Archive for March 10th, 2010

10 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ditanya wartawan Malaysiakini sebentar tadi mengenai gambar yang diambil di penjara dan HKL yang menunjukkan saya berdiri dan berjalan.

Gerombolan upahan umno ternyata kehabisan modal. Isu pokok adalah bahawa kecederaan saya akibat dipukul oleh ketua polis negara dan pimpinan umno cuba menafikan itu seperti yang terjadi ke atas kes A. Kugan, Beng Hock dan lain-lain. Bukti MRI, dokumen rawatan dan pembedahan tulang belakang di Munich merupakan jawapan ampuh melawan fitnah murahan ini.

Sepanjang di mahkamah 1998-2004, saya juga tidak membawa masuk kerusi roda ke dalam mahkamah. Saya mampu berjalan perlahan dan berdiri. Namun sekarang, diulang siar foto dalam simpanan polis yang pernah ditunjukkan ketika kursus biro tata negara yang mempertikai tahap keuzuran saya sekaligus melindungi jenayah ketua polis negara.

ANWAR IBRAHIM

10 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rakaman VCD semasa beliau menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah.

“Semasa saya di mahkamah (1998) saya boleh jalan, saya boleh bangun. Di mahkamah saya tidak pernah pakai kerusi roda.

“Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak.

“Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh. Ada pembedahan dilakukan, cukuplah,” katanya selepas menghadiri prosiding kes qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini. (more…)

10 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?