11
Mar
10

Isu Ceramah:”Semua Program ini Kita Jalankan Dengan Permit (Polis)”.

Dari MalaysiaKini
Oleh Salhan K Ahmad

Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai berasingan di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada unit cawangan khas Bukit Aman.

Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.

Adalah dipercayai siasatan polis itu berhubung kandungan ucapannya pada beberapa ceramah di Pulau Pinang, bulan lalu.

Siri ceramah itu diadakan bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR ketika Anwar berhadapan dengan perbicaraan kes liwat keduanya.

Pada siasatan polis hari ini, Anwar ditemani oleh dua peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.

Wartawan dibenarkan untuk memerhatikan prosiding berkenaan daripada luar bilik tersebut.

Selepas selesai merakamkan kenyataannya, Anwar berkata empat laporan polis dibuat ke atasnya berhubung ucapannya di beberapa ceramah sepanjang tempoh sambutan tahun baru Cina.

Anwar berkata siasatan mengikut Seksyen 112 Akta Polis itu dijalankan atas dakwaan fitnah, hasutan dan mengadakan perhimpunan haram.

“Tiga laporan polis daripada polis sendiri dan satu daripada orang awam,” kata Anwar.

Siasatan polis adalah berdasarkan ucapan Anwar yang menyentuh tentang kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pembelian kontroversi dua kapal selam, skandal dua pesawat pejuang yang kehilangan enjin serta perbicaraan kes liwatnya.

“(Dalam majlis berkenaan) sememangnya kita ada menyebut mengenai pembunuhan Altantuya, kita sebut mengenai komisyen dan rasuah dalam pembelian kapal selam,” katanya.

Tiga daripada program berkenaan merupakan acara sambutan Tahun Baru Cina dan juga satu ceramah anjuran DAP.

Ucapan itu dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang – Kepala Batas di Seberang Jaya, Batu Maung di Bayan Baru, Kampung Padang Tembak di Bukit Bendera dan Kubang Semang di Permatang Pauh.

Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli Umno lain menggunakan polis untuk menakut-nakutkan pemimpin pembangkang.

“Kami bantah sekeras-kerasnya siasatan ini.

“Semua program ini kita jalankan dengan permit (polis).

“(Saya seru) polis supaya jangan diperalatkan ahli politik dan beri tumpuan (membanteras) jenayah.

Ketika ditanya, Anwar berkata beliau tidak mengetahui dengan pasti mengapa polis mengambil tindakan ke atas program di Pulau Pinang sahaja.

“Saya percaya ini disebabkan mereka mahu tunjukkan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang itu anti Melayu dan Islam,” katanya.

Tambahnya, setakat ini 15 ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat telah disiasat polis atas perkara yang sama.


12 Responses to “Isu Ceramah:”Semua Program ini Kita Jalankan Dengan Permit (Polis)”.”


  1. 1 Pak Berahim Mar 11th, 2010 at 9:08 pm

    Biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka sedangkan agenda HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA terus berjalan.. kerana perjuangan suci ini juga dokongan dan cita-cita rakyat teramai.

    Reply

  2. 2 hidopPAKATANrakyat Mar 11th, 2010 at 9:54 pm

    Sahabah2 semua,

    Dari tulisan diatas ini, wajarlah Pakatan Rakyat merangka manisfesto untuk pilihanraya ke 13 bagaimana sebenarnya yang dikatakan FREEDOM OF SPEECH didalam negara kita ini.

    Ini disebabkan oleh perkara begini. Katakanlah Pakatan Rakyat berjaya didalam PRU ke 13 dan memerintah negara. Adakah Pakatan Rakyat akan menyekat kebebasan bersuara dari parti2 Pembakang?

    Boleh tak Pakatan Rakyat keluarkan issue sebegini didalam blog ini iaitu bagaimana kebebasan bersuara sebenarnya.

    Sekian…..wasalam!

    Reply

  3. 3 jamilkucing Mar 11th, 2010 at 10:02 pm

    Askm dato seri

    Satu sahaja permintaan , kita dah kena macam-macam, dato seri dah teruk kena lagi macam-macam. polis dah buat mcm-mcm dketa dato seri. dekat keluarga dato seri, pemergian mak yan bukanlah secara tenang. ingat tu.bukan jamil nak mengembalikan sesuatu yg menyedihkan tetapi it ttt much. malaysians police are toooo much already.

    Jadi jika di takhdir kan allah kita dapat memerintah malaysia tolong-tolonglaggggg jangan dok maafkan semua orang tak tentu pasal ya. kita tak payahlah dok tunjuk kita baik,kita bukan nabi.dan tak semulia nabi.polis boleh mengatakan mereka mengikut arahan. tetapi arahan siapa? undang undang ke atau pemimpin umno .apa bodoh sangat ke mereka polis sampai tak tahu berfikir yang mana benar yang mana salah.yang mana boleh yang mana tidak. mereka polis menyuruh kita menghormati undang-undang sedangkan mereka sendiri polis melanggar undang-undang.

    fikir sendirilah. kami rakyat marhaen dah mereana lama sangat dah.

    Reply

  4. 4 hidopPAKATANrakyat Mar 11th, 2010 at 10:28 pm

    Pakatan Rakyat wajar terangkan pada rakyat jelata bagaimana sebenarnya yang dinamakan KEBEBASAN BERSUARA sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara.

    Eloklah perjelaskan pada rakyat kesemua supaya rakyat jelata faham sekiranya corak pemerintahan bertukar tangan ke Pakatan Rakyat.

    Baharu itulah, rakyat akan lebih matang menilaikan perjuangan Pakatan mana yang lebih berkesan.

    Sekian wasalam

    Reply

    Raja Zif Reply:

    Garam dilaut tu kamilah yg dulu telan,terima kasih atas perigatan sdr…..

    Reply

  5. 5 hidopPAKATANrakyat Mar 11th, 2010 at 10:29 pm

    RAKYAT JUA YANG BOLEH MENGUBAHKAN SEGALA2NYA! KUASA RAKYAT AMAT BESAR DAN PENTING!!!

    Reply

  6. 6 Boring Mar 12th, 2010 at 1:41 am

    They could have or wanted to lock everybody up but scare come GE13 will changed everything !

    When will this country police be independent,apolitical instead of being and subjected themselves to be use as Tools.

    They don’t need and have to get involved in politic. The police force should act professionally and need not be getting in involved in politic. Just be police and use the power vested on them wisely.

    If what the Opp say is wrong and subjected to investigation,it should be the same with the ruling party or anyone…then the Rakyat or People will say is Fair and they just do their job.

    Once awhile we got Minister or BN MP talking crap…just like recent aide to PM calling other race or people all kind of uncalled for remarks…is this guy,investigates or what action the Govn take so that it would happen again.

    What is it going to be…politic,law and order,the job and role of a true policeman for this country ?

    Reply

  7. 7 SULIN BIN RUSNEH Mar 12th, 2010 at 10:30 am

    Datuk Seri,Kami di Sabah sentiasa bekerja keras untuk memberi penerangan tentang kezaliman yang dilakukan keatas Datuk Seri dan pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara.Kesabaran dan ketahanan Datuk Seri,dari serangan yang bertubi-tubi dari pelbagai sudut telah menyemarakkan lagi semangat kami.Kami akan terus berjuang demi rakyat Malaysia tercinta.

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    hidop SULIN!!!!!

    Suara dari Sabah sahaja ke? Mana suara dari jiran awak MR Sulin iaitu Sarawak tu? Tak dengar lagi suara dari Sarawak!

    Wasalam

    Reply

    Santubong/buntal/bako/Demak Reply:

    we feelin our own strategi then feedback direct to dsa..

    Reply

  8. 8 minang Mar 12th, 2010 at 2:44 pm

    Ya! Dato Seri program UBN mana dapat sambutan bagi mentadarah bolehlah,Rakyat dah cerdik beri ambillah nak dengar SORRY tu sebab UBN arahkan kuda tunggangan mereka cari pasal dengan segala program PR mereka cemburu sangat dengan suara rakyat yang sokong PR…..Contoh di Baling tempohari AZEEZ PARIA sedang berucap orangramai dah dapat fulus mereka cabutlah tinggalah BEROK tu berucap dalam lingkungan 40 orang sahaja yang dengar itu pun belum tiba giliran……Itulah balasan pada BEROK MAKYEH yang penipu auta keling????????

    Reply

  9. 9 Zulkifli Mar 12th, 2010 at 3:53 pm

    Inilah buktinya DSAI adalah manusia yang paling di geruni oleh ameno dan BN…. apa yang diucapkan dan dilakukan menunjukkan DSAi adalah benar… itu faktanya

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners