Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah
Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan walaupun diadakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka, leher dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.
Anggota polis dan FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya tidak sampai lima minit selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap sebelumnya.
“Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim…” tegas Azmin disambut tepukan orang ramai.
Sebaik sahaja selepas berkata demikian, kira-kira 50 FRU yang sudah bersedia seawal Khalid sedang berucap sebelum itu lagi, menyerbu ke pentas dan menghentikan Azmin dari berucap.
Menurut maklumat, ada beberapa petugas dan orang ramai yang dipukul oleh FRU kerana cuba menghalang serbuan itu.
(Gambar: Tiga petugas Pakatan Rakyat yang cedera )
Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah belum sampai.
Di atas pentas adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, anggota Parlimen kawasan Titiwangsa, Tan Sri Khalid dan beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat wilayah yang lain.
Akibat serbuan itu keadaan menjadi kecoh dan pemimpin pakatan terpaksa masuk ke dalam dewan sebelum berunding dengan pihak keselamatan.
Hampir seribu penyokong yang hadir bagaimanapun tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sambil melaungkan ‘reformasi’.
Selain itu, mereka juga membaca doa beramai-ramai memohon program tersebut dapat diteruskan.
Setelah hampir 20 minit berbincang, polis kemudian membenarkan ceramah diteruskan tetapi hanya boleh dibuat di dalam dewan sahaja.
Ekoran itu, semua para hadirin yang berada di padang diminta masuk ke dalam dewan.
Anwar dan isterinya tiba kira-kira jam 10.25 malam dengan disambut teriakan reformasi dan takbir dari orang ramai.
Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan serbuan itu orang ramai katanya semakin benci kepada Umno.
Azmin memberitahu, tindakan polis menyerbu majlis pada malam ini setelah mendapat tahu satu VCD akan dilancarkan oleh Anwar berkaitan dengan fatwa terbaru ulama tersohor, Dr Yusof Qardawi berkaitan dengan Liwat II.
VCD tersebut bertajuk ‘Fatwa Mutakhir Yusof Al-Qaradawi berhubung Konspirasi ll terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sewaktu melancarkan VCD itu berkata, Qardawi tiga minggu lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terlibat dengan perancangan fitnah liwat terhadapnya adalah dihukum munafik, manakala mereka yang membantu menyebarkan fitnah itu dihukum fasik.









Tidak menghairankan apabila polis Malaysia bertindak begitu..kan nama nye polis MALAYSIA..mana DUNIA yg tak kenal polis Malaysia…?????Sesiapa saja INDIVIDU yg melawat ke Malaysia PASTI tahu kewibawaan pasukan keselamatan dlm negeri mereka..apa kata org2 sini..TAK DA MUTU…!!!BODOH..!!
Reply
I’m so surprise to hear the news of what happened at the stadium.
Still I don’t understand the jis of all the commotion goingon???? We have our constitution… For it states that the PM’s appointment over how it should be done by law. In the constitution there is no allocation towards the appointment of the DPM by the Yang DiPertuan Agong. All appoinmants of executives ( cabinet) is the right of the PM. The PM’s appointment is via general election and endorse by the Yang DiPertuan Agong, so it says….
Having known this it seems that the PM now is a caretaker PM. Like many other PM before him after afew months of being the caretaker PM they will dissolve parliament and have a general election so as to re-endorse the appointment as the rightful PM. Hence this show that our PM now is only a caretaker PM with limited powers. Why is that he is acting beyond that??? Why is that the opposition is playing to their(BN) game? What PR should do is stress on having an election rather than dragging issues like GST, Missing of jet engines, submarine not commencing, and the likes!!! Why play to sentiments and not direct to the point?
Reply
wahai org2 umno yg msih buta hati,adakah pemimpin2 yang munafik dan fasik yang yang kamu nak angkat jadi pemimpin?????ternyata mereka ini adalah golongan dr org2 yg membelakangkan agama dan sama sekali tidak bermaruah.sedarlah wahai org2 umno bahawa yang bersekongkol dgn org2 ini adalah termasuk dlm golongannya…….subhanallah
Reply
Aku ingat sejak peristiwa 8 Mac tempohari, umngok akan berubah dan tidak lagi mengganggu ceramah-ceramah PR sepertimana sebelum 8 Mac, tetapi sekarang dilihat semakin rakus dan menjadi-jadi gelagatnya umpama ‘orang lemas’…
Percayalah, umngok kalau tidak mengubah tabiat ini, bersedialah menerima hukuman rakyat secara total pada PRU akan datang…tahap meluat rakyat dah sampai tahap gaban…
Reply
ini bukan 12 tahun dahulu. ini mesti style mahathir, dera & paksa org. umeNO langsung tak berubah dari dulu sampai bile2.. ayuh PAKATAN, kite harus maju kehadapan.. hanya tinggal 2 tahun lagi.. TAKBIR!!
Reply
Semalam di Kelab Sultan Sulaiman, tindakan sekumpulan orang berpakaian seragam seperti polis merempuh masuk, meceroboh masuk tidak ubah seperti angguta keselamtan sebuah negara di bawah pemerintahan diktator di arah menceroboh masuk ke dalam kedutaaan negara asing, hanya pemerintah yang tak bertamadun sanggup melakukan perkara begini. Negeri Selangor sebagai empunya kelab ini seharusnya mengambil tindakan susulan untuk memastikan tiada orang-orang di Malaysia yang bebas melakukan sesuka hati mereka. Mereka ini becakap dengan lidah bercabang. Di satu ketika mereka kata Malaysia sebuah negara bebas, tapi bukan bererti orang boleh berbuat sesuka hati, dan kalau begitu mereka juga tidak bebas membuat tindakan sesuka hati mereka. Manusia merdeka wujud terlebih dahulu sebelum wujudnya sebuah kerajaan. Apabila parlimen dan ADUN dibubarkan, makan lupuslah kerajaan, sehingga manusia-manusia bebas dengan rela hati menghidupkan semula sebuah kerajaan selepas keputusan pilihanraya diistiharkan. Apa yang berlaku malam semalam menampakan kerajaan UMNO mementang dengan apa cara sekali pun kewujudan semangat manusia merdeka yang mahu hidup di negara merdeka.
Reply
harap ahli parlimen pakatan bagkit kan isu polis halang majlis sambutan 2 tahun pakatan di parlimen tengah bulan march ni..kasi gegar parlimen biar menteri gagap jwb..ahli parlimen pakatan mau garang sikit..lawan tetap lawan
Reply
baik sangatlahkan pun pulis malaysia
Reply
UBN ada banyak fulus boleh buat apa saja.Jika PR perintah mungkin lagi teruk kerjannya asyik menyalahkan orang lain saja.
Reply
Kasim Selamat Reply:
March 9th, 2010 at 12:54 pm
klau benci PR jgn sibuk2 kat sini..pegi main jauh2..hanya org2 yg berfikiran dangkal sahaja yg membenci perjuangan PR..utk makluman saudara, kerja PR bkn hanya nak salahkn org lain tp nak memperbetulkn org2 lain yg dah trsilap langkah..bkn kah sunnah Rasulullah nabi junjungan kita yg suruh kita umat Islam nasihat-menasihati antara satu sama lain??..tegur-menegur utk kebaikan bersama??..oleh kerana mereka (UBN) tamakkn kuasa, pihak yg benar selalu dinafikan, malah mereka sahaja lah yg terbaik lg suci padahal byk kes2 mereka yg angkuh & zalim itu dipadamkan & disenyapkan oleh media2 yg bersekutu dgn mereka..berita yg benar sentiasa dinafikan..ini lah dia peristiwa yg baginda ramalkan di akhir zaman..wallahualam..
Reply
Askm
Itu sahajalah yang boleh buta.jerit reformasi, jerit takbir.itu je lah. sampai kiamat pun perkara sama juga yang berlaku. lepas polis serbu , pemimpin berbincang dnegan polis. lepas tu pemimpin ucapkan terimakasih kepada polis yang menyerbu tadi.apa ni cerita katun ke. kami tak tahu tahap kesabaran pemimpin sebab pemimpin ada genda politik tapi kami rakyat tak minat agenda-agenda untuk diri,keluarga kroni. tahap kesabaran kami habis.
Kalau pemimpin keadilan nak bermain politik dengan polis go ahead tapi kami rakyat marhaen tak minat. polis tak berani sentuh pemimpin kalau najib tak kata boleh tapi polis boleh sepak,terajang,hentam rakyat marhaen. kami yang sakit.apa ingat kami rakyat marhaen balaci ka.kalau polis sendiri tak ikut undang-undang habis buat apa pemimpin dok suruh rakyat marhaen ikut undang-undang.apa pemimpin keadilan bodoh ka.
SILA PAPARKAN.
Reply
Berhimpunkan tak salah dalam masjidpun orang berhimpun mendengar syarahan agama… bukan mengumpat orang… bukan kata orang…konon nak tegakkan benang basah…. beri ceramah….Fikirlah sendiri kita ni jgan terikut-ikut rentak orang politik… Jika membuat perhimpunan secara sah, takkan pihak berkuasa nak marah…. lu fikirlah sendiri
Reply
JANGAN BUAT LAWAKLAH Reply:
March 11th, 2010 at 12:39 am
Alahai polis malaysia…kamu tu yg cuba nak tegak benang basah. Kamu tu takde pendirian nak jadi bermaruah. Yg sepak kepala lembu tu takde pulak kamu belasah…dah terang2 memalukan agama. Yg kamu undi tak pikir masa depan negara tu apa citer…bacul tak habis2!!! Diri sendiri tak pakai otak ada hati nak suruh orang berfikir…cet!!!
Reply
mat Reply:
March 11th, 2010 at 1:06 pm
polis takyah nak nasihat orang. Sema dah tau keja polis malaysia. besok engkau pencen baru kau nampak diri kau. macam ayam berak kapor la jadi. takde masyarakat pandang orang polis malaysia ni.
Reply
Lepas ni buat kat stadium di selangorlah Dato Seri dah tahu perangai polis KL walaupun premis tu kerajaan selangor punya mereka memang tak senang dengan gelombang PR,DENGKI dan BUSUK HATI jika UBN buat tak mengapa pula?Rakyat sudah sedar apa yang dilakukan oleh pemerintah buat macamana pun rakyat menyampah kat UBN…….
Reply