Archive for March 17th, 2010

17 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan. (more…)

17 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh Salhan K Ahmad

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri. (more…)

17 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review
Oleh Zukri Aksah

Saya terbaca kenyataan Zulkifli Noordin, salah seorang Ahli Parlimen bebas, bahkan dia satu-satunya Ahli Parlimen bebas yang menjadi bebas kerana dipecat, bukan keluar parti! Dalam kenyataannya dia menasihati Anwar Ibrahim supaya berundur dari jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Alasannya mudah, parti yang diwakili Anwar, PKR (juga parti Zul Noordin sebelum ini) tidak lagi menjadi parti terbesar di kalangan parti-parti bukan dalam kerajaan di Dewan Rakyat.

Zul Noordin (gambar kiri, sebelah kiri), selaku pengamal undang-undang, cuba merasionalkan kenyataannya ini menggunakan hujah perlembagaan, hujah undang-undang. Dalam bahasa undang-undangnya dia menggunakan istilah konvensyen. Sefaham saya konvensyen yang disebutnya adalah konvensyen berperlembagaan (constitutional convention) kerajaan berparlimen gaya Westminster yang sepatutnya menjadi amalan negara kita sebagai bekas sebuah koloni British, dan juga sebagai salah sebuah negara anggota Komanwel. (more…)

17 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh S Pathmawathy

Dewan Rakyat masih belum menerima permohonan rasmi daripada kerajaan untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk bacaan kedua.

Sehubungan dengan itu, timbalan speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) berkata sehingga mereka menerima arahan itu, kertas aturan sidang akan juga memuatkan rang undang-undang itu. (more…)