17
Mar
10

“Tuntut Hak!”Lebih 2,000 Orang Asli Berhimpun di Putrajaya

Dari Malaysia Kini
Oleh Salhan K Ahmad

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan “boo” oleh Orang Asli.

Mereka bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.


7 Responses to ““Tuntut Hak!”Lebih 2,000 Orang Asli Berhimpun di Putrajaya”


  1. 1 Maverick Mar 17th, 2010 at 3:53 pm

    Fairdinkum ,
    all the while I knew the uneven playing fields in this country is
    like the killing fields in Cambodia. The sons of this land has risen
    to the ocassion to claim rightfully what was THEIRS . Looks like I have
    to start packing my bags, cheers. The aboriginal land rights in
    Malaysia, cheers again .

    Reply

  2. 2 kublai khan Mar 17th, 2010 at 6:22 pm

    Sebenarnya satu Malaysia telah gagal sepenuhnya!! Orang asli adalah peribumi di Malaysia ini, kita semua adalah pendatang, Melayu,Cina,Paskitan, anak mami, India,bangala, Indon. Di Darwin utara Aust tanah para Orang Asli Aust di wartakan, para penternak tidak di benarkan sama sekali menceroboh kawasan yang telah di wartakan. Apakah kita melakukan perkara yang sama???? jika 50 Ahli Perliment Aust bangun menengkah Perundangan kita ada benarnya!!. Kenapa kita asingkan Polis dari Trup Senoi Peraq (pasukan dari Orang Asli) sedangkan pasukan tersebut tidak perlu ada kerana peranan tersebut telah diambil alih oleh Pasukan Gerak AM. ini jelas orang asli cuba di kastakan. Pasukan Senoi Peraq ditubuhkan oleh Inggeris berdasarkan keadaan semasa ketika itu darurat tapi kini sudah tidak sesuai dengan zaman. pasukan ini harus di lucutkan demi one Malaysia. apakah UMNO BN cuna memupuk semagat penjajah???? . nanpak jelas Orang asli cuba di asingkan dalam kita sedang berusaha mendabik dada bahawa kita adalah juara Rakyat!!!. orang asli adalah sebahagian dari anti pemanasan Golobal mereka dan hutan adalah pelengkap sekitar.

    Oleh itu wartakan kawasan mereka dengan segera. sebelum GST dilaksanakan supaya pendapatan mereka setimpal dengan cukai yang akan di kenakan kelak. ini keranan SSt tidak megenal Bangsa,agama,miskin,susah,kedana,merempat,peminta sedekah,budak jalanan,OKU,yang tidur bawah jambatan pun kena GST. jika GST dilaksanakan mungkin ramai yang akan memulakan kehidupan di hutan. “Back to Green” makan akar kayu dan pucuk pucuk kayu dengan sifar menbeli.

    Reply

    kulup amrin Reply:

    Ahli perliment berhimpun seramai 190 MP di perliment mewakili 25 juta Rakyat Malaysia

    tertapi Orang Asal berhimpun 2000 orang mewakili 1000 ribu penduduk rakyat orang asal. Untuk menuntut “Ketuanan Orang Asal”. Kalau JAKIM tak ada rotan nak rotan si Saiful Jakim boleh oder dari Orang Asal!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  3. 3 WIRA DAMAI Mar 17th, 2010 at 7:11 pm

    As.kum. salam Reformasi dari masyarakat Orang Asli Sunggala, Telok Kemang 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Reply

  4. 4 xxx Mar 18th, 2010 at 3:22 pm

    Apabila sampai ketahap orang asli berhimpun seperti ini apalagi yang boleh kita gambarkan tentang kerajaan 1malaysia menganahi solagan mereka ‘rakyat didahulukan’ atau ‘juara rakyat’?

    Reply

  5. 5 Boring Mar 18th, 2010 at 7:01 pm

    Sekian lama mereka telah dirompak…jika berterusan akan seperti Australia !

    Reply

  6. 6 aiman Mar 22nd, 2010 at 12:14 pm

    rampas saja tanah air malaysia ni wahai org asli

    Reply

Leave a Reply