Dari Merdeka Review
Oleh Lim Hong Siang
Pertukaran kerajaan di peringkat negeri gagal membawa perubahan kepada dasar nasional, demikianlah mesej yang berulang kali ditekankan oleh Kalakau Untol, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, sebelum menyakinkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa rakyat Sabah akan bangkit bersama PR pada PRU ke-13 untuk menubuhkan kerajaan persekutuan baru.
“Saya memperingatkan Dato Seri Najib, bahawa dia meletakkan Sabah (sebagai) Fixed Deposit Barisan (Nasional)…,” sambungnya, “Minta maaf, PRU 13, detik penentuan. Rakyat Sabah akan bangkit bersama dengan Pakatan Rakyat!”
Kalakau Untol (gambar kiri) meneruskan ucapannya dalam tepukan gemuruh, menegaskan bahawa “it will not be fixed deposit anymore” (Ia bukan lagi deposit tetap).
“Sebab, kita ada kerajaan negeri Sabah, empat kali tukar kerajaan. This is the first time in Selangor (Ini kali pertama di Selangor). Sabah empat kali. Tapi kita tak boleh buat apa-apa. Kalau kita hanya tukar kerajaan negeri, kita tidak boleh tukar apa-apa dasar untuk negara,” jelasnya.
Beliau berkata, “If we want to change the policy of the nation, it can only be changed if you change and form a new government, Pakatan Rakyat! (Kalau kita hendak tukar dasar nasional, ia hanya boleh ditukar kalau kamu menukar dan menubuhkan satu kerajaan baru, iaitu Pakatan Rakyat!)”
Dalam ucapan kemudiannya, beliau berkata, ‘Kelantan sudah 20 tahun dipegang oleh parti bukan dalam BN. Tetapi tak boleh menukar dasar-dasar kerajaan. Even Terengganu pun pernah jadi pemerintah di luar BN, you can not change the policy. Even you, empat buah negeri, lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan, you can not change the policy.”
“Kecuali kita semua rakyat Malaysia bangkit dengan kesedaran, menubuh kerajaan baru persekutuan. Baru kita boleh melakarkan dasar baru negara!” kata Kalakau Untol, yang diumumkan pengacara bahawa beliau sudah bersedia untuk menyertai PR.
Kalakau Untol, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990. Pada masa yang sama, beliau adalah Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Negeri Sabah selama 12 tahun sejak 1985.
Beliau mengumumkan bahawa dirinya telah meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan pada 18 Februari 2010 kepada lebih daripada 4,000 penyokong PR dalam “Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor”, di Stadium Malawati Shah Alam, semalam.
Mengkaji semula “Perjanjian Malaysia”
“Keputusan saya berbuat demikian ialah, saya terpanggil dengan keputusan konvensyen PR yang lepas. Untuk kali pertama dalam 46 tahun kita menubuhkan negara Malaysia, menyatakan bahawa PR bersedia untuk mengkaji semula (review) perjanjian Malaysia, khususnya, Sabah, Sarawak,” jelas beliau.
Beliau menambah, perkara ini cukup menarik untuk rakyat di Sabah yang pernah menyaksikan bagaimana pemimpin Malaysia Timur seperti Stephen Kalong Ningkan dan Tun Mustapha dijatuhkan oleh kerajaan persekutuan UMNO kerana membangkitkan penilaian semula terhadap Perjanjian Malaysia.
Konvensyen PR pertama yang diadakan 19 Disember 2009 telah meluluskan Dasar Pakatan Rakyat, yang mana pada bab “Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara”-nya, bersetuju bahawa “Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat sebelah, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.” ?Baca: Dasar Pakatan Rakyat?
Rakyat Sabah tidak buta
Kalakau Untol yang menyifatkan bahawa dirinya telah memasuki “khemah inspirasi”, cuba menyuntik semangat kepada PR di Selangor, berkata “tv, radio, risalah dibuat di Sabah, mengatakan Pakatan akan berpecah. Pakatan akan ranap. Itu yang digambarkan (kepada) Sabah. Tetapi malam ini, apabila ditayangkan pencapaian negeri Selangor, saya ingat that is the best and that is the module for the country (Itulah yang terbaik dan itulah teladan untuk negara).”
Malah, beliau sempat mengusik PM Najib Razak, ketika mengakui bahawa gejala rasuah berleluasa di Sabah. “Di Sabah juga, perkara rasuah bukanlah perkara yang baru. Selalu diuar-uarkan, selalu diperkatakan. Selalu dilemparkan bahawa kerajaan negeri rasuah.”
Beliau menambah, “Saya tidak begitu marah dengan kerajaan yang ada, kerana Najib juga demikian! Kalau guru kencing berlari, apa jadi dengan anak?”
Kalakau Untol juga menyanggah dakwaan bahawa Sabah tidak mengikuti perkembangan politik nasional. Beliau berkata, “kita akan mengikuti apa yang terjadi kepada mendiang Teoh Beng Hock. Kita juga mengikuti perkembangan Tan Sri Khalid Ibrahim disiasat oleh MACC. Kita juga mengikuti perkembangan mengenai dengan penyeksaan dan fitnah yang dilemparkan kepada DSAI, Dato Seri Anwar Ibrahim!”
“Orang Sabah tidak buta dengan perkembangan politik. Jangan fikir Najib, suatu ketika dulu, apabila pemimpin-pemimpin UMNO datang ke Sabah, memperkatakan sesuatu bahawa Barisan Nasional itu kuat, kata itu menjadi political mantra. Kata-kata itu jadi azimat politik kepada local based party.”
“Tetapi sekarang ini, siapa juga pemimpin BN sampai ke Sabah dan mengatakan BN kuat, jangan. Kita tidak percaya!” sambungnya.
Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau sekali lagi menekankan, “Jikalau kita nak bikin satu dasar negara yang relevan, pilihan kita ialah… Pada PRU 13, detik penentuan, Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik!”


















Ucapan nya meyakinkan tapi awas RM juta-juta akan menggegarkan hati dia. Banyak dah berlaku terutama yg asal nya warga umno/bn
Reply
hidopPAKATANrakyat Reply:
March 11th, 2010 at 2:45 pm
Juta2 hujani?
Jangan kuatir saudara! Rakyat sudah wajarnya tahu dan arif bahawa duit rakyat jugak yang disembelihkan ini semua! Jadi mengapa rakyat harus sokong kemungkaran2 dan ketirisan yang terjadi pada duit rakyat!
Sudah sampai rombakan dibuat cara besar2an supaya gejala politik wang dan habuan politik yang menyalahi undang2 dihapuskan sama sekali! Kalau tidak dihapuskan, maka duit rakyat jugak yang akan jadi MANGSA!
Sudah sampai masanya rakyat wajar mengangkat PEMIMPIN2 BERSIH AKHLAK, professional, adil,bijak, sayangkan kebajikan RAKYAT sebagai perjuangan teratas DAN TIDAK sekali kali MEROMPAK DUIT RAKYAT sewenang2nya!
Pembangunan negara perkara senang!
Yang susahnya sekarang ialah bagaimana rakyat wajar memilih BARISAN PEMIMPIN pemimpin NEGARA DAN NEGERI yang benar2 beramanah, jujur pada rakyat dan mementingkan kepentingan rakyat terlebih dahulu tanpa memikirkan habuan politik dan politik wang!
Satu dasar wajar PAKATAN RAKYAT BENTUK supaya gejala politik wang dan habuan politik cara salah di wujudkan!
Sekian wasalam……..
Reply
Ucapan yang sungguh bagus! Syabas! Sudah sampai masanya! Begitu jugak Sarawak dan negeri2 lain memikirkan masa depan rakyat jelata!
Syabas sekali lagi!
Reply
jgn sekadar cakap jek sudah la. kalau PR dapat tawan separuh sabah pon aku rasa dah cukup gah. kalau dapat tawan satu borneo lagi mantop!
