17
Mar
10

Zul Noordin, Kita Ikut Konvensyen Mana?

Dari Merdeka Review
Oleh Zukri Aksah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti! Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.

Zul Noordin (gambar kiri, sebelah kiri), selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang. Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen. Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel.

Sesuai dengan Sidang Dewan Rakyat ke-12 penggal ketiga yang baru bermula dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, moleklah rasanya saya berusaha mencerahkan sedikit pemikiran pembaca dengan isu berkaitan demokrasi berparlimen di negara kita ini.

Ketua Pembangkang Parlimen

Saya sedar tentang wujudnya konvensyen ini, iaitu mengikut kebiasaannya, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen disandang oleh pemimpin dari parti terbesar dari kalangan parti-parti yang bukan dalam kerajaan. Tetapi saya amat-amat berharap supaya Zul Noordin tidak menyalahguna ilmu undang-undangnya untuk menyatakan sebahagian dari kebenaran, sedang pada masa yang sama menyorokkan pula sebahagian darinya. Janganlah biarkan kebencian politik saudara sampai memusnahkan terus intelektualiti yang kita ada.

Bukankah kenyataan tentang konvensyen dalam perlantikan Ketua Pembangkang itu ada sambungannya, bukan setakat itu sahaja? Bukankah berdasarkan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen mengikut gaya Westminster ini juga, Ketua Pembangkang selalunya adalah pemimpin yang dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif kepada pemegang jawatan sedia-ada, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dikenal sebagai kabinet bayangan? Saudara sendiri semasa dalam PKR pernah mendokong citra Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, bukan? Apakah saudara merasa Haji Hadi atau Lim Kit Siang boleh menggantikan tempatnya?

Kalaupun Zul Noordin merasa boleh, jika kalangan pimpinan PAS dan DAP masih menerima ketokohan Anwar sebagai Perdana Menteri alternatif, sebagai ketua kepada kerajaan alternatif yang dinamakan sebagai kabinet bayangan itu, maka mereka pun mengikut konvensyen.

Masalahnya, selaku pengamal undang-undang, ada soalan yang Zul Noordin perlu jawab, sebenarnya konvensyen mana yang kita ikut? Sebab konvensyen yang disebutnya ini tidak pula diikuti bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dalam kes MB lawan MB, Nizar Jamaluddin lawan Zambry Kadir.

Kes MB kembar Perak

Mengikut konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, usul undi tidak percaya hanya boleh berlaku di dalam Dewan, tidak boleh di mana-mana tempat lain, wa’ima di dalam istana sekalipun. Hakim yang membaca teks penghakiman dalam kes MB lawan MB ini ternyata melanggar konvensyen bila mana mengesahkan kedudukan Zambry dengan alasan bahawa tiada peruntukan usul undi tidak percaya dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Memang ia tiada kerana ia berdasarkan konvensyen (kebiasaan)!

Hakim ketika itu membuat keputusan dengan mengenepikan konvensyen berperlembagaan kerajaan berparlimen gaya Westminster, tetapi mengikut perlembagaan negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol. Mengapa Zul Noordin waktu itu tidak pula sibuk-sibuk mahu mencari populariti, menggunakan latar belakang undang-undangnya bercakap tentang konvensyen? Jangan jadi munafik ketika berkopiah dan bercakap berjela-jela tentang Islam. Sebagai seorang profesional, jangan saudara Zul merendahkan diri saudara setaraf Ibrahim Ali, hanya kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

Saya tidak mengatakan Zul Noordin salah, tetapi saya mengatakannya tidak berapa betul. Tambah lagi, berdasarkan kata-kata dan tindakannya sebelum dia dipecat dari PKR, Zul Noordin juga ternyata seorang yang tidak mengikut konvensyen (kebiasaan). Bagaimana pandangan seorang yang ternyata melanggar konvensyen (kebiasaan) boleh menjadi kredibel bila bercakap tentang konvensyen (kebiasaan)?

Lembaga Disiplin Parti

Kepada Zul Noordin, ingin saya mengingatkan bahawa bukanlah satu konvensyen (kebiasaan) untuk seorang ahli parti (ketika saudara masih menjadi ahli PKR) untuk bertindak tidak mengiktiraf Majlis Pimpinan Parti sendiri bila saudara mempertikaikan pilihan Majlis Pimpinan Parti saudara dalam melantik anggota lembaga disiplin parti yang membicarakan kes saudara, seterusnya tidak mengiktiraf pula lembaga disiplin yang dilantik itu. Bukanlah juga satu konvensyen (kebiasaan) mana-mana parti politik sekalipun, ahli yang dihadapkan ke lembaga disiplin pula yang punya kuasa untuk memilih keanggotaan lembaga disiplin tersebut. Konvensyen mana yang saudara pakai?

Ingatan saya lagi buat Zul Noordin, jangan salah langkah dalam usaha saudara untuk memotretkan diri saudara sebagai pejuang Islam di khalayak politik Malaysia. Saudara mahu menjadi hero Islam di negara ini dengan bersuara lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Adalah satu konvensyen (kebiasaan) juga, Islam di era Nabi Muhammad s.a.w, orang bukan Islam dibenar untuk menggunakan kalimah Allah. Habis, saudara mahu menjadi hero Islam menggunakan konvensyen Islam yang mana? Konvensyen Islam Nabi Muhammad s.a.w atau konvensyen Islam Umno?

