Dari Malaysia Kini
Oleh Susan Loone
Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dibidas oleh bekas presidennya Syed Husin Ali kerana bersikap menikus dalam menyatakan pandangan mereka kerana bimbang ‘melukakan (perasaan) kerajaan.’
Syed Husin yang juga timbalan presiden PKR berkata beliau berasa “hilang ghairah” dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.
“Ini sikap yang sangat salah, ia mencerminkan ketakutan psikologi. Sekarang terlalu banyak ketakutan dan kawalan; (oleh) polis, media, mahkamah, pelajar, pekerja dan juga ahli akademik,” katanya ketika menutup Persidangan Pengajian Malaysia (MSC) ketujuh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Syed Husin, yang juga senator Dewan Negara selama tiga penggal, berkata demikian dengan merujuk kepada seorang pembentang kertas kerja di persidangan tersebut.
Menurutnya, peserta berkenaan tidak berani mengulas lebih jauh daripada topik yang dibentangkannya kerana bimbang melukai perasaan kerajaan.
Kebebasan akademik dalam negara ini dikawal melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971) yang menetapkan supaya mahasiswa, pensyarah dan kakitangan pentadbiran menandatangani dokumen ‘Aku Janji.’
Kekangan ini menyebabkan beberapa orang pelajar dan pensyarah menghadapi tindakan disiplin kerana mengambil bahagian dalam aktiviti yang didakwa berciri politik.









Jangan la politikkan akademik Tuan Syed Hussin
Reply
Ilmuan nak pandai komen macammana, nak baca harakah dan keadilan pun tak boleh (takut), baik orang kampung lagi pandai sebab mereka bebas membaca pelbagai sumber. Tapi ilmuan hanya baca utusan malaysia dan berita harian saja, konon ada ijazah, ada master, phd dll, tapi nak tafsir yang mana benar dan salah pun takut @ tak reti!
Reply
Ilmuwan Sosial Butuh Teori Kritik
Sabtu, 20 Maret 2010, 04:42:26
Prof Dr Yuyun S Suriasumantri (UNJ) senang menukil kata-kata Einstein ini, “Ilmu adalah dari fakta ke fakta, apa pun teori yang dilewatinya”. Kata-kata Einstein itu polemis, karena kita tidak dapat “menangkap” fakta, jika tidak punya teori yang kita operasikan dalam benak kita. Artinya, dalam suatu disiplin ilmu yang telah mapan, tidak ada fakta telanjang itu. Suatu fakta pasti selalu kita “tangkap” dengan suatu matriks teori (paradigma) yang beroperasi dalam benak kita.
Kata-kata Einstein itu, makin polemis, dalam ilmu-ilmu sosial. Artinya, teori-teori dalam ilmu-ilmu sosial umumnya masih kontroversial, maka fakta yang “tertangkap” pun kontroversial. Misalnya, kerakusan adalah fakta yang kontroversial dalam ilmu ekonomi. Ilmu ekonomi yang mendukung Kapitalisme, kerakusan adalah fakta yang bersifat konstruktif (positif) yang harus dibangkitkan. Di lain pihak, ilmu ekonomi yang mendukung Sosialisme, kerakusan adalah fakta yang destruktif (negatif) yang harus dipadamkan (setidaknya, dikendalikan secara sistematik).
Dalam konteks itu, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim “mimpi” untuk menegasi ekonomi beaya tinggi (high cost economy) (lihat Kedudukan Ekonomi Malaysia: Lima Pertikaian: http://anwaribrahimblog.com/2010/03/19/kedudukan-ekonomi-malaysia-lima-pertikaian/)
ia hendaknya mampu menegasi kerakusan itu. Artinya, ekonomi beaya tinggi adalah intrinsik di dalam sistem Kapitalisme (berakar pada kerakusan). Secara lebih eksplisit, “Suatu negara yang menjalankan sistem Kapitalisme (misalnya Malaysia dan Indonesia) adalah mustahil untuk menegasi ekonomi beaya tinggi itu”.
Dan akhirnya, para ilmuwan sosial di negara Kapitalis hendaknya mengoperasikan matriks teori (paradigma) Kritik (misalnya, Neo Marxisme). Khususnya, fakta yang “muncul” dalam masyarakat Kapitalis adalah ‘tidak alamiah”, tetapi akibat dari sistem Kapitalisme yang sedang bekerja (yang berakar pada kerakusan. Produsen rakus akan laba, dan konsumen rakus akan barang dan jasa). Singkatnya, Kapitalisme adalah sistem yang sakit, yaitu dehumanisasi manusia.
Kesimpulan: para ilmuwan sosial butuh Teori Kritik (misalnya Neo Marxisme), untuk “menangkap” fakta sosial yang “alamiah”. Nuwun,
Assalamualaikum
For the sake of my responsibility
I have written the truth, so hear me
Ruwihadi
Majasanga, Indonesia
Revolution
V
Reply
Menikus? siapa yang berani? Ini semua sebab tiada GARIS PANDUAN yang benar benar selamat menyuarakan pendapat! Tiada Kebebasan suara yang sebenar benar nya!
Pakatan Rakyat wajar dan wajib menerangkan pada rakyat jelata bagaimana jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah tentang bagaimana KEBEBASAN BERSUARA yang Kerajaan Pakatan Rakyat akan bawa perubahan didalam negara kita.
Kalau hendak kutuk, sampai kiamat pon tak habis kutuk! Jadi wajarlah buat sesuatu yang membina mengenai KEBEBASAN BERSUARA yang sebenar benar nya!
Itulah yang dicadangkan. Ada satu TV station untuk dakyah politik pemerintah dan bagi mereka gulungan parti parti pembakang nanti, beri kebebasan bersuara didalam majalah dan apa apa media parti masing masing! Apa susahnya! Bersuara lah, melalak lah dan jangan sekali kali buat hura hara didalam negara! Pihak berkuasa hanya berjaga jaga sahaja! Bila kekacauan bermula, baharu itulah bertindak! Apa susahnya ni? Maknanya, rakyat hanya dibenarkan mengeluarkan suara tetapi rakyat dilarang sekeras keras nya cetus huru hara!
Sekian wasalam……..
Reply
Saya teringat kata2 Datuk seri Anwar Ibrahim bahawa negara kita ni masih lagi mengamalkan Undang-Undang Rimba…Law of the Jungle.Tu yg banyak buat para Ilmuan jadi seram sejuk nak buat statement keras sikit. ISA masih ternganga tunggu nak sumbat sapa-sapa terlepas atau terlebih cakap yg tidak memihak kpd kerajaan sedia ada…Namun demikian teruskan perjuangan PKR untuk menawan Putrajaya..kita akan berdiri teguh dibelakang.
Reply
Pada saya, ilmuan tidak menikus dan bukannya tidak berani mengkritik dan bersuara lantang, Mereka sememangnya tiada apa yang hendak ditentang. Mereka berpuas hati dan selesa dgn apa yg ada. Yang penting ialah kesenangan diri – gaji besar, pangkat, kuasa, kebanggaan dan peluang-peluang kesenangan. Jangan menyusahkan diri – pedulikan nasib golongan marhaen, pedulikan masa depan negara, pedulikan golongan teraniaya, pedulikan orang terpinggir, pedulikan saudara yg dizalimi. Materialisme dan individualisme telah menguasai diri. Usah bicara soal perjuangan!
Reply
Pd hakikatnya ilmuan dan cendekiawan di M’sia terpaksa berdiam diri takut dipenggal jawatan kerana dunia sekrg perlu wang utk hidup. Namun begitu selemah2 iman adalah menolak segala kemungkaran dalam hati dan semasa mengundi. Jgn sangka air tenang tiada buaya!!
Reply
Apapun tak kisahlah Dr Syed Husin yang penting mereka pangkah PR masa PRU13 nanti selamat memberi undi pada kerajaan baru dan bila dah dapat berilah perhatian dengan rakyat terbanyak……
Reply