Reply
Sama-sama kami doakan yang terbaik untuk PR!
Reply
kambing hitam Reply:
March 11th, 2010 at 11:21 pm
rasa dht rakyat sabah mcm aku seklrga dan ramai lg kwn2 tak sabr mnunggu mh dg perubhan dasar negara kita mesti perlu diubah hampir semua systym di malaysia sudah ktinggln dan mmalukan di mata dunia marilah ramai2 kita tolak UMNO/BN yang rahsua dan sgt kotor serta tidk adil ini kita tumbgkan dan tukarkan dg muda mnyokong dan bersatu undi PEKATAN/PR. Corak dan kuasa yg ada di sabah ini juga jelas zalim salah guna kuasa dan mmbelkgkan hak peluang org lain yg septutnya lbh layk dan muda mmahmi khndk dn kprluan msyrkat dn septutnya mmbantu mnaik tarf dn mmprmudh dn cepat urusn. Namn prkar yg diharp ktk brsm rombgn buat lwtn kedaerah semprna dan Tawau sgt jauh brbeda dan amt ketara ada unsur2 pilih kasih dan tdk telus dlm pgisian jwtn tertnggi, sptutnya org yg lbh layak adalh org yg brklyakn.
Reply
Terus terang kami katakan, kami orang sabah sudah bosan dan muak dengan pemerintah yang ada sekerang yaitu Umno/BN… sejak sekian lama hak-hak kami orang sabah di ketepikan oleh pemerintah Umno/BN. Hak kami untuk menikmati pembangunan dari segi sosial, ekonami serta pembangunan lain sepertimana yg terdapat disemananjung telah dinafikan… Umno/BN jangan harap mau menang lagi PR 13 ni… Umno/BN akan berkubur dibumi sabah……..
Reply
bunyinya sedap tp belum tahu org ini tahan di uji atau tidak. HIDUP PR
Reply
org sabahan misti bagkit untuk anak cucu…lawan tetap lawan
Reply
Kalakau Untol… Satu nama yg saya tidak pernah dengar sebelum ini. Siapa dia nie? Saya sebagai rakyat Selangor tidak tahu siapa die ni… Tetapi , mulai saat saya membaca teks ucapan beliau di atas , saya tertarik dengan beliau… akhirnya telah wujud satu pemimpin dari Sabah yg begitu ambil tahu ttg perkembangan di Selangor. Mungkin ini saat kepada kebangkitan menyeluruh Rakyat Malaysia biarpun dimana-mana. kita ubah kerajaan persekutuan mulai PRU-13. Mula hari ini teguhkan kepercayaan kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada keadilan sebagai penebat & benteng kepada hamburan fitnah yg bakal dahsyat dari BN.
Reply
Ini yang naikkan darah NAJIB, kang aku letup korang semua baru tau aku nak perintah lama lagi janganlah ganggu?Otak aku dah berserabut korang lagi kacau…..
Reply
kambing hitam Reply:
March 13th, 2010 at 12:53 am
hai kawan2 smua penduduk malaysia yang ada otak dan waras,aku ni mahu katakan UMNO/BN kerajaan memrinta negara kita ni baik dan selamat atau bebaskah?…Cubalah kita fikirkan bersama, kerajan UMNO baik tapi Pemimpin yang tidak baik dan tidak jujur tidak amanah! Kit rakyat jelata diperbodohkan…Kita semua rakyat malaysia semua malu dimata dunia kerana kit masing2 tahu jawapannya siapa sebenarnya penyebab kematian altantuya?…kematian beng hok?…enjin jet dijual?…peristiwa memali pembunuhan orang melayu?…pelik berlaku kejadian almauna?…Pengakuan Dr Mahathir bahawa Datuk Seri Anuar Ibrahim dizalimi tidak bersalah! Peri laku ulang tayang menfitnah Datuk Seri Anuar Ibrahim peliwat? Pada semua yang beragama islam yang percaya hanya ALLAH yang disembah tiada tuhan melainkan ALLAH. Sanggupkah mnafikan fatwa dari Prof. Dr Ulaama islam yang tersohor di dunia?…. awasi laknatullah. NERAKA JAHANAM MENANTI ANDA YANG ZALIM BRSUBAHAT MENFITNAH. Ayuh kita kuburkan pemerintahn yang salah guna kuasa dan zalim, kita bersatu sokong kerajaan PEKATAN untuk membentuk Negara bersih dari rahsua dan kezaliman supaya ekonomi negara kita maju rakyat aman dan sejahtera hidup berbilang kaum dalam pekatan yang kuat dan mntap. SABAH BERGEGAR KITA SOKONG PAKATAN MAHUKAN PERUBAHAN EKONOMI KITA BRKEMBANG.
Reply
kepada org Malaysia yg dahagakan keadilan, kedamaian, kemakmuran bersama dan sejagat, persahabatan, dan kebenaran serta ketelusan, marilah kita bangkit penindasan yg dilakukan oleh umno/bn yg selama ini hanya tahu melaungkan bangsa utk mempertahankan pangkat dan kuasa mereka semata-mata. parti spt umno, pbs, mca, mic hanya tahu menjadi pencatung (batu api) utk marakkan perasaan benci sesama kaum di Malaysia padahal ia hanyalah batu loncatan agar mereka dpt mengekalkan kuasa mereka d putrajaya. skrg tlh terbukti dgn kepimpinan yg ditunjukkan oleh pimpinan PR di Selangor, Kelantan, Pinang dan Kedah serta Perak (walau sekjp shj) tlh membuktikan PR adalah kerajaan yg betul2 memperjuangkan hak rkyt dan tdk bersifat autokratik.
d sabah ni, org tempatan da lama tdk undi umno/bn kecuali la yg dpt projek2 bsr mcm kroni ketua2 bhgn umno dan bn. tgk sajalah rmh ketua2 bhgn umno d sabah mcm istana khir toyol. yg menjadi fixed deposit umno/bn d sabah ialah warga PTI yg diberikan penempatan d rmh kos rendah spt d tmn telipok ria tuaran, tebobon, telipok, kg maang, d tawau, sandakan. saya tdk la membenci pendatang kerana mereka la penggerak tenaga kerja d sabah sama ada d sektor perladangan, pembinaan, amah, dan banyak lagi namun pendatang yg ingin mencari rezeki d malaysia haruslah berdaftar dgn JPN, imigresen, bersih dari rekod jenayah, bukan utk tujuan pelacuran. kalu nak bawa anak bini pun boleh tetapi pendatang ini harus membyr levi tertentu. kita semua adalah manusia dari Adam dan Hawa. cuma mslh nya skrg umno/bn tlh lama bangat menggunakan PTI sbg fixed deposit dlm setiap edisi PRU terutamanya dlm PRU thn 1994 dlm projek Dr M. tanya saja essnar ibrahim dan dr chong eng leong. kalu polis nak siasat, bantai ja la. kalu org tulen sabah memang sah tak undi umno/bn dari dulu. cuma org tulen sabah kena buat keputusan bahawa utk merubah dsr dan kaedah implemetasi yg baru ialah pertukaran kerajaan persekutuan harus bermula pd PRU-13!!!
inilah detiknya!! the moment of truth PRU-13!!!!!!!!!!!
Reply
Sapp tidak sertai blok bebas Parlimen
KOTA KINABALU, 11 Mac — Parti Progresif Sabah (SAPP), yang keluar dari Barisan Nasional dua tahun lalu tidak akan menyertai apa yang dipanggil blok bebas anggota-anggota Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, berkata oleh itu, dua Ahli Parlimen Sapp Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui bukan individu bebas.
“Mereka dari Sapp mewakili kepentingan Sabah. Bagaimanapun, Sapp akan menyertai badan-badan bukan BN yang memperjuangkan kepentingan Sabah.
“Atas dasar ini, dua MP Sapp adalah sebahagian daripada Kaukus Parlimen mengenai petroleum diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana ini menyentuh kepentingan Sabah secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menyangkal komen Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam yang mengandaikan bahawa dua wakil rakyat SAPP itu berada dalam “blok bebas”, Yong berkata:
“Pendirian kami kekal bahawa kami keluar dari kerajaan BN pada 2008 kerana kami hilang kepercayaan terhadap BN menyelesaikan masalah Sabah yang semakin hari semakin buruk.
“Sebab itu Sapp bekerjasama dengan pembangkang Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menumbangkan pentadbiran BN ini.
“Sebarang pembohongan oleh beberapa orang ahli politik di Kota Kinabalu, Sipitang dan Sandakan dan di Internet dalam beberapa hari ini kononnya Sapp sedang kembali kepada BN adalah percubaan terdesak untuk melemahkan perjuangaan Sapp untuk Sabah,” katanya.
Reply
adakah Datuk Seri Najib mengatakan Sabah adalah deposit tetap BN? atau ia adalah cuma kata2 untuk menjatuhkan BN di Sabah??
Reply
Hidup pakatan rakyat!!! Dsai Harus waspada terhadap pemimpin yang datangnya dari BE End UMNO kerana mereka ini hanya ingin memperalatkan PKR untuk mendapatkan jawatan yang penting dan bukannya benar2 ingin berjuang secara telus bersama PKR. Dimana mereka dulu sewaktu PKR belum kuat pengaruhnya. Kini bila dah terasa PKR akan menguasai Politik negara barulah mereka cuba untuk mendapat perhatian Dari pimpinan DSAI. Sebagai orang yang mengenali Datuk Kalakau Untol saya berasa apa yang diperkatakannya itu hanyalah tujuan perjuangan peribadinya.Dan bukanlah perjuangan untuk rakyat Sabah keseluruhannya.Kerana apa dia keluar Upko?? Ini yang harus DSAI maklum. Adakah sewaktu berada dalam Upko dia benar2 memperjuangkan nasib Orang Sabah. Sewaktu beliau memegang jawatan dalam parti apa yang beliau lakukan.Beliau kecewa kerana tidak dapat memegang sebarang jawatan dalam parti sewaktu pemilihan diadakan lantas itu menyertai PKR. Inikah orang yang benar2 berjuang untuk rakyat Sabah. Sebagai generasi muda kami tidak mudah tertipu oleh pemimpin2 seperti ini. Jadi terpulanglah kepada DSAI untuk menilainya kerana ramai lagi bakal pemimpin muda Di Sabah yang sejak awal penubuhan PKR terus memberi sokongan yang padu pada pimpinan DSAI tanpa memerlukan sebarang imbuhan tetapi inginkan perjuangan yang telus demi menjamin hak2 rakyat Sabah.
Hidup DSAI!!!!
Reply
Nama-nya classic !
Reply
kalakau untol adalah bekas orang kuat PBS, semasa zaman keagungan PBS. Pernah ada krisis dengan adiknya Rosnani Untol kerana sebab-sebab keagamaan
Reply
Ucapan yang bagus. Bagaimanapun ianya memerlukan bukti yang kukuh untuk dipastikan. Pada masa sama perkara-perkara ini hanya perlu ada perbincangan sahaja untuk diselesaikan. Apa yang penting sekarang ini ialah ada perbincangan sahaja, kalau mahu menubuhkan kerajaan baru sekalipun tapi tiada perbincangan yang baik maka perkara sebegini akan berulang juga. so sama-sama kita fikirkan yang terbaik.
Reply
We will just have to wait and see then..
Reply
Politik ba ni, apa2 pun boleh jadi..
Bagi saya semua parti OK, cuma ada org dlm parti tu yg bikin panas.. Sebab tu lah ada ja kontroversi yg timbul.
Apa2 pun sama2 la kita tunggu kedatangan PRU13.
Reply
Pilihan berada di tangan anda…apa2 perkara yg ada nampak, sama ada baik atau buruk ada di depan mata anda….buat la pilihan yg bijak untuk masa depan yg lebih cemerlang…jika tersalah pilih merana lagi, jika pilihan yg betul, semua orang akan untung….
Reply