08
Mar
10

Fitnah II: VCD fatwa Yusuf Al-Qaradhawi Diedar

Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk “Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” telah diterbitkan oleh Women’s Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

“Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

“Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

“Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

“Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali,” katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

“Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar,” katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

“Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang”.

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.


18 Responses to “Fitnah II: VCD fatwa Yusuf Al-Qaradhawi Diedar”


  1. 1 aiman wong Mar 8th, 2010 at 1:50 pm

    upload the video into youtube,rapidshare and other alternative methods. spread the words around!

    Reply

  2. 2 Sivakumar Mar 8th, 2010 at 2:16 pm

    Pengedaran cakera video ini adalah satu cara baik untuk memperjelaskan kes Fitnah ini kepada golongan desa, terutamanya.

    Video ini juga harus di-upload-kan di Internet agar mereka-mereka yang berminat boleh mencarinya dan memuat-turunkan video ini secara percuma.

    Atau video ini diterbitkan di dalam Youtube.com.

    Sekian.

    Reply

  3. 3 erbos Mar 8th, 2010 at 2:28 pm

    kalau fatwa Dr Yusor Qardhowi pun tak takut lg..tunggulah nnti nasib mu di Akhirat nanti wahai munaafiqun & faasiqqun sekalian…

    Reply

    Sedih Reply:

    Masalaahnya apa ulama-ulamat malaysia buat? Mereka bukan tak tahu Anwar di fitnah dan tak bersalah tapi mereka sanggup diam-diam kan diri. Mereka hanya sibuk ceramah-ceramah sana sini, hukum orang sana sini tapi tak berani nak tegakkan kebenaran hukum allah.

    saya sedih dengan ulama malaysia yg hanya pentingkan diri sendiri , dan bukan Agama islam.

    Reply

    erbos Reply:

    nama pun ulam mak…abis jd ulam umno, nak idup bang…lupa akhirat…kalau ulamak tak le keluar statment hentam parti yg nak buat hukum hakam islam tp lebih bela yg kebas komisyen kapal selam…hai mcm ular dlm semak jeee…menteri pun tak minat dgn mahkamah syariah..buktinya..tunggu mahkamah sivil buat keputusan dulu baru kes qazaf kita buka…jd mcmana ? tp ye lah Major Jeneral mesti hormat mantan menteri pertahanan

    Reply

  4. 4 Anak Nelayan Mar 8th, 2010 at 5:21 pm

    Mohon sangat-sangat supaya VCD fatwa tersebut dapat diuploadkan di blog ini misalnya dan akan dihebahkan serta disebarkan hingga ke lubang cacing sekalipun…

    Takkan takada sorang pun pakar IT PR yang boleh buat, kalau tak ada…nampaknya lambat lagilah PR nak ke Putrajaya…hahahaaa…jgn marah aaa…

    Reply

    anak watan Tawau Reply:

    Reformasi! Dato Sri yang kami kesihi, dalam perjuanganmu yg kami kagumi dan kami di daerah Tawau sebilangan besar sekarang tidk berpuas hati kerana setiausaha kerajaan negeri pilih kasih dan mengambil pegawai yang tidak layak menjadi Presiden Majlis Perbandaran Tawau sedangkan ada yang lebih layak menjawat jawatan tersebut. Kami rakyat tempatan terinayah kerana sikap ego presiden pilih kasih tidak membenarkan kami berniaga berbanding orang bukan tempatan sesuka hati berniaga tnpa lesen dan urusan permohonan lesen kami tidak dilayan. Kami tetap maharapkan perjuangan Dato Sri akan menjadi kenyataan untuk dapat mengubah kepimpinan negara yang tercinta terhapus dari sikap pilih kasih dan rasuah. Kami tetap bersama Dato memperjuangkan yang hak dan kebenaran u ntuk kesejahteraan. Kerajaaan UMNO/BN sekarang dari kepimpinan atas sampai ke taraf pegawai rahsua telah menjadi amalan dan kebiadapan. Telah kami sering adukan sikap Presiden yang tidak prihatin dan gila kuasa supaya ditukarkan namun YB berkenaan dan orang2 terlibat tidak ambil peduli. Doa dan haraapn kami mahu perubahan.

    Reply

  5. 5 nan Mar 9th, 2010 at 5:21 am

    *Salaam all Muslims & non-Muslims*

    *I*n*g*a*t*a*n*

    *REMINDER*

    APOCALYPTC DELIVERANCE OF THE HOLIEST SCRIPTURES in the Al-Quran nulkarim

    belittles the unproven evidences?assumptions?& collaborative proofs from withins the boundaries of Barisan Nasional’s intrial of Anwar Ibrahim, whom being enlightened with INNOCENCES by varied councellors of ISLAM, such as Doctors,Lawyers plus others and VCD fatwa by Your Honorable Yusuf Al-Qaradhawi

    Reply

  6. 6 torres Mar 9th, 2010 at 8:00 am

    Pakar2 memang ada semua boleh buat tapi jika natang dan ularmak UBN buat bodoh je nak lindungi lagi pemimpin mereka dari kebejatan dan kejahatan sepilah apa yang fatwakan oleh Yusuf Al-Qarhawi.

    Reply

    noh Reply:

    Fatwa Dr.YQ telah jelas. Kalau ulamak dan ustaz umno buat-buat pekak dan buta sahihlah mereka adalah tergulung orang-orang yang munafik dan fasik. Wakima menteri agama sekali pun.

    Reply

  7. 7 Kamalias Mar 9th, 2010 at 8:29 am

    Salam DSAI,

    Upload laa video ni ke youtube..kalau setakat 30 minit punya video tak ada masalah nak upload ke youtube..pecahkan jadi 10 minit satu bahagian so jadi 3 part di youtube…pleaseeeeee.. kami semua nak tengok video ni…

    Reply

  8. 8 Pejuang Mar 9th, 2010 at 8:32 am

    Teruskan perjuagan ubtuk keadilan dan kebenaran!

    Reply

  9. 9 radin ikhwan Mar 9th, 2010 at 9:17 am

    ini namanya LAWAN TETAP LAWAN…..tak sabar rasanya nak dptkan cd berkenaan supaya dpt kita kasi tgok org2 yg keterlaluan buta akan hati mereka ini.bhg penerangan pr kena cari iniseatif lain mcm mana nak edarkan dan bagi seluruh malaysia tgok cd ni dan klu blh sampaikan ke meja setiap org2 umno di parlimen……….

    Reply

  10. 10 spyUMNO Mar 10th, 2010 at 3:54 pm

    upload la kt blog ni, bole la kita tgk…

    Reply

  11. 11 ladyreformasi Mar 10th, 2010 at 6:42 pm

    Please please upload the vid! :D

    Reply

  12. 12 awe Mar 11th, 2010 at 1:02 am

    set2 ubn ni paham ke ape kate dr YQ? diorang penting projek je.. jnji masuk n dapat bina banglo,, fatwa2 ni leh rujuk ustaz n menteri kendian….. jangan marah…

    Reply

  13. 13 BEKAS PENYOKONG KUAT UMNO Mar 14th, 2010 at 9:28 am

    Saya harap video ini boleh di uploadkan ke youtube. Bukan masyarakat Melayu saja yang dapat melihat, malahan seluruh dunia akan berpeluang menyaksikan fatwa yang dikemukakan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai ramai penyokong Islam dari luar negara seperti Australia, New Zealand, UK, US, Canada, South Africa, Egypt, Singapore, dan banyak lagi negara.

    Ada sesiapa yang telah mempunyai video fatwa Sheikh Yusof Qardawi boleh meng uploadkan video ini ke youtube? InsyaAllah pasti kesan daripada video ini akan menjadi hebat dan membuka mata masyarakat Islam seluruhnya. Saya juga pasti pemimpin-pemimpin laknatullah UMNO akan merasa tergugat dan takut dari kesan ini.

    Saya menyesal mengundi UMNO pada PRU yang lalu. Semoga Allah mengampun dosa saya.

    Reply

  14. 14 ipin Mar 24th, 2010 at 9:17 am

    semoga allah menunjukkan kebenaran kepada kita yang mencari…

    laailahaillaanta subhanakainni kuntumminazzolimin..

    Reply

Leave a Reply