13
Mar
10

‘Lebih Baik Lompat Daripada Kekal Jadi Barah’

Dari Suara Keadilan

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekali lagi adalah lebih baik kehilangan Ahli Parlimen atau Exco daripada mengekalkan anggota yang bermasalah dan seterusnya merosakkan masa depan parti.

“Kalau kita nampak Exco goyang macam di Kedah, Exco itu daripada KEADILAN, saya minta Datuk Seri Azizan (Menteri Besar) panggil dia dan bagi amaran. Keluar fail hari ini, panggil dia tunjuk fail minggu depan dia lompat, lebih baik lompat daripada kekal menjadi barah dalam parti kita. Jadi kita tahu sebab apa dia lompat sebab dia ada kes.

“Saya minta maaf sebab ada calun-calun kita yang macam itu tapi Azizah (Presiden KEADILAN) kata ini adalah pembersihan,” kata Anwar merujuk kepada langkah beberapa bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang lompat parti menjadi anggota Bebas termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh.

Berucap kepada lebih 8,000 penyokong yang hadir pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di kampung Air Tawar di Mersing, Johor malam tadi, Anwar mengaitkan dengan keadaan politik negara masa kini dengan pelajaran hijrah yang di bawa oleh Rasulullah SAW.

Kata Ketuam Pembangkang itu masyarakat Islam yang pertama diwujudkan di Madinah oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai “ecumenical community par excellence” oleh sarjana Islam, Allahyarham Dr Ismail Faruqi iaitu komuniti Islam yang bertaut kepada tauhid serta mengamalkan ajaran serta nilai Islam sebenar dalam kehidupan mereka..

“Ini bermakna Rasulullah telah mewujudkan masyarakat Islam yang bertaut kepada tauhid bukannya hanya bercakap mengenai Islam tapi kaut kekayaaan berbilion ringgit, cakap pasal Islam tapi rasuah, berarak dan bersalawat ke atas Nabi SAW tapi melakukan kezaliman, mengaibkan orang dan sebagainya. Islam apakah ini?

“Sebab itu pelajaran daripada hijrah Nabi SAW ialah apabila kita hendak memilih pemimpin mestilah pemimpin yang mempunyai akhlak yang baik,” tekan Anwar.

Tambah Anwar dalam menyampaikan dakwah serta menyedarkan masyarakat mestilah dituruti dengan amal soleh.

“Kalau tidak orang berarak kita berarak, orang faham kita tidak faham, tahap kemaksiatan masih banyak, kita bicara pasal Islam tapi rasuah masih banyak, kita berbicara pasal Islam tapi kita tindas rakyat sendiri, kita bercakap pasal Islam tapi kita kumpul kekayaan untuk diri dan keluarga kita.

“Islam itu hebat tetapi ketinggiannya di mana – pada bicaranya atau amalan? Kita minta pemimpin DAP umpamanya supaya hormat kepada orang Melayu dan Islam tetapi hormatnya di mana – kerana kita ada kuasa, kerana kita ini Melayu dan ini negeri kita ataupun kerana akhlak dan kekuatan moral kita?” tegas Anwar lagi.

Sambil mengambil iktibar daripada sejarah Hijrah Anwar berkata Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia dengan berpaksikan kepada “uswatun hassanah” iaitu kekuatan aqidah dan keperibadian baginda.

“Baginda tidak membezakan antara yang di bawah dan yang di atas, hukum itu hukum yang satu, salah bagi menteri salah bagi rakyat, curi salah bagi orang besar salah juga bagi orang biasa, rasuah RM50 yang diambil oleh polis salah, RM500 juta yang diambil oleh menteri pun salah. Itulah yang dikatakan kekuatan “uswatun hassanah”.

“Hijrah atau pindah ini adalah satu perjuangan dan perjuangan itu tidak sama dengan ungkapan, tidak sama dengan keindahan melakar kata yang memerlukan pengorbanan,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Mengambil pengajaran daripada sejarah kehidupan pahlawan Islam berbangsa Kurdish, Salahuddin al Ayubi, Anwar berkata pemimpin Islam ini juga menyambut peristiwa Hijrah tetapi dengan tujuan menanamkan roh perjuangan bukan untuk berseronok-seronok.

