Archive for March 11th, 2010

11 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak semakin hari semakin terhakis. Di sebalik pengumuman kononnya Model Ekonomi Baru akan diperkenalkan, rakyat ternyata menyedari kerajaan tidak akan berjaya menyingkir kudis-kudis lama yang menghinggapi akibat dari kelemahan serta pelaksanaan dasar seumpama Dasar Ekonomi Baru. Saya yakin model baru ini tidak mampu menyaingi intisari mahupun kejujuran Agenda Ekonomi Malaysia dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menumpukan kepada pengagihan kekayaan secara adil tanpa mengira ras.
Pada masa yang sama rasuah semakin berleluasa dan institusi kenegaraan seperti kehakiman tidak berupaya menjamin keadilan buat semua.

Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat saban hari diganggu dan tidak lekang diugut dari pelbagai arah. Selain saya, sejumlah 14 Ahli Parlimen dan Adun PR diambil keterangan oleh pihak polis berhubung ceramah dan aktiviti lainnya. Strategi menakut-nakutkan sebegini merupakan muslihat murahan dan pastinya ditolak rakyat.

Menggunakan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding imej ternyata tidak membantu perdana menteri dan isteri, apatah lagi didedahkan media syarikat tersebut diterajui antaranya mantan duta Israel ke Amerika dan Jerman. Lebih merumitkan keadaan 1Malaysia yang dilancarkan Najib dikaitkan dengan 1Israel. Hari ini saya difahamkan SPRM juga melancarkan siri kempen untuk memulihkan imej. Ratusan juta dihabiskan demi memulihkan imej. Sedangkan cara yang paling mudah dan jimat ialah berpegang teguh kepada prinsip undang-undang, bebas dan tidak menurut kehendak elit pemerintah yang jelasnya semakin hari semakin terdesak.

ANWAR IBRAHIM

11 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari MalaysiaKini
Oleh Salhan K Ahmad

Seramai lima orang pegawai polis tiba di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada kira-kira jam 11.30 hari ini untuk merekodkan kenyataan daripada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai berasingan di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada unit cawangan khas Bukit Aman.

Kenyataan Anwar direkodkan di sebuah bilik dengan dinding kaca, di tingkat tiga pejabat berkenaan.

Adalah dipercayai siasatan polis itu berhubung kandungan ucapannya pada beberapa ceramah di Pulau Pinang, bulan lalu. (more…)

11 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Program Gerakan Tawan Johor
Bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

12 Mac 2010 (Jumaat)

Pogram di Kota Tinggi

7.30 – 8.00 malam- Solat Maghrib di Masjid Jamek Kota Tinggi

8.00-10.00 malam – Jamuan Makan Malam

Public Restoran, Kota Tinggi

Ucapan Oleh:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) Ybhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
3) YB Tien Chua
4) YB Gan Pei Nei
—–
Program di Mersing

8.30 – 12.00 malam – Ceramah Perdana

Markas PAS Darul Taqwa
Kampong Air Merah, Mersing

Penceramah:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Dr Boo Cheng Hau
3) YB Tien Chua
4) Ybhg Prof Datuk Dr Mahfodz Mohamed
5) Ybhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

11 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review
Oleh Lim Hong Siang

Pertukaran kerajaan di peringkat negeri gagal membawa perubahan kepada dasar nasional, demikianlah mesej yang berulang kali ditekankan oleh Kalakau Untol, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, sebelum menyakinkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa rakyat Sabah akan bangkit bersama PR pada PRU ke-13 untuk menubuhkan kerajaan persekutuan baru.

“Saya memperingatkan Dato Seri Najib, bahawa dia meletakkan Sabah (sebagai) Fixed Deposit Barisan (Nasional)…,” sambungnya, “Minta maaf, PRU 13, detik penentuan. Rakyat Sabah akan bangkit bersama dengan Pakatan Rakyat!”

Kalakau Untol (gambar kiri) meneruskan ucapannya dalam tepukan gemuruh, menegaskan bahawa “it will not be fixed deposit anymore” (Ia bukan lagi deposit tetap). (more…)