Saya menulis tentang ini bukan kerana saya ahli PKR, bukan kerana saya memuja Anwar, kerana saya bukan kedua-duanya! Zul Noordin pun tahu tentang ini. Jika mahu bercakap tentang demokrasi, seseorang itu mestilah dilihat hidup berlandaskan demokrasi, jika mahu bercakap tentang iman, seseorang itu mestilah hidup didasari iman. Lalu, jika mahu bercakap soal konvensyen (kebiasaan), maka kita mestilah pula dilihat sebagai orang yang sentiasa patuh dan akur kepada konvensyen (kebiasaan). Zul Noordin patuh kepada konvensyen mana? Konvensyen berperlembagaan, konvensyen Islam, konvensyen Pakatan, atau konvensyen Barisan, atau bukan kesemuanya? Atau bercelaru sampai gagal ditentukan?

Mentang-mentanglah Zul Noordin sekarang ini sudah menjadi Ahli Parlimen bebas, katanya akan wujud blok bebas di Parlimen sebagai kuasa ketiga dan konon khabarnya akan diketuai oleh Ibrahim Ali, maka Zul Noordin si peguam pun turut sama terheret menjadi seperti Ibrahim Ali? Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditegur…


55 Responses to “Zul Noordin, Kita Ikut Konvensyen Mana?”


  1. 1 malaysian Mar 17th, 2010 at 1:49 pm

    dia itu tak tahu maruah la, sudah dipecat tak mahu kosongkan kerusi, rakyat pilih bukan dia, rakyat pilih parti yang dia wakili, baru dia menang, kalau dia sendiri, 0 undi la…

    Reply

    win win malaysians Reply:

    Inilah dikatakan pelacur buruk dlm politik,mereka inginkan cepat kaya dan tak tuleh kirikanan walaupun kena penyakit HIV asal Pulussss Masuuuuuuuuk….

    Reply

  2. 2 smy Mar 17th, 2010 at 2:16 pm

    pada pendapat saya, saudara kita ni dah penin kepala dan syok sendiri kot.

    Reply

    ron Reply:

    saudara zulkifli nordin dilihat terlalu mencoba menjadi org yg memperjuangkan Islam. tetapi approach nya tak berapa kena.

    penghujahannya lemah.. beliau ada gunakan nas & dalil, tp elemen sentimen lebih byk berbanding elemen nas/dalil.

    kefahaman beliau masih belum menyeluruh, menyebabkan kenyataannya seakan benar, akan tetapi sebenarnya bersifat half-truth. and remember, telling a half-truth is tantamount to lying.

    ulama dunia Islam dulu & kini ramai berbeza fatwa/pendapat tetapi tidak membuat laporan polis terhadap org yg berbeza pendirian. his move to lodge police report just went overboard, bertentangan dgn prinsip berhujah secara ilmiah. tindakan ini dianggap melampau.

    jgnlah report polis semata2 kerana berbeza pandangan.

    Reply

    Agen al-meno Reply:

    pejuang yang selalu dirinya bijak…mcm ni ler peranggai dia..selalu lupa daratan. Bila dah naik, dia rasa diri dia tu hebat sangat. Last2x, masuk parti PKL=Parti Katak Lompat. Orang yang tak kukuh pendiriannya.

    Reply

  3. 3 Boring Mar 17th, 2010 at 2:36 pm

    The question of who should be the Opposition Head should not arised. Even PKR have only one MP still can become the Head so long he enjoyed the support from others party.

    A frog is till a frog ,no matter what you call it ! What blok bebas or independent blog…is better to be call Blog Moron !

    There is no such thing as independent MP…which one of it stand as independent during election ?

    To have this kind of MP around or sitting waiting for opportunities is best call Moron !

    Reply

  4. 4 fenrizian Mar 17th, 2010 at 2:38 pm

    TEPAT! PADAT! MANTAP! KALAU TAK KENA BATANG HIDUNG, NI SURE KENA TEPAT PADA DAHI!

    Reply

  5. 5 kamaruzaman Mar 17th, 2010 at 3:04 pm

    Buat saudara ku zul…..

    Kalau betul nak jadi hero berjuang utk islam ambillah pendekatan baginda rasululah guna kan kasih

    sayang itu baru betul jgn lah duk menjerit tak tentu pasal kata org islam sekolah pun bagus,kerja

    pun bagus ahli parlimen kan jgn lah keluar komen mcm budak sekolah……buat malu muka je

    Reply

  6. 6 chop Mar 17th, 2010 at 3:08 pm

    Dia tak mau hilang penchen kot

    Reply

    vengai Reply:

    CHOP,

    Kalu 2 kali berturut-turut jadi MP baru layak dapat pencen.Dia tau kalau election akan datang dia jadi calon mesti kalah punya. Entah kena baling kasut atau telur busuk jika dia turun padang untuk raih undi. Macam mantan sammy vellu parapunde kena hambat kat pinang lari lompat longkang sampai kasut terlucut masa cuba raih undi PRU 12 dulu.Thats y dia lompat kat ketua erection aka altantuya monggolia.Sebat pulus awal-awal….

    Reply

  7. 7 ahi4855 Mar 17th, 2010 at 4:00 pm

    buat apalah nak habiskan peluru layan yb otak sengal nih….. sapa nak bagi elaun /- rm10k sebulan kpd hang woiitttt? setahun dah berapa? kira sendirilah kalau 5 tahun jadi ahli parlimen berapa hang dapat elaun & lain2 perks!!!!? yb tahap mangkok hayun…

    Reply

  8. 8 Putra Mar 17th, 2010 at 4:30 pm

    Zul Noordin has the mentality of a juvenile delinquent. Berhujah dengan Wan Azizah, dia pegi petikai kawan tu pakai sarong tangan. Kan mentality juvenile tu – dan bagitu nakal.

