Parlimen: Rang Undang-Undang GST Masih Dalam Agenda

17 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh S Pathmawathy

Dewan Rakyat masih belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kedua.

Sehubungan dengan itu, timbalan speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) berkata sehingga mereka menerima arahan itu, kertas aturan sidang akan juga memuatkan rang undang-undang itu.

Wan Junaidi memaklumkan perkara itu selepas ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud berkata rang undang-undang GST masih dimasukkan dalam aturcara perdebatan.

Perkembangan itu bermakna kerajaan masih boleh membentangkan rang undang-undang GST itu pada sessi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ini.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang itu ditangguhkan kerana kerajaan memerlukan lebih masa untuk mendapatkan pandangan orang ramai sebelum melaksanakan cukai baru itu.

Pendapat Anda