“Roh perjuangan itu kemudiannya dikumpulkan sebagai kekuatan Islam raksaksa dan beliau dapat tawan semula Baitul Muqaddis dalam peperangan dengan King Richard “The Lion Hearted”. Apa pengajarannya, kita kena pilih pemimpin yang akhlaknya baik yang tidak guna kekayaan, tidak guna kuasa merampok kekayaan dalam negeri.

“Katakan 2004 saya bebas dan bincang dengan Azizah “sudahlah abang ni pun dah tua, dah masuk penjara, kita pencen dahlah kita pi sokonglah Pak Lah Badawi pemimpin yang terulung di dunia, Najib dan Rosmah pasangan yang cukup indah gemilai”, saya sekarang bukan Datuk Seri Anwar tapi Tun Anwar Ibrahim yang dipuji dan dipuja,” kata beliau secara sinis.

Anwar berkata walaupun beliau terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun tetapi keadaan negara tidak berubah malah bertambah buruk.

“Dengan kudrat yang Tuhan bagi saya teruskan perjuangan sebab saya tengok banyak kepincangan, enam tahun saya dalam penjara dasar ekonomi lebih baik, dak jugak, rasuah kurang, dak jugak, tetapi apabila saya keluar penjara saya lawan tetap lawan!

“Apa yang telah menjadikan budaya kita yang jadi lesu, takut, lemah dan hancur?

Anwar menyeru rakyat Malaysia supaya segera menyertai Pakatan Rakyat sebagai ahli dan juga pengundi demi memikul tanggungjawab besar bagi membuat mengubah dan membaiki segala kepincangan dan penyelewengan di bawah pentadbiran Umno-BN.


19 Responses to “‘Lebih Baik Lompat Daripada Kekal Jadi Barah’”


  1. 1 man Mar 13th, 2010 at 10:57 pm

    lawan tetap lawamn.

    Reply

  2. 2 nasser Mar 14th, 2010 at 8:52 am

    Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

    Kita tukar bangsa kita Melayu daripada lesu, takut, lemah, hancur, mundur, layu kepada bangsa Melayu yang Islami dan progresif.

    Ayuh semua!!

    Reply

  3. 3 Rakyat Berdaulat Mar 14th, 2010 at 9:22 am

    Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP.

    Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam.

    Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah.

    Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?. Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka .

    Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB .

    Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

    Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat .

    Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT )

    Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

    Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya.

    Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?.

    Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin?

    Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno.

    Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?.

    Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma .
    Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra.

    Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan.

    Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhriz sahaja.

    Reply

  4. 4 hidopPAKATANrakyat Mar 14th, 2010 at 12:34 pm

    Sahabah2 semua,

    Sangat benar apa yang diperkatakan diatas!

    Elok kasi buang kelongkang mereka mereka yang menjadi barah didalam Pakatan Rakyat! Kasi hapus semua itu Musang musang berkaki dua dan berbulu ayam yang hanya berlakun dan pura2 sahaja memperjuangkan nasib rakyat konon asalnya, tetapi sebenarnya didalam kepala otak musang musang ini, HABUAN POLITIK yang dijelmakan dengan wang ringgit,pangkat dan harta harta yang sebenarnya dikejarnya BUKANNYA cara betol tetapi cara salah dengan merompak wang ringgit dan harta rakyat dengan salah penggunaan kuasa biasanya! Begitu jugak mereka mereka yang duri didalam daging Pakatan Rakyat, adalah wajar disingkir dan dihapuskan sama sekali.

    Sudah sampai masanya Pakatan Rakyat merobak satu kaedah baharu untuk memberi ganjaran pada mereka mereka yang sebuk menyokong perjuangan sesuatu parti! Lumrahnya, mereka beriya2 sokong sesuatu parti sebab didalam kepala otak mereka sudah terbayang HABUAN2 POLITIK yang bakal mereka dapat! Pada mereka, buat apa bersusah payah didalam siasah politik kalau tiada habuannya? Tiada PENGERAS PAK, MANA ADA MOOD MAHU TOLONG TOLONG INI SEMUA! Begitulah lazimnya mereka mereka yang sebuk didalam aktiviti kepartian! Maka, Pakatan Rakyat sebagai PEMANGKIN PEMBAHARUAN atau REFORMASI wajar dan wajib renung betol2 didalam issue habuan ini.

    Bagus jugak seperti yang di lakukan olih Kerajaan Negeri Pulau Pinang! Dengar sahaja sesuatu syarikat hendak melobby sesuatu projek Kerajaan yang lobby nya datang dari ahli ahli politik baik dari PKR,DAP,PAS, UMNO, MCA,MIC DAN lain parti lain, TERUS Kerajaan Negeri batalkan sahaja syarikat yang didalangi olih mereka yang dari sesuatu parti politik walaupon datangnya dari Parti Politik Pemerintah!
    Kalau benarlah bagai diperkatakan oleh Mad Sabu didalam ceramahnya itu, ini membawa erti yang besar BAHAWA ORANG ORANG yang berkecimpong didalam POLITIK tidak boleh bergiat didalam dunia perniagaan lansung,nampaknya! Jadi, undang2nya senang sahajalah begitu! Pilih antara 2 kerjaya iaitu hendak aktif didalam politik atau hendak aktif didalam dunia perniagaan? So, kena pilih salah satu nampaknya! Malangnya, didalam otak mereka mereka yang masuk politik ini sudah terbayang habuan habuan politik yang bakal didapatinya! Jadi, bagaimanakah Pakatan Rakyat hendak menanangi mentaliti penyokong penuyokong parti yang bergiat didalam politik kerana tujuan utamanya ialah untuk mendapat HABUAN POLITIK?

    Cadangan dari saya senang sahaja kalau Pakatan Rakyat memerintah! Sediakan satu saluran TV hanya untuk propaganda Parti Pemerintah. Bagi Parti Pembakang pulak,benarkan mereka menyalurkan pendapat2 perjuangan parti Pembakang menerusi majalah2 keluaran parti mereka! Biar rakyat jelata semua dapat mendengar dan membaca dengan bebas dari kedua dua pihak iaitu Pemerintah dan Pembangkang!

    Dengan ini, rakyat bebas membaca dan mengikuti dari perjuangan kedua2 Pakatan yang berlawanan ini semua tanpa sekatan!

    Pihak Polis dan Tentera hanya perlu berjaga jaga sahaja sekiranya ada kekacauan yang ditimbulkan oleh sesiapa! Berjaga2 bermakna berada ditempat2 ceramah yang rakyat adakan! Tiap tiap ceramah mesti dapat permit yang memang dibenarkan tanpa sekatan supaya pihak penguasaan dapat berada ditempat ceramah yang dipohonkan itu.

    Biarlah rakyat bebas bersuara tetapi janganlah timbolkan kekacauan yang bakal menggugat keamanan awam dan negara! Setakat bebas bersuara, biarlah dibenarkan tetapi jikalau mereka mulai hendak mengugat keamanan awam dan negara, baharu itulah pihak pengkuasaan boleh bertindak! Jangan bertindak sebelum kekacauan berlaku! Biarkan rakyat bebas bersuara begitu!

    Sekian sekadar pendapat! Berilah pendapat sahabah2 semua.

    Reply

  5. 5 ibrahim man Mar 14th, 2010 at 12:35 pm

    insya Allah, PRU 13 kita tumbangkan bn. Ramai-ramailah sokong pr.

    Reply

  6. 6 kak din Mar 14th, 2010 at 3:35 pm

    part kata kaya untok diri sendiri dan keluarga saya kurang faham. explain deeper

    Reply

  7. 7 Abdullah Mar 14th, 2010 at 7:26 pm

    Saya tengok Mohsin tu pakai ketayap, tolonglah jangan jatuhkan marwah ketayap kerana ketayap layak untuk orang yang ada marwah dan berperinsip dalam perjuangan. Pakai tengkolok seperti Hang Tuah okay sebab Hang Tuah pernah membunuh kawan. Satu lagi, apabila calun menang pilihanraya, maka dia akan dipanggil ‘Yang Berhormat” satu penghormatan yang diberi oleh masyarakat berdasarkan perjuangan, pengorbanan dan akhlak sebagai pemimpin. Saya syur jangan panggil YB kepada mereka ini sebab ciri-ciri seorang yang terhormat sudah hilang.

    Reply

  8. 8 raj Mar 14th, 2010 at 9:16 pm

    Hahaha ! Saya teringatkan cerita Angsa Yang Bertelur Emas. PM kita sudah menjadi seekor angsa bertelur emas kepada MP-MP (katak) yang tamak ini. Tak payah susah-susah. Cuma perlu tandatangan surat keluar PKR je boleh jadi jutawan. Lepas jadi jutawan melalui duit haram ini jadi tukang tilik pula. Boleh bagi angka berapa orang lagi akan keluar parti. Biarkanlah. At least, mereka itu jadi kaya kerana kita. Tapi nasihat saya kepada MP-MP ini, janganlah mintak sikit-sikit dan keluar parti, mintaklah banyak-banyak sebab lepas 3 tahun kamu akan kembali merempat ke jalan. Orang-orang UMNO bukan bodoh nak bagi kerusi mereka kat kamu. Kita tengoklah nanti. Kamu semua bukannya berdosa terhadap kepercayaan seorang tetapi berpuluh ribu orang. Saya berharap DS Anwar akan seperti biasa lebih menumpukan kepada kebaikan rakyat dan lebih berhati-hati memilih calon selepas ini.

    Rakyat Malaysia kita cukup cerdik untuk menilai alasan MP-MP katak ini. Prinsip sesuatu parti memang sudah termaktub begitu, kalau tidak dapat diterima secara peribadi letak jawatan adalah jalan bagi yang bermaruah.

    Bagi saya, PKR dan PAKATAN 95% bersih daripada amalan rasuah. Dan bila mereka tidak dapat menikmati faedah peribadi (seperti yang berlaku dalam umno/bn) maka mereka merasakan tiada guna berada di pihak PKR. Rakyat dilupakan Wang Didahulukan.

    Reply

  9. 9 Mat Mar 14th, 2010 at 10:44 pm

    Salam DS.

    Para salaf biasa menghadang bahaya dan terus terang membantah kejahatan,tanpa memperdulikan derita dan siksa yang akan menimpa diri,sebab mereka yakin bahwa korban yang jauh dalam hal itu adalah syahid.
    Rasulullah bersabda :
    “Syuhada yang paling unggul adalah Hamzah bin Abdul Muthalib,kemudian seorang pria yang tampil kedepan Imam(Penguasa),lalu disuruh dan dicegahnya karena Allah,dan dia dihukum bunuh oleh Imam itu,karena tindakan ini.”
    Beliau bersabda pula :
    “Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kata kebenaran kepada Imam yang menyeleweng”
    Nabi s.a.w. telah melukiskan Umar ibnul Khatab sebagai berikut :
    “Laksana bertanduk besi,tidak pernah gentar dijalan Allah,dan tidak dapat ditawar untuk tidak mengatakan kebenaran,seorang yang tiada taranya.”

    Karena orang2 utama yang berhati pekat dalam ugama,tahu bahawa kata2 yang paling utama adalah kata kebenaran dihadapannya penguasa zalim,dan bahawa orang yang mengatakan kebenaran itu bila terbunuh adalah mati syahid,seperti tertera dalam hadis,maka mereka lalu menempuh jalan itu dengan ketetapan hati menghadapi mala petaka,menderita serba macam siksaan.Semuanya mereka derita dengan sabar dan tekad yang tak bergoncang,semata-mata karena Allah.

    Tapi sekarang ini lidah para Ulama telah dikelukan oleh loba tamak dan merekapun tutup mulut.Kalaupun mereka bercakap,gensinya tak sanggup mendukung lidahnya dan mereka gagal dalam missinya.Sekiranya mereka bersikap jujur dan mendukung ilmu yang benar,tentu mereka berhasil dalam usahanya.
    Rusaknya rakyat adalah karena rusaknya raja,dan rusaknya raja ialah karena rusaknya para Ulama.Ambruknya para Ulama,adalah karena cinta harta dan tuah kebesaran.Orang yang dipengaruhi oleh cinta dunia takkan sanggup melakukan hisbah terhadap rakyat rendahan,apalagi terhadap para pembesar dan raja2.
    Allah jua tempat kita memohon bantuan dan bimbingan dalam segala hal !
    (Ihya Ulumiddin-Imam Al-Ghazali)

    LAWAN TETAP LAWAN.

    Reply

  10. 10 Ho Ho Ho Mar 14th, 2010 at 10:51 pm

    :lol: Better let all those greedy FROGs jump out to their own trap rather then keep them like a VIRUS or MORON that will cause more troubles and dis-honor as majority Malaysians wants a good represensatives to represent them and not those sick SHIT frogs :lol:
    Ho Ho Ho HIDUP DSAI & HIDUP PR CHEERS..

    Reply

  11. 11 rakyatbiasa Mar 15th, 2010 at 9:13 am

    Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar….

    Reply

  12. 12 shift Mar 15th, 2010 at 3:17 pm

    Kalau lah dah pasti lebih baik mereka keluar, maka seharusnya dihentikan segala poltiking yang berkaitan dengan mereka, anggapkan mereka sudah tiada apa apa lagi dengan PKR, tak perlu lah membuat sebarang reaksi dari kata-kata atau sebarang komen dari mereka.

    Reply

  13. 13 joe Mar 16th, 2010 at 12:10 am

    yang lompat parti ni katak2 yang kelaparan

    Reply

  14. 14 MAT Mar 16th, 2010 at 12:35 pm

    MUNGKIN DISEBABKAN KEMARAU YP PANJANG RAMAI MAHU JD KATAK, UNTUK PANGGIL HUJAN(WANG)

    Reply

  15. 15 tak tak Mar 16th, 2010 at 11:56 pm

    Harap maaf , saya ini pelajaran tak tinggi tapi TERUS TERANG , Adakah negara kita dalam system “demokrasi” lagi kalau wujudnya “kx tak-kx tak ini” yang menipu beribu juta undi (KUASA RAKYAT) dengan tiket PR untuk mendapatkan “KERUSI” , Tapi akhirnya kepada “KERUSI BEBAS
    Pada pendapat saya “Kx TAK” iniboleh ibadatkan “PEMBELOT NEGARA” kalau pada zaman “JEPUN” dulu ,

    ADAKAH BOLEH KITA boleh hormat kepada mereka “YB” ATAU PUN “HERO” yang dijadikan contoh kepada anak-anak ,Masalah -masalah seperti ini akan menyebabkan pintu masuk penjajahan “KUASA ASING” di masa hadapan jika tidak diuruskannya dengan baik

    KATAK-KATAK ini tidak boleh dipandang rendah , kerana secara tidak langsung telah memberi ruang kosong /PINTU MASUK kepada “KUASA ASING seperti (Negara Eropah……) dalam campurtangan untuk menjajah KITA ,MASIH INGATKAH “SOROS” yang menyebabkan EKONOMI NEGARA ASIA “RUNTUH” ,Zaman sekarang berubah , tiada peperangan lagi , tapi telah bertukar kepada peperangan teknologi dan “ekonomi” Bayangkan jika wujudnya SOROS KEDUA, yang berminat yang memerintah negara kita (KERANA minyak,GAS ASLI,EMAS) , adakah anda boleh pastikan “KX TaK-KX TaK”ini tidak meyokongnya………

    “Pendapat saya agak keterlaluan” tapi “Dunia kini berubah” , Bayangkan jika sebahagian ahli PARTI A dan PARTI B menjadi “BEBAS” dan PARTI BEBAS mendapat sokongan daripada kuasa luar, mungkin kerajaan “boneka” akan diwujudkan , kerana mereka dipilih menjadi wakil rakyat dan mendapat “sokongan” daripada rakyat

    oleh itu ,kita mesti menbaiki kelemahan undang-undang negara kita dan juga menutup undang –undang pintu belakang yang gelap bukan dari segi politik sahaja tapi juga JENAYAH DAN RASUAH di masa depan ,baik juga wujudnya perkara seperti ini , kerana ia merupakan contoh pengajaran kepada negara kita, supaya menbina negara yang lebih kuat dan juga Rasuah dikurangkan…

    Sila maafkan saya , ini hanya pendapat saya sahaja ,demi tangungjawab sebagai rakyat , saya rasa perlu meluangkan hati saya , harap maaf

    Reply

  16. 16 TORRES Mar 17th, 2010 at 7:56 am

    Sekadar dapat wang jadilah itu perangai YB (Yang Barua)memang dasar takleh pakai punya orang dapat habuan terus melompat dah tua nak mampos lagi tamak harta….

    Reply

  17. 17 maulana Mar 18th, 2010 at 8:29 pm

    SUCIKAN LIDAHMU DENGAN ZIKIR..SUCIKAN AKALMU DENGAN FIKIR..

    tujuan wakil rakyat dipilih adalah untuk menangani isu rakyat di kawasan yang dijaganya.. bagi saya, selagi wakil rakyat menjaga kebajkan penduduk disitu, adalah tidak patut kita mengecam mereka walaupun mereka bukan dari parti yang kita sokong.. SESUNGGUHNYA AMANAH BUKANLAH SATU KEMULIAAN TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB…fikirlah..

    kata-mengata, kutuk-mengutuk hanya menambah dosa kita sahaja.. kita berdoa kepada ALLAH supaya diberikan kesejahteraan kepada umat Islam dalam menghadapi setiap ujian dan cubaan..

    kita sebagai pengikut dan penyokong sesuatu parti hendaklah tidak terlalu berlebih-lebihan dan melampau dalam menilai orang lain, kita tidak tahu kemungkinan orang yang kita kata, orang yang kita caci, orang yang kita kutuk mungkin lebih baik daripada diri kita sendiri yang kita tidak pasti kesudahan kita di hari kebangkitan nanti..

    saya merasa risau dan takut keadaan kita lebih hina dan teruk dari apa yang kita katakan kepada orang lain..

    Reply

    amir Reply:

    caya lu maulana.

    Reply

  18. 18 faris Mar 21st, 2010 at 2:36 pm

    PKR adalah acuan BN yang kecewa kerana dipinggir oleh parti . Bukan satu yang pelik jika ahli PKR lompat parti kerana jiwa mereka dah sebati dgn. BN . Jika betul pejuang politik tulen adalah PAS dan DAP kerana ahli mereka setia pada ideologi parti mereka . Tunjuk dulu kepada rakyat bagaimana nak cara parti buat kerja untuk rakyat dan bukan berdemontrasi di jalanan . Ikutlah cara nabi junjungan kita . Biar musuh hina dan keji tetapi nabi tidak melenting malah beliau tetap berlembut kepada umat dan akhirnya mereka tewas juga oleh kesabaran dan keperibadian baginda . Tak guna berkeras kerana rakyat akan menilai pada PRU nanti . Buat dulu kerja yang di amanah rakyat dan ikutlah cara UMNO walaupun dah tewas banyak tempat tetapi kerja untuk rakyat tidak pernah di abai.HIDUP UMNO UNTUK SELAMANYA DAN TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG >RAKYAT TAK NAK DI JAJAH LAGI………….

    Reply

Leave a Reply