    Pegi layan budak nakal ni buang masa je

    Reply

  9. 9 abah Mar 17th, 2010 at 5:08 pm

    Menyampahlah…si zul ni…
    masa berkempen dulu atas tiket pkr. Masa berkempen pun bersama2 dsai. Lagi tak
    nak terima kenyatan..Letak jawatan laa..en. Zul ooii…

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    Hidop Abah!

    Reply

    PejuangKePetualang Reply:

    penyokong dia dalam blog zul4kulim adalah orang-orang UMNO pernah membenci dia dan cuba menjatuhkannya semasa dia dalam PKR.

    Penyokong2x yang amat berbahaya dan dahulunya musuh politik sekarang menjadi “supporter” agar dapat projek.

    Reply

  10. 10 memangtakpandai Mar 17th, 2010 at 5:12 pm

    Boleh saya tahu siapa zulkifli yang korang bising-bising sangat ni? Dia ni firaun ka? Macai ka? Kambing Hitam ka? Kacang lupa kulit ka? Kalau dia tak pakai bendera PKR masa PRU12, dia boleh menang ka? Inilah contoh ‘melayu mudah lupa’. Kalau ada pendirian memang dia letak jawatan dan kosongkan kerusi. Kalu anak jantan bertandinglah semula. Kalau menang memang hang hebat. Ini diperkudakan dengan media BN. Dah sama dah macam si katak tu. Sekarang ni ada Program Relialiti dalam Parlimen dengan 5 calon macam Akedemi Fantasia, Siapa banyak cakap dan popular dia ada harapan PRU13. Saling tak tumpah.Yang ‘lead’ sekarang Im ’si Ong-Ong’, diikuti oleh Kipli ‘Aku Hero’, Zar ‘2 hinggit’, Tan ’semua tak betul’ dan last sekali nama pun aku tak kenal tapi aku begi dia gelaran ‘I follow’.

    Reply

  11. 11 Zainal Mar 17th, 2010 at 6:15 pm

    Biarkanlah Zul Nordin ni menari sepuas-puasnye.. Nanti dia dah penat menari senyap la dia..
    Masa tu baru la dia akan terfikir mana yang aula mana yang tidak..

    Reply

  12. 12 Sukaduka Mar 17th, 2010 at 6:32 pm

    tak sabar rasanya nak tengok MP-MP bebas ni bertanding pada PR13… mampukan pertahankan kerusi yang ditandingi atau jatuh kecundang?? nak tengok juga kuat mana “rakyat” yang “diorang” wakili… betul ke tak rakyat yang diwakili tak mahu MP-MP ni letak jawatan atau “ada udang di sebalik mee”… tak sabar tak sabar…

    Reply

  13. 13 Nasir Khan Mar 17th, 2010 at 6:42 pm

    Zul Nordin today is exactly similar to Ezam Mat Nor. Both are top level hypocrites!
    Ezam Mat Nor…was once DSAI no 1 supporter and defender…sampai ke Kamunting and was inmate of Penjara Kajang in fighting for justice! Lepas hilang akal dan masuk amno…lain pulak cerita..
    Tak hypocrite ke namanya tu…perjuangan yg tak ada keikhlasan langsung. Same goes with Zul Nordin…big dumb hypocrite!

    Reply

  14. 14 DIDI KOTA BELUD Mar 17th, 2010 at 6:58 pm

    sebenarnya saudara kita WHYBE ZULKIFLY NOORDIN NI cuba untuk bermain fluk shoot dengan kita semua.yaa macam orang main snooker.fluk masuk menang…sebenarnya whybe.aku orang kota belud yang takdak pendidikan ni nak bagilah nasihat kat hang yang berpendidkan tu,itupun kalau sampai atau sapa-sapa boleh sampaikan.AURA,KARISMATIK,PRINSIPAL,KETOKOHAN,KEJITUAN PERJUANGAN ADALAH SEPERTI BATU KARANG YANG KERAS,TAJAM,TEGAR DAN PADU.TIDAK ADALAH ISTILAH FLUK UNTUK MENDAPATKANNYA ATAUPUN UNTUK MEMBINANYA.KALAU boleh ikut barisan ikut,tak boleh ikut jangan ikut dan banyak alasan.tapi pastikan anda seorang pejuang yang MASIH bermaruah.kalau boleh,dengan sisa maruah whybe yang tinggal 1 un,whybe berhentilah membela kebebasan hidup yang whybe nak perjuangankan tu.jangan makan duit rakyat semata-mata nak bebas itu ini.JADILAH PEJUANG YANG BERMARUAH.KATA KUMPULAN MAMU RAJA LAWAK .KALAU BERMARUAH, RAKYAT MESTIIIIIIIIIII MARIIIIIIIIIIII.

    Reply

  15. 15 opghani Mar 17th, 2010 at 7:04 pm

    saya rasa ini Zul memang barua,teringat saya masa reformasi 1998 dulu didepan masjid Jamek dia melarang orang ramai dari berreformasi nanti ditangkap polis.Lepas tu saya ada sengar dia ni agen
    UMNO.Saya sendiri pernah dengar dia berceramah di salah sebuah surau di kota damansara.kesimpulan yang saya dapati dia ni memang BARUA dan kalau di RMC yang dia mengaku dia bekas pelajar kita panggil atau gelar orang macamini BASTARD

    Reply

  16. 16 vengai Mar 17th, 2010 at 7:29 pm

    Zul kopiak ini bukan pejuang Islam yang tulin. Dia gunakan agama sebagai perisai untuk menghalalkan perbuatan haramnya.Dia menang dulu dengan lebih 11,000 undi orang bukan islam (Kafir).He said he is muslom first. Fuck you ass hold. You become and MP with majority non muslim vote. If you have dignity and men of your word, than resign the MP seat and stand for election as an indipendent or you may join the Altantuya Mongolia Erection tean aka Barisan Najis and contest under their ticket.Then the none who voted for you salute each and every of your word. Until then as for us none malays you are a lier, sinner and will go to hell once you die.Kau kena jawab pada “Mungkar dan Nangkir” Zul loyar buruk.Mind it.
    You use the name of the GOD and holy prophet Muhammad to cover your sin .Jibrail and Asrail are watching and you sin already written in their book of punishment.

    Reply

  17. 17 Syukria Mar 17th, 2010 at 7:31 pm

    Apa yang tercatat dalam komen yang di atas semuanya betul. Memang dasar manusia mudah lupa dan terlalu tinggi egonya. Saya dah lama kenal dan dengar nama Zulkifli Nordin ni tapi tak lah sehebat sekarang niu yang sentiasa diberi ruang dalam akhbar termasuk media massa milik pemerintah. Dulu nak tgk batang hidung dia pun susah, terpaksa beli kaset baru blh dengar suara dan tgk muka dia. Wahai Zul yg selalu berketayap, hang ingat kalu hang tak menang dalam pilihanraya atas tiket PKR dulu hang boleh jadi macam ni ke? Hang ingat kalu hang bertanding atas tiket bebas hang blh menang ke? Aku ingat taik kuda pun tarak la? habuk pun tarak tau tak? Kenapa BN tarik balik saman atas hang? Apa lu ingat senang ke BN nak serah cam tu tanpa ada muslihat? Ada cerita dia pi jumpa Pak Lah dan juga Najib? Apa cerita ni? Perangai dia Tak ubah macam musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Kalau hang hebat sangat sebagai pejuang Islamn dan nak tegur orang pakai sarung tangan, aku nak tengok hang tegur tak orang tak pakai tudung, bersalam diantara laki dan perempuan yang bukan muhrim, pengamal rasuah terhormat dikalangan orang kenamaan, penyalahgunaan wang rakyat dan lain-lain. Kalau nak berkokok tentu benda yang mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.

    Reply

  18. 18 hidopPAKATANrakyat Mar 17th, 2010 at 8:20 pm

    Sahabat2 semua,

    Amat setuju 200% penulisan diatas! Baguslah ada jugak orang yang arif dan berilmu dapat membentangkan penulisan yang benar2 mencelikkan mata rakyat!

    Kalau DS Anwar Ibrahim sudah dipersetujui oleh PAS dan Dap supaya jadi ketua pembakang, biarkanlah begitu. PKR hanya lalui kempen pembersihan dalaman PKR sebelum PRU 13! Sungguh besar dugaan Kepimpinan PKR buat seketika ini! Biarlah! Teruskan perjuangan untuk membela rakyat! Patah tumbuh hilang berganti! Ramai lagi yang baik akhlak dan professional yang boleh ganti! Pandai2lah PKR pilih mereka ini semua!

    Yang saya tidak boleh faham sampai sekarang, mengapakah terjadinya Lompat parti atau dipecat olih parti masih lagi hendak memegang jawatan sebagai ahli bebas pulak!

    Lagi satu yang saya tidak faham ialah masa bertanding pilihanraya baik DUN atau PARLIMEN, mereka ini semua melaung2kan perjuangan sesuatu parti dan dibantu olih rakan2 seperjuangan didalam parti dan Pakatan, tetapi bila terjadi lompat atau pecatan, mereka sesenang2nya boleh terus memegang jawatan sebagai ahli bebas baik adun atau mp!

    Cara yang terbaik ialah bagi Pakatan Rakyat benar2 membuat AKTA LOMPAT PARTI jika berjaya memerintah nanti! Senang sahaja akta tu! Lompat parti atau dipecat dari parti, kosongkan sahaja kerusi DUN atau parlimen dan serahkan balik kapada rakyat untuk menentukan kerusi yang sudah dikosongkan. Rakyat wajar dihormati! Kan slogan KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT! Mana hormatnya pada rakyat begitu?

    Sekian wasalam!

    Reply

  19. 19 hidopPAKATANrakyat Mar 17th, 2010 at 8:55 pm

    Sahabah2 sekelian,

    Seelok2nya begini!

    Lain kali, kalau hendak bertanding baik DUN atau PARLIMEN, kenalah betol2 diatas satu landasan. Landasan ini wajarlah parti atau bebas! Baru itu benar2 boleh ukur siapa rakyat pilih! Apakah parti atau bebas!

    Bila terjadi lompat parti atau pecatan dari keahlian parti, KOSONGKAN SAHAJA KERUSI DUN ATAU PARLIMEN ITU! Hormatlah pada kehendak rakyat sebab rakyat memilih diatas dasar perjuangan sesuatu parti atau Pakatan atau kalau rakyat memilih calon bebas, maknanya rakyat mahu calon bebas yang bertanding itu menang! Maka, biarlah rakyat jua yang menentukan! Mintak mintak, janganlah terjadi macam sekarang! Tak bestlah gitu dan tidak gentleman lansung! Pulangkan balik pada kuasa rakyat memilih! Kalau sudah lompat atau dipecat dari parti, apa susahnya ni nak jaga kehendak rakyat! Bertandinglah……….samaada mewakili parti baharu atau calon bebas! Baru itu saya rasakan gentleman dan adil pada rakyat jelata!

    Sekian wasalam……….

    Reply

  20. 20 hidopPAKATANrakyat Mar 17th, 2010 at 9:21 pm

    Biarlah! Lompatlah………Kalau kena pecat tu, nasib lah kan!

    PKR wajar dan wajib buat kempen pembersihan dengan clorox supaya PKR benar2 mempunyai pemimpin2 yang berkaliber, berjiwa rakyat, akhlak tinggi,menentang kemungkaran dan professional menjalankan sesuatu tugas!

    Cukup2lah dengan perangai pura pura musang2 berkaki dua, berbulu ayam dan jugak mereka yang duri duri didalam daging baik didalam PKR, PAS dan DAP!

    Rakyat jelata bukannya bodoh! Rakyat sudah tahu siapakah Permata dan siapakah kaca yang sebenarnya! Kepimpinan Pakatan Rakyat wajar dan wajib dedahkan siapakah mereka mereka ini yang menjadi musang berbulu ayam dan duri dalam daging! Rakyat wajar dan wajib tahu dugaan besar yang melanda Pakatan Rakyat!

    Tidak dapat dinafikan bahawa memang susah hendak mendapat pemimpin2 yang benar2 tinggi akhlak, jujur,amanah dan benar benar memperjuangkan nasib rakyat! Namun, saya rasakan masih ada lagi manusia2 yang benar2 tinggi akhlak dan professional menjalankan tugasan jika kepimpinan Pakatan Rakyat benar benar berusaha kuat meniliti betol betol latar belakang sesaorang itu!

    Walaupon sesaorang tiada pengalaman pegang jawatan politik selama ini, tidak semestinya tidak boleh jadi pemegang jawatan politik kalau diberi peluang! Bagilah mereka mereka begini peluang! Insyaallah berkat akhlak yang baik, tinggi dan mulia dan mempunyai pengalaman professional mentadbir, mereka ini semua boleh berjaya menjawat apa apa jawatan politik bersesuaian dengan kebolehan masing masing!

    Tidak perlu lagi politik wang untuk menaikkan sesaorang itu jadi penjawat pimpinan politik! Kalau dia baik, bagus, berkebolehan dan berakhlak tinggi, saya kirakan rakyat akan setuju dengan calon2 begini! Yang mereka mereka yang veteran dan berpengalaman, bantulah pemimpin2 baru ini semua supaya mereka tidak tergelincir landasan yang betol! Rajin2lah bermesyuarah dan dengar suara ramai!

    Sekian wasalam

    Reply

  21. 21 Anak Nelayan Mar 17th, 2010 at 10:01 pm

    Org kenal Zul Nordin ni pun sebab pernah jadi peguam Anwar dulu, itu pun mungkin tahap peguam yg cari fail jea kot dlm kumpulan Crishtoper Fernando dulu…

    Kalau tak sorrylah org nak kenal…cakapnya berdegar-degar ekor bergelumang tahi…

    Reply

  22. 22 shiro Mar 17th, 2010 at 10:12 pm

    hmm…mmg x dpt d’sangkal lg..kalimah allah mmg di paki sjak dr zmn rasulullah s.a.w…spatutnya dfkirkn ap yg ptut di lakukn ttg kes murtad yg meningkat…bknnya terpekik dok nk melaung x boleh guna kalimah allah…semua tu publisiti….nk dok nipu sesetengah org kg yg kurang cerdik…tp…rsanya..org bndar pn byk yg kena ‘chong’ gak…hakhak…

    Reply

  23. 23 yed Mar 17th, 2010 at 10:40 pm

    En Zul Noordin ni ‘gentlemen’ tak kena tempat.. biar pandai tapi jangan ‘memandai-mamndai’..jangan biarkan keangkuhan menguasai diri.. kelak nanti memakan diri.

    Reply

  24. 24 Zzjebat Mar 17th, 2010 at 11:06 pm

    Semasa PRU12, atas tiket PK/PR berjanji itu/ini dan
    menang…akhir2 keluar PR jadi BEBAS…mungkir janji
    apa dogolongkan?????

    Bila tak amanah dan mungkir janji….LETAK JAWATAN
    itu baru ada prinsip dan Maruah.

    Semoga kita tak termasuk manusia golongan ini….Amin

    Reply

  25. 25 joe Mar 17th, 2010 at 11:47 pm

    tanya la org kulim ada nampak dia melawat kawasan ke? tah lepak kat wisma yakin opis dia je

    Reply

  26. 26 Pengamal undang-undang Mar 18th, 2010 at 12:14 am

    Sebelum British meninggalkan Malaya dahulu, British telah membuat perjanjian dengan PERIKATAN mereka akan memberi kemerdekaan kepada Malaya dengan syarat PERIKATAN mesti melaksanakan mengikut undang-undang Beritish…sehingga sekarang setelah 53 Tahun merdeka masih separuh dari undang-undang dalam negara ini mengamalkan undang-undang mengikut koloni British. Saudara Zul sedar tak ilmu yang dipelajarinya itu di NZ dahulu itulah perangai pengamal2 undang-undang british yang dibanggakannya. Semasa diNZ saudara Zul aktif dalam UMNO bersama kawan sebiliknya saudara Masalan jawa yang sekarang ini ketua penerangan UMNO. Inilah caranya mereka medapatkan rahsia dalaman PAKATAN RAKYAT. Saya cukup bersyukur PKR memecat saudara Zul yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada PAKATAN yang berintigriti dalam semua hal untuk rakyat.. PAKATAN adalah hubungan berteraskan konsep ISLAM untuk semua…ISLAM sentiasa menjadi pegangan dalam merealisasikan hubungan dan ikatan PAKATAN RAKYAT. DAP PAS & PKR maka empunyai perjanjian secara bertulis berteraskan PERLEMBAGAAN NEGARA.
    Dalam hubungan inilah PAKATAN RAKYAT terdiri dari PAS, DAP & PKR secara jelas dan hubungan yang cukup akrab melantik Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen jadi kenapa UMNO/ BN dan katak2 yang tidak ada kaitan dengan PAKATAN RAKYAT hendak menjadi jaguh dalam media MELOYA / BH / TB3 dll. Sebagai ahli MP anda jalankan tanggung jawab anda pada kawasan masing2 kerana sekarang UMNO berlumba2 nak membantu saudara…Pada rakyat bawahan semakin jelas dan nyata mengetahui apa pekara sebenar yang terselindung disebalik pekara yang saudara bawa kalimah ALLAH… Jangan kerana ketayap yang saudara pakai setiap hari menjadikan saudara semakin terpesong jauh dari akidah politik saudara…Rakyat memilih Parti dan Hubungan PAKATAN RAKYAT bukan nama yang saudara bawa…setiap undi itu satiap undi itu adalah dosa dan pahala maka bila rakyat memangkah PKR maka amanah telah diberikan kepada pemegang amanah tetapi bila amanah telah terlucut maka dosa pahala pun turut terbawa….seperti katak2 lain…

    Reply

  27. 27 PengundiPakatan Mar 18th, 2010 at 12:38 am

    Alah…dulu nk jd calon pun sehelai sepinggang. nk cari mkn jadi lawyer tak laku…pp tersorong2 hdung tak mancung. Lgpun ada kautim dengan UMNO, sebab tu petisyen ke atas zul ditarik saat akhir. Ni la al konon pejuang Islam…ke pejuang perut sendiri…keh keh keh..mcm la rakyat bodoh..politik murahan betul…sama la dengan fairus penanti tu…duit punya hal…nak org bagi bulan berbelas2 ribu….bg 4k tak cukup. selera besaq betoi!!!

    Reply

  28. 28 karim abu Mar 18th, 2010 at 12:48 am

    kenapa tak nak kosongkan kerusi.mudah je jawapanya pasal RM.sapa nak kasi RM10k sebulan.RM120k stahun.RM600k 5tahun.bukan kena keje pikul buah sawit pun.cakap je.

    Reply

  29. 29 AS Mar 18th, 2010 at 1:11 am

    Orang macam Zulkifli Noordin baik campak aje dalam laut. Tak ada logik jadi Ahli Parlimen Bebas. Bebas macam mana? Kalo cakap betul-betul bebas, takde pun. Dia cakap baik-baik kat Najib & Ibrahim Katak tapi tak segan hentam DSAI. MP Bebas, kepala hotak dia tu.

    Reply

  30. 30 xtreme Mar 18th, 2010 at 3:10 am

    kalau si zul ada maruah dia kena kosongkan kerusi dewan.Dan tanding balik atas tiket bebas,baru bolih jadi hero.hebat. Ini dia menang atas tiket pkr.tak tahu malu ke! dapat gaji haram,bagi anak bini makan hasil haram.

    Reply

  31. 31 zack Mar 18th, 2010 at 4:18 am

    itulah kenyataannya tentang zul. awal-awal nak jadi calun lagi dah buat hal. tahu law praktik law tapi peraturan PRU pun fail. budget pun tak buat. nyaris petition UMNO buat kerusi bandar baru terbang macam tu saja. apa sbenarnya ZUL ni? buang masa? macam kacau daun? gila glamour? nak cepat naik dan macam-macam lagi. Inilah masalahnya kalau dok dalam majlis nak pakai kepala sendiri , lupa diri tak ingat pentingnya organisasi. kalau teror sangat tubuh parti sendiri jadi kepala sendiri guna akal sendiri tengok layak awak tu kat mana saja zul…….

    Reply

  32. 32 pahat gajah Mar 18th, 2010 at 5:19 am

    zul ni sepatutnya dah ada tapak sendiri untuk berjuang seperti mana yang beliau kehendaki. tapi yang jelas beliau seperti gila talak, asyik dok cerita tentang PR dan PKR.

    mungkin beliau belum bersedia untuk dipecat atau memang beliau sayangkan PKR. apa pun keadaannya PRU 13 nanti dia akan sedar sepatutnya apa yang beliau mesti lakukan.

    cuba tengok zaharin, bila PR masih belum berjaya untuk menawan PR, beliau menunjukkan kekecewaannya lalu keluar dari PKR, dan beliau dedahkan strategi PKR kepada umum. dia tak cerita pun apa strategi bn untuk dia. jelasnya zaharin juga tidak setia dan mengharapkan jawatan menteri, lihat nanti PRU 13 apa akan jadi…

    ayuh rakyat semua, kita kenal pasti orang yang tidak setia kepada perjuangan…

    Reply

  33. 33 blackrose Mar 18th, 2010 at 7:03 am

    YB[yang bahlul]zul,you are what your muslim brothers said “jual akhirat untok dunia”if you are a muslim believing in your faith,vacate your seat and stand for election under your so called independant party.Is it so difficult to do?.If you need help we are willing to help you do so.Campaign for you no hal one ma,only kacang puteh!!!.

    Reply

  34. 34 mat Mar 18th, 2010 at 8:24 am

    MELAYU BUKAN MUDAH LUPA…TAPI SEBENARNYA MAJORITY ORG2 MELAYU ADALAH BODOH2 SOMBONG BELAKA..!!
    DITAMBAH DGN TALI BARUT2 KAYU BAIK DIMANA2 PUN MELAYU DI DUNIA INI..!!MAHU TIDAK MAHU INI LAH KENYATAAN YANG SEBENAR2NYA..!!INI AKAN BERLAKU SEHINGGA DI HARI KIAMAT.!!ITU JANJI TUHAN BAGI ORG2 YANG RUGI DI DUNIA DAN AKHIRAT..!!HANYA SEGELINTIR SAJA YANG BIJAKSANA..MUNGKIN TIDAK SAMPAI SEJUTA UMAT MELAYU DALAM KESELURUHAN NYA.TERIMA LAH KENYATAAN INI.

    Reply

  35. 35 ahmad Mar 18th, 2010 at 9:52 am

    Zukri Aksah,

    basically,saya tak percaya you nie bukan penyokong PKR or PR.Your writing is biased.So,you must someone else in the party I believe.

    At the same time,Zulkifli does the wrong thing as he refused to listen to PKR disciplinary board panel.However,he does the right thing defending Islam and voice out strong message to the public on the issues of Kalimah Allah.

    In summary,let it be.There is nothing to afraid of with Zul or Firaun Kecil in PKR.We are all stand for justice and Islam.

    Reply

  36. 36 Zad Mohammad Mar 18th, 2010 at 10:52 am

    Saya rasa semua Anggota Parlimen (AP) Bebas yang keluar dari parti PR, hendaklah bebaskan diri dari memegang jawatan sebagai AP. Ini disebabkan rakyat telah memilih mereka dan memberikan amanah dan tanggungjawab2 untuk dilaksanakan. Jika mereka tidak membuat demikian, siapakah yang akan menjalankan segala amanah dan pembangunanan di kawasan yang mereka wakili. AP bebas ini janganlah berlagak sebab tanpa sokongan dari PR dan penyokong2nya, nescaya AP bebas ni akan kalah dalam pilihanraya dan hidup merempat dan mengharap belas ihsan dari PK. Saya rasa salah satu sebab mengapa mereka melompat ke BN/Bebas ialah dalam BN ada wang ehsan, banyak itu.

    Reply

  37. 37 mr reformist 20 Mar 18th, 2010 at 1:09 pm

    saya sedih bila tgk berita tv3 semalam dimana YB katak zahrain memalukan datuk seri anwar ibrahim…mmg dasar manusia stupid…si yang dipertua dewan rakyat pulak boleh je membiarkan si katak tu berucap mengaibkan datuk seri…kalau usul yang pakatan ingin bentangkan,ditolak mentah2…memang dasar kerajaan korup,penuh dengan orang2 bdoh….datuk seri jgn rsau,rakyat marhaen mcm kami akn sentiasa berada di samping dsai…lawan tetap lawan….

    Reply

  38. 38 rakyatbiasa Mar 18th, 2010 at 2:15 pm

    Salam…
    saya masih ternanti2 komen Dato Seri tentang tomahan yg d lemparkan oleh MP Zaharin d parlimen semalam (17.03.2010).

    Reply

  39. 39 mat Mar 18th, 2010 at 4:38 pm

    muka zul penuh dengan barua cari makan macam brahim ali.lepas pru 13 nanti mereka kan jual gigi aje.tengok nanti

    Reply

  40. 40 Zul Bengong Mar 18th, 2010 at 8:38 pm

    Zul ni bukan pejuang tapi agen UMNO. Dah lama rakyat tahu. Gerakan taknak terima dia masuk BN. That’s why dia masuk parti PKL = Parti Katak Lompat. Dia mempergunakan kuasa sbg seorang ahli parlimen untuk menhpanhancurkan harapan rakyat. Dia tak tahu ramai rakyat kecewa dgn orang macam ni. Dia selalu bercaakap pasal agama dan ada beberapa tempat dia dah ceramah akan tetapi dah ade beberapa juga dia disenaraihitamkan dan tidak akan dipanggil semula.

    Dia tak faham sifat seorang pejuang. Pejuang kena ada ketahanan diri dan mempunyai pendirian yang kukuh. Zul ni masih tak faham politik di Malaysia agaknya. Dia tak pernah bertanya dengan Ibrahim Ali dan KuLi macam mana diorang ni dipermainkan oleh UMNO. Ini bermakna Zul ni menjolok sarang tebuan. Sekarang ni memang UMNO perlukan sokongan kerana beberapa perkara berikut:-

    i) Pilihanraya Sarawak akan tiba dalam masa terdekat ini. Kerajaan BN cuba menunjukkan PKR tidak kukuh dan kucar kacir.

    ii) Kerajaan BN nak dapatkan majoriti 2/3 supaya senang nak buat persempadanan semula. Kerana tahu dan tak yakin pada PRU-13. Apa tidaknya, sebab itu UMNO cuba pujuk orang Melayu/PAS untuk bekerjasama.

    iii) UMNO dan BN sekarang ini dalam keadaan tenat dan ketakutan akan jatuh pada PRU-13. Oleh yg sedemikian, mereka buat program Juara Rakyat. Kesian depa ni.

    iv) UMNO juga rapuh dan berpecah belah disebabkan ramai ahli dah tahu susun atur PM yang akan datang ialah balik ke susunan dari Tun Abdul Razak (Najib), Hussein Onn (Hishamuddin) dan Mahathir (Mukriz). Nampaknya, PM adalah terdiri mereka ini sedangkan SPM pun tak lulus. Belajar ekonomi kat U.K setakat mendapat sijil sahaja dan ilmu tak kemana.

    Jadi fikir2kanlah.

    Reply

  41. 41 Mohdhanif Mar 18th, 2010 at 9:10 pm

    Teringin nak tahu senarai penuh Kabinet Bayangan PR. Di mana boleh dapat ye?

    Reply

    Agen al-meno Reply:

    Bro, u ni agen al-meno ke? Siapakah awak nak minta maklumat sulit dari PKR? Cara minta macam bebdudak minta gula-gula….hmmm

    Reply

  42. 42 BENCIPENGKHIANAT Mar 18th, 2010 at 10:21 pm

    Melaun2 yg melompat dan dipecat ini ada lah orang2 yang akan memakan bangsa nya sendiri,
    sejarah telah membuktikan nya! Kesultanan melaka hilang dek krana orang2 macam ni lah,mereka hanya mementing kan tenggolok mereka je……..bertapa hina dan bangsat nya mereka!Orang yang tak ada prisip dan moral hidup yang sempurna disisi Allah.Mereka2 ini lah yang akan di laknat
    hingga ke akhir zaman!

    Reply

  43. 43 kasianDSAI Mar 18th, 2010 at 10:32 pm

    Kesian kat DSAI.. Bermati2an berjuang, kena buang, kena tumbuk, kena londeh, kena mata lebam, patah tulang belakang, Alamak kesiannya kat dia.. kawan-kawan dia yg dulu sanggup bersama, lani pi mana habeh, YB Zul sedaq la kedighi.. sapa bawa hang tanding kt Kulim, sapa yg duk puji hang selama ini, Najib buah salah besaq hang tak penah kata apa pun, macam ni punya hipokrit pooorahhhhhhhh

    Reply

  44. 44 aurora.ungu Mar 19th, 2010 at 12:06 pm

    nak kabinet bayangan blh tgk di pilihanraya kecil yang lepas….tp jangan terkejut kalau tgk anak beranak akan jaga kewangan negara nanti..tu pun kalau dia jd PM..lim kit siang timb perdana menteri..fikir sendiri lah….melayu kemana…ikut anak dia ker..lim guan eng…..melayu tak ke mana..hanya jual di kaki lima cuma beralaskan tikar..kembali kepada zaman ekonomi yang asal dahulu kala..cina dibangunan besar…

    Reply

    Agen al-meno Reply:

    brader..hanya orang yang malas sahaja akan tidur di kaki lima dan beralaskan tikar. Persoalannya, kenapa orang Melayu tinggal di negara asing lebih berjaya daripada Melayu di Malaysia? Dah buat kajian ke? Saudara ni tak nampak rakyat Malaysia ditndas dan dibuli oleh BN dan UMNO? Orang Melayu nak berniaga tepi jalan dihalau bagai haiwan. Sedangkan anjing makan sampah kita tak sampai hati nak halau. Kontrak-kontrak besar semua disalurkan kepada orang UMNO. Rakyat? Dapatlah projek belasan ribu termasuk bagi makan pegawai yang meluluskan projek. Adilkah semua ini? Berjiwa rakyatkah? Bukankah ini kejam namanya. Fikirkanlah perangai orang UMNO.

    Reply

  45. 45 aurora.ungu Mar 19th, 2010 at 12:15 pm

    kabinet bayangan ada disetiap pilihanraya keccil…tgk lah…tp jgn terkejut siapa menteri kewangan 1 dan 2….limkit siang jd TPM…..ayah cik hj hadi…menteri belia dan sukan….

    yang pasal yb zul tu..dia lg kamcing dgn anuar ebrahim….kita tak tahiu apa yang dia nak buat…tp yang penting zul pg mekah tak ajak anuar ibrahim..sampai serukot nak masuk bebas

    Reply

    Agen al-meno Reply:

    Zul kat Mekah dapat ilham nampak RMRMRMRMRMRMRM

    Reply

  46. 46 ZulBengong Mar 21st, 2010 at 5:15 pm

    Zul tu kalau tak DSAI dan PKR yang bagi ruang kat dia bertanding, sampai la tak rasa jadi ahli parlimen. Sapa tak kenal Zul Nordin ni… berapa parti dia dah masuk…sama macam Ibrahim Ali…la ni jadi pengikut Ibrahim Ali…memang sesuai sangat. Dah ade ketua yang suka melompat, apa lagi join ler. Kalau masuk UMNO, nanti GERAKAN keluar BN. Gerakan kata dalam suratkhabar Zulkifli Nordin ni tidak boleh duduk dalam parti berbilang kaum macam BN. Dalam PAS pun dia tak boleh.. macam mana? Maka tinggal parti satu lagi…BEBAS yang tidak bebas kerana sudah dijerat dan terjerat.

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners