Yahudi tu kpd UMNO-BN……oleh itu kita kene byk berdoa kpd Allah semuga bala yg terjadi di Palestin itu terjadi kpd Negara kite…kite tidak dpt mempercayai UMNO-BN lagi kerana sbb dah desperate sgt UMNO-BN telah mendedahkan keselamatan negara kite kpd puak Yahudi Zionis Laknatullah tu……mari kite singkirkan Yahudi dan anak muridnye yg desperate tu …..dari menguasai sikit demi sedikit negara yg kite cinta ini…….nyahkan mereka….Allahu Akbar

    Reply

  25. 25 FBI68 Mar 23rd, 2010 at 9:32 am

    Baik apa jua nama syarikat yang di beri anugerah contract oleh kerajaan Malaysia yang konon-kononnya anti Yahudi/Israel akan tetapi mempunyai hubungan secara langsung dengan dengan para yahudi dalam menentukan dasar kerajaan perlu di jawab oleh Perdana Menteri. AP Kota Belud tak payahlah mengampu kerajaan dengan mengusulkan peraturan DR untuk merujuk kepada Jawatankuasa hak keistimewaan AP. Cuba rujuk kepada kenyataan mufti Perak tentang perkenan sultan terhadap pembentukkan kerajaan campuran UMNO-PAS. Apakah kenyataan ini benar dan siapa yang akan membuat lapuran polis terhadap kenyataannya untuk mempastikan kesahihannya. Dakyah yang di sebarkan oleh AP Bayan Baru perlu di siasat untuk beliu membuktikannya kerana adakah polisi di negara ini seseorang yang kena tuduh perlu membuktikan dirinya tidak bersalah walaupun tiada bukti atau asas pertuduhan yang kukuh dan membiarkan si penuduh bebas dalam menjaja tomahan mereka.

    Reply

  26. 26 minang Mar 23rd, 2010 at 11:26 am

    APCO tak jahat pada UBN dan boleh membantu tapi ANWAR di mata FIRAUN2 tu lagi menjengkelkan sebab boleh kucar kacirkan pimpinan mereka…?

    Reply

  1. 1 Pakatan Rakyat Akan Bertanding Parlimen Sibu « Dewan Pemuda PAS Sarawak Pingback on Apr 9th, 2010 at 11:36 pm
  2. 2 AirKosong.com » Blog Archive » RM77 million contract awarded to a RM2 company called APCO Worldwide Sdn Bhd Pingback on Apr 22nd, 2010 at 11:21 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners