09
Mar
10

Anwar : Kezaliman Polis Tidak Patahkan Semangat Perjuangan PR

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat tidak akan tunduk kepada tekanan polis dalam membebaskan negara daripada rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan polis bertindak di bawah telunjuk Umno tidak akan mematahkan semangat perjuangan gagasan itu.

Anwar berkata demikian setelah polis merempuh satu lagi majlis pakatan rakyat di Kuala Lumpur kelmarin.

Detik-detik hitam satu lagi episod polis menggunakan kekerasan pada majlis anjuran parti pembangkang.

Penyokong Pakatan Rakyat dipukul dan dipijak dan ada yang mengalami kecederaan serta ditahan.

Peristiwa ini berlaku di Kelab sultan Sulaiman Kuala Lumpur malam kelmarin.

Majlis tersebut adalah untuk menandakan tahun kedua pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Insiden hitam ini membuktikan sekali lagi politik Umno tidak berubah apabila parti pembangkang terus dilihat sebagai musuh yang harus ditekan dalam apa cara sekali pun.

Namun bagi Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim insiden seperti inilah yang mengukuhkan tekad Parti Keadilan rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat untuk meneruskan perjuangan.

“Kalau ibarat kita dalam perahu, orang serang kita, pukul kita, aibkan kita, satu dua orang bekas penyokong lompat parti. maknanya patah dayung saya ingin beritahu kepada saudara, kalau patah dayung dengan jariku dayung jua. Namun mengalah tidak sekali” katanya kepada hadirin.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu mengajak semua lapisan rakyat supaya meneruskan perjuangan dan tidak mudah tidak patah semangat biarpun segelintir pemimpin bermasalah dalam parti, belot dan lari dari landasan perjuangan.

“Dulu dengar Anwar akan dapat pegang Putrajaya, bertahan-tahan. Bila terlambat ke Putrajaya mereka patah balik. Pejuang apa ini? Dulu bukan main, pernah denar bila kita kata mahu ke putrajaya, ada yang belot. Tidak ada tapi bila rasa lambat lagi, datang sejuta, datang dua juta, dup dap dup dap” katanya lagi.

Beliau juga menyelar gelagat segelinti r Ahli Parlimen bermasalah yang tidak mengambil kira pengorbanan rakyat sebelum membuat sebarang kepurtusan yang hanya mementingkan diri sendiri.

“Masukkan dalam kepala otak orang2 termasuk Ahli parlimen PKR dulu. Masuk dalam otak orang yang sokong kamu perah tenaga, peluh keringat dan wang ringgit untuk menangkan kamu, sebaliknya kamu kira pertimbangan lain. runding diam-dia dengan Rosmah dan Najib”.


8 Responses to “Anwar : Kezaliman Polis Tidak Patahkan Semangat Perjuangan PR”


  1. 1 Pejuang Mar 9th, 2010 at 9:22 am

    Peristiwa pengkhianatan dalam perjuangan adalah sesuatu yg berulang-ulang dalam sejarah. Yang penting ialah membina daya tahan para pejuang supaya tidak tergoda oleh kepentingan duniawi.

    Reply

  2. 2 xxx Mar 9th, 2010 at 10:33 am

    Inilah kezaliman pemerintah, mereka akan pergunakan apa saja demi mengekalkan kuasa dan pemerintahan mereka walhal rakyat telahpun menolak… satu masa nanti pabila rakyat sudah menjatukan kuasa dan pemerintahan zalim mereka ini tidak musthil mereka-mereka ini pula senggup memborantak atau menjadi petualang demi mengambil kembali kuasa atau pemerintahan mereka… tidak mustahil…

    Reply

  3. 3 seniman 85 Mar 9th, 2010 at 1:09 pm

    KUALA LUMPUR, 7 Mac: Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun Pakatan Rakyat walaupun diadakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

    Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.
    Kira-kira 50 FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas lima minit sahaja Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap.
    “Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim…”
    Sebaik sahaja selepas berkata demikian, kira-kira 50 FRU yang sudah bersedia sebaik sahaja Khalid berucap sebelum itu, menyerbu pentas dan menghentikan Azmin daripada berucap.
    Menurut maklumat, ada beberapa petugas dan orang ramai yang dipukul oleh FRU kerana cuba menghalang serbuan itu.
    Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan interinya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah belum sampai. Di atas pentas adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali, anggota Parlimen kawasan Titiwangsa di samping Tan Sri Khalid.
    Akibat serbuan itu keadaan menjadi kecoh dan pihak polis memaksa orang ramai masuk ke bangunan yang sempit itu. Mereka sama sekali tidak dibenarkan duduk di luar dewan. Jika tidak, ceramah itu tidak akan dibenarkan.
    Ekoran itu, semua para hadhirin menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan.
    Selepas perbincangan dibuat, polis membenarkan program itu diteruskan dengan syarat ia diadakan di dalam dewan.
    Anwar dan isterinya tiba kira-kira jam 10.25 malam dengan disambut teriakan reformasi dan takbir daripada orang ramai.
    Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan tindakan itu orang ramai semakin benci kepada Umno.
    Azmin memberitahu, tindakan polis menyerbu majlis pada malam ini setelah mendapat tahu satu VCD akan dilancarkan oleh Anwar berkaitan dengan fatwa Dr Yusof Qardawi berkaitan dengan Liwat II.
    Menurutnya, Qardawi memberi fatwa bahawa perancang, penyokong dan mereka yang mempercayai fitnah ini sebagai fasik dan munafik.

    Nazri Abdullah /harakahdaily

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Kita tidak hairan Kelab SS, di Ceroboh tapi yang paling tidak boleh diterima Kelab tersebut berada di dalam Perlimen Titiwangsa yang mana berdirinya Kelab tersebut atas tanah yang mana Mandat Rakyat jelas kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya UMNO BN harus malu kepada Rakyat Parliment Titiwangsa yang mana Undi mereka di permaikan.

    1. menafikan tangan rakyat
    2. Kelab tersebut dipengerusi kan MB Selangor
    3. Kelab tersebut milik persendirian
    4. Tanah tersebut milik Kerajaan Rakyat Selangor
    5. Tidak menhalang lululintas kerana jalan masuk yang luas.
    6. Kelab tersebut bukan tempat terbuka kerana terlindung dengan pagar simen setinggi 2.5 meter.

    rakyat bukan bodoh kita tahu ada jari hantu yang bertukar menjadi jari telunjuk megarahkan pihak Polis menceroboh kawasan tersebut. saya percaya rakyat malaysia ada yang buta huruf tapi mereka celik IT.

    Reply

  4. 4 Boring Mar 9th, 2010 at 4:53 pm

    They are biggest obstruction to the process of Democracy in this country ! Too powerful and can do wonder’s !

    Reply

  5. 5 bukit tok beng Mar 9th, 2010 at 5:28 pm

    salam, ada pelbagai jenis perjuangan. ada yang berjuang untuk dunia seperti hidup senang dapat projek. ada berjuang untuk naik pangkat. Tetapi yang penting berjuang kerana Allah. Kita lupa kepentingan diri tetapi utamakan orang lain. Pemimpin mesti susah dahulu asalkan rakyat senang.
    Sekarang ni ada orang dah naik gaji maka rajinlah bekerja untuk umno-bn. biasa le tu. tetapi bila pencen nanti orang kampung tak layan pun. dah ramai dah kita tengok. anak-anak di sekolah pun ramai yang menghadapi masalah disiplin.

    Reply

  6. 6 Arash Mar 10th, 2010 at 10:12 pm

    Malulah pada diri. Malulah pada anak-anak dan isteri dirumah. Mereka tidak redha jika bapa atau suami mereka membawa-balik rezeki yang haram untuk dimamah. Malulah pada ibubapa yang mengasuh mereka dari sebasar telapak tangan hingga menjadi seorang dewasa yang seharusnya mengerti akan tanggungjawabnya kepada keluarga, pada ibubapa, sanakaudara, masyarakat, bangsa dan tanah air yang tercinta. Peliharalah maruaah diri supaya anak isteri dan keturunan mu kelak apabila memijak kuburmu nanti hilang rasa hormat dan perasaan penuh kesal menyelubungi wajah mereka kerana perbuatan mu yang sanggup menjadi hamba kepada penguasa yang tamak, angkuh dan rasuah. Wahai tuan-tuan yang berkuasa di PDRM, Kehakiman dan seluruh Kementerian. Sedarlah sebelum terlambat. Apabila rakyat mengambil-alih kuasa kerajaan yang angkuh ini nanti, kemana muka kamu nak letak?

    Reply

  7. 7 Wali Mar 17th, 2010 at 1:11 pm

    Demokrasi??inikah yang dilaung2kan oleh pemimpin Malaysia??sekarang ini lebih kepada autokrasi saya rasa.Satu Malaysia hanya retorik semata-mata.Pemimpin sanggup menggunakan mekanisma seperti polis untuk menggugat tekad penyokong-penyokong pakatan rakyat.Tapi,semua itu adalah benda biasa sahaja.Pihak mereka belum tahu yang penyokong-penyokong pakatan rakyat sudah alah bisa,tegal biasa.Kepada penyokong-penyokong pakatan rakyat,kita teruskan usaha kita.Kita teruskan dengan agenda-agenda kita.Kita melakukan agenda dan rancangan dengan aman dan sistematik sekali tapi kenapa pihak kerajaan pula yang kelam kabut??sudah terbukti dengan kekerasan yang digunakan kan??Kenapa mereka kelam kabut dengan menghantar polis untuk meleraikan perhimpunan yang pihak kita adakan??Bagi saya,mereka sudah tahu yang nasib mereka akan hancur tidak lama lagi.Mereka sudah tahu yang rakyat sudah sedar dan bangkit.Mereka sudah tahu yang rakyat telah bangun untuk menentang mereka bagi mendapatkan hak-hak rakyat.Jadi,mereka melakukan itu semua untuk menutup pekung mereka.Mereka sudah jadi seperti kera terkena belacan.Selalu dalam keresahan.Kita sebagai penyokong-penyokong komited dalam menegakkan islam,teruskan sokongan padu kita.Kita gunakan medium yang benar dalam perjuangan.Jangan takut kerana Allah bersama kita.Agar Allah meredhai kita semua.TAKBIR,ALLAHUAKBAR

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners