Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat sepanjang 2 tahun
Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.
Selangor:
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.
Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.
Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010.Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.
Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT(daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan)menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.
Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 juta
Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.
Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.
Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.


















semua pencapaian 2009. tapi sy nk tahu. tahun usaha dan mencarinya tahun bile?
Reply
supermokhtar Reply:
March 9th, 2010 at 1:17 am
kepada supermokh yang ingin tahu, tahun usaha dan mencari semua perkara prestasi di atas adalah selepas bulan mac 2008 atau lebih tepat selepas thsunami 08Mac08. Inilah antara beberapa kesan dari thsnami tersebut.
Reply
Aku Nih Reply:
March 9th, 2010 at 8:37 am
SALAM DSAI,
SAYA INGIN MENGAMBIL PELUANG INI UTK MENYERU MAJLIS PIMPINAN PAKATAN AGAR MEMBERIKAN LALUAN BUAT SAUDARA ZULKIFLI NORDIN UTK MENYERTAI PAS. PADA HEMAT SAYA, PERISTIWA INI BUKANLAH SESUATU YG MENGAIBKAN BUAT PAKATAN ATAU KEADILAN.
SEBALIKNYA IA AKAN MEMBERIKAN LEBIH BANYAK KEPELBAGAIAN BUAT PAKATAN, DI MANA AHLI2 YG BERMINAT BOLEH ‘MELOMPAT’ KE MANA2 PARTI YG MERUPAKAN AHLI KEPADA PAKATAN RAKYAT.
KITA SENDIRI DPT LIHAT SEJAK KEBELAKANGAN INI PERJUANGAN SAUDARA ZULKIFLI NORDIN MMG LEBIH MENJURUS KEPADA AGAMA ISLAM. JADI OLEH YG DEMIKIAN TIDAKLAH MENJADI SATU KESALAHAN SEKIRANYA BELIAU MENYERTAI PAS.
DI SAMPING ITU, LANGKAH INI AKAN TERUS MEMBERIKAN KESEIMBANGAN YG LEBIH JITU THDP JUMLAH AHLI PARLIMEN PAKATAN.
SAYA BERHARAP AGAR KEPIMPINAN PAS DAN KEADILAN DAPAT MELIHAT CADANGAN INI DARI SUDUT YG LEBIH POSITIF. MALAH ISLAM SENDIRI MENYERU AGAR UMATNYA SENTIASA BERPRASANGKA BAIK..
SEKIAN, WASSALAM.
Reply
Syabas Pakatan Rakyat.
One thing for sure,hard to find PR ADUN or MPs that are corrupt.Infact,this is very key towards
a great Malaysia.
While you work hard to prevent this’cancer’please do not leave open tender to civil servants
alone.They are used to the corrupt ways and that is not easy to change.
At the same time,just because you are careful,please make decision fast.In reality,there was
nothing done for Selangor because everyone are so scared to be accused of corruption.
Please too dont think all Malays are corrupt and those that want to contribute by doing
competitive business must be encouraged.Dont look down on them.
The B Jambul issue is sad.The group that supposedly aligned itself to Zaharin were Malaysians,
proven competence,fast and cheap.It would have gotten Tiger and Vijay to play there and now
you have the self contained Japanese to run the place.What a lost opportunity.
D Salehuddin was a lost to PKR.He is as sincere as it gets.He is a global oil and gas master
and to run him down is truly sad.He is certainly not corrupt.
The sand issue in Selangor has to be managed.Semesta is incompetence.You cant possibly deliver
rgt7mil to the State when you promise rgt150 mil.
PKPS need to be restructure.They pay their salary not by income from farming,rather leasing
the land and selling them off.How?
Please dont trumpet success alone because that is not telling the whole truth.
On the whole,better than BN for sure.
Well done Pakatan and get better quick!
Reply
Wow! Hebat….tapi kat selangor tu…pelaburan tahun bila tu? Tahun 2008-2009 atau pelaburan dari tahun-tahun sebelumnya?
TELUS BEB! TELUS.bAGI BUKTI DETAIL SKET BILA TARIKH PROJEK TU MULA DAN TAMAT.KAMI NAK TAHU.
Reply
benci bn Reply:
March 9th, 2010 at 1:15 pm
poyo la ko ni..klu nk hrp sblum mac 2008, ntah brp kerat je masuk poket krajaan negeri.. yg lain bnyk masuk poket kroni amno/bn jek..
Reply
Kepada yang komen kenapa hanya tahun 2009 je..betul la tu..2008 tahun Cuci Mangkuk UBN.
Reply
Boleh sertakan bukti dgn perinciannya??? Sebab apa yang ditulis cuma macam tajuk berita je…sukar untuk ditafsirkan. Boleh jadi ianya benar dan boleh jadi sebaliknya..
Reply
Fuh…semua cerita yang baik2 belaka. Gula-gula kepada rakyat…
Reply
benci bn Reply:
March 9th, 2010 at 1:18 pm
tu lebih baik dr amngok/bn yg gune besar-besaran media utama utk burukkan PR, dan dok puji diri sndiri kononnye ekonomi lbih baik pd hal, smakin terlangkup malaysia ni klu nk hrp bn yg perintah negara..dhla kdnk menurun, rezab emas negara menyusut, indeks jenayah meningkat, indeks persepsi rasuah merudum..tu ap hal?? tu media dan pengkaji antarabangsa yg buat..so ap citer tu?? bengong..
Reply
(Maaf diluar tajuk)
PANDANGAN 2 PROFESOR TENTANG KES LIWAT ANWAR MACAM BUDAK TADIKA
Dari Kacamata Halik Zaman:
DUA orang profesor seorang juru acara Astro Awani dalam “Ruangan Bincang Bincang” pagi tadi. Tiada yang pro semuanya kontra bincang pasal 50 orang Ahli Ahli Parlimen Australia yang mengeluarkan pendapat bahawa kes liwat Anwar Ibrahim berbau politik Najib dan perbicaraan kes liwat tersebut condong kepada bau politik Kerajaan UMNO/BN.
Para profesor yang mungkin rendah taraf pemikirannya dan mindanya terkongkong oleh politik songsang BN berpendapat 50 orang Ahli Parlimen Australia yang membantah kes liwat Anwar Ibrahim itu dibincangkan dari pendapat dari individu bukan mewakili rakyat Australia. Antaranya berpendapat pula memang undang undang Australia menghalalkan homosex dan Australia kononnya tidak tahu perundangan Malaysia yang mengharamkannya.
Pengacara dan 2 orang profesor itu berpendapat bahawa 50 orang Ahli Parlimen Australia itu tidak berhak campur tangan hal ehwal perundangan Malaysia. Mereka tidak perlu beri pandangan perundangan dalam negara Malaysia. Negara Malaysia sebuah negara berdaulat dan orang luar jangan campur tangan, kata mereka. Perbincangan ketiga tiga yang mungkin dibayar imbuhan itu bercakap seperti orang yang “syok sendiri”.
Profesor itu bercakap tanpa bersandarkan fakta. Perrnahkah atau tidak Kerajaan Malaysia campur tangan hal ehwal perundangan negara luar yang mengutuskan Dato’ Seri Hamid Albar Menteri Luar Malaysia pergi ke Myanmar meminta dibebaskan Ang Syu Kii dari tahanan rumah ketika Hamid Albar menjadi Menteri Luar Malaysia dulu? Malaysia menganggap hukuman keatas Ang Syu Kii tahanan rumah itu sebagai melanggar hak asasi kemanusiaan. Pernah juga Kerajaan Malaysia mengutuk dan membantah keputusan hakim menggantung bekas Presiden Iraq Saddam Hussein kerana melanggar undang undang Geneva. Malaysia juga pernah mengutuk dasar apartheid negara Afrika Selatan terhadap hak asasi rakyat kulit hitam Afrika Selatan.
Kes Liwat Anwar Ibrahim fitnah ke-2, Mahkamah Malaysia tidak memberi hak kepada Anwar Ibrahim untuk mendapatkan bahan bukti dari pendakwaraya sebelum perbicaraan dimulakan dan rayuannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan bahan bukti tersebut. Bukankah ini tergolong dalam ertikata, “diskriminasi politik” ?
Bagaimana peguambela dapat menelitinya jika semasa dalam perbicaraan barulah dikeluarkan bahan bukti tersebut? Sekiranya dalam bahan bukti yang dirahsiakan itu ada mengandungi alibi bagaimana? Sedangkan kes yang ada mengandungi alibi memerlukan 1 minggu notis sebelum perbicaraan? Alibi tidak boleh diguna-pakai tanpa notis sekurang kurangnya 1 minggu sebelum perbicaraan berjalan alibi mesti diberi notis terlebih dahulu?
Bahan bukti tuduhan kes liwat tersebut adalah dikira ‘hak asasi Anwar’ yang perlu diberikan kepada Anwar Ibrahim dan perlu diambil kira dan dihormati oleh mahkamah. Atas dasar inilah maka 50 Ahli Parlimen Australia dan Senator John Kerry dari US merasakan ada sesuatu ‘keadilan’ yang disembunyikan oleh pendakwaraya dan mereka minta dihapuskan kes liwat tersebut kerana ia bisa dianggap berbau politik.
Profesor yang membincangkan campurtangan luar negara itu tidak memikirkan bahawa negara negara luar terlalu mengambil berat tentang hak asasi kemanusiaan kerana dinegara negara dunia luar di anggap penting mempertahankan hak asasi kemanusiaan. Bukan campurtangan, tapi menjaga hak asasi kemanusiaan supaya tidak dicabuli. Semua negara negara luar berhak menyuarakan hak asasi kemanusiaan jika perundangan sesebuah negara itu bercampur baur dengan politiik.
Ingat, Malaysia sebuah negara kecil, banyak bersandar dan bergantung ekonomi dari negara negara luar, pandangan negara negara luar juga perlu diambil kira sebelum negara Malaysia dikenakan tindakan sekatan ekonomi dunia.
Masih segar di ingatan kita tentang peranan seorang peguam V.K.Lingam, Kerajaan telah melantik Suruhanjaya menyiasat perkara perlantikan Ketua Hakim Negara dengan sokongan “korek korek korek” Lingam. Hasil siasatan dalam perbincangan talifon itu “betul” dan Lingam bersantai dengan hakim hakim keluar negara itu juga “betul”. Apa jadi cerita itu? Sekarang ini sudah “Senyap dan Sunyi” seperti tajuk lagu P.Ramlee.
Kerana itu keyakinan rakyat kepada wibawa Hakim Hakim Mahkamah Malaysia kian hari terus pudar, kerana sudah ada precedent-nya untuk jadi ikutan bahawa kita kuatir mungkin ada hakim yang akan ikut “telunjuk dari jejari ghaib dalam UMNO”.
Reply
wati Reply:
March 9th, 2010 at 12:07 am
saudara halik…
tak der cite lain dah ke…jemu2
Reply
Prof Serbatahu Reply:
March 9th, 2010 at 7:47 am
Apa nak buat tangkap muat punya Profs’.
Reply
Sapa Reply:
March 9th, 2010 at 8:02 am
Itu tanda2 professor yg takut nak meluahkan realiti yg sebenar, krn periuk nasi mereka di sumbang oleh badan2 umno-bn. Dasar professor dayus!
Reply
Tindakan para pemimpin UMNO Pusat buat orang Sabah marah marah. YB-YB PKR dipujuk keluar dari PKR. Entah apa apa lagi mereka dapat imbuhan istimewa. Penyokong PKR ambil sikap tenang dan taat dalam PKR.
Ahli ahli UMNO diSabah tidak sabar marah marah. Kenapa YB-YB- PKR itu kami dengar dapat imbuhan lumayan, kenapa? Kami yang sokong UMNO ini apa ada?
Secara diam diam ahli ahli UMNO Silam Lahad Datu buat protes 1,822 orang ambil borang PKR jadi ahli PKR kelmarin.
Ahli ahli UMNO Kg. Benoni Papar 813 orang secara diam diam tinggalkan UMNO. (Belum masuk mana mana parti lagi, mereka ambil sikap tunggu dan lihat). Mereka terkilan.
!,500 orang ahli ahli UMNO Pitas Kudat sudah daftar jadi ahli PKR, alasan mereka bila YB-YB PKR dilayan oleh para pemimpin UMNO sebagai VIP, kami ahli ahli UMNO dari Sabah nak buat temujanji dengan Setiausaha Agung di KL pun kena batalkan, alasannya beliau tidak ada masa sibuk.
Di Sepanggar 2,000 borang habis. Orang orang muda termasuk ahli ahli UMNO nak daftar sebagai ahli PKR. Alasan mereka PKR adalah parti rakyat miskin, parti UMNO ialah parti orang orang elit. Pemimpinnya sombong tidak bertempat.
NOTE: Ahli ahli UMNO yang lain bila lagi? Sampai bongkok badan kamu dalam UMNO, seperti hari in,i apa yang kamnu dapat? Ampurai pun tidak ada. Yang kenyang KRONI UMNO dan anak BUAH para pemimpin, sana sini ada projek juta juta, kamu ada apa?
Reply
Simply put, there are other people capable of running the states than just BN. Kalau PR teruk sangat, tak sampai sebulan dah bankrap kerajaan negeri. Ini dah masuk 2 tahun, kesimpulannya orang lain pun boleh memerintah. Given time, PR would do so much better than BN coz mereka dinaikkan oleh rakyat yang benci rasuah!
Reply
sicko Reply:
March 9th, 2010 at 3:29 am
btul bang. kalaulah betul pr tak reti memerintah, sekejap je jahanam negeri2 yg dorg pegang. tp sy yg kt selangor ni rilek je, cool je dok slgor ni. kalau balik kg kt pilah nun, org kg siap perli lg. ditanye kita, amacam dok negeri pkr? mak ai.. buta hanjing dorg ni. menjak saye lahir sampai la sy dh umor 28 ni, masaalah air kt kg sikai, kuala pilah tu tak penahnye selesai. sayang sangat dgn bn.. bulih tahan bodoh jgk org2 situ.
Reply
Terpanggil saya untuk ‘menjeling’ tulisan penulis upahan ringgit, Ruslan Kassim yang disiarkan di Utusan Malaysia @ agent utama UMNO/BN. Begitu confident beliau menyenaraikan satu persatu synopsis dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat. Jadi, “ini tidak adil, ini serupa berat sebelah kalau tidak di jawab. Maka untuk “menyama-tarafkan” situasi, maka saya juga ingin merencanakan synopsis perjalanan politik UMNO/BN yang menjadi “pujaan hati” Ruslan Kassim itu.
Kupasan pertama, saya ingin menyentuh isu DERHAKA. Jika di imbau kembali, SIAPA yang mula-mula MENDERHAKA kepada Sultan ? SIAPA ? Ingatkah anda suatu ketika dahulu, Annuar Musa pernah ‘menabalkan’ sendiri Sultan Kelantan pilihannya di Ketereh dahulu ? Sehinggakan keadaan agak huru-hara di Kelantan ? Adakah ianya tidak di kira MENDERHAKA ?
Siapa yang memansuhkan kuasa Raja-Raja Melayu ? Bukankah Dr Mahathir ? Siapa yang dengan lantang dan gagah perkasa (atau sengaja mahu tunjuk kuasa) membidas Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini sedikit masa dahulu ? Saya percaya jawapannya ada dalam genggaman Shahidan, Mohammad Mat Taib dan Idris Jusoh. Mereka arif dengan jawapannya. Apakah ini tidak di kategorikan sebagai PENDERHAKA RAJA/SULTAN ?
Tapi tidak ternampak warna derhaka kerana mereka semua ini berlindung di bawah kekebalan kuasa veto UMNO. Kerana itulah apa yang mereka lakukan terhadap Raja/Sultan semuanya HALAL dimata masyarakat pada ketika itu. Bila kes Nizar Jamaluddin, balaci-balaci UMNO terus bangun dan kononnya merekalah ‘PENYELAMAT SULTAN’. Mereka lupa apa yang pemimpin UMNO pernah lakukan terhadap Raja/Sultan dahulu ? Salah satu sikap hipokrit UMNO !!
Sudahkah anda lupa kemelut UMNO Terengganu ? Pemboikotan beramai-ramai ADUN Terengganu ? Kenapa dan mengapa ianya berlaku ? Sebab ketidak-sefahaman antara MB dan ADUN-ADUNnya. Siap hantar SMS ugut-mengugt lagi. Ini apa ?
UMNO ingin jadi JUARA RAKYAT ? Mengambil contoh di Johor, adakah UMNO lupa ada tanah yang telah tergadai kepada warga Negara Singapura dan Hong Kong? Siapa punya angkara ? Pakatan Rakyat ? Tepuk dada tanya selera .
Kalau mahu bicara mengenai ‘percakaran sesama sendiri’ dalam BN pun banyak untuk di senaraikan. Masih ingatkah anda kes ‘perang-mulut Samy Vellu dan M. Kayveas sehinggakan bertukar-tukar kenyataan di media elektronik dan cetak ? Itu apa ? Bukankah pergeseran sesama parti komponen ?
Kes Samy Vellu dan bekas Timbalannya, S. Subramaniam. Sehingga timbulnya court injunction. Krisis ini berlarutan sehingga Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini dimana ada proses pemilihan baru pucuk pimpinan parti untuk penggal yang baru. Berlaku juga insiden sindir-menyindir, sehinggakan Samy Vellu juga selaku Presiden turut ikut berkempen untuk G. Palanivel. Bukankah ini sudah melanggar hak kebebasan perwakilan dalam memilih calon-calon yang mereka kehendaki. Ini kita panggil apa ? Dimanakah demokrasi ?
Kes M.Kayveas dan T. Murugiah – insiden satu parti dua Presiden. Mengapa ianya berlaku ? Ianya adalah kerana tiada kesepakatan dalam parti maka terjadinya dua puak. Puak Kayveas dan puak Murugiah. Bukankah ini juga di panggil konflik dalaman parti / BN ?
Kes Mat Said vs Idris Jusoh. Mengikut beberapa kenyataan rasmi dari Mat Said, yang membidas beberapa projek yang dibangunkan di Terengganu semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar yang mana menurut Mat Said, amat merugikan rakyat. Bukan setakat itu sahaja banyak lagi ‘hasil tangan’ Idris Jusoh di pertikaikan oleh Mat Said. Ini cerita apa ? Bukan kes ‘sengol-sengolan’ sesama sendiri ?
Kes pergolakan dalaman MCA sehinggakan berlakunya pemecatan dan perletakan jawatan beramai-ramai. Bukankah ini juga sebahagian daripada apa yang di gelarkan sebagai kemelut politik ? Ahli-ahli MCA telah hilang kepercayaan di atas kepimpinan Ong Tee Kiat. Berlaku beberapa kronologi kemelut yang amat bergelora dalam MCA. Ini bagaimana ?
Begitu juga semasa Pak Lah masih menjadi PM. Rakyat sedar akan wujudnya komplot yang mahukan Pak Lah berundur sebelum tiba waktunya. Kumpulan ini mendapat “restu” dari bekas PM, Dr Mahathir sehinggakan beliau sendiri menunjukkan ‘belang’ dengan tindakannya keluar dari UMNO kerana tidak setuju dengan pentadbiran Pak Lah.
Malah ada lagi pemimpin yang berani membuat kenyataan supaya Pak Lah berundur dengan segera dan yang lebih menarik lagi, kenyataan itu di buat di negeri orang, di Singapura ! Bagus betul tu, melanyak ketua sendiri di negeri orang. Itu pun masih ok ke ?
Lihatlah, mereka sesama UMNO lagi hebat bila hentam-menghentam sesama sendiri. Tidak cukup di dalam Negara, mereka buat di luar Negara. Hebat bukan pemimpin-pemimpin UMNO ? Cukup hebat.
Begitu juga dengan pembantahan PPSMI. Hampir rata-rata cendikiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Malah Tan Sri A Samad Said juga turut bangkit menentang. Adakah UMNO peduli semua ini ? Jawapannya UMNO tak kisah dan tidak ingin kisah kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada para pemimpin UMNO dan kroni.
Justeru demi untuk menutup segala kepincangan dalaman UMNO dan BN, maka mereka bertungkus-lumus menjalankan agenda mereka bagi ‘membasmi’ PKR dan Pakatan Rakyat. Mereka sedaya-upaya membeli wakil-wakil rakyat yang tipis imannya untuk melunaskan impian mereka melihat PKR pecah kerana menurut andaian mereka PKR dan Pakatan Rakyat ibarat retak menanti belah.
Dalam sibuk-sibuk dengan misi menjatuhkan PKR, rakyat telah di sajikan dengan kehilangan enjin jet tentera dan ketidak-upayaan kapal selam Negara untuk menyelam. Kenapa ? Terkena ‘badi’ PKR dan Pakatan Rakyat agaknya.
Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat di aniaya, semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. Insya Allah.
Reply
joe-kedah Reply:
March 9th, 2010 at 12:45 am
Salam untuk semua.
Saya amat berminat dengan tulisan dan kupasan noor diana mohd razis k.k. memang patut perlu tulisan ini ditujukan kepada roslan kasim and the geng. Pepatah orang tuax pernah berkata KAWAN KETAWA MEMANG RAMAI TETAPI KAWAN MENANGIS KITA SEORANG DIRI SAJA LAH. Demikian lah perkara itu berlaku kepada sipemutar belit roslan kasim ini. dia amat syok, kalau buat ulasan diutusan meloya malah lagi syok bila buat kenyataan ditv tiga suku. Siapa tidak kenal dengan roslan kasim, dia lah manusia kacang lupakan kulit, dia lah manusia pengecut yang menikam dari belakang kepada anuar.Saya pernah luahkan perkara ini kepada kak wan (Datin sri dr wan azizah), kalau beginilah orangnya,pembelot, pengkhianat, jangan benarkan dia melintas depan rumah kita walau pun cucur atap rumah kita. Dari segi perjuangan, orang semacam roslan kasim ini tidak layak dinobatkan sebagai pejuang, malah kelayakannya hanya dinobatkan sebagai manusia pengecut. Kepada pemimpin tertinggi pakatan rakyat khasnya parti keadilan rakyat beringatlah JAUHKAN PANGGANG DARI API KEPADA MANUSIA YANG BERNAMA ROSLAN KASIM, BUKAN SALAH IBUNYA YANG MENGANDONGKAN DIA TETAPI SALAH ROSLAN KASIM SENDIRI KERANA DIA TERIKUT DESAKAN DAN HIMPITAN MESTI MENGIYAKAN APA YANG TIDAK BETUL, KERANA APA, KERANA FULUS. Syabas noor diana, semuga roslan kasim bolih ulas, kita nak lihat tipu muslihat roslan al kelabu mata duitan.
Reply
inderaloka Reply:
March 9th, 2010 at 11:40 am
Ya, semakin PKR dan PR dianiaya, semakin kental kepercayaan rakyat yang PKR dan PR peroleh, InsyaAllah. Satu penulisan yang berfakta, saudari.
Reply
Kepada penyokong UMNO ngok…pertama sekali cuba tanya MOF mana dia dapat data ekonomi Malaysia dah pulih dan KDNK dan naik 4 peratus???Mana bukti dan datanya??
Kedua kenapa ekonomi Johor dan Pahang tak meningkat walaupun heboh dengna projek Iskandar dan ECER…mintak tlg sikt pejabat menteri besar kedua2 negeri bagi sebab musabab kenapa ekonomi negeri lebih rendah dari Penang dan Selangor??Apa pasal FDI tak masuk negeri Pahang..negeri Perdana Menteri sendiri..awat depa tak yakin dengan PM ke??
Tlg jawab UMNO Ngok!
Reply
Saudara Haikal Zaman…
Ulasan saudara mengenai 2 profesor diruangan bincang-bancang astro awani tu bagi saya memang baik dan saya bersetuju, tapi perlu ditambah baik. Biarlah individu yg bergelar profesor tpi berpura-pura jadi seperti budak-budak tadika ni,disebut saja namanya lainkali diruangan ini. Biar semua org tau nama diorag ni.Ini sudah melanggar etika ‘professorship’.Apakah maknanya gelaran yg sebegitu tinggi dianugerahkan jika ‘comment’ 50 ahli parlimen Australia tupun tdk difahami.
Reply
haha ahli umno dan pemimpin UMNO yang ada di anak tiri. Wang telah ditabur pada bekas PKR. Kalau keluar PKR kerana alasan pertahan Kalimah ALLAH buat orang ISLAM yang beriman ketawalah. Kerana Pakatan Rakyat lah ajaran ISLAM dapat difahami dan dihargai oleh orang bukan Islam. UMNO tetap dengan budaya rasuah, menggunakan wang negara dengan cara pembaziran, menjalankan budaya fitnah, menipu rakyat dan bermacam macam lagi tidak mengikut secara yang dikehendaki oleh ISLAM. Malulah yang berkuasa pemimpin melayu beragama ISLAM kalau hendak dibandingkan pemimpin pemimpin di negeri jiran yang berdekatan. Boleh maju walaupun tidak bergantung pada hasil minyak.
Reply
Syabas, baru 2 tahun dah berjaya menunjukkan prestasi yang baik dari segi ekonomi dan penyusunan masyarakat.
Semua rakyat kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk melihat PR menguasai parlimen dan seterusnya membentukkan kerajaan baru PR.
BeeEnd dah gigil, sedang cari jalan nak tutup mana-man fail yang patut. Jika dilihat kehadiran rakyat di kg. baru dan stadium melawati, jelaslah PRU13 adalah hak PR.
bravo..
Reply
Usahlah nak perdayakan rakyat dengan coretan2 yang menyedapkan mata dan telinga saja ironinya semua hampas belaka dah tahu wakil2 rakyat PKR mata duitan kenapa susah sangat nak menilai mereka dan tidak mahu belajar dari pengalaman lalu suka sangat diperbodohkan serta percaya bulat2 biar pun dari pihak lawan jika macam tu alamat mimpi di siang hari nampaknya.Ingat NAJIB senang2 nak bagi kuasa pada parti lain ini malaysia aku yang punya cuba dulu bersabar sedikit walau pahit kena telan juga ini tak,melawan tak tentu pasal sekarang siapa yang rugi.Negara bukan seperti Eropah mereka boleh jatuhkan pemimpin jika tak betul di malaysia mesti hormat BOSS baru boleh dapat apa yang dicitakan walau tahu benda tu tak betul mesti berpura2 untuk sedapkan hati.Tengok apa dah jadi dengan malaon2 yang cabut tu mereka hentam adalah lainkali mesti berhati2 baru rakyat puashati……
Reply
Siapa kata PR tak boleh memerintah? PR lebih baik dari BN.
Reply
Salam Dato’ Seri,
Lari tajuk sikit..sorry. I support the idea/ notion of “Aku Nih” above. I appeal to you personally Dato’Seri to allow Sdr Zul join any party he wishes – be it PAS (a Pakatan ally).
I don’t see any wrong legally..or morally for him to join PAS (if accepted). And while PAS should somehow respect PKR, Fairly..PKR also SHOULD respect PAS AS WELL (as to whether to accept or not to accept anyone to be a new member of their party). So, “mutual respect” is the way foward..
Pakatan should NOT lose Zul, let PKR lost him (because Zul himself is the part of his promlem..thak PKR as an organization couldn,t bear it. (An organanization cannot act for any certain individuals, but for the sake of the whole organization..of course).
Plse. let him decide.
Plse. let PAS decide as well. TQ
Reply
Setelah Genap 2 tahun : Mana dia Janji elaun ibu Tunggal Pakatan Rakyat?
Reply
salam kepada semua,
Kalau la saudara Zulkifli Nordin masuk PAS sekepas dipecat dari PKR kerana dia memperjuangkan Islam, PKR ni tidak memperjuangkan Islam ke? pada saya senang sahaja. Kalau nak perjuangkan Islam dan rakyat, masuk sahaja PAS. tak payah masuk PKR. PKR sama sahaja ngan UMNO. masing2 ada kepentingan sendiri. saya lagi suka kalau hanya ada parti PAS sahaja. sebab perjuangan PAS ni terang dan nyata. cuma kadang2 mekanisma yang digunakan tak effektif dan pendek akal. PKR ni hanyalah parti perjuangan yang ditubuhkan atas dasar ingin membalas dendam. dendam individu. Hanya Allah yang tahu samada DSAI ni kaki liwat ke tidak. Kenapa nak kena masuk PKR jika nak memperjuangkan agama, bangsa dan rakyat? PAS tak boleh buat ke semua ni? DAP punya perjuangan lagi nyata. Katakanlah Dato Haron Din nak masuk PKR, adakah dia mengkhianati perjuangan PAS?
Reply
Cavalera Reply:
March 19th, 2010 at 5:09 am
tak tau ke zul noordin memg ahli PAS yg disingkir sedikit masa dulu…PAS pun x mau..bertanding di kulim-bandar bahru atas tiket PKR beb!
Reply
Kalu kita dengar media spt Usetan Meloya…memanglah…”Pakatan Rakyat” gagal sepanjang 2 tahun memerintah “. Mangkuk hayun dia. Yang “berjaya” ialah Be End haramjadah, UmNgok raja rasuah, itu memang “berjaya” ! “kununnya” (bukan kononnya…)
I salute you all (our leaders in Reformasi movements), in PKR and Pakatan Coalition in general.
I imagine…if…in case.. nobody would dare to speak up, stand up to challenge satanic Be End/ UmnGok..what Malaysia would be in future ?
I salute you all the “strugglers” for rakyat..Anear and his friends, his comrades, TGNA, TGHH, Karpal, Kit Siang, GUan Eng, Kak Wan, Azmin Ali, Dr Syed Hussin, TS Khalid, Sivarasa, Tian Chua, Teresa, Ell etc . dan kesemuanya pemimpin dlm Pakatan
Kejayaan Pasti Akan Datang..Godwilling, insyaAllah.
The Road To Putrajaya is Getting Nearer…and Shorter then We Expected…believe me. In the next GE-13..we will rakyat will trash out Be End.| UmNgok…in the dustbain,, trash bin- where they belong..
Reply