Dari TV Selangor
Oleh Yusmawati Mhd Yusuf
Jika tiga wanita yang dituduh melakukan seks haram di rotan serta-merta, tidak ada sebab mengapa individu yang memfitnah tidak didakwa ke mahkamah Syariah.
Keengganan kerajaan dan jabatan agama wilayah persekutuan bertindak keatas Saiful Bukhari Azlan mengundang persoalan sejauh mana pemerintah serius melaksanakan sistem perundangan Islam.
Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Abdul Ghani Shamsuddin kesal kerana kerajaan Umno- Barisan Nasional tidak konsisten dalam mengamalkan undang-undang syariah.
Abdul Ghani di minta mengulas pendirian mengejut kerajaan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya pertuduhan Qazaf di buat terhadap Saiful kerana mendakwa kononnya beliau di liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dakwaan itu penuh kecurigaan kerana laporan pakar Hospital Kuala Lumpur mendapati tidak ada bukti untuk menyokong tuduhan Saiful yang membuat kenyataan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak.
Lebih setahun Anwar cuba mendapatkan pembelaan dibawah undang-undang islam agar Saiful dihadapkan ke mahkamah syariah dengan pertuduhan Qazaf terhadap.
Namun tidak ada tindakan susulan diambil oleh kerajaan mahupun JAWI.
Peguam kerajaan memberitahu mahkamah syariah semalam bahawa mahkamah itu kononnya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertuduhan sedemikian terhadap Saiful.
“Jadi di sini jelas, tidak ada konsistensi dan terdapat motif-motif yang terselindung perjuangan politik hendak dipertahankan dan kemenangan hendak diraih melalui cara-cara tidak demokratik, penggunaan media, dan juga institusi-institusi kerajaan yang rakyat seharusnya dilindungi martabat dan integritinya tetapi tidak dipedulikan sehingga jatuh integriti badan-badan seperti SPR dan SPRM hakim dan sebagainya,”katanya.
Abdul Ghani yang merupakan antara ulama yang paling di hormati berkata tindakan menyebat tiga wanita baru-baru ini turut memperlihat campurtangan politik untuk meremehkan perlaksanaan hukum Islam.
“Maknanya mereka tidak konsisten, dalam kontek yang ini (sebat 3 wanita) mereka hendak buat, itupun tidak sempurna. Yang disuruh sekian-sekian dera yang dibuat hanya enam sahaja. Tidak adanya sifat konsistensinya itu membayangkan keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan keadilan kerana misi Islam itu adalah misi keadilan,”katanya.
Dalam pada itu, Tokoh agama, Dr Badrulamin Bahron berkata kerajaan pimpinan Umno jelas mengambil dua standard berbeza dalam keghairahan merotan tiga wanita yang menyerah diri, tetapi enggan bertindak ke atas aduan Qazaf terhadap Saiful.
Tindak-tanduk pemerintah sedemikian menghantar mesej yang salah kepada masyarakat bukan Islam.
“Ini adalah gambaran seluruh perjalanan sistem undang-undang di Malaysia pertuduhan terpilih, selektif hanya orang tertentu sahaja yang akan di bawa ke mahkamah sedangkan orang lain teelepas menurut keperluan dan maslahah pemimpin-pemimpin yang jahat (Umno) cuba mempertahankan kuasa,” katanya.









Kawan da nampak lama da kerajaan ni tak konsisten dengan undang2 syariah malahan mereka memperolokan-olokan undang-undang islam ini.. tpi apalah daya kawan. Kawan hanya rakyat kebiasaan, hanya mampu berdoa agar ketidak adilan ini segara dilenyapkan oleh Allah s.w.t di beri belasan yang setimpal serta kehinaan kepada manusia-manusia laknatullah yang zalim serta menginayah ini.. Allahhuakbar….
Reply
dalam perkembangan terbaru:
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur akan memutuskan pada 14 April ini sama ada membenar atau menolak bantahan awal responden untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina
Reply
????????????????????????
Judiciary
Executives in Dewan Parlimen & Dewan Negara,
Parliment Members & Senators respectively,
and the current Prime Minister;
May my wish be so that Malaysian Government will revise/change relooked at, all the discussable of subject matter to the everyday citizens of Malaysia whom are affected, be gentlemenly, TIMELY of all MATTERS PERTAINING to Good Governance, by Government of the day, for the Beficial gains shared by all citizens.
InsyaAllah, Alhamdulillah, Amin
Terima Kasih dan Wassalam
Yang Benar
nan
Reply
Mana kerajaan malaysia mahu … Takut pemimpin mereka kena juga
Reply
wahai rakyat jelata,
adakah anda faham kenyataan diatas? saya pun dah lama isu ini dibangkitkan. so, ape kita boleh buat untuk bawa pihak jawi dan kerajaan firaun ni ke pengadilan…..???
orang luar masuk campur firaun2 kecik ni buat kecoh kat duta2 mereka..xde pula yang kena tangkap? siap bangga masuk berita lagi ada…perlukah kita ulang semangat 1998 lalu sekali lagi??!!!
BANGUN RAKYAT KU!!!!!!BANGUN!!!!!
SEORANG TIDAK CUKUP UNTUK MEMPERJUANGKAN KEADILAN!!!!! ANDA!!!ANDA!!KITA SEMUA PERLU BERSATU!!!!
TAKBIR!!!!
Reply
Rakyat Jelata wajar diberitahu perkara yang sebenar supaya rakyat akan MATANG menilaikan yang mana satu PERMATA DAN yang mana satu KACA!
Jugak rakyat wajar tahu menilai yang mana satu musang berkaki dua dan berbulu ayam dan jugak duri didalam daging!
Moga rakyat MATANG DAN BERILMU menentukan hala tuju negara! Kuasa Rakyat Kuasa Keramat dan wajar rakyat dibekali dengan maklumat2 yang benar dan betol!
Wasalam
Reply
Salam,
Moga Rasulilah SAW diselawatkan sentiasa.
Kes Kemenangan mahkamah M. Indira Gandhi hari ini mengusarkan…ianya tentang akidah…bukan politik
Reply
Kalau mengikut perundangan syariah ,jika Saiful mengaku kena liwat ,bererti dia juga kena hukum dan di panggil oleh mahkamah syariah sebab dari segi hukum Islam dia subahat kan jelas tak payah lagi putar belit sana sini ,Mahkamah Syaraiah mesti telus ,ikhlas dan kerja kerana Allah bukan kerana lillah hi UMNO-BN ,lillahi taalah.Kalau takut nak menegakan hukum Islam baik hakim Syarie letak jawatan dan berhenti dari sebagai hakim ,lebih baik bertaubat ..
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
March 14th, 2010 at 12:50 pm
Mahkamah Syariah akan diperkasakan sekirnya Pakatan Rakyat diberi kuasa Memerintah Negara! Dicadangkan supaya Pakatan Rakyat menggariskan halu tuju Mahkamah Syariah sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak! Maka, rakyat jelata semua wajar tahu fakta ini! Pakatan Rakyat wajar menerangkan kesemua lapisan rakyat bagaimana hendak memperkasakan Mahkamah Syariah dan bagaimana pulak peranan Mahkamah mahkamah civil! Mesti JELAS didalam perkara ini supaya tidak jadi carca marba! Kena perbetolkan in i semua!
Wasalam…………
Reply
mira Reply:
March 15th, 2010 at 11:49 am
tuan..
saifool kata dia di paksa diliwat…tapi macam mana KY jelly boleh ada di tempat itu?
Reply
Dari sudut pandangan rakyat yg berilmu,kerajaan yg zalim dan putar2roda penipuan patut dan semestinya ditolak rakyat yg cintakan kejujuran dan kedamaian secepat munkin rakyat bertindak,apabila dah bernanah dan berulat najis dibuntut baru nak insaf dah terlambat,ada lagi sebilangan rakyat yg lambat penerimaan IQ terpedaya oleh putar2roda penipuan dari YB2 yg rakus kuasa seumurhidup mostly rakyat dari kampung cepat menerima bulat2 pujuk rayu yg akhirnya memakan diri,masatu baru nak menyesal dah terlambat dan menunggu 5thn lagi jika umur panjang dpt lah memangkah PAKATAN RAKYAT…alamat kempunanlah….
PAKATAN RAKYAT sekarang dah diterima rakyat sejak 2008 mencecah 42% dari population malaysia dan sekarang peningkatannya melonjak 2010 mencecah sehingga 67% dari kajian purata,pilihanraya ke13 nanti jika memihak kpd PAKATAN RAKYAT,dari202 ahli parlimen PR akan menguasai 180kerusiMP,kalaulah dimakbulkan Allah, insa`allah kajian kami berhasil,so UMNO/BN serta komponan parti2 yg lain akan menjadi pembangkang dibumi malaysia,Rakyat dah menolak pemimpin2 yg suka menipu rakyat,aa itulah punca sebenar….so kaji2lah dari sekarang…ovios baspita…
Reply
mahkamah syariah mampu mengadili kes yang bersangkutan dengan orang Islam. kes cepol ni agak lain sket sebab, mungkin dia nak tunggu keputusan di mahkamah sivil lepas tu baru mahkamah syariah bersidang. penangguhan demi penangguhan ni mungkin kita tak cukup hakim dan mahkamah untuk persidangan serentak. kenapa DSAI beria-ia nak kes dengan cepol ni dibicarakan dimahkamah syariah?.
Cuma yang saya pasti DSAI dan cepol adalah dua orang yang beragama Islam. Kalau dibicarakan di mahkamah syariah pun memang tepat pada dasarnya.
Hakim mahkamah syariah, pengarah JAWI dan menteri berkenaan semua nya orang Islam, mereka tahu dosa dan pahala, mereka tahu keadilan yang ditegakkan oleh Islam.
eloklah kita lihat apa yang berlaku nanti, semua ini akan memberi kesedaran kepada rakyat terbanyak tentang apa sebenarnya sedang berlaku.
Reply